Biasanya kalau berkongsi cerita dengan ibu-ibu yang pernah menjaga anak-anak yang berkhatan, umumnya pengalaman ibu adalah dengan menjaga seorang anak. Menyantuni anak dalam tempuh tersebut, mungkin mudah kerana kita boleh tumpukan perhatian sepenuhnya padanya.
Namun perkongsian kali ini sedikit berbeza, bila mana ibu ini mengambil keputusan untuk mengkhatan kedua-dua anaknya secara serentak. Pasti ada kebaikan bila mana ibu ini berbuat demikian.
Ingin juga kita ketahui apa persiapan yang dilakukan sebelum dan selepas sesi berkhatan tersebut. Jom baca perkongsian daripada puan She Shaida ini untuk manfaat bersama.
Eh! Senang ke nak jaga 2 org anak yg khatan serentak?..hehe…sng je..bila dua2 berpantang maka tak timbul isu menyakat…huhu..aman damai. Bila sorang dah rasa cergas n kuat automatik je yg sorang lg pn dah sama sihat.
Bukan persediaan drpd segi fizikal dan mental je tau yang Mak Ayah kena tekankan kpd anak2 bujang. Sebelum2 tu dah citer lah kat anak kebaikan berkhatan Ni supaya minda mrk lebih terbuka. Saya share pengalaman saya...
Ads
Sebelum
1. Pastikan anak dpt rehat yg cukup. Kalau dpt sesi petang so paginya jgnlah bawa pi meronda pula.
2. Makan dan minum yg cukup.
3. Bersihkan diri…bagi wangi satu badan. Siap buang air kecil dan besar tau.Pakai seluar yg longgar..bg pengudaraan baik ?
Ads
Semasa– ayah yg follow masuk bilik doc 1. Tenangkan anak,suruh baca al-fatihah dan selawat. 2. Bacakan ayat kursi tiupkan Kat ubun2
Selepas 1. Lepas sesi tu masih blh sengih2 lagi sbb masih ada ubat bius. Mak ayah blh bertenang lagi…baringkan anak kat tempat yg selesa dr segi pengudaraan dan pencahayaan.
2. Utk lekakan anak2, sediakan siap2 bhn bacaan yg diorg suka mcm komik ke atau permainan yg diorg blh main sambil baring macam robot yg blh transform jd kereta, maze puzzle box dsbnya…
3. Bab mkn,menu mcm sy berpantang lah..ikan singgang/pindang menu wajib.ataupun bakar je..Lebihkn sayuran dan buahan. Makan bersuap mmg berselera..layanan tip top ibu bg tau sbb skali seumur Hidup je..
4. Bab kebersihan…yg ni sgt penting! Kami memilih kaedah konvensional..yg jahit tu. Pastikan kena sentiasa bersih dan kering setiap Kali keluar toilet. Yg ni mmg part ibu ar..jadi misi.
5. Awal2 tu anak2 mcm takut2 nak buang air..so kenalah rajin2 ingatkan anak jgn tahan rasa n buang air kecil/besar tu. Blh buat sapuan nipis atau minyak angin kat perut.
6. Satu lg..Kena galakkan anak2 bangun berjalan n exercise..jgn baring je
Seminggu je insyaallah dah blh baik n sarung seluar panjang!
Melihat beberapa ekor cicak merayap di dinding rumah, kadang kala boleh buat kita sekeluarga terasa geli melihatnya. Apatah lagi dengan adanya cicak tersebut akan mengotorkan kebersihan rumah, maklumlah najisnya bersepah di merata-rata. Bimbang juga andai anak-anak kita terpijak, habis satu rumah terkena najis jadinya.
Jadi untuk atasi masalah ini, ada baiknya kita cari solusinya dengan cuba untuk ‘mengurus’ cicak dan sekali gus hilangkannya daripada rumah kita. Jom semak perkongsian daripada Hani Mynis ini dan diharapkan ianya dapat membantu.
Pengurusan cicak dan 10 cara hilangkan cicak dekat rumah
Hani tahu ramai yang tunggu hani post pasal pengurusan cicak kat rumah ni. Hani anti kat cicak ni bukan lah sebab semata-mata sebab geli dengan cicak tapi najis nya yg merata-rata tu mengotorkan dan susah nak dibersihkan bila dah kering.
Punyalah hani anti (dan geli ) dengan cicak, ha hambik satu post hani buat khas untuk dia.
Sebelum hani kongsi macam mana nak elak atau taknak cicak masuk rumah ni, jom kita berkenalan dengan cicak ni dulu. Kita dah kenal dia baru kita boleh “hapus”kan dia hehe.
Biodata cicak
Makanan cicak : binatang/serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat, kumbang, unggas, labah-labah kecil.
Pemangsa cicak: burung
Habitat cicak : Tempat yang hangat (disebabkan sekarang ni kan musim hujan sebab tu banyak cicak masuk rumah, dorang sejuk kat luar tu ), belakang almari, belakang tv, sekitar peti ais, sekitar lampu, belakang bingkai gambar dan cermin.
Kesukaan : Persekitaran yang kotor, tempat yang berbau hapak seperti timbunan kertas terutamanya surat khabar, timbunan kasut, timbunan baju
Kebencian :Bau yang tengik seperti bau bawang merah, bawang putih, tembakau, cuka, ubat gegat
Berdasarkan profile cicak kat atas ni meh hani senaraikan 10 cara nak elakkan cicak berkampung kat rumah kita
✅Hilangkan bekalan makanan cicak kat rumah kita, iaitu kita uruskan dulu masalah nyamuk dan semut yang banyak kat rumah. Gunakan racun semut (yang jual sepeket rm1 tu sangat berkesan) dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Bila bekalan makanan dia takda kat rumah kita automatik cicak akan berkurang atau takda lansung. Hani gunakan cara ni juga yang menyebabkan kat rumah hani susah nak jumpa cicak.
✅Disebabkan cicak takut kat burung, bela burung kat rumah! Eh eh haha takyah sampai camtu sekali memadai sediakan jejak burung seolah-olah ada burung kat rumah kita dengan cara :
❤️letak beberapa kulit telur burung puyuh kat area tingkap atau mana-mana tempat cicak boleh masuk. Dia nampak je telur burung puyuh tu confirm tak jadi masuk rumah.
❤️lekatkan bulu pelepah burung kat tempat masuk cicak tu. Kalau nak cantik boleh letak bulu pelepah burung merak lekat kan dinding jadikan perhiasan.
✅Disebabkan cicak suka lepak belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa susun atur perabot jangan rapatkan perabot kat dinding. Jarakkan dalam 10 cm dari dinding. Kalau kat rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan sangkut-sangkut macam bingkai cermin dan gambar.
✅Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Sebab bila sampah dan sisa makanan tarik perhatian lalat, automatik cicak pun datang ramai-ramai panggil geng dia sebab banyak makanan dia kat rumah tu hahah..
✅Elakkan suka melonggok barang samada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama. Re-organise semua barang supaya teratur dan berada di “rumah” dan tempat khas untuk setiap barang-barang.
✅Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi ini kena berhati-hati sebab perlu ditukar selang 3 hari. Kang membusuk lain pulak jadinya.
✅Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Tapi laci/kabinet berisi makanan tak digalakkan.
✅Lap permukaan meja makan/ kaunter kabinet dengan semburan campuran cuka (diy surface cleaner, resepi kat caption gambar) untuk elakkan cicak melintas atas meja makan kita
✅Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di Eco. Tampalkan di sebelah peti ais atau belakang tv, bingkai cermin atau gambar. Cicak akan melekat kat atas pelekat tu dan kita boleh buang bila dah ada beberapa cicak melekat. Tak digalakkan untuk orang penggeli cicak macam hani hahaha hani tak berani buat ni.
✅Bela kucing sebab kucing boleh tolong tangkap cicak, bukan setakat cicak kadang-kadang sumpah-sumpah pun dorang boleh “hadiahkan” kat tuan dia
So pilihlah cara yg mana satu yang nak diguna untuk singkirkan cicak kat rumah.
Bahan Untuk Hasilkan Surface Cleaner
250ml air biasa (air paip)
50ml cuka (cuka murah-murah je, cuka sintetik pun ok)
3 sudu plastik dish soap (hani guna Joy)
1 sudu plastik dettol
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Peluang untuk mengerjakan umrah dan menjejakkan kaki ke Tanah Suci bukan datang selalu. Jadi peluang inilah digunakan sebaiknya untuk beribadah.
Keadaan diri yang batuk-batuk tanpa henti membuatkan ibadah kita terganggu. Apa nak buat?
Menurut perkongsian Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar, mengunyah sejenis herba sepanjang masa ketika umrah dapat membantu masalah batuk berpanjangan lega. Jom cuba!
Ni saya kongsi tips nak elak atau hilangkan batuk masa tunaikan haji atau umrah. Terutama batuk yang kering tu. Yang tak ada kahak.
Batuk jenis ni yang selalu ganggu jemaah. Masa solat batuk, masa berjalan batuk, masa tidur pun batuk.
Kalau dah kena batuk jenis ni, guna lozenges pun tak jadi apa. Ambil ubat batuk sama. Dok batuk macam tu jugalah.
Masa saya pergi haji tahun 2019, majoriti jemaah batuk. Saling sambung menyambung batuk tu. Ada pergi klinik minta antibiotik. Sampai doktor kata tak boleh dah.
Tips dia mudah saja. Ambil bunga cengkih dan gigit. Ala ala macam ada chewing gum dalam mulut.
Biar jus bunga cengkih masuk ke kerongkong. Kalau tak sanggup bolehlah masukkan dalam air panas. Tapi kena tumbuk tumbuk sikit. Biar bunga cengkih pecah.
Kalau tak sanggup juga, masukkan madu. Kot boleh telan sikit. Kalau rasa susah juga boleh guna spray pati bunga cengkih.
Cara pun mudah saja. Spray masuk dalam kerongkong. Dua kali sehari.
Kalau cuba tips ni Insyaa Allah kita selamat dari batuk. Tapi kalau lepas solat pergi bantai aiskrim tok Arab tu, selamat berdamping dengan batuk dan sakit lain.
Boleh cuba. Yang belum terbang ke Makkah sempat lagi bekal cengkih untuk standby di sana.
Pengalaman pertama kali membawa anak bercuti memang terasa cukup mendebarkan. Inilah yang dilalui oleh penyanyi, Wany Hasrita yang pertama kali membawa bayi comelnya bercuti bersama suami.
Kongsi Wany menerusi Instagramnya, banyak pengalaman indah dilalui ketika bercuti bersama anaknya, Aishah Al-Iman. Malah kata Wany lagi, jika boleh kesemua barang hendak dibawa bersama.
“First time staycation bertiga. Habis semua ibu angkut bawak sama.
“Diapers satu pack besar, susu 1 tin sampai tumpah-tumpah sayangnya, inflatable bath tub pun nasib baik bawak sebab bilik tak ada bath tub pastu ibu pun sejenis seriau kalau nak mandikan kat sink. Eeee tak boleh la,” kongsi Wany lagi.
Bahkan kata Wany, melalui percutian itu dia mengenal erti sabar dan penat lelahnya bergelar ibu. Apa lagi saat mempersiapkan segalanya untuk buah hatinya yang tersayang. Tak mudah namun cukup bersyukur dengan pengalaman indah itu.
“Overall lelah ofkosss ia tak sesenang seperti gambar yang diupload tapi masyaAllah Alhamdulillah sangat bermakna tiap saat bersama.
“Ibu banyak belajar, belajar untuk sabar jugak. Sebelum ni satu bag je sekarang dah berbag-bag. Bapak macam biasa steady je. Mak mak normal eh kalau travel rasa macam semua barang perlu bawak sama?,” kongsi Wany lagi.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Wany turut berkongsi kisah mereka malah berkongsi tip untuk bercuti bersama anak-anak.
Terdahulu, Wany Hasrita selamat bergelar ibu pada 8 Julai lalu selepas melahirkan puteri sulungnya, Aishah Al Iman yang kini sudah pun berusia tiga bulan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.