Usai pulang dari pejabat, pastinya ibu-ibu sibuk di dapur untuk menyediakan hidangan untuk keluarga. Namun, adakalanya mengambil sedikit masa terutama jika menu tersebut berasaskan daging. Apabila disimpan di dalam peti sejuk, kadangkala daging mengambil masa yang lama untuk kembali lembut.
Bagi anda yang menghadapi situasi ini, jangan bimbang kerana ada cara mudah nak lembutkan daging yang beku dalam masa 5 minit sahaja. Apa yang anda perlu sediakan adalah dua periuk jenis logam.
Kenapa periuk logam boleh lembutkan daging? Sebabnya logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang sangat baik. Dan haba yang dihasilkan melalui proses ni cukup kuat untuk lembutkan daging tu.
Caranya:
Ads
1. Terbalikkan periuk yang pertama.
2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.
3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)
Ads
4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.
5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)
Perasan tak bila kita hendak sediakan makan malam mesti sekali sekala kita rasa buntu.
Hendak cari ide memasak pun makan masa dan ditambah pula dengan pelbagai proses penyediaan bahan harus dilakukan sebelum kita dapat memulakan proses memasak.
Hal ini menjadikan waktu yang diperlukan untuk menyajikan hidangan makan malam memakan masa yang panjang dan cukup melecehkan.
Masalah ini khususnya dihadapi oleh buat ibu yang bekerja, balik daripada pejabat pun sudah lewat petang. Mana mungkin sempat untuk menyediakan hidangan makan malam. Sudahnya, ramai antara ibu-ibu terus ambil keputusan mudah dengan membeli sahaja di kedai.
Walhal, kita sendiri tahu dengan membeli makanan di luar kita tidak dapat pastikan kebersihan dan khasiat makanan yang dibeli.
Oleh itu, ketahui tip dan trik mudah ini boleh membantu anda agar dapat memasak dengan pantas dan terancang.
1.Rancang menu makan malam untuk seminggu. Bukan sehari.
Pada hujung minggu boleh merancang dengan lebih awal menu-menu yang akan disediakan pada minggu berikutnya. Sebagai contoh, Isnin-Ayam Masak Lemak Cilipadi, Selasa- Asam Pedas Ikan Kembung, Rabu-Sambal Udang dan sebagainya.
2.Beli barang basah mengikut keperluan menu yang dirancang
Ketika membeli barang basah dipasar, buat anggaran jumlah yang diperlukan untuk seminggu. Contohnya: Ayam satu kilo, Ikan kembung 1 kilo, Udang setengah kilo.
3.Bersihkan bahan basah ini dan asingkan jumlah yang diperlukan.
Bersihkan ayam,udang, siang ikan, potong sayur,potong bawang, cili kering dan sebagainya mengikut keperluan untuk sekali masak pada hari tersebut. Contohnya,Asingkan 4 ekor ikan selar dalam plastik,kemudian potongkan lengkuas, bawang putih, merah, bendi, kunyit hidup dan letak dalam plastik container lain.
4.Labelkan menu mengikut hari pada bekas yang ingin disimpan.
Kemudian, bahan yang sudah siap dipotong/siang, simpan elok-elok dalam bekas dan LABEL mengikut hari dan menu.Contohnya labelkan “KHAMIS-IKAN SINGGANG”.
5.Mudahkan proses defrost sebelum pergi Kerja.
Simpan didalam peti sejuk biasa yang memiliki 2 bahagian, 1 untuk sejuk beku dan satu lagi untuk biasa.Sebelum pergi kerja pindahkan bekas barang basah dari bahagian sejuk beku ke bahagian biasa untuk memudahkan proses defrost nanti. Jadi bila hendak dimasak malam nanti,tidak memerlukan masa yang lama. Mudah bukan.
TIP EKSTRA:
1.Sediakan cili dan bawang kisar anggaran untuk seminggu, masukkan ke dalam bekas-bekas kecil.Ia bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi penyediaan memasak.
2.Namun, pastikan sudu benar-benar bersih dan tidak mencampurkan bahan-bahan lain ketika mencedok cili atau bawang. Ia bagi memastikan bahan kisar ini tahan lebih lama dan tidak mudah rosak.
3.Ikan atau ayam untuk digoreng boleh juga diperap awal, simpan dalam beg plastik atau bekas,masa hendak digoreng, defrost sekejap selepas keluarkan dari freezer, rasanya lebih sedap sebab meresap ke isi.
4.Guna atau beli bekas plastik yang boleh digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ia juga mempercepatkan lagi kerja-kerja memasak ini.
5.Buat untuk setiap hari satu resepi, selama 1 minggu atau hari bekerja.Selain dapat jimatkan masa, peti ais pun nampak kemas. Bila pulang dari bekerja , cuma sediakan bahan-bahan kering masukkan dalam periuk atau kuali. 5 minit sudah siap untuk dimakan panas-panas.
Selamat Mencuba, semoga tip ini bermanfaat buat anda, Ibu superbusy!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Resipi yang boleh dicuba untuk minum petang nanti. Bukan je sedap malah mudah untuk dicuba. Selamat mencuba!
Talam Sagu Lemak Manis. Sukat Ikut Cawan Aje… Min cukup suka dengan talam sagu. Ni manisan paling best sebagai pencuci mulut. Dah makan makanan pedas dan berempah, dapat talam sagu dingin dari peti sejuk memang terangkatlah. Ni resipi mudah untuk mereka yang gemarkan talam sagu ni. Pewarna tu ikut suka hati nak warna apa, tapi merah tu nampak menarik sangat kan.
TALAM SAGU
BAHAN-BAHAN :
Lapisan bawah: 3/4 cawan sagu (rendam sekejap bagi kembang) 1/2 cawan gula (kalau nak manis boleh lebihkan sedikit) Air | sama paras sagu Pewarna merah secukupnya
Lapisan atas: 1 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung ubi 2 sudu besar tepung jagung 1 cawan santan pekat 2 cawan air Sedikit garam
CARA MEMASAK :: 1. Sapu sedikit minyak dlm loyang 2. Masukkan sagu & gula dlm loyang..tambah air cuma sama paras sagu saja. Letak pewarna dan kacau rata hingga gula sebati dengan sagu. 3. Panaskan periuk kukus 4. Kukus selama 10 minit 5. Masukkan semua bahan utk lapisan atas ke dlm periuk,kacau sekejap atas api bg sedikit pekat. Bila dah masak lapisan sagu,lorekkan dgn garfu kemudian tuang adunan lapisan atas 6. Kukus 20 -25 minit
Kredit Resepi : puan hajar FB : Resipi dari mulut ke hati
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebut sahaja Solok Lada mesti terbayang lada hijau muda yang disumbat dengan inti di dalamnya. Menu ini sememangnya cukup terkenal di Pantai Timur dan dimakan bersama dengan nasi kerabu.
Ibu-ibu nak cuba buat sendiri. jom admin kongsikan resipinya.
Suami saya kata. Solok lada saya tersedap di dunia. Kita apa lagi kembang kempis hidung .😂 Sape nak resipi, mai saya bagi Resipi solok lada kelate cara saya Aishah Toke Kek
Bahan-Bahan: 20 biji lada solok Ikan selayang 12 ekor 5 ulas bawang merah 1inci halia, garam & gula Kelapa parut putih rm3 150ml Santan untuk merebus solok lada.
Cara Membuat: 1. Ambil isi ikan mentah yang di buang tulang 2. Belah memanjang lada dan buang biji.
3. Tumbuk bawang dan halia, bila dah lumat masakan isi ikan mentah tumbuk lagi, masukkan kelapa parut. Tumbuk sehingga lumat.
5.perasakan dengan garam dan gula.
6. Sumbat bahan inti ke dalam lada.
7. Rebus solok lada dengan sedikit santan. Bahagian dasar periuk jangan lupa alas dengan kubis/kacang panjang(nak elakkan solok hangit)
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.