Penyanyi Ayu Damit, 33, meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah buat kali kedua untuk menunaikan ibadah umrah.
Mengakui ini adalah rezeki dari Yang Maha Esa tatkala dunia masih lagi berdepan pandemik Covid-19, dia bagaimana pun bersyukur kerana suami memahami dan mengizinkan untuk pergi.
“Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana saya sekali lagi dijemput untuk tunaikan umrah bersama rakan-rakan.
“Selepas beberapa kali hajat ke sana tertunda, saya anggap ini adalah rezeki walaupun tanpa ditemani suami.
“Meski suami tidak dapat pergi bersama kerana ayah mertua tak sihat dan kebun cili serta kacang panjang sedang membuahkan hasil, tapi saya mendapat izinnya juga. Bertuah dikurniakan suami memahami.
“Bagi saya, saham akhirat lebih utama, apatah lagi beberapa kali hasrat ini (umrah) terpaksa ditunda. Apabila diberitahu sudah dapat tarikh tetap daripada pihak agensi, saya amat teruja.
“Saya pun sudah menjalani ujian saringan Covid-19 dan keputusannya negatif. Sekali lagi, inilah namanya rezeki. Saya pun memang dah lama pasang niat dan tak mungkin menolaknya,” ujar pelantun lagu Hanya Di Mercu ini lagi.
Ads
Menurut Ayu, walaupun tarikh umrah bertembung dengan beberapa tawaran persembahan nyanyiannya, namun dia menolak secara baik.
“Walaupun terpaksa menolak tawaran persembahan kerana umrah ini, tapi apabila pulang nanti saya dah ada beberapa tawaran undangan lain yang menanti.
“Inilah rezeki saya dan aturan Allah itu sudah sedia cantik. Sekarang, peluang saya tumpukan perhatian kepada ibadah dan saya akan doakan yang baik-baik buat kita semua, insyaAllah,” katanya.
Sebut ikan masin tenggiri terus terbayang rasa asinnya yang sedap beraroma, lagi-lagi jika dimasak bersama sayur kailan memang menikmatinya cukup meyelerakan.
Selain itu, ikan masin tenggiri ini juga sering dimasak secara goreng yang dicampurkan dengan cili dan bawang. Pendek kata siapa penggemar ikan masin tenggiri ni, akan makan bertambah bila adanya menu nan satu ini terhidang.
Jadi buat anda yang ingin membuat sendiri, bolehlah mencuba cara sepertimana yang dikongsikan oleh Puan Noor Hayani Nani Hashim atau mesra disapa TokMa di group Masak Apa Hari Ni.
Ini perkongsiannya.
Cukup ‘haul’ dah rendaman Tenggiri kita… time to ‘merasa’
Alhamdulillah… menjadi elok dan sedap di tekak TokMa la. Ada rasa masam dan memang sengaja buat kurang masin… lauk reserve penambah selera ni.
TokMa share resepi ye.
Resipi Tenggiri Jeruk
1. Kepingan ikan Tenggiri dibasuh bersih. Toskan
2. Jemur ikan 2 jam lebih kurang bagi betul-betul kering.
3. Celup ikan dalam cuka. Masuk ke dalam bekas.
4. Tabur garam dan selit asam keping di celah-celah ikan.
*TokMa letak garam lebih sikit dari yang biasa kita goreng ikan adjust sendiri jika nak lebih masin.
5. Tutup dan simpan dalam fridge selama 7 hari.
6. Hari ke 8 buang air lebihan dan asam keping.
* jangan basuh ikan.
7. Masuk ikan ke dalam bekas (seeloknya bekas kaca).
8. Tuang minyak masak paras ikan.
9. Rendam selama 4 hari.
* boleh letak kat luar tak perlu dalam fridge.
Hari ke 5 boleh dah goreng dan nikmati kesedapannya. Tumis cili api dan bawang putih (tumbuk), masukkan sikit perasa. Gaul Tenggiri Jeruk… apa nak di kat kan. Campur dalam nasi goreng @ sayur kalian/kangkong goreng…
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Lelaki cina mualaf kuburkan impian majlis konsep Chinese Wedding, “lebih baik travel, kayakan pengalaman.” Setiap orang pasti mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang meriah dan mampu dikenang sampai bila-bila.
Lelaki Cina Mualaf Kuburkan Impian Majlis Konsep Chinese Wedding
Bagi seorang lelaki Cina mualaf dia begitu teringin untuk mengadakan majlis berkonsepkan Chines Wedding. Namun selepas mengambil kira beberapa faktor, lelaki ini akhirnya menguburkan impiannya itu kerana berpendapat bajet untuk majlis sebegitu boleh digunakan untuk tujuan yang lain.
Saya dulu pernah menyimpan cita-cita untuk adakan majlis perkahwinan style chinese untuk sebelah saya. Sebelah wife dah buat style melayu. Nak la juga merasa style chinese punya wedding kan?
Saya berusaha sehabis baik untuk berbaik dengan keluarga saya agar cita-cita dapat direalisasikan. Bayangkan dapat buat tea ceremony buat keluarga, sebenarnya itulah saat seorang ayah bangga dengan anaknya. Tanda penerimaan seseorang menantu dalam keluarga mentua.
Saya siap planning nak kumpul duit buat chinese style wedding bersama isteri dan anak. Kos nak buat majlis ni bukan murah ya. Sebab apa yang pengantin makan, menu yang samalah para tetamu akan makan.
“Lebih Baik Travel, Kayakan Pengalaman”
Baru bab makan. Tak masuk lagi nak nak tempah tempat, photographer, videographer, cenderahati, mc semua. Itu semua menelan belanja yang banyak. Baju pengantin dan sut untuk anak.
Akhirnya setelah bermacam perkara saya lalui, pengalaman mendewasakan saya. Tak perlulah semua wedding chinese style tu. Lebih baik duit tersebut digunakan untuk travel. Luaskan pandangan, kayakan pengalaman.
Nikmati masa bersama anak dan isteri itu jauh lebih berharga daripada menghabiskan duit dalam masa sehari kepada orang yang belum tentu akan susah senang bersama dengan kita. Mereka yang dijemput pun belum tentu akan hadir.
Jadi, saya kuburkan cita-cita saya untuk mengadakan majlis perkahwinan chinese style. Walaupun saya teringin sangat merasakan pengalaman tersebut, namun majlis tu akan cacat tanpa kehadiran ayah kandung dan juga saudara mara saya.
Mencegah lebih baik dari mengubati. Menurut Dr Hamid Arsht punca sebenar bagi penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidak diketahui
Justeru, bagi memastikan hal ini tidak mengundang masalah kepada sistem peranakan, seseorang wanita patut mengamalkan makanan tersebut.
Punca sebenar bagi penyakit yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidakalah diketahui .
Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca-punca persekitaran seperti kelemahan immunity, toksin, dan hormone estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormone estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut
Dalam keadaan biasa, hormone Estrogen adalah sangat penting bagi fungsi edaran haid, kesuburan, kehamilan, sifat-sifat kewanitaan, kecantikkan, fungsi-fungsi seks, bentuk badan dan lain-lain.
Tindakan estrogen terhadap tisu-tisu biasanya diseimbangkan oleh hormon kedua wanita iaitu hormon Progesteron, yang hanya dikeluarkan jika wanita mengalami penetasan telur/ovulation. Banyak situasi yang menyebabkan wanita tidak mengalami penetasan telur / ovulation.
Oleh itu, kekurangan hormone Progesteron boleh menyebabkan hormone Estrogen bertindak sewenang-wenangnya.
Beberapa situasi yang menyebabkan hormon Estrogen meningkat ialah kegemukan atau obesiti. Lemak- lemak yang berlebihan boleh menggalakkan pembentukan estrogen serta pengurangan Progesteron.
Selain daripada kilang telur, sumber lain bagi estrogen ialah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang. Wanita – wanita yang mengalami masalah pembengkakan ovary seperti Polycystic ovaries Syndrome (PCOS) juga sering mengalami masalah hormon Estrogen yang berlebihan dan kekurangan hormone Progesteron.
Oleh itu, saya cadangkan beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh Estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk dari cholesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enzim aromatase diperlukan.
Langka-langkah mengawal estrogen.
1, Kekalkan berat badan ke tahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.
2.Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron
3.Mengawal stres. Selain boleh meningkatkan hormon cortisol/steroid, stres juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita. Ia juga meningkatkan tahap Estrogen.
Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stress seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise.
Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.
Pengambilan makanan yang berkhasiat.
Ada beberapa jenis makan yang bertindak mengawal tahap Estrogen iaitu:
1.Buah delima/ promegranate
Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung.
Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.
2.Sayur- sayuran
Sayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang bertindak mengawal penghasilan hormone Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.
3.Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)
Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggung jawab dalam penghasilan estrogen) di mana sekaligus mengawal penghasilan hormone Estrogen yang berlebihan
4. Cendawan
Cendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.
5. Biji anggur (grapeseed)
Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia. Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.
6.Chia Seed
Chia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita. Begitu juga flexseed. Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.
7. Oat
Oat adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen.
8. Buah – buahan citrus
Buah buahan citrus seperti lemon,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C,dan anti-oksidan, ia juga mengandungi unsur anti-estrogen
Minum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juz ke dalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.
9. Bawang
Bawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping mengandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan ,ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung. Ia juga mengandungi bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap Estrogen dalam badan.
10. Kunyit
Kunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita. Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron
11. Algae ( spirulina/ chlorella)
Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrigen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.
12. Makanan – makanan fermented
Makanan fermented seperti Tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah dan juga berbillion bakteria baik untuk badan dan melawan bakteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen
13.Minyak kelapa Dara
Minyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen
14. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.
15. Daun Kuchai
Daun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.
16. Berries (black berries, blackcurrant, mulberry)
Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan tubuh badan wanita. Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-Estrogen
Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormon serta mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal di samping mengambil langkah- langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di