Tanggungjawab anak sulung sangat besar. Tapi, ramai menganggap mereka ada banyak kelebihan sedangkan mereka selalu berkorban dan melalui pelbagai cabaran!
Malah anak sulung ni punya kehebatan antaranya yakin dii dan berani. Malah ada juga dianggap sebagai ‘bossy’.
Menarik dengan perkongsian ini, bebelan si cilik yang memberi tahu asyik kena marah bila adiknya buat perangai. Lebih mencuit hati apabila dinyatakan dalam loghat Terengganu.
“Ingat Tak Letih Ke Jadi Anak Sulung, ada buat hal kita kena marah.”
Ads
@ellyemirzangelast tu tahu pun debo..g ckp tepi linge mok etek😂
Suami yang romantik ni, kadang tanpa isteri minta pasti ada yang mereka bawa pulang ke rumah setelah habis pulang dari kerja atau sesuatu tempat. Tidak kiralah nilainya atau apa barangannya, pasti dihargai oleh si isteri walaupun hanya makanan.
Baru-baru ini, usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi satu video mengenai pemberian seutas gelang jenama mewah daripada suaminya, pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz tatkala baru saja pulang dari solat Jumaat.
Video tersebut dimuat naik menerusi akaun TikTok rasmi milik Neelofa dan menurutnya di dalam video tersebut, ini bukan kali pertama suaminya membuat kejutan seperti tersebut. Malah, dia juga mendakwa suka menonton video kejutan suami buat isteri yang lain yang ada di sosial media.
“Kisah hari ini, suami balik dari solat Jumaat bawa balik hadiah. Terkejut, terharu, happy, syukur dan semua perasaan yang baik-baik Alhamdulillah,” ujar Neelofa.
Selain dari kejutan yang dibuat oleh PU Riz di dalam video tersebut, perkara lain yang menjadi perhatian adalah komen-komen pengikut Neelofa yang masing-masing tidak kalah mencertakan pengalaman mereka apabila suami pulang dari solat Jumaat.
Yang paling menjadi tumpuan apabila komen-komen tersebut dibalas oleh Neelofa sendiri yang juga terhibur dengan komen dan gelagat suami lain di luar sana.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian daripada Encik Noorhashim apabila berkongsi foto gelagat pelajar remaja yang sedang mendukung adiknya yang bersekolah rendah, memang mampu menarik perhatian dan sekali gus menyentuh hati buat yang memandang.
Nyata, kasih sayang dan tanggungjawab seorang abang kepada adiknya itu wajar dipuji dan sebolehnya kita juga mengharap dan mendoakan anak-anak kita turut bertindak seperti anak remaja ini.
Secara jujurnya, saya sebagai seorang ibu atau ayah ternampak situasi seorang abang mendukung adiknya dalam keadaan panas terik. Wow!! Kagum dan sebak.
Saya perhatikan perlahan-lahan dia menuruni kawasan berbukit sambil mengendong adiknya dengan kawan-kawan perlahan-lahan menuju ke kawasan rumahnya.
Allahuakbar, anda seorg abang yang hebat. Semoga berkekalan ya adik menjaga serta melindungi ahli keluargamu ya.
Kepada ibu dan ayah serta keluarga adik ini, alhamdulillah didikan dan terapan kasih sayang di kalangan family masih utuh dan kuat. Tahniah atas didikan anda di dalam era yang penuh cabaran ini.
Sumber : Noorhashim Mohamad via KVV
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bergurau senda dan usik-mengusik sudah menjadi rencah dalam kehidupan kita. Namun demikian, ia bukanlah bermaksud kita boleh sewenang-wenangnya mengusik orang lain tanpa memikirkan kesannya. Apatah lagi, dengan gurauan tersebut boleh membawa bahaya hingga meragut nyawa.
Ini sebagaimana berlaku insiden, niat dua remaja bergurau ketika bermain api di sebuah tandas awam terbiar di Bandar Puncak Alam Fasa 3, membawa padah apabila tindakan itu meragut nyawa rakan mereka petang tadi.
Ini sebagaimana memetik berita yang dilaporkan, mangsa yang berusia 16 tahun ditemukan rentung selepas kebakaran tandas terbiar itu dipadamkan oleh pihak bomba.
Melepak Di Tandas
Kejadian berlaku ketika tiga remaja terbabit dikatakan sedang melepak sambil bermain permainan video di dalam telefon bimbit di dalam tandas terbabit.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata berdasarkan maklumat, mangsa dikatakan sedang tidur di atas sofa di hadapan pintu tandas, sebelum rakannya menyalakan api di bawah sofa dengan niat untuk bergurau.
“Mangsa, Muhammad Damin Mikhail Kansol, 16 dikatakan sedang tidur di atas sofa di depan pintu tandas sebelum rakan mangsa menyalakan api di bawah sofa dengan niat untuk bergurau.
“Selepas asap tebal dan api makin besar, dua rakan mangsa lari ke luar tandas.
“Mangsa yang tersedar dari tidur dan keadaannya separa sedar bagaimanapun melarikan diri ke dalam tandas,” katanya.
5 Minit Operasi Pemadaman
Mengulas kebakaran berkenaan, katanya pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 2.35 petang, sebelum sepasukan 10 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba, anggota bomba segera melakukan pemadaman selama kira-kira lima minit dengan anggaran kemusnahan kira-kira 20 peratus.
“Hasil pemeriksaan menemukan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun lengkap berpakaian dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi,” katanya ketika dihubungi.
Norazam berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan punca kebakaran masih disiasat,” katanya.
Meninjau di ruangan komen dengan terpaparnya berita ini, netizen memberi reaksi kurang senang, marah dan bimbang dengan perangai anak-anak remaja sekarang ini. Malah ramai juga tidak putus-putus memberi peringatan andai ingin bergurau biarlah berpada-pada.
Tidak dengan itu, wargamaya juga turut mengucapkan salam takziah buat keluarga mangsa dan berharap agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.