Jika setakat sedikit selsema pada anak-anak saya yang berusia antara 5-7 tahun, tanpa demam atau batuk, saya tidak terlalu risau. Ini kerana tubuh mereka sedang menguatkan sistem daya tahan tubuh.
Ini penjelasan Dr Zubaidi Haji Ahmad yang ibu ayah kena alert.
BAHAYA UBAT SELSEMA PADA KANAK-KANAK
Ads
Kebanyakkan selsema pula disebabkan oleh jangkitan virus dan tidak perlu dibersihkan sebarang ubat.
Selalunya selsema akan baik sendiri, kecuali di saat tubuh anak menjadi lemah dan demam yang tinggi. Mereka memerlukan rawatan dari doktor.
Bagi kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah, penggunaan ubat selsema adalah sesuatu yang berbahaya.
Ads
Ini kerana ubat selsema terutamanya CHLORPHENIRAMINE boleh menyebabkan kanak-kanak mengantuk dan tidur. Yang lebih berbahaya mereka tidak dapat bernafas dengan baik dan boleh menyebabkan mereka berhenti bernafas.
Banyak kes di mana kanak-kanak yang berusia tiga tahun ke bawah dibawa ke Jabatan Kecemasan akibat pemberian ubat selsema terutama jika diberi dos berlebihan atau terlalu kerap.
“Saya Tidak Akan Tergesa-Gesa Dalam Soal Hujung Minggu” – Sultan Johor
Menerusi hantaran Instagram rasmi officialsultanibrahim DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah bahawa Baginda tidak akan tergesa-gesa dalam membuat keputusan tentang cadangan Kerajaan Negeri untuk menukar semula cuti hari minggu negeri ini kepada Sabtu dan Ahad.
“Saya tidak ingin gopoh dalam membuat keputusan. Cadangan kerajaan itu akan saya teliti setiap sudut baik buruknya, dan pandangan semua pihak akan diambil kira serta diperhalusi. Tidak payah kecoh-kecoh atau dipolitikkan.”
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Buat masa ini saya mahu kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi negeri Johor serta kepentingan rakyat. Kerajaan Negeri boleh berikan apa jua cadangan kepada saya, dan saya akan mempertimbangkan sedalam-dalamnya sebelum memberikan apa-apa keputusan,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini (23 Ogos).
Justeru, Tuanku Sultan Ibrahim bertitah agar semua pihak tidak mengeluarkan sebarang spekulasi atau membuat gesaan supaya satu keputusan diumumkan secepat mungkin.
“Saya akan buat pengumuman apabila saya berpuas hati dan cukup yakin keputusan yang diambil itu adalah yang terbaik untuk negeri Johor,” titah Baginda.
Bermula 1 Januari 2014, DYMM Sultan Ibrahim telah mengubah cuti mingguan negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu, sebagai penghormatan kepada hari Jumaat selaku penghulu segala hari dan pengiktirafan Agama Islam sebagai agama Negeri Johor.
Perubahan itu sebenarnya mengembalikan semula cuti hujung minggu asal (Jumaat-Sabtu) yang telah dilaksanakan dalam Negeri Johor sejak sekian lama sebagai sebuah Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Negeri Johor hanya melaksanakan hujung minggu Sabtu dan Ahad bermula tahun 1994 apabila ia ditukar semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Besar.
Jika kita tanya mengenai perkahwinan, semua inginkan rumahtangga itu bahagia hingga ke anak cucu malah ke hujung nyawa.
Siapa yang tak nak rumahtangga itu penuh keindahan. Suasana rumah pun ceria je dengan gelak tawa dan pasangan yang saling santuni antara satu sama lain.
Pelbagai rahsia rumahtangga untuk diterokai. Begitu juga dengan perkongsian penceramah terkenal Ustaz Datuk Kazim Elias.
Apa pun nak bahagia kena kenalpasti punca kenapa perkahwinan tu tak bahagia. Bila dapat tahu, baru kita selesaikan, barulah kebahagian dapat dicapai.
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang “Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.”
Tak tak.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.
Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim.
1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb.
2- Mana suami tu pergi, ikut ! Hahaha 😂
Selagi hang boleh ikut, ikut.
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.”
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk :
•UJIAN
•TEGURAN
•BALA
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang dahagakan pahala
Kredit: Ustaz Kazim Elias via Keluarga Bahagia Selamanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat ikut kemampuan, tak perlu nak keluarkan belanja mahal. Janji kreatif. Itu antara ‘modal’ yang wajib ada. Okey untuk ibu-ibu yang ‘sakit mata’ nak tutup bawah sinki, mungkin boleh ikut tip yang dikongsikan oleh saudara Syuki Cuki untuk menutup ruang bawah table top. Jom DIY Langsir Table Top sendiri. lagi jimat kan.
Buat masa skrg,tak mampu lagi nk buat pintu kabinet. Hanya ada table top je,kalau nk letak barang bawah table top tanpa ditutup memg akn nampak bersepah kan. So, sy buat langsir utk table top.
Step untuk Langsir Tabletop:
1: UKUR! First step kena ukur dlu berapa ketinggian n panjang table top. Sebelom g kedai kain,pastikan dah ad ukuran. Kalau nk buat langsir jenis ropol2,lebihkan sikit panjang kain,jgn beli ngam2 soi! Tapi kalau nk buat langsir yg straight je,boleh beli kain ngam2.
2: TENTUKAN MATERIAL! Kain boleh pilih nak jenis yg mcm mana. Cth: kain jenis jersey,kain langsir blackout,kain cotton n etc. Bergantung pada minat masing2. Kalau nk langsir yg jenis flowy/nampak beralun cari kain yg lembut. Kalau sis boleh jahit sendiri,jahit je sendiri,jimat! Kalau x mampu,upah je tukang jahit.
3: VELCRO TAPE! Barang seterusnya yg diperlukan ialah velcro tape (refer gambar). Velcro tape ada dua side,satu side kasar,satu lagi side lembut. Yg kasar kena gam/tampal kt table top. Yg lembut,jahit pada kain. Mana nk dapatkan velcro tape?? Uolsss boleh beli kt kedai2 alat jahitan,kedai barang pengantin,nagoya dll. Sy beli kt nagoya. Harga 1 meter Rm2.50 je,murah kan? Beli ikut ukuran table top rumah uollss ye..n lagi satu tape ni ada banyak saiz,ada yg kecik n ada yg besar. Pilih ikut kesesuaian,jgn kecik sgt,takut x kuat nk tampal pd kain nanti.
4: GAM DUNLOP! Barang seterus nya ialah gam untuk lekatkan tape velcro yg kasar tu pada table top. Ada org guna double tape,tp sy suggest better guna gam Dunlop. InshaAllah boleh menampung berat kain. Tak de lah nanti pakai sekejap,dah jatuh langsir tu 😝 gam ni boleh beli kt kedai hardware. Contoh gambar kt bawah k!
5: Bila da lekatkan bahgian tape velcro yg kasar tu,pastikan gam tu da kering dulu. Tekan2 sket dengan benda yg berat supaya tape tu betol2 lekat. Dah lekat n gam betol2 kering,ambil kain langsir yg dah ditampal tape velcro side lembut/berbulu tu lekatkan pd table top.
Dah SIAP!!!
Mudah kan? Kalau nk letak renda2,riben,lace pon boleh. Ikut ats kreativiti ye. Kalau ada yg x pham comment je dibawah. InshaAllah sy akn cuba membantu dan selamat mencuba guysss 😘
K
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.