Mungkin ada antara ibu bapa kurang mengambil berat akan hal penjagaan gigi kepada anak-anak. Sehinggakan  gigi anak-anak rosak teruk.

Peningkatan usia anak serta pengambilan pelbagai jenis makanan seperti makanan manis, jus, coklat, keropok dan sebagainya tanpa dikawal antara penyebab berlakunya masalah kerosakan gigi dikalangan kanak-kanak.

Makanan manis yang diambil oleh anak sejak kecil misalnya boleh menyebabkan masalah seperti gigi berlubang, mudah rapuh dan kehitaman serta menyebabkan bau mulut yang tidak menyenangkan.

Baca perkongsian Dr Hannani Murni Indah Kamarudin mengenai masalah gigi rosak pada kanak-kanak berusia tiga tahun akibat pengambilan susu yang mengandungi banyak kandungan gula.


Beberapa kali post saya sebelum ni..menekankan pilihan yang baik untuk anak-anak. Pilih susu yang baik, pilih makann yang baik
Cheat day tu ok laaa sekali sekala, tapi kalo hari-hari cheat day???

Mak ayah tak nak susah.. Malas nak berperang atau terpedaya dengan iklan- di kaca tv. Atau merasakan ilmu-ilmu parenting tak penting? Saya pun tak faham.

Tak Mahu Gigi Anak Rosak, Ibu-Ibu Kena Mulakan Dari Awal. Yang penting Elak Makanan Bergula!

Ni saya sajikan, gigi pesakit saya. Baru 3 tahun. Gigi dah semuanya rosak!!! Semua ok!!!

Tak Mahu Gigi Anak Rosak, Ibu-Ibu Kena Mulakan Dari Awal. Yang penting Elak Makanan Bergula!

Saya tanya mak dia, Kenapa teruk sangat rosak gigi??
Dia cakap sebab dia minum “kurmak@k@” dia tak nak susu lain.. dia tidur pun mesti nak kena minum kurma*^#% niii sehari 6 botol wajib!”

Post saya sebelum ni saya ada share kandungan gula dalam kurma$&@) (bukan nama sebenar). Gula yang banyak adalah bahaya untuk manusia. Tapi susah nk educate mak ayah. Kenapa suka beli benda tu??

IKLAN

Sebb ada kurma?? Sebab murah? Sebab anak suka??
Orang yang jual benda tu kadang hanya nak tarik pelanggan je.. Berapa percent kurma dia letak, kurma sendiri dah cukup manis
Tambah gula lagi?? Mana anak  tak ketagih gula??

Kesian anak ni.. hari-hari nangis sebab sakit gigi

“Tulaaa doktor..saya ingat nanti saya cuti ni nak bawak datang kat sini nak cabut gigi dia smua nii” 

Nak dicabut semua??

Hmmm
Cuba awak pergi cabut sebatang?? Mc berapa hari?? Ni awak nak cabut semua gigi tu sekali gus?? Well done mother????

Banyak penyakit yang disebabkan oleh gula. Kesan anak sukar focus dalam task. Boleh lead to hyperactive disorder.

Anak boleh dapat kencing manis lebih awal. Malah ada pesakit saya ketagih gula. Mesti nak minum air gas. Budak baru umur 8 tahun…
Mak dia kerja restoran.. entahlaaa

IKLAN

Kadang masyarakat kita, kalau disajikan dgn iklan makanan sunnah
Diiktiraf rasulullah lagi, dari mekah, dalam alquran tanpa selidik tanpa dikaji mesti nak beli

Saya bukan anti makanan sunnah
Tapi bukan sekali saya jumpa dan melaporkan “mknan sunnah” ni ke pusat racun negara.. sekali ade steroid dan bahan terlarang…
Bukan sekali
Bukan sekali….

Kalau nak makan kurma gi la beli kurma! Kalau nak makan buah zaitun buah tin..  beli zaitun itself..
Kenapa nak dicampur adukkan ditambah perisa dan ditambah stabilizer dan dijadikan amalan??
Sebab… senang…
Dalam satu sudu ade 23 herba dan makann sunnah kan…
Hebat betul!!

Sekarang semuanya di hujung jari
Bukak cek, kalau tak tahu tanya
Kami kan ada
#kamisediamembantu


Oleh itu, amat penting untuk ibu bapa mendedahkan anak menggosok gigi sejak kecil secara teratur.

Beberapa teknik boleh dipraktikkan oleh ibu bapa untuk si kecil. Antaranya adalah:-

IKLAN

AJARKAN SEJAK KECIL

Membiasakan menggosok gigi pada anak akan lebih mudah jika anda melakukannya sejak kecil. Anda boleh membiasakan sejak anak belum tumbuh gigi lagi. Contohnya, setiap kali mahu mandi boleh gosokkan dengan kain basah atau berus gigi lembut.

MEMBIARKAN ANAK MEMILIH BERUS DAN UBAT GIGI SENDIRI

Untuk memupuk minat anak supaya mudah gosok gigi, beri peluang pada anak untuk memilih berus dan ubat giginya sendiri. Dengan pelbagai bentuk dan warna yang ada pasti anak-anak akan teruja dan secara tidak langsung lebih bersemangat untuk menggosok gigi.

JADIKAN WAKTU MENGGOSOK GIGI MENYERONOKKAN

Jelaskan pada anak kepentingan menggosok gigi adalah untuk mengelak kuman yang boleh melekat pada gigi. Jika tidak gosok, gigi akan sakit. Gunakan teknik penceritaan agar anak rasa seronok dan tidak takut untuk ke hospital bagi membuat pemeriksaan gigi secara berkala.

GOSOK GIGI BERSAMA

Mengajar anak untuk menggosok gigi tidak cukup dengan teori. Anak juga perlu tahu yang ibu bapanya turut melakukan hal yang sama. Untuk itu, tidak salahnya ibu bapa meluangkan masa menggosok gigi bersama anak. Dari situ anak akan faham yang aktiviti ini sangat penting untuk semua peringkat umur dan ibu bapa boleh menunjukkan cara yang betul untuk menggosok.

sumber: Dr Hannani Murni Indah Kamarudin  & Majalah Pama

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI