Bila anak kecil kita tiba-tiba demam dengan suhu yang agak tinggi, mak ayah mulalah rasa cemas. Tak tahu apa patut dibuat, ditambah pula dengan ketiadaan bekalan stok ubat dirumah makin buat ibu bertambah cemas. Apa mak ayah nak buat?
Anak yang demam perlu segera diberikan perhatian. Paling utama kata Dr Redza Zainol, suhu anak harus dipantau dari semasa ke semasa. Sementara mendapatkan ubat, ini panduan yang mak ayah boleh lakukan segera!
“Tadi saya periksa di rumah, anak saya demam.” Oo, berapa bacaan suhu waktu tu?” tanya saya pada ibu tu.
“37°C, semalam pun sama.”
Anak yang demam, ada 2 jenis bacaan suhu badan.
Demam yang sedikit atau ‘low grade fever’ tu ialah bacaan suhu badan antara 37.5°C hingga 37.9°C. Demam tinggi atau ‘high grade fever’ pula ialah bacaan suhu badan 38°C dan ke atas. Ia boleh capai hingga lebih dari suhu 41°C.
Ads
Senjata utama ibu ayah bila anak demam ialah kita jelum anak dengan air.
Caranya: 1. Guna air suhu bilik sahaja.
2. Basahkan kain atau tuala kecil dengan air tadi dan lap pada badan anak.
3. Kain tu dilap pada bahagian tangan, kaki, badan, kepala termasuk leher dan ketiak sampai kita rasa badan anak makin kurang panas.
Ads
4. Kain tu jangan diletak begitu saja pada kepala atau badan anak. Nanti haba tu terperangkap dalam badan anak.
5. Cara yang betul ialah jelum dan angkat kain tu. Biarkan air tu kering atas kulit badan anak. Buat berkali-kali.
6. Kalau guna air sejuk, suhu luaran anak memang boleh turun. Tapi ia tak kurangkan “core body temperature” (suhu dalaman).
7. Disebabkan perubahan suhu luaran badan, otak mula hantar signal ke otot. Budak tu akan mula menggigil, dan ini akan hasilkan lagi banyak haba.
Ads
8. Suhu badan anak yang melambung tinggi, boleh menambah risiko terjadinya sawan.
Cara ni taklah 100% sembuhkan demam anak. Ini sekadar 1 cara untuk buat anak kita jadi lebih selesa sementara tunggu dos ubat demam yang seterusnya.
Bantu saya kongsikan ilmu ni dengan mak ayah yang lain ya.
Perlukah masalah sinus saya ini dibedah? Persoalan yang sering ditanya apabila menghadapi sinus sehingga menganggu rutin harian.
Ikuti penjelasan doktor ini mengenal permasalahan ini.
APA ITU SINUS
Masalah pada rongga sinus atau lebih tepat lagi dipanggil sebagai sinusitis perlu melalui beberapa fasa rawatan.
Ini bermakna, tidak semua kes memerlukan pembedahan.
Selepas melakukan pemeriksaan bersama doktor, doktor akan mulakan rawatan dengan kaedah yang paling sesuai untuk pesakit. Setiap pesakit tidak sama. Tak semua pesakit juga akan terus dibedah.
Ubat-ubatan adalah antara rawatan awal yang diberi kepada pesakit.
BILA PEMBEDAHAN DILAKUKAN?
Hanya ada beberapa tanda dan keadaan sahaja di mana pembedahan perlu dilakukan kepada pesakit yang mengalami masalah sinusitis :
Berlaku komplikasi akibat masalah sinusitis kepada pesakit. Ini termasuk jangkitan kawasan sekitar, mucocele dan sebagainya.
Komplikasi di bahagian otak. Anda perlu sedar bahawa jangkitan rongga sinus boleh juga merebak ke bahagian otak. Ini perlu kepada rawatan segera. Perhatikan jika ahli keluarga anda ada mengalami pening teramat samgat, gangguan penglihatan bersama gejala resdung.
Fungal sinusitis. Jangkitan sinus juga boleh disebabkan oleh jangkitan kulat atau fungus. ‘Fungal ball infection’ yang berlaku biasanya memerlukan rawatan pembedahan.
‘Suspected malignancy’. Ada kalanya doktor yang memeriksa mendapati struktur polyp atau masalah yang dialami pesakit perlu kepada pembedahan. Semasa pembedahan, sampel biopsi juga akan dihantar ke makmal untuk mengesahkan penyakit yang dialami.
Apabila ‘nasal polyp’ terlalu besar sehingga menutupi hampir keseluruhan rongga sinus dan juga hidung, tidak menunjukkan tanda-tanda positif walaupun sudah diberi ubat, pesakit mungkin perlu juga kepada pembedahan.
SEGERA DAPATKAN RAWATAN JIKA ADA MASALAH INI.
Tuan-tuan dan dan puan-puan..
Sekiranya ada antara ahli keluarga anda mengalami gejala seperti hidung tersumbat, kerap hidung berair, ada kalanya keluar darah, kerap berat pada muka dan kepala, lakukanlah pemeriksaan. Anda akan dibantu.
Kredit: Dr Ezairy M.Sallih
Doktor Telinga, Hidung & Tekak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi ‘hantu’ kopi, hidup tak tenang kalau satu hari tak dapat minum kopi.
Rasa gelisah dalam diri bila dalam badan tak ada kafien.
Minum minuman jenis ini sebenarnya banyak khasiat, cuma berlebihan boleh undang serangan jantung! Sangat bahaya.
Jadi menerusi perkongsian Dr Rizal Abu Bakar menjelaskan lebih lanjut mengenai minuman berkafien ini.
5 tahun lepas, pernah tular kes seorang remaja berumur belasan tahun.
Yang rebah dan mati setelah minum minumam berkafein.
Masatu dia berada di sekolah. Gempar satu negara.
Hasil siasatan mendapati, remaja malang itu membedal 3 jenis minuman berkafein dalam jarak 2 jam.
Seorang pengopi tegar. Ibubapanya bersuara.
.
Gemar minum cafe latte yang dibeli di kedai maskot badut.
.
Gemar minum air bergas jenama embun gunung sebagai minuman harian.
.
Gemar menelan energy drinks raksasa. Air putih jarang minum.
.
Ramai fikir kafein ni hanya ada dalam kopi.
.
Inilah pentingnya ilmu nutrisi. Supaya tak memperbodoh diri.
.
Koroner yang membuat autopsy sahkan kematian berpunca dari ‘caffeine induced cardiac arrest’.
.
Bahasa mudahnya adalah kegagalan jantung berpunca dari kafein.
.
Menyebabkan serangan jantung mengejut.
.
Menakutkan bukan?
.
Ada juga kes ramai meninggal mengejut selepas bersukan.
.
Memang benar.
.
Ajal dan maut itu di tangan-Nya tapi nak ke meninggal dalam keadaan sebegitu?
.
Saya tertanya tanya berapa jumlah kafein yang selamat?
.
Kafein is not 100 percent a bad thing.
.
Jika diambil secara betul. Banyak khasiatnya pada diri.
.
Yang buruknya apabila ia diambil berlebihan. Melampaui tahap yang digariskan untuk manusia.
.
Ikut laporan WHO ialah 400mg sehari.
.
Ni kalau seminggu tu. Setiap hari check-in kedai wanita rambut panjang.
.
Kajian dimuat di jurnal saintifik Food and Chemical Technology juga beri angka yang sama.
.
Timbul persoalan lagi, betul ke ambil kafein sebabkan kematian?
.
Febuari lepas, satu kajian dimuat naik dalam Journal of Analytical Toxicology.
.
Kajian ke atas 51 kes kematian disebabkan pengambilan kafein berlebihan.
.
Ikut laporan mereka minum bersamaan dengan 30 cawan kopi dalam waktu yang singkat.
.
Moralnya, perlu tahu angka. Berapa yang kita ambil. Jarak masa apabila diambil.
.
1. Dalam secawan teh anggaran kafein ialah 53mg.
2. Kopi biasa 133mg kafein.
3. Latte keluaran syarikat ada gambar wanita rambut panjang150mg.
4. Kopi kedai kopi hipster sekitar 320mg kafein.
5. Minuman lembu ada tanduk sekitar 80mg kafein.
.
Yang mana satu kita ambil? Berpada dalam mengopi. Bersukat dalam mengeteh.
Menjalankan tugas tradisi sebagai seorang isteri, ibu dan dalam masa yang sama turut bekerja, menjadikan kehidupan yang dilalui oleh seseorang wanita itu cukup hebat. Tidak hanya memastikan kemantapan dan kesejahteraan hal berkaitan keluarga semata-mata, malah turut berperanan penting dalam mengurus hal-hal syarikat dan sebagainya.
Justeru, tidak dinafikan kehidupan seharian yang dilalui oleh seorang wanita tentu sahaja boleh meletihkan dirinya. Lantas, kita sebagai wanita perlu lebih prihatin dalam bab penjagaan kesihatan. Ini semua penting agar semua tugas, amanah dan tanggungjawab dapat dilunaskan dengan sebaik mungkin.
Oleh itu, sekiranya anda ingin kekal aktif atau ingin mengembalikan kesegaran tubuh yang telah ‘lemau’ dek sibuk bekerja, disarankan amalkan petua ini. Malah minuman ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai minuman harian untuk keluarga agar sentiasa cergas dan bertenaga. Selamat mencuba!
[su_highlight background=”#dde6e5″ color=”#ecc71f”]Air Tea O Penyegar Badan[/su_highlight]
Bahan-bahan :
Halia
Daun Pandan
Gula batu
Uncang teh
Cara membuatnya :
1. Rebus air bersama halia dan daun pandan
2. Setelah mendidih tutup api.
Kemudian masukkan air panas tadi ke dalam cawan dan masukkan gula bersama uncang tea (seperti bancuh tea biasa).
4. Siap untuk dihidang.
Sumber : Lyndah Abraham
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di