Setiap ibu bapa pasti inginkan anak yang soleh dan beriman serta mendengar cakap.
Hati ibu bapa mana yang tidak bersyukur apabila anak mempunyai sikap sebegitu. Namun, kadang kala, dirasakan sudah memberi asuhan yang baik kepada anak tetapi ada juga kesilapan yang berlaku apabila dikesan anak dilihat bersikap sebaliknya.
Usah berputus asa untuk mendidik anak. Selain doa selepas solat, boleh cuba perkongsian puan Nor Fatihahnoor yang mengunakan doa dan sentuhan ubun-ubun di kepala. Boleh cuba. Insyaallah.
DOA ANAK SOLEH
Letakkan tangan di ubun2 kepala anak. Mulakan dengan asmaul husna,
Ya Fattah
Ya Alim
Ya Nur
Ya Hakim
Ya Rashid
Ya Hafiz
Ya Muhaimin
YA ALLAH BUKAKAN PINTU KEFAHAMAN DAN ILMU PENGETAHUAN, CAHAYAKAN HIKMAH KEBIJAKSANAAN, KECERDASAN DAN KEPINTARAN KEPADA ANAK2 KAMI DAN JAGAKAN ANAK KAMI DALAM JAGAANMU DAN PENGAWASANMU YA ALLAH.
Ads
Seterusnya titipkan doa ini.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
“Umi! Cepat la doakan Humairaa. Letak tangan kat kepala. Humairaa nak pandai macam orang lain.”
Allahu. Sebak saya mendengar permintaan tulusnya . ALLAH Arrahman, Engkau yang mengingatkan anak kecil ini Ya allah. Apabilaku terlupa doakannya seperti biasa Humairaa ingatkan uminya.
Lalu, saya letakkan tangan di ubun2 kepala Humairaa bersama titipan doa ini dengan genangan air mata. Humairaa turut sama membaca doa ini dengan lancar.
“Umi, Humairaa dah boleh hafal doa ini masa umi doakan Humairaa.” ujarnya penuh makna.
Subhanallah
Terimalah doa ini.
YA MUJIB
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam perkahwinan, bukan sahaja hati pasangan yang perlu kita jaga, tetapi keluarga pasangan juga perlu dijaga. Terutamanya hati ibu mertua, wanita pertama yang sayang pada pasangan kita.
Bila sentuh tentang ibu mertua ni, mesti para isteri sedikit gerun! Ye la, nak ambil hati mertua ni bukannya mudah. Nama pun sama-sama perempuan, mesti faham perasaan perempuan. Tak boleh kalau anaknya lebihkan isteri, kadang ibu mertua cemburu. Yang jenis easy going mudah lah! Yang senang makan hati ni, susah juga jadinya.
Sesuai bagi pasangan baru berkahwin ataupun masih belum faham rentak ibu mertua, jom ikuti perkongsian dari ahli terapi perkahwinan menerusi laman TikToknya @bondaumairahtaib telah berkongsi jenis-jenis ibu mertua.
3 JENIS KARAKTER MAK MERTUA YANG SUSAH
1. Ibu mertua yang suka bersaing dan cemburu
Jika anda dalam situasi ini, si isteri boleh berbincang dengan suami supaya apa-apa sahaja yang anda beli dan di mana sahaja kalian pergi, ajaklah sekali ibu mentua. Hal ini boleh membuatkan si ibu tidak merasa ada pesaing.
2. Ibu mertua yang suka campur tangan
Kalau anda selalu ada dalam situasi di mana ibu mentua suka masuk campur tangan hal rumah tangga anda, berbincanglah dengan suami supaya menasihati ibunya. Suami kena memainkan peranan supaya ibu tidak kecil hati.
3. Ibu mertua rasa “bukan menantu pilihan”
Jika si isteri merasakan bahawa dia bukan menantu pilihan, tidak mengapa. Jalankan tugas anda sebagai isteri dengan baik supaya ibu mentua dapat tengok sendiri antara kaca dan permata.
Bukan sahaja tip untuk yang sudah berkahwin, yang belum berkahwin juga ada tipnya.. Jangan jemu untuk berdoa supaya dikurniakam ibu mertua yang baik.
Tambahan itu, jangan juga lupa untuk mendoakan diri kita supaya dikurniakan hati yang lapang dan tenang. Diharapkan perkongsian ini serba sedikit dapat membantu anda.
“Ini ayah saya. Ayah saya selalu bangun awal. Tapi selalu balik lewat. Hari Ahad ayah saya kerja, orang lain cuti tetapi saya sayang ayah saya!”
Begitulah nukilan yang telah mencuri tumpuan wargamaya apabila luahan hati si anak ini yang ditulis di atas kertas dengan menggunakan pensil jelas menampakkan kejujurannya dalam menceritakan perihal ayahnya.
Hal ini mengundang sebak di kalangan warganet, apatalah lagi seakan kisah yang sama sebenarnya terjadi pada anak sendiri.
Percayalah bila lihat karya atau lukisan mahupun tulisan anak-anak berkenaan siapa kita di mata dan di hati mereka, pasti kita tersentuh hati.
Apa yang pasti, itulah luahan yang tak mampu mereka zahirkan kepada kita sebagai orang tuanya. Memang tidak akan ada mak ayah yang ingin melihat semua ini terjadi, tetapi keadaan memaksa.
Ramai akui terpaksa berkerja siang malam demi mencari rezeki dek kerana desakan hidup yang terpaksa dilalui ketika ini.
“Saya Sayang Ayah Saya…”
Membaca luahan terakhir si anak yang menyatakan betapa dia sayangkan ayahnya benar-benar menyentuh perasaan. Siapa sangka anak sekecil itu, sebenarnya sedang cuba untuk memahami kesibukan orang tuanya.
Tidak hanya netizen tersentuh hati dengan keadaan anak kecil tersebut malah turut terkesan apabila membaca luahan hati ayah di kapsyen yang dengan ikhlas memohon maaf kepada anaknya itu.
“Ayah mintak maaf. Ayah keluar mencari rezeki untuk kita sekeluarga. Ayah sayang semua anak-anak ayah”
Sumber foto : Shah thegret
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hakikatnya anak-anak kita akan menghargai setiap detik yang kita luangkan bersama mereka terutama semasa bercuti apabila berpeluang merasai sendiri pengalaman baharu di tempat yang baru.
Malahan sepanjang tempoh bercuti ini juga akan dapat membantu anak-anak bersifat lebih terbuka. Apa yang pasti begitu banyak kebaikan untuk anak-anak malah kita juga turut berasa seronok dapat bercuti dengan anak-anak.
Atas sebab ingin memberi pengalaman berharga kepada anak, turut terpanggil pasangan suami isteri ini membawa anak lelakinya bercuti secara backpack ke Pulau Pinang pada beberapa tahun yang lalu. Dan pengalaman berharga ini turut dikongsikan di facebook puan Haizum Shaira untuk panduan ibu ayah yang lain.
Ini perkongsiannya.
Backpack to Penang with Kiddos
Ramai tanya okay ke bawak budak backpack? Nervous sebenarnye backpack dengan anak. Tak sama dengan zaman bujang muda mudi, tapi orang putih kata “Keep Calm, Travel On And create memories”
Perkongsian untuk ramai yang bertanya
Pengangkutan-168/pax (2way)
KL Central – Butterworth (4jam)
Sebelum beli tiket ETS study dulu (untuk 1st timer) ETS Ade 3 Class : Business, Platinum & Gold. Pilih seat pon kena tengok yang forward ke backward . Kot ada yang pening nanti duduk melawan arus.
Business Class : RM154 (1 way) – ada makanan dan entertaiment (iPad kalau nak layan movie) ala-ala naik flight la senang cerita
Platinum: RM 84 (1 way) – berhenti dekat stesen-stesen besar macam Ipoh , Taiping. Tak banyak stop. 8 stesen je. Kami naik Platinum
Gold: Beza Gold dan Platinum, Gold lagi banyak stesen keretapi berhenti dalam 14-15 stesen
Cafe , surau dan toilet ada dalam ETS . Makanan boleh beli kat Cafe Coach C. Surau pon dekat Coach C . Toilet ada dekat Coach C & B (ni je la yang kami guna) rasanya ada lagi toilet untuk Coach hujung-hujung. Semua kemudahan elok dan selesa.
Feri : Butterworth – Swettenham Pier Jeti
Tambang percuma
Turun ETS akan lalu Penang Central. Di Penang Central ada terminal bas dan feri kalau nak ke Pulau.
Kami pilih naik feri. Terminal under construction lagi. Feri hanya bawa penumpang. speedboat besar ( ala.. feri Langkawi dulu-dulu) dalam 10-15 minit je sampai la pulau. Feri ada setiap satu jam boleh Google jadual Feri
Bas: Swettenham Pier Jeti – Hotel Penaga
Tambang Free. Naik bas Rapid Penang yang ade tulis CAT or free shuttle
Bas ni memang pusing bandar Georgetown. So naik dulu buat satu round. Tengok lokasi mana yang bas lalu. Nanti senang nak plan perjalanan.
operation hour 6:55AM – 11:00 PM. (ni driver bas habaq kat kami. Tak dan study kira percaya je la dia)
Lokasi – awesome walking distance dengan semua tempat HOT (Line Clear, Bee Hwa Cafe, Transfer road, Hameediah, Roti bakar Hutton lane)
Breakfast tiada. Hotel tak sediakan breakfast tapi ade Cafe bukak pukul 11AM.
Lunch boleh makan nasi kandar pokok ketapang depan hotel je kalau malas jalan
Bilik jenis duplex. Sofa, TV dan bilik air dekat bawah. Katil sahaja dekat atas.
Hotel herritage so barang perabot lama tapo ok je semua function elok
Semua bilik air ada jacuzzi yang penting. Penat jalan memang boleh santai rehat kat dalam jacuzzi.
Swimming pool ada tapi time tu under construction
Itenary
4 June 22
8 – 12 tghri : Naik ETS ke Butterworth
1:30 -1:45 Ptg : Naik feri dari Butterworth ke Georgetown
2:15 ptg : Naik Bas Rapid ke Hotel Penaga
3 ptg : Check in
4:30 ptg: Makan nasi kandar Pokok ketapang depan hotel
5 -7 ptg: Naik bas Rapid ke padang kota lama
Jalan-jalan dekat Fort Cornwallis dan bungkus pasembur
Aktiviti malam: Mandi jacuzzi dan tidur
5 June 22
7:30 pagi : Bungkus breakfast roti canai jalan Argyll makan dekat hotel. Jalan dalam 4 min dari hotel. Menu lebih kurang Transfer road.. beratur panjang weii kat situ
11 pagi : jalan kaki ke The Top dalam 15 min
Ade 2 pakej combo A & Combo B. Kami Ambil A je . Top 3 attraction. Rainbow Skywalk, Top boutique Aquarium & Jurassic Research Centre.
4 ptg : Jalan-jalan area Komtar. Sebelah The TOP je. Lepas tu balik hotel
7:30 ptg: Lepas solat terus keluar pergi Hameediah. Beratur panjang weii. Gigih sejam beratur nak makan nasi kandaq. Puas hati dapat rasa kari Arnab
6 June 22
7 pagi : bungkus breakfast dekat Bee Hwa Cafe. Char kue teow Padu. Order roti bakar, telur dan nasi goreng. Kedai dekat lorong belakang hotel je.
12 tghr: check out. Tumpang letak beg dekat hotel sebab nak jalan-jalan dulu
Jalan dekat chowrasta market, lebuh x lupa name dan seterusnya mengikut kaki melangkah
4.00 ptg : Naik bas Rapid ke Jeti. Tak sempat kejar feri 4:30 sebab jalan jem.
5:30 ptg: Naik feri. Sampai terus jalan ke Penang Central. Boleh bungkus makanan untuk makan dalam ETS
6 ptg: Jalan ke stesen keretapi Butterworth
6:45 ptg: Keretapi ETS bergerak menuju ke KL
11 mlm : Tiba di KL Sentral. terus order Grab
11:30 mlm : Home sweet Home
Tips backpack dengan anak berusia 5 tahun
Sedikit sebanyak perkongsian. Panjang tulis pon. Kalau yang salah info mintak maaf banyak-banyak. Objektif sebenarnya nak HaZz experience naik. Selalu dok tengok dekat je.
Nubhan berkongsi cabaran menjaga ibunya yang sedang sakit serta mengakui rasa penat bukan tanda tidak ikhlas, sebaliknya lumrah seorang penjaga yang berdepan ujian emosi dan fizikal.