Setiap kali Ramadan, pasti akan lalu di ‘wall’ sosial media anda budaya kejutkan sahur yang menjadi tradisi di negara jiran, Indonesia. Tradisi ini sangat meriah dengan suasana masyarakat yang menyambut baik tradisi ini.
Sambil berarak, mereka akan berselawat sebelum semuanya pulang ke rumah untuk bersahur.
Baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan tradisi ini telah dilakukan di sebuah taman perumahan di Taman Setia.
Rata-rata netizen tidak menyangka bahawa tradisi itu turut dilakukan di sini. Isunya bermula apabila penduduk setempat di kawasan ini meneruskan ‘tradisi’ kejut sahur dengan berselawat sambil bergendang secara kuat untuk mengejutkan orang ramai bersahur.
Meskipun aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk mengejutkan orang ramai bangkit bersahur, namun ada segelintir berpendapat bahawa tindakan yang dilakukan mengundang kepada bidaah.
Perkongsian yang dibuat telah mendapat perhatian ramai yang meluahkan pendapat isu yang dialami para bayi yang terpaksa berjaga gara-gara mendengar bunyi gendang yang kuat.
Ads
Tidak kurang juga yang peka dengan perasaan golongan bukan Islam yang mungkin terganggu dengan aktiviti kejut sahur ini.
Sementara itu, terdapat individu yang berpendapat aktiviti bergendang ini sebenarnya bukanlah bidaah melainkan berpendapat bermain gendang sewaktu sahur bakal memperoleh pahala.
Difahamkan pada zaman Rasulullah S.A.W, cukup sekadar melaungkan azan sahaja dalam memaklumkan orang ramai untuk bangkit bersahur makala tradisi bergendang ini tidak dilakukan pada waktu tersebut.
Ads
Islam tidak ajar begini.
Jika nak kejutkan orang ramai untuk sahur, cukup dengan melaungkan azan sebagaimana yang dilakukan di zaman Rasulullah ﷺ.
Cukup-cukuplah bawa bidaah masuk dalam masyarakat. Kesian pada ibu bapa yang ada anak kecil. pic.twitter.com/G3ej2I9210
Menjaga seorang bayi sudah boleh bikin riuh, inikan pula menjaga 5 bayi sekaligus.
Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki warga emas yang dilihat sedang sibuk menjaga cucu-cucunya yang masih bayi pada hari raya yang lalu.
Sedang orang lain sedang sibuk berborak dan menjamu selera, lelaki bernama Tok Aki dilihat cuba untuk menenangkan lima cucu serentak, terdiri daripada sepasang bayi kembar dua, manakala satu lagi adalah kembar tiga.
Bapa kepada kembar tiga, Syed Mohd Faiz Syed Nasir berkata, Tok Aki merupakan bapa saudaranya yang turut dikurniakan dua cucu perempuan kembar berusia tiga bulan.
Menurutnya, video tersebut dirakamkan ketika berkunjung ke rumah bapa saudaranya itu di Simpang Pulai di Pahang, sempena sambutan Hari Raya, baru-baru ini.
“Bapa saudara saya buat pertama kali ada cucu kembar dalam keluarganya. Malam itu saya sekeluarga datang dan bermalam di rumahnya, macam balik kampung.
“Saya ada anak perempuan kembar tiga (triplet). Jadi dia cuba menidurkan lima kembar serentak,”
Lebih mesra disapa Faiz, katanya, anaknya yang merupakan kembar tiga baru berusia 11 bulan dan pertama kali ke rumah Tok Aki.
“Setiap kali raya, saya akan ke rumah Tok Aki. Dia jaga dua cucu kembarnya sejak lahir. Dan malam Hari Raya tu saya bawa tiga lagi bayi kembar.
“Memang terkejut Tok Aki apabila melayan lima bayi kembar serentak. Tok Aki memang rajin menjaga cucu-cucu, dia juga penyayang,” ujarnya yang menetap di Cheras, Selangor.
Bapa kepada lima cahaya mata itu mengakui begitu mencabar untuk menidurkan tiga bayi kembarnya kerana masing-masing sudah pandai meniarap.
“Pergerakan mereka agak cepat menyebabkan sesiapa sahaja akan terkejar-kejar untuk menenangkan mereka. Tambahan pula cucu kembar dua pula baru bangun daripada tidur.
“Anak-anak saya (kembar tiga) pula terjaga daripada tidur di ruang tamu. Jadi, memang riuh masa tu, meraih kampung!”
Walaupun pengalaman baharu pada hari raya, Faiz yang merupakan peniaga air balang menyifatkan bapa saudaranya sebagai seorang yang sangat mesra dengan kanak-kanak dan penyayang.
“Tok Aki orangnya lemah-lembut. Naluri atuk memang sayang cucu-cucu. Bezanya raya tahun ini dia dapat berjumpa dengan lima cucu kembar sekali gus.
“Alhamdulillah dengan adanya Tok Aki masa tu, dapat meringankan sikit beban kami untuk berehat sekejap selepas beraya sepanjang hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi suri rumah, anda mesti pening bila setiap kali harus membeli sabun pencuci pinggan.
Nak pula bila ada anak kecil di rumah, habis dibuat main sabun itu hanya untuk melihat buihnya keluar.
Ada juga yang kata, pakai sabun pencuci pinggan yang jenis cecair ini rugi kerana cepat habis padahal pinggang mangkuk yang dicuci hanya sedikit sahaja. Selebihnya ianya banyak menyerap ke dalam span dan juga menjadi perahan bersama air.
Kalau anda nak tahu, ada cara untuk berjimat sabun pencuci pinggan ini. Malah bila anda sudah mencubanya, pasti anda menyesal kerana tidak melakukannya dari dulu lagi.
Mesti Baca :
Tip ini dikongsikan oleh salah seorang pengguna akaun Facebook bernama Rufina dan telah mendapat hampir 10 ribu perkongsian.
Orang dok viral. Maka akak pun cuba le buat. Beli sebotol sunlight. Ada 2 botol kosong untuk 2 tempat cuci pinggan.
1. Tuang 1/4 Sunlight dalam botol kosong.
2. Bancuh 3 sudu besar garam halus dengan air panas. Kacau sehingga larut.
3. Selepas larut air garam tadi tambah air biasa dan Tuang air garam tu dalam botol tadi hingga 3/4 botol.
4. Kocak kocak.. Siap.
Rugi RM735,000, pesara kerajaan terpedaya sindiket ‘phone scam.’ Dalam era digital ini, kita semakin kerap mendengar tentang penipuan melalui panggilan telefon atau lebih dikenali sebagai ‘phone scam’.
Sindiket penipuan ini menggunakan pelbagai taktik licik untuk memperdaya mangsa, sering kali melibatkan pemerasan wang atau pencurian maklumat peribadi.
Memetik Sinar Harian seorang pesara kerajaan mengalami kerugian RM735,000 selepas terperdaya dengan sindiket ‘phone scam’ atau penipuan melalui panggilan telefon.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, wanita berusia 67 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu memperkenalkan diri sebagai polis dan menyatakan kononnya dia terlibat dengan kes penggubahan wang haram.
Beliau berkata, warga emas itu kemudiannya diminta untuk memindahkan wang daripada akaun miliknya ke 10 akaun berbeza yang diberikan suspek, kononnya bagi tujuan siasatan.
“Bagaimanapun wanita itu menyedari ditipu selepas memindahkan wangnya, dan membuat laporan polis semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Roslan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
INFO TENTANG SINDIKET ‘PHONE SCAM’
Modus Operandi
Sindiket ‘phone scam’ beroperasi dengan cara yang sangat licik dan sering kali sukar dikesan. Berikut adalah beberapa taktik yang biasa digunakan:
Penyamaran sebagai Pihak Berkuasa: Penipu menyamar sebagai pegawai kerajaan, polis, atau bank, dan memberitahu mangsa bahawa mereka terlibat dalam kesalahan atau aktiviti mencurigakan. Mangsa kemudian diminta untuk membayar denda atau memberikan maklumat peribadi.
Hadiah Palsu: Penipu memberitahu mangsa bahawa mereka telah memenangi hadiah besar, namun untuk menuntut hadiah tersebut, mangsa perlu membayar sejumlah wang sebagai ‘yuran pentadbiran’.
Tekanan Emosi: Penipu menggunakan taktik tekanan emosi seperti mendakwa ahli keluarga mangsa terlibat dalam kemalangan atau berada dalam bahaya, dan meminta wang segera untuk membantu.
Kesan Kepada Mangsa
Kesan daripada menjadi mangsa ‘phone scam’ boleh menjadi sangat parah. Antaranya termasuk:
Kehilangan Wang: Mangsa boleh kehilangan sejumlah wang yang besar, yang sering kali sukar atau mustahil untuk diperoleh kembali.
Kecurian Identiti: Maklumat peribadi yang dicuri boleh digunakan untuk pelbagai tujuan jenayah seperti pembukaan akaun bank palsu, permohonan pinjaman, atau pembelian atas nama mangsa.
Tekanan Mental: Mangsa boleh mengalami tekanan mental yang teruk akibat daripada ketakutan, kebimbangan, dan perasaan malu kerana terpedaya.
Langkah-Langkah Perlindungan
Untuk melindungi diri daripada sindiket ‘phone scam’, berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil:
Jangan Kongsi Maklumat Peribadi: Jangan sekali-kali memberikan maklumat peribadi atau kewangan melalui telefon, terutamanya jika panggilan tersebut tidak dijangka.
Semak Identiti Penelefon: Jika seseorang mendakwa daripada organisasi tertentu, minta nombor untuk dihubungi kembali dan semak kesahihan identiti tersebut dengan organisasi berkenaan.
Jangan Terpedaya dengan Tekanan: Penipu sering kali menggunakan tekanan untuk membuatkan mangsa bertindak segera. Luangkan masa untuk berfikir dan semak kebenaran sebelum membuat sebarang keputusan.
Lapor kepada Pihak Berkuasa: Jika anda menerima panggilan yang mencurigakan, laporkan kepada pihak berkuasa seperti polis atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Sindiket ‘phone scam’ merupakan ancaman yang semakin berleluasa dan boleh memberi kesan yang serius kepada mangsa. Dengan meningkatkan kesedaran dan mengambil langkah-langkah perlindungan yang sesuai, kita boleh mengurangkan risiko daripada menjadi mangsa penipuan ini. Sentiasa berwaspada dan jangan terpedaya dengan taktik licik penipu.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Kanak-kanak jatuh flat di Johor Bahru dilaporkan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari tingkap rumah tingkat lima. Ibu ayah diingatkan utamakan keselamatan rumah.