Pernah tak anda alami masalah pakaian yang dicuci berbau walaupun diletak softner di dalam mesin basuh.
Rupa-rupanya ini disebabkan oleh ‘tahi. Jangan terkejut bukan najis tetapi kotoran hitam yang melekat pada mesin basuh yang tidak pernah dicuci selama ini.
Jika perhatikan, ada masanya kelihatan kotoran seakan-akan serpihan kertas atau tisu pada baju yang telah dicuci. Kotoran ini akan lebih jelas kelihatan pada baju berwarna hitam. Selain itu, mesin basuh yang kotor juga punca pakaian yang dibasuh dan ditinggalkan semalaman berbau kepam atau hapak.
Ads
Kalau ini berlaku, ibu-ibu boleh cuba tip menerusi video tutorial daripada Kedai Baikpulih Mesin Basuh dan Peti Sejuk -JDTbagaimana mahu membuka dan mencuci kotoran yang ada melekat pada mesin basuh masing-masing.
Ads
Melalui video dikongsikan ini, bagaimana lelaki ini bercerita cara untuk menghilangkan bau busuk pada pakaian.
Menghasilkan air kopi yang enak dan menepati selera tentunya setiap antara kita ada caranya yang tersendiri. Lazimnya, gabungan serbuk kopi dan susu pekat dibancuh bersama air panas sudah cukup sempurna rasanya.
Namun untuk memberi rasa yang lebih umpph, ada juga boleh menggunakan susu full cream dengan cara penyediaan yang sedikit berbeza seperti yang dikongsikan oleh Roslina Salam di group page Masak Apa Hari Ni.
Jadi tidak salah untuk kita mencuba dan rasai keenakan minuman kopi sebagaimana yang digambarkan oleh Roslina Salam ini.
Bahan-bahan:
1/2 cawan susu Full Cream
1 sudu teh gula perang/gula biasa
1 sudu teh nescafe gold/biasa
Air panas
Langkah 1 : Masukkan susu full cream ke dalam cawan.
Langkah 2 : Panaskan di dalam microwave selama 2 minit.
Langkah 3 : Kemudian masukkan gula
Langkah 4 : Masukkan nescafe dan kacau.
Langkah 5 : Tambahkan air panas.
Ekstra info : Air akan kekal panas jika menggunakan Takada Electric Thermos Pot – 3.8L. Ingin mendapatkan harga istimewa sila klik DI SINI
Langkah 6 : Air kopi sedia untuk dinikmati dan rasanya sangat sedap.
Setiap orang punya acuan bahagia sendiri, ada yang sederhana tak kurang yang memilih kemewahan. namun, biar apa pun caranya yang penting adalah mencipta kebahagian bersama orang tersayang.
Dalam satu perkongsian menerusi laman sosial tiktok, wanita yang dikenali sebagai Alya berkongsi tip kebahagiaan rumahtangga yang dilaluinya. Biarpun berbeza usia 19 tahun dengan suaminya, namun itu tidak bermakna mereka tidak boleh mencipta bahagia tersendiri.
pasangan ini bertemu jodoh ketika usia Alya baru memasuki 25 tahun, namun kematangan yang ada pada diri suami yang ketika itu berumur 44 tahun dan berstatus duda kematian isteri banyak membantu Alya untuk sama-sama melayari bahtera perkahwinan.
Selain ringan tulang dan rajin ke dapur, suaminya juga seorang ayah yang bertanggungjawab serta melayan dan menjaga anak-anak dengan baik. Bahkan, Alya sendiri turut menjaga dan menganggap Ammar, 9 tahun iaitu anak hasil perkahwinan terdahulu suaminya seperti anaknya sendiri.
Akui Alya lagi, cinta tak perlu kaya, tetapi cukuplah dia baik untuk kita dan anak-anak.
“Saya setuju sebab beza saya dengan suami 11 tahun dan dia sangat chill dan bertanggungjawab, sweet. Anak-anak pun dia rajin jaga.
“Kalau kat rumah isteri tengah masak, ke apa dia pun turut masak sama.” Tulis Alya lagi.
Semua orang mengimpikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Bagi yang mendapat jodoh yang baik, inilah yang dikatakan rezeki dalam perkahwinan. Justeru bersyukur selalu jangan mengeluh dan usah sesekali membandingkan kebahagian kita dengan orang lain. Setiap orang bahagianya tak sama.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sekiranya berlaku kematian terutama dalam ahli keluarga, tentunya kita sebagai waris ingin laksanakan tanggungjawab menguruskan jenazah dengan sebaik mungkin sebagai satu cara memberi penghormatan terakhir buat insan yang kita sayangi.
Pun begitu, hal ini terhalang untuk dilaksanakan andai jenazah merupakan pesakit Covid-19. Hanya pihak hospital dibenarkan menguruskan jenazah bahkan waris sendiri tidak dapat menemani ke kuburan.
Namun, baru-baru ini sepertimana memetik berita yang dilaporkan BERNAMA, dua waris dibenarkan untuk menguruskan jenazah pesakit Covid-19 dengan bersyarat.
Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan tatacara pengurusan jenazah Islam yang dijangkiti COVID-19 dibenarkan untuk dimandi dan dikafankan dengan amalan langkah berjaga-jaga, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata urusan mandi dan kafan akan dilakukan oleh pengendali jenazah yang terlatih di hospital dengan pemakaian peralatan pelindung diri (PPE) lengkap dan bersesuaian serta mengelakkan aktiviti yang berunsur prosedur penjanaan aerosol (AGP).
Beliau berkata selain itu hanya dua orang waris dengan status vaksinasi lengkap serta memakai PPE yang lengkap dibenarkan membantu urusan memandikan dan mengafankan jenazah di hospital.
“KKM ingin memaklumkan tatacara pengurusan jenazah Islam dan bukan Islam yang dijangkiti COVID-19 disemak semula agar ia relevan dengan situasi semasa.
“Semakan semula ini juga adalah sejajar dengan Resolusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ketiga Tahun 2021 yang bersidang pada 26 Julai 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, KKM menetapkan tatacara pengendalian jenazah pesakit COVID-19 beragama Islam hanya melakukan proses tayamum di atas permukaan paling luar beg jenazah tanpa perlu dimandikan dan diuruskan sepenuhnya di hospital tanpa penglibatan waris.
Sementara itu, bagi pengurusan mayat bukan Islam yang dijangkiti COVID-19, Khairy berkata sekiranya prosedur last rite atau upacara terakhir memerlukan penukaran pakaian baharu, pakaian tersebut boleh diletakkan di atas badan mayat tanpa prosedur AGP dan hanya dua waris lengkap vaksinasi dibenarkan sertai urusan itu.
Selain itu, turut disemak semula adalah penggunaan satu beg mayat bagi setiap jenazah atau mayat yang dijangkiti COVID-19 berbanding sebelum ini yang perlu menggunakan dua beg mayat.
Menurut Khairy, KKM tidak menetapkan jumlah waris yang boleh terlibat dalam upacara pengebumian jenazah tetapi perlu memakai PPE.
“KKM juga tidak menetapkan jumlah individu yang hadir ke upacara itu, namun perlu memakai pelitup muka dan elakkan dari bersesak-sesak,” katanya.
Airit Rayyan Rizqin berjaya mencipta rekod baharu acara 110 meter lari berpagar pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026, sekali gus membanggakan ibunya, Rita Rudaini.