Melipat dan mengemas pakaian satu kerja yang mengambil masa terutama bagi anda yang mempunyai ramai anak. Itu belum masuk bab mahu memastikan pakaian yang disimpan itu kekal teratur. Jika ada banyak tangan, pasti akan bersepah semula.
Bagi membantu kaum ibu menangani masalah ini, cuba praktikkan cara yang dilakukan Puan Rose Kamarina
Cuti sambung lg, jum laa kita lipat kain. Ni br tshirt waiz umur 6thn. Anak 4,campur umi abah. Fengsannn nak perabih 😅😅😅
Edit🎀 Sbb ramai yg teruja😂 Lipat kain cara saya yg tak seberapa. Mg bg manfaat utk semua. Blh pakai apa2 sbg ukuran..buku,kad,kertas keras, kotak.. Ikut suka nak saiz mane. Lapik dgn kertas A4 putih, lipat mcm biasa
Cara melipat:
Ads
Blh diy dgn kertas keras/kad/kotak/buku.. Ikut saiz yg nak
Kesihatan tubuh badan adalah perkara utama dalam kehidupan kita. Salah satunya dengan cara pemakanan. Jika salah makan ia akan memudaratkan tubuh badan.
Jadi badan juga perlu ‘dibersihkan’ terutama bahagian usus. Salah satu caranya dengan melakukan detoks iaitu mengeluarkan racun-racun dalam badan yang boleh merosakan organ serta melemahkan sistem ketahanan tubuh.
Selain menggunakan suplemen ‘detoks’, ada cara alami untuk membuang detoks. Caranya mudah hanya menggunakan 4 bahan saja. Ikuti panduan ini.
Kalau korang nak tau, detox ni sebenarnya adalah satu proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding us butus tu dicuci keluar melalui pembuangan air besar.
Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan dapat menyerap segala nutrien pada tahap optimum. Kalau selama ni kita ambil vitamin atau supplemen tapi tak berkesan, mungkin puncanya kerana usus kita kotor. Jadi, untuk atasi masalah ini, jom kita amalkan minuman detox yang AmiEra Farhann Johan kongsikan.
Kita hari-hari pun makan macam-macam. Jangan lupa untuk detox badan kita. Saya percaya bila kita detox badan akan lebih sihat dan bertenaga.
Ni cara mudah saya detox badan. Hampir seminggu dah amalkan rasa ringan badan, perut pun dah kempis sikit sebab saya beranak operate 2 kali, perut susah nak kempis sebelum ni. Angin-angin habis keluar. Bila sendawa dan kentut-kentut rasa lega sangat. Tak ada la nak berangin je tak tentu pasal.
Bahan:
*Green tea cap boh 1 uncang *1sb Halba *Halia (Ikut suka nak letak banyak mana, lagi banyak lagi bagus) *2 cawan air masak
Cara penyediaan:
*Rebus semua bahan sampai mendidih.
*Tunggu agak-agak dah suam kuku. Minum.
*Nak tambah madu sikit pun ok.
*Bagus amalkan masa perut kosong, sebelum makan.
*Detox ni laki perempuan boleh je amalkan. Selain boleh detox badan, bawa keluar angin jahat, juga boleh turunkan berat badan.
Yang penting konsisten. Tengah nasihatkan diri sendiri sebenarnya ni. Doakan saya pun mampu konsisten ye.
NOTA TAMBAHAN Untuk kaum hawa kalau nak tambah manjakani atau kunyit pun boleh. Tapi kunyit tu tak boleh minum hari-hari. 1-2 kali seminggu tu dah memadai. Suka wangi letak serai sebatang dua.
Walaupun sudah mengamalkan diet yang sihat, kurang mengambil makanan manis, melakukan senaman setiap hari tetapi berat badan tetap tidak turun. Bahkan semakin bertambah. Pasti ini menambahkan lagi stres anda kan?
Penyebabnya mungkin kerana rutin pagi yang sering anda dilakukan. Ramai yang tidak tahu bahawa apa yang kita lakukan pagi hari memberi kesan besar untuk mendapat bentuk badan impian.
Dipetik dari portal Brightside ini 5 tabiat pagi yang menjadi punca berat badan bertambah.
1. Tidur Terlalu Banyak
Tidur tidak cukup akan menyebabkan badan anda adalah lebih cenderung untuk meningkatkan selera makan. Walau bagaimanapun, terlebih tidur juga tidak baik untuk anda. Menurut kajian yang dijalankan oleh PLOS One jurnal, tidur lebih daripada 10 jam setiap malam boleh menyebabkan indeks jisim badan menjadi lebih tinggi. Jadi tidak hairanlah doktor mengesyorkan tidur selama 7-9 jam setiap hari
2. Sering Bersiap Dalam Gelap
Gelombang cahaya biru dari matahari awal pagi meningkatkan metabolisme anda dan membantu untuk membangunkan badan anda. Malah 20 hingga 30 minit sahaja dari siang hari sudah cukup untuk memberi kesan kepada indeks jisim badan anda. Jadi lepas ni, buka sahaja mata terus buka langsir ok?
3. Tidak Mengemas Katil
Kedengaran seperti aneh, tetapi fakta ini adalah benar. Satu kajian dari Yayasan Tidur Kebangsaan Amerika Syarikat mendedahkan bahawa orang-orang yang dilaporkan mengemas katil mereka dikatakan mendapat tidur yang lebih baik. Tidur yang sihat sekaligus merupakan cara yang optimum ke arah berat badan yang sihat.
4. Tidak Menimbang Berat Badan
Penyelidik dari Universiti Cornell membuktikan bahawa menimbang berat badan setiap hari merupakan teknik yang berjaya yang menggalakkan penurunan berat badan. Masa terbaik untuk melangkah ke atas skala adalah perkara pertama pada waktu pagi sebelum makan atau minum apa-apa. Kerana anda kehilangan berat air semalaman, anda akan mendapat nombor yang paling tepat.
5. Makan Sarapan Terlalu Sikit
Penyelidik dari Universiti Tel Aviv menegaskan bahawa anda perlu memanjakan diri anda dengan hidangan yang lazat pada waktu pagi. Malah, sarapan yang seimbang yang mengandungi 600 kalori protein tanpa lemak, karbohidrat, dan beberapa pencuci mulut akan diet harian anda menjadi lebih mudah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Drama bersiri Jangan Benci Cintaku yang ditayangkan setiap petang membuatkan ramai wanita melepaskan rasa meluap-luap di media sosial. Semuanya gara-gara kecurangan yang dilakukan sang suami. Sakit hati bila mana isteri yang baik dan patuh dizalimi dan dikhianati cintanya.
Sakit memang sakit bila melaluinya namun ada baiknya kita sebagai isteri jaga martabat diri kita. Jangan jadi hina seperti wanita perampas. Itu yang dikongsikan wanita bernama Ila Fadzilah di facebooknya. Pengalaman pernah dicurangi suami membuatkan dia makin tabah. Benar kata-katanya.
Dek kerana penangan drama #janganbencicintaku dan banyaknya ledakan emosi wanita, maka saya kongsikan sedikit berdasarkan pengalaman sendiri, orang lain dan pembelajaran. Apa yang saya kongsi mungkin tidak sesuai untuk semua keadaan, mungkin juga tidak cocok dengan semua orang.
Anda cuma berhak ke atas suami, bukan pihak sana. Tak perlu merayu supaya pihak sana tinggalkan suami. It takes two to tango.
Bendung emosi marah, geram dan sakit hati. Tak perlu serang pihak sana kerana akhirnya anda akan ‘kalah’ bila suami senantiasa jadi hero untuk heroinnya yang tidak sah. Dan akhirnya anda yang nampak ‘jahat’ di mata suami. Isteri hebat akan sentiasa tenang dan steady tanpa merendahkan diri pada suami dayus mahupun betina rakus. Jadilah wanita bijak, kental dan rasional.
Kuatnya wanita kerana kelembutannya. Layanlah suami macam biasa, andai suami tu sudah nusyuz (lupa tanggungjawab pada keluarga, tidak beri nafkah), anda tidak berdosa jika tidak lagi mengabdikan diri pada suami. Terbukti beliau tidak layak mengemudi rumahtangga.
Apatah lagi bila senang saja beliau jatuh ke riba seorang perempuan yang tiada ikatan di sisi Allah. Jangan menyiksa diri dan emosi memikirkan orang yang tidak peduli hati dan perasaan anda sebagai isteri yang sah. Tumpukan perhatian pada anak-anak, belai emosi mereka yang lebih dambakan perhatian bila ibubapa semakin renggang. Andai berkemampuan, bawalah anak-anak pergi bercuti
atau bersiar-siar. Cipta bahagia untuk diri sendiri.
Pilihlah untuk bercerita dengan orang yang kita percayai. Ataupun rujuk pada pihak yang mampu berikan pandangan yang adil dan rasional. Sibukkan diri dengan aktiviti yang boleh menjana pendapatan dan bermanfaat. Soal hati kalau terlalu diikutkan, boleh merosakkan badan dan fikiran. Saya dulu, setiap hari menzahirkan rasa sedih dan duka di dalam 3 buah diari sekadar melepaskan duka di hati.
Saya lega selepas menangis di atas kertas. Usah bercerita terlalu banyak hal kecurangan suami di media sosial. Banyak buruk dari baik. Anda akan nampak lebih buruk di mata suami, walau sekadar mahu melepaskan rasa marah dan sakit hati. Diam bukan bererti mengalah tetapi berfikir untuk masa depan dan create a sense of direction.
Hati sesiapapun milik Allah. Andai rasa sayang masih menebal, berdoalah semoga suami kembali ke pangkal jalan. Berbincang dengan suami tentang jalan penyelesaian samada suami serius dengan hubungan terlarang (berkahwin atau suka-suka).
Masalah perlu diselesaikan dengan cara yang praktikal dan pragmatik, bukan emosi. Lelaki yang baik akan tahu halal haram dan jelas dengan matlamat
hidup. Andai suami sudah tetapkan pilihan, anda harus tetapkan matlamat dan pilihan anda. Bersedia atau tidak, apa saja kemungkinan persiapkanlah mental untuk reda dan terima keadaan yang mugkin berbeza dari sebelumnya.
Wahai isteri! Kita bukan Malaikat yang mampu menarik tangan suami untuk meninggalkan maksiat. Kita juga bukan malaikat. Tak perlu salahkan diri atau terlalu peduli dengan tanggapan serta kata-kata orang luar. Tapi kita sendiri perlu belajar untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Andai suami tidak juga berubah ke arah lebih baik, anggap saja objektif kehidupan kita tidak sama dan mungkin bercanggah antara satu sama lain. Bila keadaan sudah terlalu runcing, buatlah kronologi peristiwa penting serta berapa banyak tempoh masa suami di rumah serta nafkah yang diberikan suami. Kumpulkan bukti kecurangan suami.
Semua ini penting sekiranya konflik berakhir di mahkamah. Sepanjang pemerhatian saya, sebahagian besar kes kecurangan akan berakhir dengan perceraian. Samada isteri memohon cerai atau suami yang menceraikan.
Yakinlah walau perceraian berlaku akhirnya, Allah mahu selamatkan seorang isteri yang baik dan solehah dari seorang suami yang durjana.
Bukan cinta suami yang akan bawa kita ke syurga, tapi seorang khalifah keluarga yang baik, tidak akan curang sama sekali walau di atas kelemahan pasangan atau apa alasan.
Curang bukan pilihan, walaupun kononnya atas alasan mahu menambah isteri atau mencari kesempurnaan seorang wanita. Tapi siapalah kita untuk menghalang cinta di hati orang lain sebab hati mereka bukan milik kita melainkan dengan doa dan kekuatan iman.
Biar puas kita berbuat baik walau dibalas racun, kerana akhirnya pasti kebaikan itu akan dikenang sang suami walau ketika nyawa di hujung hayatnya, walau mungkin jodoh kita dengannya di dunia sudah terputus ketika itu.
Wallahualam.
Kredit: Ila Fadzilah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...