Siapa yang tak kenal dengan pelakon berbakat besar, Nabila Huda. Anak kepada penyanyi rock terkenal Amy Search ini mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinannya yang pertama.
Menerusi laman instagramnya, Nabila atau lebih mesar disapa Abil sering memuat naik gambar dan video anak tunggalnya yang bernama Keisha Laila.
Terbaru, gaya Keisha dilihat seakan-akan sama seperti ibunya menerusi satu foto ketika anak-beranak ini sedang berada di gimnasium.
Ads
Keisha turut memakai pakaian sama seperti Abil sehingga membuatkan ramai menyangka terdapat cermin besar di belakang Abil.
Resipi ‘kentang putar’ versi sihat guna keledek manis, sedap dan berkhasiat
Biasanya kita menggunakan kentang putih sebagai bahan utama. Apa kata kali ini kita ubah pula penggunaan kentang putih dengan keledek manis. Sajian ini lebih sihat dan berkhasiat.
Rasa manis semula jadi datangnya daripada keledek. Bahan utamanya keledek manis dan susu kambing. Rasanya tetap sama namun lebis manis dan sedap.
Keledek termasuk dalam kategori ‘superfood’. Bagus untuk otak dan mencantikkan kulit. Keledek oren dan ungu terutamanya tinggi kandungan antioksidan. Kandungan B6 dalam keledek, baik untuk otak. memacu kelajuan otak serta melawan hormon stres – homocystein.
Di dalam keledek juga ada banyak vitamin. Ia juga turut membantu penghasilan kolagen. Kulit akan menjadi lebih anjal dan susah berkedut. Makan keledek juga dapat membantu tidur yang lebih nyenyak. Kandungan magnesium di dalam keledek adalah kuncinya.
Susu kambing juga paling tinggi protein. Ia mengandungi protein CSN1S2 dan bertindak sebagai agen anti-osteoporosis. Susu kambing juga ada linoleic acid untuk perkembangan otak selain oligosaccharide. Kandungan prebiotik dalam susu kambing juga sama dengan susu ibu.
Jika anda penggemar kentang putar, bolehlah cuba resipi kentang putar cara sihat ini. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
4 biji keledek manis
1/4 cawan campuran kekacang (supernuts) yang dicincang halus
1/2 cawan susu kambing
2 sudu makan mentega susu kambing (atau mentega tanpa garam)
1/4 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh garam
Cara-cara:
1. Kukus keledek dalam pengukus selama 10-15 minit (sehingga lembut).
2. Toskan. Masukkan keledek ke dalam mangkuk.
3. Campurkan susu kambing, mentega, serbuk kayu manis, dan garam.
4. Campurkan sekali dengan keledek. Hancurkan guna garpu. Sebatikan.
Sajian ini sesuai dihidangkan untuk dinikmati seisi keluarga. Siapa kata makanan yang sihat tidak sedap? Asalkan kita pandai mengolah bahan-bahannya, pasti enak dinikmati bersama keluarga.
Wajah adalah aset terpenting bagi seorang wanita. Nak kekal cantik tanpa kedutan, dan paling penting kelihatan awet muda sememangnya menjadi idaman setiap bagi mereka yang sudah mencecah usia setengah abad.
Siapa tahu, dalam kecantikan yang dimiliki oleh pelakon Laila Nasir atau nama sebenarnya Norlaila Yasmin Nasir, dia kini sebenarnya sudah memasuki usia 50-an.
Memetik laporan Sinarplus, tatkala ditanya rahsia kekal cantik dan jelita, ibu kepada dua orang anak lelaki tersebut mengakui tiada petua khusus yang menjadi amalannya.
Ungkap beliau, dirinya hanya menggunakan cara biasa yang dipraktikkan oleh orang lain iaitu minum air suam setiap pagi.
“Selain itu, saya juga mengamalkan minum sesudu madu yang dicampur dengan air masak setengah gelas.
“Dalam usia sekarang, saya memang tidak amalkan minum minuman berais dan bergas. Saya turut mengamalkan pengambilan jus pegaga yang dikisar sendiri,” ujar Laila lagi.
Kesibukan dengan shooting tidak pernah menjadi batasan kepada Laila untuk menjaga kesihatan diri.
Selain dari aspek pemakanan, beliau akan ‘mencuri’ masa melakukan señaman ringan ketika berada di rumah.
“Apabila usia sudah masuk 50-an, kenalah pandai jaga kesihatan. Bagi penjagaan kulit wajah pula, saya suka memakai masker daripada putih telur yang dicampur dengan madu.
“Selain itu malas sekalipun janganlah sesekali kita skip mencuci wajah dan pakai pelembap. Saya juga turut mengambil suplemen seperti vitamin C dan habbatussauda,” ungkap penerima Anugerah Kelantan Business Ikon Awards pada 17 Disember 2021.
Tambah Laila, kecantikan adalah anugerah oleh SANG PENCIPTA. Justeru, menjadi amanah kita untuk menjaganya dengan sebaik mungkin.
“Jangan menyalahgunakan kecantikan. Pada masa sama, hati kita pun kena cantik. Maksudnya jangan ada sifat dengki dan sebagainya.
“Saya percaya aura cantik seseorang itu datang dari hati yang cantik,” jelas Laila lagi.
Pada masa sama, beliau turut menitipkan nasihat kepada kaum wanita supaya tidak terlalu bangga dengan kecantikan paras rupa.
“Kecantikan rupa tidak akan kekal, ia akan pudar mengikut usia kita, cuma yang perlu kita jaga adalah kecantikan dari dalam,” ungkap beliau lagi.
Tentu sahaja doa dan pengharapan setiap antara kita berbeza-beza. Namun apa yang pasti, setiap apa yang kita hajatkan diharapkan tercapai dan dimakbulkan.
Cara bagaimana agar doa yang dipohon segera dikabulkan, bolehlah anda ketahui 3 tips yang dikongsikan ini.
3 Tips Doa Terkabul
Di dalam al-Quran surah al-Anbiyā’ ada menceritakan beberapa doa para nabi yang dikabulkan oleh Allah SWT.
Berikut merupakan doa-doa para nabi yang dikabulkan di dalam surah al-Anbiyā’:
“Dan (ingatlah kisah) Nabi Ayyub, ketika dia berdoa kepada Tuhan-nya, “(Ya Tuhan-ku), sungguh, aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang. Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: Keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik). (Al-Anbiya: 83-84).
“Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, lalu dia menyangka bahawa Kami tidak akan menyulitkannya, (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia berdoa dalam keadaan yang sangat gelap: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. Maka Kami kabulkan permohonan doanya dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya, Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami). (Al-Anbiya: 87-88).
“Dan (ingatlah kisah) Nabi Zakariyya, ketika dia berdoa kepada Tuhan-nya, “Ya Tuhan-ku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. Maka Kami perkenankan doanya dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya…. (Al-Anbiya: 89-90).
Setelah menyebutkan doa-doa para nabi yang dikabulkan, Allah menceritakan rahsia dikabulkannya doa mereka. Allah SWT berfirman:
(Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami. (Al-Anbiya: 89-90)
Daripada ayat al-Quran di atas, terdapat 3 rahsia agar doa dikabulkan, iaitu:
1. Bersegera dalam mengerjakan kebaikan.
2. Berdoa dengan penuh harap dan gerun takut.
3. Khusyu’ ketika menghadap Allah SWT.
Inginkan doa-doa yang kita dikabulkan oleh Allah, mari kita lakukan 3 tips dari ayat al-Qur’an ini.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.