Melihat kediaman ini, nyata tepat sekali ungkapan rumahku syurgaku. Biarpun diluar bagaikan sebuah rumah papan kampung biasa di lihat, namun apabila menjengkah ke dalam, pasti pandangan mata pesona melihat dekorasinya.
Bahagian dalam rumah ini memang cantik dan kemas bagaikan berada di dalam sebuah kediaman mewah yang modern.
Ruang rumah yang dihiasi dengan pelbagai jenis akesesori dan perabot moden menyerlahkan lagi konsep modern.
Lebih menarik pandangan mata, dinding juga menggunakan wall paper dan hiasan dinding yang susun kemas.
Lebih mengujakan susun atur ruang tamu penuh kreatif, sekali imbas, bagaikan berada di rumah banglow mewah.
Ini yang dikatakn umpama luar setinggan dalam banglo. Memang inspirasi.
Ads
Menerusi perkongsian, Paradise Paradise Yameela dalam group Kelab Kaki Deko telah menarik perhatian ramai dan ada yang ingin menjadikan rumah ini sebagai rujukan untuk dekorasi rumah di kampung.
Luaran rumah
“Saya punya rumah papan jer, tp teringin nk suasana moden saya deco-deco jadi la mcm ni. Alhmdulillah..”
Ads
Melihat ruangan komen ramai memuji cara pemilik rumah ini membuat tata hias. Memang sungguh kreatif!
Ibu mana yang sanggup berjauhan dan tinggalkan anak yang masih kecil kan, itulah situasi yang sedang dilalui pengacara Dayah Bakar selepas anak lelakinya, Achbar Muhammad Fahri, dihantar ke ‘playschool.’
Menerusi perkongsiannya baru-baru ini , isteri kepada kapten Hanif ini meluahkan rasa sedih apabila terpaksa ‘berpisah’ dengan anak tunggalnya itu.
Menurut Dayah atau nama sebenarnyaNur Hidayah Abu Bakar, perasaan sedih kian menebal bilamana mendengar tangisan Fahri yang baru sahaja dihantar ke pusat berkenaan bagi membiasakan diri dengan pengalaman baru.
“Perjalanan baru. Haritu kami hantar Fahri trial to playschool untuk beberapa hari dan hari ini adalah hari Fahri betul-betul mula. Ya Allah, tak senang ya, hati sungguh rapuh waktu hantar dia, lagi-lagi bila dia menangis,” ungkapnya lagi.
Dalam masa yang sama, bekas pengacara program bual bicara Borak Kopitiam ini turut meminta para ibu yang pernah mengalami situasi sepertinya supaya berkongsi pengalaman dan tips yang boleh digunapakai pada anak lelakinya itu.
“Tolong kongsi pengalaman ibu yang lain. Mereka cakap situasi macam ini normal untuk mula-mula, nanti akan okay.
“Semoga Fahri baik-baik sahaja. Main, belajar, berseronok, kenal kawan baru dan menyesuaikan diri dengan baik. Auntie uncle doakan juga sama-sama ya,” ujarnya.
Anak sepahkan rumah kita jadi stress walhal itulah dunia anak bermain. Ingatkan masa-masa anak bermain ini hanya sementara sahaja dan ia perkara normal bagi anak lima tahun dan ke bawah.
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi, inilah masa anak meneroka dunianya dengan bermain. Rumah bersepah, mama kenalah berlapang dada. Ikuti perkongsian beliau.
Sebenarnya, kalau kita faham fitrah anak, kita akan lebih berlapang dada kalau anak bawah 5 tahun menyepah.
Bukanlah kata tak sesak nafas, tak stres bila rumah dikapal-karamkan boleh anak. Of cause lah panas hati. Pasalnya yang kena ngemas tu kita jugak, kan. Cuma tak adalah kita ditahap menyalahkan anak tu anak takde disiplin!
Anak yang sebegitulah yang seharusnya kita banggakan. Sebab dia ada fitrah normal seorang kanak-kanak yang ada gerak hati dan keinginan untuk explore.
Ada ingin tahu yang tinggi.
Ada keinginan untuk bermain.
Tak adalah dok diam aje depan TV atau calit skrin sepanjang masa.
Saya teringat kata-kata seorang ahli astrofizik, Neil deGrasse Tyson, “Sebenarnya kita tak perlu berusaha sangat untuk anak minat Sains. Anak-anak sememangnya dilahirkan dengan sifat seorang saintis.
Mereka exploratif. Suka cuba buat itu-ini. Keluarkan telur, pecahkan. Ambil periuk dan ketuk. Petik bunga di pokok. Buka kereta mainan part by part sampai tak rupa kereta.
Semua itu asas untuk seseorang memahami dunia sains. Memahami cara kehidupan sekelilingnya berfungsi. Dan bibit bermulanya sifat seorang saintis.
Tapi kita mak ayah yang sebenarnya mematikan sifat tu. Tiap kali anak nak mencuba je, kita melarang. Tiap kali anak buat silap, tumpahkan air, comot-comot, kita menghukum.”
Tapi, tidaklah bermakna kita biarkan aje anak tu menyepah kan? Kita pun ada tahap sebelum nak capai ke hilang kewarasan tu.
Anak perlu diberi peluang bermain dan bereksplorasi. Dalam masa yang sama, perlu didisiplinkan. Kita pun kena jaga keupayaan mental kita. Betul tak?
Jadi, nak buat macam mana?
1) Fahami bahawa ‘menyepah’, buat eksperimen ni memang fitrah mereka. Lagi dasyat mereka punya sepah, lagi kreatif dan lagi banyak peluang mereka untuk observe, explore, belajar cause and effect serta belajar menyelesaikan masalah.
2) Sediakan alatan buat mengganti barang-barang rumah yang kita taknak anak sepahkan tu. Rangkakan aktiviti untuk anak. Dan duduk perhati mereka bermain.
Analisa cara mereka pegang peralatan, pindahkan objek dari satu bekas ke bekas lain; cara mereka buka bekas, pegang objek, ramas kain, tekan span, bentukkan pasir yang mereka main, dan sebagainya.
Benda tu semua bantu bagi stimulasi sensori dan bantu bina kemahiran motor kasar dan halus. Bukan lama pun. Satu hari 5 minit pun, dah ok sangat sebenarnya.
3) Ajar mereka kemas semula lepas selesai bermain. Anak bawah 4 tahun, mungkin tak cekap lagi nak mengemas. Sebab Fungsi Eksekutif mereka belum fully develop.
Tapi tak apa. Ajar dan demo sampai mereka faham rutin mengemas selepas buat sepah. Yang penting, rendahkan espektasi. Diorang tu budak lagi.
Fikir ni. Biarkan anak melalui fasa mereka. Fasa ini tak lama. Rumah akan sepah sikit. Tapi jiwa mereka akan hidup sebagai kanak-kanak yang berani bereksplorasi. Bijak dalam menyelesaikan masalah.
– Punya daya fikir yang tinggi dan kritis.
– Tak kekok memanipulasi apa jua peralatan.
– Boleh bertoleransi terhadap stres, terutamanya bila buat sesuatu yang tak menjadi.
– Mampu memahami bahawa untuk terjadinya sesuatu, ada proses yang perlu dilalui.
– Dan paling penting, mereka mampu beradaptasi hidup dalam dunia yang makin mencabar ni.
Semakin besar ruang yang kita buka untuk anak meneroka,
Semakin rendah ekspektasi yang kita letak pada mereka,
Semakin kita faham proses yang perlu dilalui mereka,
Semakin tinggi juga potensi anak-anak untuk jadi saintis, pencipta, pereka, saintis atau pioneer yang menyemarakkan dunia.
Cabaran dan ujian wanita bergelar isteri dan ibu serta dalam masa yang sama ingin memajukan diri dalam dunia pekerjaan, nyata bukan perkara mudah.
Begitu banyak halangannya hingga kadang-kadang ada yang tidak sanggup dan akhirnya ‘berkubur’ sahaja niat untuk lebih maju dalam kerjaya.
Hakikatnya, seorang isteri perlukan sokongan dan dorongan daripada orang sekelilingnya, terutamanya suami dan anak-anak.
Mengulas tentang cabaran kerjaya seorang wanita, doktor ini menulis dari kaca matanya dan semoga bermanfaat dan menyuntik kesedaran di kalangan suami agar lebih memahani apa yang isteri lalui selama ini.
Saya berasa sedih apabila rakan wanita mengadu nak berhenti kerja atau berhenti belajar separuh jalan disebabkan tiada siapa nak uruskan anak atau orang tua yang sakit.
Tak pernah lagi saya dengar orang lelaki mengalami masalah yang sama.
Anak sakit, anak masuk wad; yang kena mohon cuti kecemasan selalunya ibu. Jarang sekali bapa. Ibubapa sakit, sama juga keadaannya.
Lebih teruk lagi, kadangkala isteri pula kena ambil cuti kecemasan untuk jaga mertua yang sakit; bukannya anak kandung sendiri.
Perjalanan karier wanita dan lelaki memang tak sama.
Memang masing-masing punya cabaran tersendiri namun tekanan masyarakat sekeliling terhadap tanggungjawab wanita lebih berat lagi.
Isteri dan ibu yang sambung belajar sambil berkerja pasti faham akan cabarannya.
Sesiapa yang dapat pasangan yang ringan tangan membantu, berkorban menggalas tugas jaga anak dan uruskan rumahtangga; sebenarnya dia telah mendapat malaikat kiriman Tuhan. Jangan sesekali persiakan pasangan seperti ini.
Namun ada juga rakan saya dulu, waktu mereka sibuk sambung belajar; bukan saja pasangan tak membantu. Malah masa itulah dia buat hal; curang dan berselingkuh.
Ada juga yang sabotaj isteri disebabkan tak sanggup terima isteri yang belajar lebih tinggi darinya. Jika dia ada sarjana muda, jangan sesekali isteri cuba nak ambil sarjana atau PhD. Jatuh harga diri nanti.
Saya amat berterima kasih kepada para lelaki yang berjiwa besar yang menjadi contoh lelaki beriman. Mereka bakal menjadi penanda aras bakal pasangan hidup kepada anak perempuan mereka.
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Quran 9:71)
Semoga kita saling memperkasakan antara satu sama lain.