Mencari rezeki bukan sahaja untuk mendapatkan kesenangan buat insan tersayang bahkan pernahkah kita menganggap bahawa dengan harta yang kita kumpul saban waktu, ada amanah dan perlu diberikan hak harta tersebut kepada golongan-golongan tertentu yang serba kekurangan.

Konsep berkongsi rezeki ini andai diterapkan dalam kehidupan harian, yakinlah harta yang terkumpul bukan sahaja dapat disucikan malah akan diberkati.

Hal ini bukan sahaja kita sebagai orang dewasa perlu memahaminya malah anak-anak kecil juga perlu dididik tentang kepentingan untuk berbahagi rezeki agar mereka mempunyai kepedulian kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Lantaran itu ibu ayah perlu membudayakan perkara positif dalam menguruskan harta agar turut terkesan pada anak-anak. Ini sebagaimana pepatah Melayu ada menyebut, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bahkan anak-anak kecil juga dikatakan sifat mereka seperti span yang akan menyerap sepenuhnya apa yang didengar dan dilihat dalam lingkungan persekitaran mereka.

Menyedari hakikat itu, ibu ayah perlu main peranan dalam mendidik anak-anak apatah lagi pada zaman ini ramai antaranya memiliki kelayakan dan kefahaman yang tinggi dalam akademi sekali gus menjadi satu bonus kepada anak-anak untuk lebih memahami berkaitan banyak perkara dan antaranya berkaitan zakat harta.

Anak Pun Perlu Berzakat

Tahukah anda sebenarnya banyak kebaikan yang diperolehi oleh kita sebagai ibu ayah bila mana memberi pendedahan yang tepat kepada anak-anak berkaitan zakat harta meskipun pada usia mereka masih kecil.

Hakikatnya terdapat syarat asas wajib bagi seseorang itu mengeluarkan zakat iaitu seorang yang beragama Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab dan cukup haul.

Indahnya Zakat Jika Dihayati, Anak-anak Pun Terkesan Positif!

Daripada kelima-lima syarat tersebut, tidak dinyatakan bahawa akil dan baligh menjadi syarat dan ini bermaksud bahawa anak yang berusia bawah 18 tahun juga wajib membayar zakat sekiranya telah cukup syaratnya.

Prihatin & Berkasih Sayang

IKLAN

Apabila hal ini dapat difahami oleh anak-anak maka dengan sendirinya mereka akan berasa seronok untuk melaksanakan ibadah zakat kerana mereka sendiri dapat membantu orang yang kurang berkemampuan dengan duit mereka sendiri.

Indahnya Zakat Jika Dihayati, Anak-anak Pun Terkesan Positif!

Sekali gus dengan berzakat dapat memupuk kesedaran di kalangan anak-anak agar lebih prihatin kepada orang-orang yang susah.  Apatah lagi bila bersekolah anak-anak akan bergaul dengan rakan-rakan yang berbeza latar belakang. Jadi setidak-tidaknya dalam hati anak-anak kita akan ada rasa untuk membantu rakan yang hidup dalam serba kekurangan dan menghindarkan diri mereka daripada berkawan ikut ‘pilih bulu’.

Asuh Jadi Dermawan  

Tidak dinafikan amalan berzakat juga boleh membiasakan diri anak-anak supaya bersifat pemurah dan sekali gus membuang sifat kedekut dalam diri mereka.  Bahkan lebih daripada itu dapat membentuk keperibadian sebagai seorang yang dermawan dalam diri anak-anak kita.

Indahnya Zakat Jika Dihayati, Anak-anak Pun Terkesan Positif!

Semua ini tidak mungkin boleh terjadi dengan sendirinya, melainkan ibu ayah asuh sebaiknya untuk menyerlahkan karekter yang terbaik dan positif. Rahsia berjaya mendidik anak-anak pula terletak pada strategi didikan secara berulang-ulang dan melalui tauladan.  Ini sebagaimana mengambil motivasi daripada ayat; anak-anak itu cerminan kepada ibu bapanya.

IKLAN

Justeru itu, bagi mencapai KPI tersebut kita sebagai role model anak, tidak boleh ambil mudah bagi memastikan anak-anak kita menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Semoga dengan kefahaman yang jelas kita sebagai orang dewasa, dapat kiranya memberi kefahaman pula kepada anak-anak kita berkaitan kewajipan berzakat dan sama-sama rasai kebaikan daripada ibadah  tersebut.

Untuk lebih mengetahui berkaitan zakat anda juga boleh layari di dalam web www.zakat.com.my

 

 

 

IKLAN

 

 

.

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI