
Ada antara wanita yang tubuhnya nampak kecil tetapi menghadapi masalah paha besar. Nampak tidak seimbang sehinggakan sukar untuk memilih saiz seluar terutama untuk menyembunyikan peha yang besar itu.
Bentuk tubuh seseorang wanita turut mempengaruhi ukuran paha selain hormon estrogen yang mana lemak lebih banyak disalurkan ke bahagian paha dan punggung. Lemak ini sebenarnya penting untuk proses kesuburan dan penyusuan. Kerana itu jugalah ada yang berpendapat wanita yang memiliki punggung besar lebih subur.
Bagi yang menghadapi masalah paha besar, jangan rungsing.
Jom cuba cara mudah di bawah ini :
1)Minum air putih
Air putih sangat penting dalam tubuh badan kita dan berfungsi untuk membuang segala kotoran dan juga membakar lemak
2)Makan makanan rendah kalori
Jangan makan makanan berminyak terutama yang tinggi kandungan gula dan juga lemak. Amalkan makan sayur-sayuran dan juga buah-buahan.
3) Tidur kena cukup
Ya,ini penting tau! Tidur memang kena cukup dan untuk pengetahuan semua, lebih kurang 45-115 kalori akan terbakar. Selain itu, jangan makan sebelum tidur okay!
4) Jangan kerja berlebihan
Jangan terlalu kuat berkerja hingga tiada masa untuk rehat. Badan memerlukan waktu rehat yang cukup untuk kesihatan. Jika tidak, berat badan akan bertambah dan lagi sukar untuk kecilkan peha anda.
5) Lakukan senaman atau gerakan yang boleh kecilkan peha
Kena ambil tahu senaman apa yang boleh mengecilkan peha anda. Anda kena berlari, naik tangga, squat , skipping, berbasikal antara senaman yang boleh mengecilkan peha anda.
Hati-Hati Bila Masuk Usia 40 Tahun, Wanita Perlu Lihat 5 Perubahan Kulit Ini.

Pada usia memasuki 40 tahun tanda-tanda penuaan sebenarnya akan semakin jelas kelihatan. Perubahan ini lebih ketara pada bahagian kulit terutama wajah. Namun, ia tidak seharusnya menjadi satu bebanan, bukankah tanda-tanda ini mampu memberi kesedaran pada kita.
Lagi pun mengapa perlu risau kerana di pasaran terdapat pelbagai produk yang membantu melambatkan tanda-tanda penuaan seperti berikut:
Kedutan dan garis penuaan
Dengan terjadinya penuaan,kedutan adalah tanda pertama yang paling jelas kelihatan dan harus diperhatikan. Biasanya ia mudah dialami oleh mereka yang memiliki kulit jenis kering.
Selain itu, di sekitar bawah mata akan mengalami garis-garis halus. Penebalan yang tidak sekata pada lapisan kulit ditambah pula kekurangan air pada lapisan bawah kulit akan mempercepatkan lagi proses kedutan pada kulit anda.
Kulit kusam
Kolagen bertindak menjaga kulit namun ketika proses penuaan berlaku urat semakin kendur dan kadar kolagen semakin menurun sekali gus menyebabkan kulit menjadi longgar dan tipis. Selain itu kulit akan kehilangan lemak dan jaringan. Lantaran itu, kulit menjadi kusam dan tidak bermaya.
Kulit kering
Kulit menghasilkan sebum sendiri bagi melindungi dan mencegah kehilangan kelembapan kulit. Namun, seiring dengan bertambahnya usia, keupayaan kulit menghasilkan sebum semakin berkurangan sekali gus menyebabkan kulit mudah rapuh dan kering terutama di bawah sinaran matahari yang terik.
Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang sejuk, iklim yang kering dan berangin mudah menjadikan kulit anda bersisik dan mudah menimbulkan rasa gatal.
Bintik hitam
Peningkatan usia sekali gus menyebabkan kulit seseorang turut mengalami perubahan. Antaranya, bintik-bintik coklat pada kulit kita pun akan mula timbul atau juga dikenali sebagai bintik-bintik hitam terutama di bahagian wajah.
Pada tahap awal bintik-bintik tersebut berwarna terang, namun pada akhirnya bintik-bintik tersebut akan berubah menjadi warna coklat sekali gus menjadi masalah pada kulit anda. Hal ini disebut dengan penuaan semula jadi.
Bintik-bintik ini juga boleh menyebabkan masalah ketika anda menyapu solekan pada wajah. Ia biasanya berlaku disebabkan pendedahan diri secara berterusan kepada sinaran ultra ungu atau terdedah pada sinaran matahari dalam tempoh yang lama tanpa menggunakan topi atau krim pelindung kulit wajah.
Liang-liang roma terbuka
Faktor genetik dan usia antara dua faktor utama yang membolehkan pori-pori atau liang-liang roma pada kulit membesar. Kebiasaannya, ia berlaku kepada mereka yang memiliki kulit tebal dan berminyak.
Terdedah lama pada sinaran matahari, kotoran, bakteria dan keanjalan kulit menurun juga antara faktor menyebabkan liang-liang roma membesar dan terbuka.
Tip untuk kekal muda
1. Lindungi kulit wajah daripada sinaran matahari antara langkah terbaik untuk mencegah kulit dari mengalami masalah penuaan lebih awal. Pakai krim pelindung cahaya matahari atau pelembap dengan SPF 28 atau lebih setiap kali anda berada di luar mahupun di dalam bilik berhawa dingin.
2. Merokok dapat menyempitkan pembuluh darah, yang mana dapat menurunkan aliran darah selain mengurangkan perjalanan oksigen dan nutrisi ke sel-sel kulit. Ia juga menyebabkan kulit anda menjadi kusam selain timbul bintik-bintik coklat.
Merokok juga menyebabkan proses penghasilan kolagen lambat pada kulit anda. Jadi, untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bercahaya, berhenti merokok.
3. Gunakan pelembap anti-penuaan, ia membantu meningkatkan kapasiti air pada kulit. Selain itu, Vitamin A yang turut membantu dalam menjaga kulit yang terhidrasi. Pastikan anda mendapat vitamin A dari makanan seperti keju, ikan Kod dan telur.
4. Penggunaan kosmetik juga dapat membantu memperbaiki tekstur kulit. Garis-garis halus dan kulit kedut dapat ditingkatkan dengan memperbaiki permukaan kulit (resurfacing) melalui kaedah dermatologi, pengelupasan kimia (chemical peeling), laser atau mikro dermabrasi.
Peeling juga dapat membantu untuk meratakan warna kulit dan memperbaiki tekstur kulit.
Gunakan Kunyit Dengan Cara Ni Untuk Cantik. Petua Warisan Zaman Berzaman!

Dikatakan sejak zaman purba lagi, masyarakat India sudah mengamalkan petua penjagaan kulit wajah dengan menggunakan kunyit. Kunyit ini adalah sumber vitamin C dan magnesium yang baik, kandungan serat yang tinggi, vitamin B6, zat besi, potasium dan mangan serta kandungan sodium yang sangat rendah.
Macam Mana Nak Cantik Dengan Kunyit?
Anda tidak perlu bimbang terpaksa berbelanja besar untuk mencuba kaedah rawatan kunyit. Ia boleh dilakukan dengan sangat mudah dan murah dengan keselesaan di rumah sendiri.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Zana Mokhtar di akaun fbnya bagaimana cara nak dapatkan kulit muka yang glowing dengan menggunakan kunyit. Jom semak.
DIY KULIT GLOWING DENGAN 3 BAHAN JE.
Bahan bahan :
1/2 sudu kunyit
1 sudu madu
1 sudu susu ( ikut la susu tepung jenis pe korang nak pakai hokay).
Cara caranya:
1. Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul sebati.
2. Tapii sebelum nak pakai masker ni kan, korang cuci muka bersih bersih dulu dengan cleanser korang sendiri.
3. Lepas tu bilas dengan air suam. Tujuan dia nak buka liang pori terbuka untuk mudahkan serapan masker diy tadi k.
4. Selepas itu barulah sapukan masker pada seluruh muka.
5. Biarkan dalam 10 – 15 minit.
6. Bilas dengan air bersih.
7. Akhir sekali basuh sekali lagi dengan cleanser
Selain daripada perkongsian Zana ini adalah lagi kegunaan lain kunyit ini dalam penjagaan kecantikan wanita. Antaranya adalah seperti di bawah ini.
Kecutkan Jerawat
Bahan-bahan:
Serbuk kunyit
Limau nipis
Air
Caranya:
1. Campur serbuk kunyit dengan sedikit air dan jus limau nipis.
2. Kemudian sapukan pada tempat jerawat dan seluruh kulit wajah.
3. Hasilnya jerawat makin mengecut dan pigmen hitam pun makin kurang.
Sapu Pada Wajah
Dengan bahan yang sama dapat menaikkan seri wajah pada muka.
Caranya:
- Sapukan kulit pada seluruh wajah.
- Biarkan kering selama 30 minit.
- Kemudian barulah disental bersih di seluruh kulit muka.
- Bilas dengan air yang bersih.
Skrub Kunyit
Sental kulit muka kusam dan sel kulit mati dengan campuran skrub kunyit.
Bahan-bahan:
Serbuk kunyit
Tepung gandum
Air
Caranya:
1. Campurkan bahan ini bersama air.
2. Mulakan tugas menyental ke muka dan badan jika suka.
3. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah di cuci hingga bersih.
Ia dikatakan dapat membuang sel kulit mati dan membuatkan kulit menjadi mulus dan sekata warnanya.
Jus Kunyit
Tak hanya cantikkan muka dengan kunyit tetapi lengkapkan dengan kecantikkan dalaman. Hanya minum air rebusan ini sahaja.
Bahan-bahan:
Kunyit hidup
2 keping asam keping
3 sudu makan gula merah
Air secukupnya
Caranya:
1. Kisar kesemua bahan (kecuali asam keping).
2. Masak sebentar di dalam periuk bersama asam keping.
3. Sejukkan dan minum.
Jika diamalkan ia dikatakan dapat menguatkan dalaman tubuh badan. Malah badan lebih segar dan sihat.
“Tiada Istilah Diet Bagi Saya…”-Che Puan Sarimah Ibrahim Kongsi Rahsia Kecantikan!

Sesetengah orang percaya bahawa kecantikan abadi itu tidak wujud, masa akan menjadi musuh kejelitaan seseorang. Namun, pelakon, penyanyi dan pengacara yang cantik, Che Puan Sarimah Ibrahim, 44 tahun, membuktikan bahawa masa bukan musuhnya.
Isteri kepada Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar yang merupakan cucu Yang di-Pertua Besar Negeri Sembilan ke-10, mendedahkan rahsia awet mudanya walaupun telah dikurniakan seorang puteri bernama Tunku Sofia Najihah yang kini berumur 3 tahun.
Jadi, apakah rahsia kecantikkan dan kebahagiaannya?
“Saya memang suka bersenam sejak dari zaman saya aktif karate. Lapan tahun saya buat karate sampai tahap dapat tali pinggan hitam dan jadi instructor tapi tak pernah mengajar sebab tiada masa.
Dua tahun lepas iaitu sepanjang MCO saya banyak fokus kepada kesihatan. Tiada istilah diet bagi saya sebab ia tak perlu kalau kita pandai jaga makan. Kerap tetapi sedikit. Banyak minum air kosong jangan air gula, tidur paling kurang enam jam dan sentiasa bergerak. Jangan duduk lama-lama nanti sakit belakang. Yang penting bukan berat tapi komposisi badan kita sepenuhnya” kata CP Sarimah.
Bagi kebahagian pula, CP Sarimah berkata bahawa untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, perlulah kita menjaga diri kita terdahulu. Pentingnya untuk kita menjaga kesihatan mental dan fizikal diri sendiri agar tidak mencapai tahap “burnout”. Sentiasa membuat “check up” sebelum terlambat kerana mencegah lebih bagus daripada merawat.
CP Sarimah juga menasihatkan kepada ibu-ibu di luar sana untuk tidak terlalu “pressure” diri anda. “Cukup dengan mengetahui yang kita cantik, telah melahirkan anak kerana itu adalah pencapaian yang paling besar untuk seorang wanita” pesannya.
Semoga artikel ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada anda semua terutamanya buat wanita yang bergelar ibu.
Sumber: @sarimahibrahim di Instagram
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club