Sesungguhnya perempuan dicipta dari tulang rusuk kiri lelaki. Maka apabila ikatan perkahwinan berlangsung sudah tentu keserasian itu makin utuh. Malah, setiap percakapan yang diluahkan oleh isteri itu sudah tentu kata-kata doa buat suami. Oleh setiap itu, perlu cakap baik-baik untuk suami.
Sebagaimana layanan yang baik oleh suami kepada isteri, akan memberi kebahagian tiada penghujung dan rezeki yang deras mengalir. Begitu juga dengan cakap-cakap isteri.
Perkongsian oleh Mohd Fhais ini ada benarnya, apabila beliau mengakui bahawa isteri harus berbercakap perkara yang positif supaya aura itu akan mengalir dalam keluarga misalnya rezeki makin bertambah. Ikuti perkongsiannya.
Semalam isteri cakap banyaknya duit abg
Ya la, mana dia tak rasa “macam” banyak kalau kad kredit dia rm2xxx saya bayarkan, bercuti di legoland hari tu habis rm1xxx saya support semua, satu sen pun tak minta duit dia.
“Alhamdulillah, rezeki syg”, ni kata saya pada dia.
IKLAN
Saya kata kat dia lagi.
“Semakin syg rasa abg banyak duit, semakin banyak la duit abg”
“Semakin syg rasa abg kaya semakin kaya la abg, insyaallah”
Biar pun dalam dompet ada rm1 dalam 5 keping, rm10 dalam 10 keping, asalkan isteri rasa kita kaya maka rezeki akan datang bergolek.
Percaya atau tidak, memang benar rezeki datang bergolek.
IKLAN
Isteri nak makan durian. Sejak dari mula raya lagi dia duk sebut sebut nak makan durian. Asal nak pergi cari je ada sahaja halangan.
Hah! Hari ni tup tup dapat durian 3 biji sekali. Percuma pula pemberian dari sepupu.
Rezeki nak datang, sekejap je.
Satu lagi rezeki dapat hadiah tunai dari AIA RM1000 kerana lepas target bulan mei. Ni tak termasuk elaun, gaji dan bonus lagi.
IKLAN
Bukan tu sahaja. Sedar tak sedar case yang saya dah buat untuk 3 bulan ni melayakkan saya pergi chiang mai, thailand, dream cruise ke hanoi dan ada beberapa lagi bonus akan datang.
Allahu, terlalu banyak rezeki melimpah ruah dapat lepas raya ni.
Berkat isteri rasa kita kaya, betul-betul Allah bagi kita rasa kaya. Wallahu A’lam,
Belanja isteri macam orang kaya, jangan terkejut orang lain lepas raya pokai kita rasa kaya raya.
Dengan itu, suami harus menghargai isteri dan isteri pula harus sentiasa cakap-cakap baik untuk memastikan rezeki mengalir tanpa rintangan. Inilah kunci kebahagian suami isteri kena alert.
Empat Beranak Bercuti Ke Thailand Dengan Kereta, Ibu Ni KongsikanItinerari & Kos. Buat Ramai Teruja Nak Follow!
Tentunya bila bercuti kita mahukan suasana yang selesa untuk kita anak beranak. Jadi tidak hairanlah ramai yang memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri agar lebih mudah bergerak untuk sampai ke destinasi yang diingini.
Bukan sahaja ketika bercuti di dalam negara malah dilihat ada juga yang memilih untuk membawa kereta sendiri apabila ingin bercuti ke Negara Thailand. Ini mungkin mengambil kira pelbagai faktor selain lebih selesa, ada yang meraskan jimat kos, sudah tahu selok belok bahkan ada juga disebabkan rasa teruja untuk merasai pengalaman baru merentas negara dengan menggunakan jalan darat bersama seisi keluarga.
Berkongsi pengalaman manis mengenai rentas negara menggunakan kenderaan sendiri, seorang ibu ini berkongsi kisahnya di facebook berkenaan percutian mereka empat beranak selama 14 hari di Thailand. Bahkan menyifatkan percutian kali ini begitu menarik dan bermakna buat mereka sekeluarga!
Menurutnya, trip percutian menaiki kereta ini bermula dari Kuantan- Changlun- Wang Kelian- Nakhon Si Thammarat – Hua Hin- Kanchanaburi -Khao Yai – Bangkok – Hua Hin- Hatyai- Bukit Kayu Hitam dan berakhir di Kuantan juga.
Ibu Ni Kongsi Pengalaman & Itinerari Ke Thailand, Boleh Follow!
Kami pilih untuk masuk melalui border Wang Kelian sebab sana kurang sesak berbanding border2 lain. (Wajib try pulut ayam di border wang kelian)
Ramai yang tanya. Ok ke drive kat Thailand? (Ni kali ke dua kami drive. Kali pertama ke Krabi tahun 2017). Jawapannya sangat-sangat ok sebab majority driver Thailand sangat-sangat la berhemah, suka beralah berbanding driver Malaysia. Payah nak jumpa driver sana yang nano-nano , yang suka cucuk-cucuk rapat, suka pancung himpit-himpit, suka hon ni MEMANG PAYAH NAK JUMPA.
Walaupun ada yang keluar simpang sesuka hati, masuk jalan orang suka hati, uturn suka hati, driver diorang takkan hon ke , gi kejar nak maki ke , tak ada, yang diorang buat, diorang brek dan bagi laluan. Sangat tenang ya drive di sana. Kita pon auto jadi berhemah bila drive kat sana. 2 minggu kat sana sekali je tau kitaorang dengar bunyi hon kereta. Jadi jawapannya jangan risau nak drive kat Thailand. Sangat selamat.
Kos-kos untuk 14 hari di bumi Thailand
Kos Insuran :
Basic insuran untuk kereta untuk 2 minggu hanya Rm 30 tapi kami ambil extra insuran Rm 130. Total untuk insuran kereta + dokumen2 upah agent isi untuk masuk ke Thailand (kami guna Ghanimi Agency) untuk 4 dewasa 2 budak = Rm 177
Wajib juga buat personal travel insuran ni ya sebab kita tak tahu apa akan jadi, jadi baik sediakan payung sebelum hujan.
Kos minyak/petrol:
Kuantan-Gurun (711km): Rm 100
Thailand ( 3000km) : Rm 1200
Bukit Kayu Hitam – Kuantan (850km): Rm 120
Total Minyak (4561km): Rm 1400
Tol : lupa nak kira
Harga minyak di Thailand adalah double dari harga minyak di Malaysia. Jadi kena isi full sebelum masuk ke Thailand. Kami suka isi minyak di stesen PTT di Thailand sebab ada seven eleven dan juga ada surau , tandas yang agak selesa.
Kos Hotel:
Yang ini tasha tak share kos ya sb kos hotel ni bergantung pada bajet dan keselesaan. Jika sekadar untuk tidur sebelum sambung perjalanan, boleh dapat Rm 70 utk twin room dan Rm 120-140 Family room. Contoh trip 12 malam, bajet 1 malam +- Rm 200. Jadi korang Boleh buat bajet untuk hotel Rm 2400 untuk satu2 trip 12 malam.
Makanan Halal:
Untuk cari makanan halal di Thailand ni tidak susah. Hanya perlu search “ halal food near me” nanti banyak la keluar kedai-kedai makanan halal. Untuk kami, sekiranya lokasi makanan halal berdekatan, kami akan pergi, jika jauh kami akan beli makanan di 7 eleven sahaja. Paling senang nak cari kedai makanan halal adalah di Bangkok & Hatyai. Di Bangkok kami suka pergi Ramkhamhaeng Night Market, buka setiap hari kecuali Rabu. Makanan halal sangat banyak dijual di sana dan murah.
Tempat Makan Menarik di Hatyai yang sempat kami pergi :
Kacang gajus adalah kacang yang berasal daripada biji buah gajus. Kacang ini sering dijadikan makanan ringan atau makanan diproses terutamanya untuk kek.
Di sebalik keenakan rasa kacang gajus, ia mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan dikaitkan dengan penurunan risiko pelbagai penyakit. Kacang gajus mengandungi protein dan mineral penting termasuk tembaga, kalsium, magnesium, zat besi, fosforus, potasium dan zink.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini .
Antaranya khasiat kacang gajus ialah :
1. Kesihatan otot dan saraf
.
Kacang gajus adalah sumber magnesium penting untuk pembentukan tulang, otot, tisu dan organ tubuh lain.
Kandungan magnesium membantu mengekalkan tekanan darah, meningkatkan imuniti, mengekalkan fungsi saraf dan mengekalkan tulang yang kuat.
.
2. Mengurangkan risiko diabetes
.
Kacang gajus mengandungi jumlah gula sangat rendah dan tiada kolesterol jahat. Ini membolehkan kacang gajus selamat diambil pesakit diabetes, malah membantu mengurangkan risiko diabetes Jenis 2.
.
3. Meningkatkan kesihatan tulang dan gigi
.
Kacang gajus membekalkan fosforus yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Kandungan fosforus juga membantu dalam sistesis protein, menyerap lemak dan karbohidrat serta penyelenggaraan kesihatan sel.
.
4. Meningkatkan sistem imun
.
Kacang gajus mengandungi zink yang memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun menentang jangkitan mikrob dan menyembuhkan luka.
Ia juga sangat penting dalam tempoh kehamilan untuk pembesaran bayi dan perkembangan kanak-kanak bagi mengekalkan tubuh yang sihat.
Santan kotak kalau kita beli pek besar, lebihannya terpaksalah kita simpan di dalam peti ais. Kadangkala kalau tak sempat masak, santan yang kita simpan basi begitu sahaja. Sudahnya terpaksa dibuang dan membazir.
Perkongsian cara penyimpanan santan yang dilakukan oleh Nelisa Sofea di facebooknya ini memang wajar kita contohi. Paling penting dapat elakkan pembaziran. Asingkan awal-awal dan guna hanya yang perlu sahaja. Jom kita ikut langkahnya.
Ini cara saya simpan santan kotak untuk jangka masa lama sebab biasanya saya beli kotak kecil. Sebab kadang-kadang pakai sikit je tapi akhirnya baki tu tak sempat pakai dalam masa 3 hari. Dah busuk kenalah buang.
Ni saya beli santan pek besar 500ml repack masuk dalam plastik aiskrim. Bajet untuk sekali pakai repack lepas tu simpan dalam freezer.
Kalau nak pakai keluarkan, defrost dan masak macam biasa.
Kena ada tiga bahan ni. Plastik aiskrim paling penting.
Asingkan dalam plastik aiskrim kecil. Guna setiap satu plastik setiap kali nak guna.
Simpan Santan Lebih Lama
Antara cara lain yang anda boleh lakukan untuk memastikan santan tahan lama disimpan dalam peti ais adalah dengan membungkus santan dengan kertas surat khabar.
Caranya:
1. Basahkan kertas surat khabar.
2. Kemudian bungkus santan segar dengan kertas yang basah.
3. Bungkus kemas dan simpan di dalam peti sejuk.
4. Hasilkan santan masih sentiasa segar dan tidak terpisah air dan santannya.