Melihat kediaman ini, nyata tepat sekali ungkapan rumahku syurgaku. Biarpun diluar bagaikan sebuah rumah papan kampung biasa di lihat, namun apabila menjengkah ke dalam, pasti pandangan mata pesona melihat dekorasinya.
Bahagian dalam rumah ini memang cantik dan kemas bagaikan berada di dalam sebuah kediaman mewah yang modern.
Ruang rumah yang dihiasi dengan pelbagai jenis akesesori dan perabot moden menyerlahkan lagi konsep modern.
Lebih menarik pandangan mata, dinding juga menggunakan wall paper dan hiasan dinding yang susun kemas.
Lebih mengujakan susun atur ruang tamu penuh kreatif, sekali imbas, bagaikan berada di rumah banglow mewah.
Ini yang dikatakn umpama luar setinggan dalam banglo. Memang inspirasi.
Ads
Menerusi perkongsian, Paradise Paradise Yameela dalam group Kelab Kaki Deko telah menarik perhatian ramai dan ada yang ingin menjadikan rumah ini sebagai rujukan untuk dekorasi rumah di kampung.
Luaran rumah
“Saya punya rumah papan jer, tp teringin nk suasana moden saya deco-deco jadi la mcm ni. Alhmdulillah..”
Ads
Melihat ruangan komen ramai memuji cara pemilik rumah ini membuat tata hias. Memang sungguh kreatif!
Tiada apa yang anak-anak boleh buat melainkan gembirakan hati ibu bapa. Baru-baru ini tular satu majlis perkahwinan seorang ibu kembali bergelar sebagai seorang isteri selepas lapan tahun hidup ‘solo’.
Lebih menarik lagi, anak-anaknya, Faizatul Najirah, 28, Fatini Syukriah, 29, serta adik bongsu, Ahmad Zafran, 26, sepakat berkongsi wang bagi menganjurkan majlis pernikahan wanita kesayangan mereka pada 15 Mei lalu.
Tidak setakat itu, Faizatul turut berpeluang mendandan wajah Nor Arini, 55, yang sah menjadi isteri kepada Zainur Ariffin, 65, pada majlis yang diadakan di Homestay Ayahwan Paloh..
Kisah perkahwinan Nor Arini dan Zainur mendapat perhatian warga net selepas Faizatul Najirah memuat naik video rombongan pengantin lelaki hadir untuk menyunting ibunya di TikTok, baru-baru ini.
Menyingkap cerita sebenar, Faizatul Najirah yang juga jurusolek dan menetap di Padang Air Tepoh, Kuala Nerus berkata, ibunya sudah hidup sendirian selepas berpisah dengan bapa kandungnya, Ahmad Zalil Awang, 57, lapan tahun lalu.
Katanya, sejak itu, Nor Arini hanya fokus membesarkan mereka hingga masing-masing sudah berkeluarga.
“Emak pernah nyatakan hasrat untuk berkahwin sebelum ini, malah pernah berkawan dengan lelaki, cuma ditakdirkan jodoh emak dengan abah (Zainur) walaupun tempoh perkenalan mereka amat singkat iaitu empat bulan saja.
“Kawan emak yang memperkenalkan abah. Ikutkan abah pernah mengajak emak berkahwin pada November tahun lalu tetapi emak menolak kerana belum bersedia.
“Namun, akhirnya dia terbuka hati untuk bertunang pada Februari lalu sebelum melangsungkan perkahwinan pada Isnin minggu lalu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Faizatul Najirah, dia serta kakak dan adik tiada halangan buat ibu mereka berumah tangga lagi, malah pernah membantu memilih calon yang sesuai sebagai bapa tiri mereka.
Akhirnya, Zainur datang dalam hidup Nor Arini dan mereka menerimanya selepas latar belakang bapa tirinya itu yang diyakini dapat membahagiakan keluarga.
“Kami bukan mahu masuk campur urusan peribadi emak cuma biarlah dia berkahwin dengan seseorang yang boleh menjaganya dan membimbingnya terutama dari segi agama.
“Alhamdulillah, jodoh emak sampai dan semuanya dipermudahkan kerana anak kandung abah juga boleh menerimanya.
“Sedih dan berat juga melepaskan emak kerana sebelum ini kami adik-beradik menjaganya dan kini dia sudah berpindah ke Seksyen 19, Shah Alam. Kami relakan dengan hati terbuka demi kebahagiaannya.
“Lagipun, kami adik-beradik sudah berumah tangga dan sedar emak juga berhak ada teman hidup untuk menjaganya dan menjadi tempat meluahkan perasaan,” katanya.
Dalam pada itu, Faizatul Najirah terharu dengan doa dan kata positif diterima selepas memuat naik video ibunya menjadi raja sehari.
“Tak sangka akan tular kerana niat saya muat naik video di situ untuk kenangan saja, namun mungkin yang melihat rasa unik kerana bukan rombongan kahwin anak tetapi emak. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan emak dan abah.
“Diharap, video itu membuka mata anak di luar sana untuk beri peluang kepada ibu bapa mereka yang sudah lama solo untuk berkahwin lagi jika itu yang dimahukan dan ada calon sesuai,” katanya.
Perihal anak luar nikah ini adalah amat sensitif. Ia bukan suatu yang boleh diambil ringan dan dibuka pekungnya semudah ABC.
Adakalanya berdiam dan tidak memberitahu adalah lebih baik. Oleh itu jika perlu memberitahu, maka buatlah ‘Seperti menarik rambut dari tepung, tepung tidak berserak, rambut tidak putus.’
Menurut Ibu Rose – Mesejnya Kasih masa terbaik untuk berterus terang adalah tidak umum. Ia unik untuk sesebuah keluarga dan bergantung pada pertalian di antara anak dengan ibu bapa serta adik beradiknya.
Ibu Rose merupakan Trainer Nuero Semantic-NLP yang Bertauliah. Beliau juga seorang yang berpengalaman luas di dalam bidang ‘Pembangunan Modal Insan’ (Human Capital Development). Ikuti penerangan Ibu Rose tentang isu ini.
Untuk memberitahu hal sebenar; perlu dipertimbangankan kebolehan anak itu untuk ‘handle’ berita berat sebegini.
Bila kita membuka sesuatu yang merupakan Aib, apakah hukumnya? Ya, ibu bapa anak itu telah terlanjur dan bersalah. Namun, perlukah anak itu memikul stigma itu SEPANJANG HAYAT DAN KETURUNANNYA.
Fikirlah baik-baik sebelum bertindak membuka suatu rahsia yang berat ini kepada seorang individu. Apa yang boleh dielak, elakkanlah. Fahami mendalam hukum-hakam Agama dan JANGAN menggunakan Agama untuk kepuasan diri. Hanya Allah yang layak mengadili.
Dan bagi ibu bapa yang telah bertaubat, kuatkan insaf dan bermohon kepada Allah untuk jalan terbaik diberi.
Bagi yang belum, fahamilah inilah sebab Allah melarang perzinaan. Yang memikul adalah anak itu. Waktu yang kita tahu, tidak ada jalan lain kecuali untuk berterus terang. Namun, satu perkara yang boleh memudahkan dan menggurangkan pergeseran bila rahsia ini perlu diberitahu; jalinkan perhubungan yang rapat dengan anak itu; dan beri dia merasakan dia bukan yang bersalah di sini. Nyatakan kesalan berat hati ibu bapa yang bersalah itu. Dan ingatkan bahawa, di sisi Allah dia bersih dan tidak hina. Perbuatan ibu bapa itu yang hina. Dan ibu bapa juga telah bertaubat nasuha.
Jika anak itu adalah anak luar nikah kerana ibunya mangsa rogol, maka sangat penting si anak merasakan kasih sayang si ibu dan ahli keluarga yang lain. Bila ini berlaku, kesedihannya mungkin kurang sedikit. Namun, janganlah ingat anak itu tidak akan sedih langsung.
Fahami juga reaksi sedih itu berbeza-beza. Ada yang terus marah. Ada yang memendam rasa. Ada yang menyalah ibu bapa dan mungkin lari dari keluarga. Ada yang akan menerima dengan baik. Apa sahaja reaksi mereka terimalah dengan hati terbuka dan banyak berdoa kepada yang berkuasa. Minta ditenangkan hati semua yang terlibat.
Orang yang paling dikasihi dan dipercayai oleh anak itu dan orang yang pandai menyusun kata dan bercakap dengan penuh berhemah dan kasih-sayang. Belajarlah komunikasi berkesan. Sebab kaedah ini bukan suatu yang boleh diberi sekadar tips sahaja. Komunikasi berkesan ini adalah skil yang semua orang perlu belajar dan miliki. Ianya juga boleh dipelajari. Yang penting jangan sekadar belajar tips; tapi belajarlah sungguh-sungguh dari mereka yang bertauliah.
Satu idea yang boleh Ibu kongsikan adalah; bila mahu berterus terang itu, ‘state’ atau keadaan diri kita mestilah tenang dan penuh rasa simpati. Bila kita tenang, maka lebih mudah kita berkomunikasi dengan lebih berkesan dan hati ke hati. Namun, belajarlah betul-betul ilmu komunikasi ni. Banyak masalah wujud kerana ‘broken communication’.
Jika kita telah bersalah kerana keterlanjuran, bertaubat dan berazam untuk tidak menggulangi. Walaupun sudah berkahwin, zina bukan suatu yang boleh dihampiri. Jagalah aurat pergaulan. Jangan bersama dengan orang yang bukan muhrim kita di tempat yang sunyi. Kerana ternyata akan ada yang ketiga, iaitu syaitan yang telah berjanji mahu menyesatkan cucu-cicit Adam a.s. ‘Office Affairs’, adalah suatu yang sering berlaku dan melibatkan mereka yang telah berumah-tangga juga. Elakkan.
InsyaAllah ini boleh dilakukan dengan menjaga aurat pergaulan dan berpegang dengan Tali Allah.
Allah tidak kata, jangan berzina sahaja. Allah kata jangan MENGHAMPIRInya pun tak boleh.
Ibu lebih tujukan penerangan ini dari sudut Agama Islam; sebab dalam Agama Islam, kita ada hukum mengenai anak luar nikah ini. Untuk agama lain, Ibu kurang pasti. Namun, jika di barat, anak luar nikah ini adalah suatu kebiasaan. Masyarakat di sana menerimanya seperti biasa sahaja. Bagi Ibu ini bukan suatu contoh yang patut kita ambil.
Seperkara lagi, Ibu ingin ingatkan; janganlah dihina anak-anak luar nikah ini. Ingat dan insaflah bahawa kesalahan itu bukan kesalahan mereka. Kewujudan mereka tetap bersih dan indah dimata Allah. Yang tersilap adalah ibu bapa mereka dan ramai diantara mereka telah bertaubat. Oleh itu bagi yang melihat, jangan sekali menjuih mulut dan menghina walaupun di dalam hati. Kerana dikuatiri akan jatuh ke hidung sendiri.
Ingatlah bahawa yang salah dan tidak baik itu adalah perbuatan berzina itu. Jika yang melakukan telah bertaubat, siapa kita untuk menghukum lagi?
Semoga hati kita senantiasa insaf akan pengajaran dariNya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika ingin dihitung, tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut hari raya. Bagaimana dengan persiapan? Pastinya baju raya dan biskut sudah dibeli dari awal lagi.
Pun begitu suka diingatkan, bagaimana pula dengan perhiasan diri seperti barang kemas? Sudah terlihat berkilau atau pudar sahaja warnanya?
Tentu kita juga ingin terlihat berseri dan bergaya di hari raya. Jadi cepat lakukan cara ini untuk kilatkan kembali barang kemas tu. Mudah je caranya dan yang penting boleh buat sendiri. Tak perlulah nak hantar kedai.
Jom semak!
Wanita dan pemakaian barang kemas dilihat memang begitu sinonim. Lantaran itu dalam memahami naluri wanita yang suka akan barang kemas, tidak hairanlah aksesori yang bernilai ini turut dijadikan antara hadiah yang istimewa oleh seorang suami untuk menghargai isterinya yang tercinta.
Manakala daripada pihak isteri pula, sewajarnya kita kenalah tunjukkan rasa berterima kasih kepada suami dengan pemberian tersebut. Paling mudah, sentiasa pakai barang kemas yang telah dihadiahkannya itu.
Pun begitu, anda perlu tahu bila barang kemas ini sentiasa dipakai dan dijadikan basahan. Lama-kelamaan warnanya akan kelihatan kusam dan juga nampak kotor kesan daripada pelbagai sebab.
Umunya tahu, kalau ingin cuci barang kemas biasanya akan dihantar ke kedai emas. Pun begitu, ada cara termudah dan jimat untuk anda lakukan sendiri proses mencuci emas ini. Nak tahu lebih lanjut jom semak perkongsian daripada Maryam Empayar Gold.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.