Petua paling perlu diingat setiap kali membeli ikan tongkol/aya ialah untuk membuang bisanya bagi penderita resdung. Bisa ikan tongkol terdapat pada bahagian ekornya. Jika tidak dibuang bisa tersebut, bila penghidap resdung makan, itu yang boleh buatkan alahan seperti ersin tidak berhenti-henti dan gatal hidung.
Bagi penderita resdung, eloklah masak sendiri sahaja menu ikan tongkol ini bagi mengelakkan alahan. Beli, siang dan masak sendiri. Selepas bisanya dibuang barulah boleh dilakukan langkah memasak ikan.
Cara hendak buang bisa ikan tongkol:
Pulas sedikit ekor sampai rasa longgar sikit dan tarik. Jangan pulas habis takut ekor tercabut terus dan tak sempat tarik bisa itu keluar.
Info tentang penyakit radang sinus atau lebih dikenali dengan resdung.
Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.
Radang sinus?
Ads
Radang sinus adalah keadaan dimana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membrane pada rongga sinus. Radang sinus sering terjadi pada semua orang termasuk kanak-kanak. Ia terbahagi kepada 2 bahagian:
*Alahan
*Iritasi kimia
*ketumbuhan dalam hidung (polyp)
Ads
Apakah tanda dan gejala radang sinus?
Di antara tanda dan gejala radang sinus adalah seperti berikut:
*Hidung tersumbat
*Batuk
*Sakit kepala atau muka
*Jerawat pada muka
*Selesema berpanjangan
*Hidung berbau busuk
*Demam
*Letih dan lesu
*Hilang deria rasa dan bau
*Batuk teruk pada waktu malam
*Bagaimanakah radang sinus menjadi bahaya?
Radang sinus akut boleh menyebabkan:
*Radang sinus kronik
*Sakit kepala kronik
*Bisul pada sinus maxilar
*sinus frontal
*sinus ethmoidal
*otak
*mata
Dapatkan nasihat doktor. Gejala dapat dikurangkan dengan cara:
*Rehat yang cukup
*Bernafas dalam wap panas dari semangkok air ( boleh tambah sedikit minyak angin).
*Makan ubat penahan sakit ( panadol)
*Ubat selsema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung
*Antibiotik sekiranya penyebabnya bakteria.
Bagi radang sinus kronik, rawatan berikut amat membantu:
*Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang)
*Penggunaan Antihistamin dalam jangkamasa panjang
*Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.
Bagaimana cara mencegah radang sinus?
Pencegahan terjadinya radang sinus:
*Hindari haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
*Pastikan kelembapan di rumah baik
*Gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara
*Berhenti merokok
*Hindari alkohol
*Ambil ubat selsema sebelum berenang/menyelam.
Jika sebelum ini kita semua lega dan bersyukur dengan penurunan kes jangkitan covid-19 sehingga kerajaan membenarkan sektor pelancongan seperti taman tema buka untuk orang ramai dengan syarat patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
Namun sedang kita meraikan tiada jangkitan terbaru, kini kita semua dikejutkan dengan berita yang menyedihkan apabila pula peningkatan kes jangkitan Covid-19. Susulan situasi ini juga telah Perdana Menteri petang tadi membuat pengumuman peringatan agar kita tetap kawal SOP.
Melalui perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia memberi maklumat bahawa wujud kluster baru dan peningkatan kes covid 19. Take Note semua! Jangan berulang kembali Perintah Kawalan Pergerakaan (PKP).
Kes baharu harian dalam tempoh seminggu menunjukkan trend meningkat.
Orang ramai dinasihat tidak ambil mudah bagi mengelak tindakan lebih tegas termasuk melaksana kembali Perintah Berkurung.
KLUSTER RUMAH WARGA EMAS KLUANG
Sebuah kluster baharu telah dikesan di sebuah pusat jagaan warga emas di Kluang, Johor. Kes pertama kluster ini merupakan kes kematian COVID-19 yang telah dilaporkan pada 19 Julai 2020 (iaitu kes ke-8770), di mana ujian saringan COVID-19 didapati positif. Susulan itu,
siasatan dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (active case detection) telah dijalankan.Sehingga 20 Julai 2020 jam 12 tengah hari, 39 orang telah disaring, iaitu terdiri daripada: 14 kes positif COVID-19; 18 adalah negatif; dan 7 masih menunggu keputusan.Daripada jumlah kes positif ini, 13 kes adalah warganegara Malaysia dan 1 warga Indonesia.
Kes positif kluster ini melibatkan 11 warga emas (iaitu penghuni rumah jagaan tersebut), 1 pekerja dan 1 ahli keluarga.
Langkah pembendungan dan kawalan jangkitan telah dijalankan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar di pusat penjagaan tersebut. Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan.
Nyata, dengan maklumat ini, jangan ambil mudah. Kita kena tetap menjaga SOP. Marilah kita semua ambil peduli tentang jangkitan ini agar tidak berlaku penularan supaya kita kekal selamat dari jangkitan virus ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kedatangan haid bagi wanita yang normal bukan saja dimulai dengan pendarahan haid, tetapi ia boleh menyebabkan sakit dan rasa tidak selesa di bahagian abdomen, rasa kembung perut dan sakit kepala bagi kebanyakan wanita. Selain berasa sakit di bahagian bawah perut (suprapubic), ramai wanita yang mengadu mengalami lenguh dan kesakitan pada bahagian tengah pinggang, yang disebut lower back pain.
.
Ia bermula beberapa hari sebelum atau selepas kedatangan darah haid dan akan hilang selepas beberapa hari. Ia tidak mendatangkan bahaya dan bukan tanda-tanda sebarang masalah besar. Rasa tidak selesa sebegini selalunya berlaku pada peringkat sederhana, di mana seorang wanita boleh mengabaikannya, tetapi ada wanita yang mengalami kesakitan yang terlalu kuat sehingga mengganggu aktiviti seharian.
Jadi apakah punca sakit belakang pinggang ketika haid?
.
Sakit di bahagian bawah abdomen dan sakit di bahagian belakang selalunya dianggap normal akibat pengeluaran hormon Prostaglandin yang menggalakkan pengecutan rahim untuk mengeluarkan darah haid dalam rahim. Pengeluaran hormon Prostaglandin yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan dan ini menyebabkan sakit, bukan saja pada bahagian bawah perut yang kuat,tetapi juga pada bahagian belakang pinggang.
.
Dalam kebanyakan kes, sakit yang terlalu kuat boleh jadi disebabkan oleh masalah-masalah penyakit lain yang lebih serius seperti jangkitan kuman (Pelvic Inflammatory Disease), endometriosis dan fibroid. Tanda-tanda seseorang wanita itu mengalami masalah yang lebih serius adalah apabila seseorang wanita itu mengalami senggugut yang melampau pada setiap bulan, sehingga terpaksa mengambil beberapa hari cuti kerana tidak mampu melakukan kerja.
Saya menasihatkan wanita-wanita seperti ini agar menjalani pemeriksaan doktor bagi mengesan masalah yang lebih serius. Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal terutama pada bahagian kemaluan untuk memeriksa rahim. Ini termasuk pemeriksaan ultrasound, bagi mendapat gambaran imej struktur rahim di dalam abdomen. Oleh itu, saya mencadangkan agar mencari doktor wanita Muslim agar pemeriksaan dapat dialkukan dengan baik dan aurat dapat dijaga.
Ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengelakkan rasa senggugut yang teruk. Antaranya :
1. Melakukan senaman ringan. Ada beberapa kajian menunjukkan wanita yang melakukan senaman ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut yag kuat.
2. Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, dan mengambil suplemen yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium.
3. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 1.5-2 liter dalam sehari.
4. Boleh tuam menggunakan beg plastik atau beg kulit yang berisi air suam pada bahagian bawah perut bagi mendapatkan kelegaan.
6. Akhir sekali, boleh mengambil ubat penahan sakit yang ringan seperti acetaminophen dan paracetamol. Jika tidak berkesan, boleh gunakan penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen, beberapa hari sebelum kedatangan haid.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masalah mulut berbau perkara biasa yang berlaku pada bulan Ramadhan. Walaupun dudah memberus gigi, namun tetap juga berlaku
Jom baca perkongsian tip dari Doktor ini bagi mengatasi masalah tersebut.
6 CARA ELAK MULUT BERBAU DI BULAN RAMADAN
1. Minum air secukupnya
Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.
2. Elakkan minum kopi atau teh di waktu sahur
Kopi dan teh adalah sejenis diuretik, iaitu bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.
3. Kurangkan Bercakap
Kurangkan makan bawang dan membawang. Bawang putih dan merah adalah antara makanan yang boleh buat nafas berbau. Manakala, terlalu banyak bercakap(membawang) pula boleh menyebabkan kelembapan mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi kering dan berbau.
4. Makan karbohidrat secukupnya
Ada sesetengah orang cuba untuk mengurangkan berat badan secara intensif semasa bulan Ramadan. Mereka berpuasa dan tidak mengambil karbohidrat dan gula, dan ini memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis. Keadaan ini menghasilkan ketones yang menyebabkan nafas berbau. Jadi, makanlah juga karbohidrat sikit ya!.
5. Gosok gigi dan bersihkan lidah
Antara penyumbang mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Oleh itu, jangan lupa gosok gigi sebelum tidur dan selepas sahur. Gunakan juga floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi dan bersihkan lidah dengan memberusnya. Boleh juga guna larutan pembersih mulut.
6. Pastikan tiada masalah mulut dan hidung
Jika semua cara di atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau, anda hendaklah berjumpa dengan doktor. Masalah pada hidung, sinus, gigi, gusi atau tonsil juga boleh menyebabkan mulut berbau. Biar doktor periksa ya!
Berpesan-pesanlah pada kebaikan, dan selamat menjalankan ibadah puasa!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Medtweetmy (Medical Tweet Malaysia)
Jemput follow jika ingin dapatkan informasi kesihatan yang sahih!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di