Anak-anak adalah anugerah yang amat bernilai. Justeru ibu bapa harus mendidik anak dengan sebaik mungkin. Ini kerana  ingatan anak itu akan kuat dibawa sampai mereka kanak-kanak dan remaja. Sebagaimana perkongsian lelaki ini, Ammar Kamilin.
Ingatan Anak Itu Kuat Hingga Dibawa Sampai Remaja. Santunilah Anak Dengan Sempurna

Dulu, masa membesarkan Zulfa dan Iman, tak tahu ilmu otak anak-anak ni. Layan je perkembangan anak-anak. Dia ajak main, kita main. Dia nangis, kita buat susu. Dia menjerit, kita kelam kabut check pampers. Ada masa, jerit melolong tak berhenti, mula cari ayat Al-Quran, bacakan. Takut-takut tersampuk syaiton!

Anak kecil ni, simple saja kehendaknya.
Kata kuncinya, dia nak selesa.

Dia lapar. Bagi susu.
Dia panas. Bagi kipas. Best lagi, aircond.
Dia istinjak. Tukar pampers.
Dia ajak main. Kita jadilah kuda kejap.
Dia nak tidur. Dodoilah dengan lagu apa pun. Kalau suara ngeri sangat, saya pass pada isteri.

Pendek kata, keperluan asas terjaga. Bayi akan baik-baik saja. Dia takkan menangis saja-saja.

Kebolehan mengecam kod rahsia di sebalik tangisan ni, pun saya agak mahir.

Meraung teran-teran = ada benda yang sangat menyakitkan berlaku. Kena gigit semut. Air kencing ‘gigit’ punggung. Macam-macam lagi.

Merengek sambil gosok mata = mengantuk nak tidur. Kena dukung atau buat susu. Lama-lama tertidurlah tu.

Meraung angkat tangan = ada benda dia nak, tapi tak dapat. Cuba cari, apa bendanya. Bagi pada dia. Insya Allah, diam.

Menangis teresak-esak = sama ada abah, mama, kakak atau abang, mesti ada termarah atau ‘terbabab’ kuat. Teresak sebab sedih, orang yang dianggap pelindung, ‘buat’ dia.

IKLAN

Gitulah serba sedikit.

Tapi, masa dapat Zahraa dan sekarang Zayda, saya dapat 1 info yang mengubah sedikit pendekatan pada anak-anak.

Jika dulu, saya fikir, bermain dengan anak-anak ni, dah besar sikit baru seronok. Jadi, masa bayi tu, jarang saya nak berinteraksi sangat.

Ada setengah ibu bapa kan rajin sembang dengan bayi, walaupun bayi tu tak faham pun maksud perkataan mengikut kamus. Tapi, bayi ni menunjukkan respon pada riak wajah ibu bapa ni. Saya rasa, itu yang mahal.

Bayi mengenali ibu bapa bukan dari sudut makna perkataan diluah. Tetapi dari tona suara dan riak wajah. Bayi memang komputer penyahkod yang superb! Bibir kita terjuih sikit pun dia dah tahu, mama dia sedang bergurau atau marah.

IKLAN

Saya baru tahu masa tu, 90% daripada sel-sel neuron kita bersambung pada peringkat umur bayi sehingga 7 tahun. 
Paling pesat, masa tempoh bayi tu.

Bayi dilahirkan dengan 200 billion sel yang belum bersambung. Sel-sel itu akan mula menjalar dan terjalin antara satu sel ke satu sel apabila mereka menerokai pengetahuan dan pengalaman baharu. Lagi banyak mereka didedahkan dengan perkara baharu, lebih banyak sel-sel neuron yang akan bercantum.

Sampai satu peringkat, otak akan buat ‘pruning’. Macam kita selalu cantas pokok. Mana-mana sel yang tak digunakan atau jarang berhubung, lama kelamaan akan hilang dan lupus.

Apabila dah dewasa, tinggal dalam 105 billion sel saja. Itu yang betul-betul kita pakai.

Itu sebab, walaupun kita pernah buat satu benda tu dulu, tapi kalau lama ditinggalkan, apabila kita cuba mengingat semula, susah!

IKLAN

Jadi, dalam kes bayi ni, masa sel-sel otak sedang ‘fresh’, itulah masa yang sesuai kita tanamkan memori hubungan dengan ibu bapa sebanyaknya. Selalu peluk cium mereka. Selalu bersenda gurau. Selalu bercerita. Selalu membelai. Selalu menenangkan.

Supaya, ingatan itu akan kuat dibawa sampai mereka kanak-kanak dan remaja.

Tempoh bayi tu, jika dipenuhkan dengan caci maki. Suara tinggi dan keras. Deraan fizikal. Bimbang nanti, itulah yang akan dibawa apabila mereka kanak-kanak dan remaja.

Jangan hairan, jika anak tiba-tiba membuli budak lain, sedangkan kita tak pernah tunjuk cara membuli. Mereka mungkin belajar kekasaran itu seawal bayi dari kata-kata sinis kita pada isteri atau suami! Kita tak sedarkan. Mereka span yang serap segalanya.

Saya sendiri, nampak dah kesan pada anak. Anak sulung agak keras dan tegas dengan adik-adik. Teringat semula, memang itulah gaya saya masa membesarkan dia. Panas orang muda.

Nak ‘tune’ semula bila dah remaja, perlu usaha lebih. Anak remaja lagi susah nak dengar cakap. Mereka ni belajar daripada apa kita buat, bukan apa kita cakap.

Takde cara lain. Kita yang kena berhemah dulu, barulah anak remaja boleh perlahan-perlahan ikut. Itu pun, belum tentu tau! Dia dah ada ‘preference’, prinsip hidup dan karakter dia sendiri. Kita istiqamah saja melentur mereka. Jika Allah izinkan, mereka akan baik, insya Allah.

Semoga kita menjadi ibu bapa yang hebat!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI