Kuih seri muka memang ada peminatnya tersendiri. Tambah lagi jika lapisan atas santannya lembut dan pulutnya pula cukup rasa lemak santan, makan sekeping tak cukup.
Cumanya yang menjadi masalah ramai yang takut mencuba untuk buat kuih ni kerana risau tak jadi dan tak tahu cara paling mudah nak sediakan.
Bagi yang mahu mencubanya, resipi yang dikongsikan oleh Siti Aminah Basir ini boleh anda cuba.
Langkah nak buat dan sukatan bahan yang menggunakan cawan juga sangat mudah. Anda yang pertama kali nak cuba buat pun lebih yakin.
Seri Muka Pandan
Bahan-bahannya :-
Bahan Untuk Pulut
3 cawan beras
sekotak santan
2 cawan air
1 sudu kecil garam
minyak
Bahan Untuk Seri Muka
1 cawan tepung gandum
3 sudu tepung jagung
2 cawan air pandan/air
1 cawan gula pasir
satu cawan/ sekotak kecil santan
3 biji telur
1 sudu kecil garam
Cara-caranya :-
Ads
Cara masak pulut
Rendam 3 cawan beras pulut selama 30 minit. Kemudian kukus selama 30 – 40 minit. Letak minyak sikit nanti dia nampak berkilat cantik bila dah masak. Tapi kalau terlupa pun tak ada masalah. Loyang tu boleh alas dengan plastik tahan panas atau oles minyak supaya senang nak ambil bila dah masak.
Bila pulut dah separuh masak, gaulkan dengan sekotak kecil santan dan 2 cawan air. Garam 1 sudu kecil jangan lupa gaulkan sekali ye.
Masukkan semula dalam loyang dan kukus sehingga benar-benar masak. Keluarkan dan mampatkan. Mampatkan guna senduk plastik supaya kerja jadi mudah dan tak melekat pada senduk. Kemudian kukus lagi 5 minit.
Ads
Sediakan 1 cawan tepung gandum, 3 sudu tepung jagung, 2 cawan air pandan/air, 1 cawan gula pasir, satu cawan/ sekotak kecil santan, 3 biji telur, 1 sudu kecil garam. Tambah pewarna hijau kalau nak nampak lebih menarik.
Masukkan semua bahan dalam blander, kemudian keluarkan dan tapis.
Masak atas dapur dengan api kecil. Kacau sehingga sikit je nampak bergentel/nampak sedikit pekat.
Gaul-gaul atau kacau-kacau masa atas dapur tu. Dalam 2- 3 minit je.
Ads
Masukkan dalam loyang yang ada pulut tadi
Kukus selama 20-30 minit. Jangan buka tutup buka tutup penutup pengukus ye. Biar je 30 minit tu jangan usik-usik. Cukup masa je baru buka la. Memang nampak macam basah atas dia.
Alihkan dari pengukus. Biarkan sejuk selama 4 jam. Nanti atas dia baru la nampak kering-kering gitu.
Dah betul-betul sejuk. Baru potong. Nampak cantik kan? Yakin boleh masak. Cuba masak mesti jadi!
Seronoknya bila kita menanam pokok limau kasturi di laman rumah, sekali ia berbuah memang lebat. Makan tak habislah senang cakap.
Jika dibiarkan, sayang pula terbuang begitu sahaja. Jadi apa kata anda buat acar seperti yang dikongsikan resipinya ini.
Kali ini nak kongsikan buah limau kasturi tanaman arwah ayah.
Bila dikumpulkan buahnya penuh sebakul. Kita sedekahkan sedikit seorang untuk kawan-kawan.
Selebihnya saya buatkan acar limau kasturi simple cara saya. Itu pun kali pertama buat. Saya x campur dgn buah-buahan jeruk. Sekadar bahan-bahan asas sahaja.
Boleh rujuk resipi yang disediakan.
Resipi Acar Limau Kasturi Simple Cara Saya
Bahan-bahannya
20-30 biji limau kasturi – dibelah empat
Jangan putus
Minyak masak secukupnya
Bwg merah- blend
Bwg putih – blend
Bwg holland – blend
Gula secukupnya
Cuka secukupnya
Halia, dihiris batang mancis & digoreng
separuh masak.
Cili blend
Garam
Cara menyediakannya
I. Limau yg sdh dibelah tadi diperah air
dan dibuang bijinya.
2. Kukus lebih krg setengah jam.
3. Jemur buah limau sampai agak kering.
4. Panaskan kuali dan tuang minyak
secukupnya.
5. Tumiskan bahan blend bersanma cili
sehingga terbit bau.
6. Sederhanakan api dan tumis sehingga cukup masak.
7. Masukkan halia. Gaul rata & biar
seketika.
8. Masukkan gula. Biar sampai gula larut
sambil dikacau.
9. Masukkan limau kukus, gaulkan sebati
Biarkan seketika.
10. Masukkan cuka dan gaul lagi
sehingga sedikit pekat. Tutup api.
11. Sejukkan dahulu sebelum disimpan
di dalam bekas & disimpan di dalam peti
sejuk.
# bagi saya, kalau dah campur dgn
buah-buahan jeruk itu dah jadi acar buahy ye..
Bukan sesuatu yang pelik bila ada anak-anak kita di sekolah rendah terasa malas dan malu untuk membawa bekal ke sekolah. Tambahan pula bila kawan-kawannya tiada seorang pun membawa bekal makanan, ini lagi membuatkan mereka tidak akan pernah mahu berbuat demikian.
Namun sebagai ibu, tentu kita berasa geram bila mana anak berbuat demikian. Tambahan pula, tujuan kita menyiapkan bekal makanan bagi memastikan anak-anak dapat makan makanan yang berkhasiat.
Untuk tujuan itu, pelbagai jenis masakan telah ibu-ibu sediakan untuk tujuan memancing minat anak untuk membawa bekal ke sekolah. Jika cara ini tidak berjaya juga, jadi apa kata usahakan dengan 4 trik ini. Jika berjaya pasti selepas ini anak-anak pula yang meminta untuk disediakan bekal untuknya. Jadi jom semak apakah caranya itu.
1. Sediakan botol air dan bekas makanan yang menarik.
Botol air dan bekas makanan bukan sahaja harus menarik tapi juga harus selamat. Pastikan ada label FREE BPA bagi bekas makanan plastik. Boleh juga beri yang berwarna warni atau ikut karektor kartun yang anak minat. Kalau ada beg comel khusus untuk bekas makananya lagi baik. Tak lah makanan tertumpah pada buku sekolah mereka.
2. Kadang-kadang bagi anak bawak lebih untuk kongsi bersama kawan
Bila anak susah sangat nak bawa bekal biasanya sebab dia nak makan dengan kawan dia. Apa kata bekalkan lebih sikit makanan untuk hari itu. Pesan pada anak, makan dengan kawan-kawan. Pasti kawan-kawannya gembira sebab anda ingat mereka.
3. Biasakan bawa bekal ketika keluar. Jadikan contoh pada anak.
Kalau anda pergi membeli-belah ada tak bawak botol air minuman? Tak perlulah air masak pun nak beli sedangkan di rumah dah ada mesin penapis air berharga ribuan ringgit. Tunjuk contoh pada anak yang anda pun bawa bekal bila keluar.
4. Buat bekal bersama-sama anak
Jika waktu hujung minggu tidak ke mana-mana? Daripada semua tidur dan menonton tv apa kata anda ajak anak-anak buat aktiviti di dapur bersama-sama? Buat bebola daging atau ayam untuk kegunaan seminggu. Kalau rajin buat untuk dua minggu terus. Barulah anak bersemangat bawa bekal ke sekolah untuk beri kawan-kawan dia rasa bebola daging yang dia buat.
sumber : Narinar Dot Com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sambal antara menu utama yang cukup digemari anak-anak. Kita sendiri pun kalau dihidangkan dengan sambal, terus rasa berselera sekali.
Pun begitu nak masak sambal haruslah ada sedikit ilmu. Tidak dinafikan menumis sambal bukanlah mudah. Ada caranya yang tertentu dan jika silap gaya sambal yang ditumis boleh hangit atau pun tidak dimasak sempurna.
Perasan tak, biasanya bila kita lihat resipi sambal, ‘kata kunci’ yang digunakan untuk menumis cili adalah tumis hingga pecah minyak. Jadi apa petua dan petanda bahawa sambal yang kita tumis itu telah pecah minyak atau sebaliknya? Jom kita semak kaedahnya.
Tip Menumis Cili
1. Minyak perlu banyak
Pastikan minyak yang digunakan tidak terlalu sedikit. Ini bertujuan untuk pastikan cili yang ditumis dapat dimasak dengan sempurna, iaitu sehingga pecah minyak. Jika sedikit minyak yang digunakan, cili tidak dapat ditumis dalam masa yang lama dan cili akan cepat hangus.
2. Api sederhana
Ketika menumis, gunakan api sederhana dan bukannya api besar. Cara ini akan menjadikan sambal masak dengan lebih sempurna berbanding api besar yang akan menyebabkan sambal lebih mudah menjadi hangit.
3. Kacau selalu
Saat menumis, sambal hendaklah dikacau selalu untuk pastikan cili ditumis masak sekata.
4. Garam
Jangan lupa masukkan garam ketika menumis tumisan agar rasanya sebati ketika dimasak dan dikatakan garam juga dapat menggaringkan cili yang ditumis menjadi lebih sempurna.
Tanda Telah Pecah Minyak
1. Tumisan cili berwarna agak gelap.
2. Minyak tumisan terlihat memercik-mercik di dalam kuali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di