Uniknya tentang Malaysia ni, salah satunya terletak pada makanan. Lain negeri, cara penyediaan makanannya berbeza. Bukan sahaja cara, kadang nama pula berbeza tapi makanannya sama. Haaa gitu!
Misalnya cara penyediaan menu ikan rebus goreng ni dibuat ala-ala selera orang pantai timur. Yang pernah makan, mesti dapat membayangkan kelazatan rasanya, kan? Jadi, yang nak rasa atau cuba tu boleh ikut step kat bawah ni. Mudah je tau perkongsian dari rakan kita di Facebook Aisyah Humaira.
Resepi Ikan Rebus Goreng Pantai Timur Style!
Ikan Rebus goreng style pantai timur. Rebus dan biarkan semalaman barulah ikan lebih ‘kick’ Serap segala rasa masam masin bahan dalam rebusan. Ada yg tak boleh makan kering2 takut tercekik ye tak? Tapi saya ok je suka macam ni gaul bersama nasi panas cubit sedikit cili padi.Nikmat. Resipi:
Ads
Bahan-bahannya :-
7 ekor ikan selayang dicuci bersih
4 keping asam keping – beli di sini
3 sudu besar rata garam atau ikut masin disukai – beli di sini
1 inci nisan (gula melaka) – beli di sini
4 keping hirisan lengkuas
Air secukupnya
Cara-caranya :-
Ads
– Masukkan ikan dan semu bahan kedalam periuk dan tuang air. Sukatan air , tenggelam Separuh dari ikan. Tutup periuk dan Reneh ikan dengan api perlahan hingga air hampir kering.
– Biarkan semalam didalam periuk tersebut dan keesokanya boleh la digoreng. Atau boleh juga terus digoreng. Dalam minyak yg sama goreng bawang bersama cili padi sebagai penambah selera. Siap dihidang.
Patutlah Ramai Cuba Resipi Ni, Resipi Kuih Kaswi Gerenti Jadi Lembut Dan Bergoyang, Satu Keluarga Suka!
Enaknya dapat makan kuih kaswi! Sesuai untuk minum petang bersama keluarga. Walaupun nampak mudah aje nak buat kuih ni tapi kalau salah sukatan boleh jadi keras!
Jadi jika nak dapatkan kuih yang lembut dan bergoyang, kena tahu sukatan yang betul. Jom buat hidangan untuk seisi keluarga hujung minggu ni.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
BAHAN-BAHAN
1cawan tepung gandum
1cawan tepung ubi
Setengah cawan gula merah
Setengah cwn gula putih
4 cawan air
Secubit garam
2 sudu makan air kapur
Kelapa parut yang putih
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan kukusan. Letak loyang yg telah disapu minyak.
Campur ke2² gula dlm periuk. Masukkan 2 cwn air n masak sampai gula larut n padam api.
Balance 2 cawan air buat bancuh tepung. Nak senang blender saja.
Tuang dalam bekas.
Air gula tadi tuang dlm bancuhan tpg n kacau sebati. Masukkan juga air kapur.
Dah sebati terus tuang dalam loyang.
Kukus dalam 25 hingga 30 minit.
Kalau ada air dipermukaan buangkan. Tunggu betul² sejuk baru potong. Gaul dgn kelapa parut yang letak garam.
Jika bercadangan inginkan masakan panas yang simple dan sedap, apa kata buat mi hailam.
Nampak mudah aje nak buat masakan ni, tapi jika bahan-bahan yang tak cukup, rasanya tentu lain.
Nak tahu rahsia menjadikan mi hailam ini lebih sedap. Ikuti perkongsian oleh Puan Hasniza Hassan yang memaparkan resepi mi hailam istimewa dengan tumis lada hitam.
Bau aroma masakan ini membangkitkan selera makan. Cara ini menarik perhatian ramai hingga mendapat share yang tinggi dikalangan warganet. Jom buat menu ni hari ini.
Kuah mi hailam ni istimewa dan lain sedikit sebab ditumis dengan lada hitam. Kak Has dapat resepi ni dari mak saudara kak Has, Rohani Othman.
Punyalah suka, suami kak Has pernah request mi hailam ni untuk menu berbuka puasa selama 5 hari berturut-turut.
Kak Has nak kongsikan dengan kalian bahan-bahannya untuk 1 – 1 1/2 peket mi.
Bahan-bahanya:
– 11 ulas bawang putih dikisar/ tumbuk
– 1 sudu besar biji lada hitam ditumbuk kasar
– Daging yang dipotong kecil-kecil (kalau rebus dulu lagi senang dan cepat)
– 1 mangkuk stok air udang, kalau ada
– 15 ekor udang (terpulang nak banyak mana)
– 4 ekor sotong yang dihiris (terpulang juga)
– 1 biji tomato dibelah 2
– 1-2 biji cili merah dipotong
– Kobis dihiris dan sawi dipotong
– Kicap masin, kicap manis dan sos tiram secukup rasa
– Garam dan gula secukup rasa
– 1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Cara-caranya membuatnya :
Tumis bawang putih dan lada hitam.
Tumis hingga kekuningan
Masukkan daging dan tambah air. Boleh masukkan stok air rebusan kulit udang kalau ada. Biarkan mendidih. Pastikan daging empuk.
Masukkan kicap masin, kicap manis dan sos tiram.
Masukkan udang dan sotong. Jangan lama sangat nanti kecut.
Masukkan cili merah dan tomato. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa
Terus masukkan kobis.
Dah mendidih dan hendak diangkat, masukkan sawi. Tambahkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Gaul rata.
Masukkan mi.
Gaul rata dan terus hidang. Masukkan mi hanya apabila sedia untuk dihidangkan dan dimakan. Jika tidak, mi akan kembang.
Untuk menyediakan roti jala, nampak mudah tapi rasa kesedapan roti roti jala bergantung pada kelembutannya dan kesedapan kuah yang mengiringinya.
Apabila lembut rotinya dan sedap kuah karinya dimakan bersama kuah kari ayam atau kari daging sudah tentu licin dijamu seisi keluarga roti jala tersebut.
Tapi langkah pertama untuk kesedapan itu, sudah tentu roti jalan kena sempuran kejadiannya dan lembut hingga ke petang. Adunan pastinya kena sempurna barulah semuanya jadi lebih dan lembut.
Jom ikuti resipi oleh Puan Azwa Mohtar. Sukatan yang mudah untuk penyediaan roti jala. Gerenti menjadi!
Bahan-bahan:
1 kg Tepung Gandum
1 sudu makan Marjerin
1 sudu makan Garam Halus
1 sudu teh pewarna kuning telur
1.7 liter air biasa
Cara penyediaan:
1. Satukan semua bahan dan kisar hingga halus. Pastikan tidak berketul supaya adunan tidak tersumbat di dalam acuan. Tapis adunan jika perlu.
2. Panaskan kuali non stick dan tebar roti jala menggunakan acuan
3. Angkat dan gulung dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.
4. Siap! Siap sedia untuk hidangan seisi keluarga.Lembut sampai ke petang. Jangan lupa buat kuah kari ayam untuk cicah bersama roti jala.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...