Apabila sebut sahaja mengenai resepi ikan percik,terus kami terbayang ikan yang diperap dahulu dengan kuah berwarna merah. Kemudiannya di bakar hingga memberikan aroma yang enak.
Kuah yang dicurah pada ikan akan menyerap hingga memberi aroma yang membangkitkan selera.
Bagi yang tak tahu nak masak apa hari ni boleh cuba resipi ini. Siap ada cara untuk pekatkan kuah lagi lebih sedap.
Kalau nak bakar ikan atau ayam,tak best nak bakar dalam oven.kena juga bakar atas arang.baru dia ‘nyakut’ ada bau asap gitu.biasa biasa kaksue bakar arang atas dapur gas,lepas tu cari la kuali buruk buruk yang tak guna tu boleh la bubuh arang yang dah di bakar.senang keje,tak perlu cari mancis,plastik,segala mak nenek nak hidupkan api hihi ni kaksue repost resepi ikan percik sedak dooh yang boleh korang buat esok:) Tak tahu nak masak apa?mehla kita buat percik ike kembung pulop,percik klate hok sedak sekali.tak cayo cuba la try,baru tahu namboh nasi ke tidak ha ha ha . tapi sengoti percik sedak sungguh,menu wojib bulan puasa,anak anak pun lalu makan nasi kalau ada percik,boleh guna untuk percik ikan atau percik ayam deh.jangan duk save sajo resepi tuuuu,try selalu kiki . PERCIK IKAN KEMBUNG SEDAK DOOH
Bahan A: Perap Ayam/Ikan 8 ulas bawang putih 3 batang serai 1inchi halia 1 tbsp cili kering kisar 2 inchi kunyit hidup sedikit serbuk perasa/aji/pasti sedap 1tbsp garam 1/2 tbsp jintan manis secubit belacan (optional) sedikit air untuk blend Bahan B: Bahan Kuah 8 biji bawang merah size 50sen 2 ulas bawang putih sehiris halia 1 tbsp ketumbar biji (sangai) secubit belacan 3 tbsp cili kering 900ml santan pekat 2 hiris asam limau/asam keping Bahan C: Bahan Perasa 2 tbsp garam bukit 2 tbsp gula pasir 2 tbsp gula kabung thai 1 tsp serbuk perasa/aji/pasti sedap
Cara Penyediaan:
1. Kisar bahan A dan lumur pada ikan dan perap sejam 2. Jika guna ayam, lumur pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak 3. Blend bahan B dan masukkan dalam periuk 4. Masukkan santan pekat dan bahan perasa 5. Masak sampai mendidih & pekat 6. Bakar ikan atau ayam sampai masak
Ads
Buat 4X salutan lagi sedap 7. salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar.Buat 4x salutan baru percik lagi bertambah sedapp 8. Kuah percik ni dapat untuk 5 ekor ikan, 1 ekor stgh ayàm size 2kg.
Orang kita kalau makan tidak bersambal rasa tidak sempurna juadah yang terhidang. Lebih-lebih lagi yang sememangnya memang kuat makan pedas. Tak ada sambal terasa tidak berselera makan jadinya.
Menyentuh tentang sambal, diakui memang terdapat begitu banyak jenis sambal yang boleh kita sediakan untuk keluarga tercinta. Bukan sekadar sambal belacan atau sambal kicap semata-mata, tetapi jika ingin dikumpulkan berpuluh-puluh jenis sambal ada untuk dinikmati.
Tinggal lagi hanya pilih sambal yang mana satu menjadi kesukaan anda seisi keluarga.
Memudahkan anda untuk menyediakan pelbagai variasi sambal, di sini ada dikongsikan 10 jenis sambal daripada cikgu masakan Afy AL Habibi untuk dicuba.
RESEPI IBU SAMBAL KICAP AWESOME
1. Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk warna yang cantik.
5. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa . Tambahkan juga secubit garam jika perlu.
6. Kisar sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
RESEPI IBU SAMBAL BILIS
1. Bahan kisar :
– 1/2 biji bawang besar Holland
– 4 biji bawang merah Bombay saiz bola pingpong
– 1 ulas bawang putih
– segenggam ikan bilis goreng
– secubit belacan
Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air.
2 . Panaskan minyak gorengan ikan bilis.
Masukkan bahan kisar tadi. Goreng sehingga wangi dan sedikit garing. Guna api perlahan.
3. Masukkan 4 1/2 senduk cili kering kisar.
Cikgu guna cili kerinting + cili kering besar.
Jadilah sambal pedas-pedas manja.
4. Tumis sehingga cili masak dan pecah minyak.
Kena betul-betul masak kalau nak cili tahan lama.
5. Untuk petua sambal nasi lemak yang lebih sedap, tumbukkan 1/2 genggam ikan bilis sehingga lumat.
*Rendam terlebih dahulu dalam air.*
Wajib letak. Rasa sambal lain dari biasa. Pengganti ajino juga.
6. Petua kedua, cikgu lebihkan nisse Kelantan atau gula melaka untuk warna sambal merah maroon. Tambahkan juga gula putih dan garam.
* Untuk rasa sambal yang sedap, rasa manis perlu lebih menyerlah dari rasa masin yang tipis sahaja*
7. Petua ketiga, cikgu masukkan 1 sudu besar cuka untuk sambal lebih tahan lama. Pengganti asam keping. Tambahkan juga 1/2 gelas air asam jawa. ( 1/2 gelas air + secubit asam jawa)
8. Teruskan masak sehingga sambal betul-betul sebati. Guna api perlahan sahaja dari awal menumis lagi kira-kira satu jam lebih. Masukkan segenggam lagi ikan bilis yang telah digoreng sebelum ditutup api.
9. Kalau terlampau banyak lapisan pecah minyak diatasnya, boleh dibuang sedikit. Sebenarnya untuk sambal tahan lama, lapisan minyak itu juga yang membantu.
Cara simpan dan guna:
1. Selepas sambal sejuk, masukkan dalam bekas kedap udara. Asingkan ikut kuantiti yang hendak diguna. Simpan dalam peti suhu biasa jika untuk kegunaan dalam tempoh seminggu dua. Simpan frozen untuk masa yang lama.
2. Sendukkan sedikit dengan sudu kering. Panaskan tanpa minyak.
3. Masukkan lauk (sotong/ udang ). Biarkan ia mesra dan keluar airnya.
4. Kalau sambal terlalu pekat untuk kegunaan lain, boleh tambahkan sedikit air serta penambahan garam gula ikut kesesuaian.
5. Tunggu lauk masak sekejap, terus tutup api.
Mudah bukan?
RESEPI SAMBAL PENCICAH THAI DAGING BAKAR MERAUNG
1. Sediakan bahan di bawah:
– 3 tangkai cili merah
– 4 tangkai cili padi hijau
– sehiris nipis halia
– 1 relung kecil nisse / gula melaka
– 4 sudu besar sos ikan
2. Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air kosong.
3. Masukkan dalam mangkuk.
Tambahkan perahan sebiji asam limau nipis dan sehiris lemon. Juga 2 ulas bawang putih yang diracik halus.
4. Perasakan dengan sedikit perencah secukup
rasa. Kacau.
5. Akhir sekali taburkan hirisan daun ketumbar dan bijan yang sudah disangai.
Resepi Air Asam Pusaka
1. Bakar semua bahan di bawah.
Guna pan/ boleh bakar atas bara api.
– 4 ulas bawang putih
– 1 1/2 inci belacan
– 6 biji bawang merah saiz bola ping pong
2. Sediakan lesung untuk menumbuk.
– Kupas bawang bakar.
– Sediakan beberapa tangkai cili padi
– 2 biji asam limau nipis saiz besar.
* kalau asam kecil guna 3 biji
3. Tumbuk bahan bakar tadi bersama cili sehingga lumat.
4. Perasakan dengan
– 3/4 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam
– 3/4 sudu besar perencah Hilal
* segala kuantiti terpulang kepada citarasa masing-masing.
5. Kemudian perahkan 2 biji asam limau nipis tanpa biji untuk dapatkan airnya.
6. Tambahkan 1/2 cawan air kosong. Kacau sebati.
Siap!
Sesuai untuk dicicah bersama ikan tuka bakar
RESEPI SAMBAL HIJAU BERLADO
Bahan kisar
A:
– 4 ulas bawang merah (saiz syiling 20sen)
– 3 ulas bawang putih
– 7 ekor ikan bilis
– secubit belacan
B:
– 5 tangkai cili hijau
– dua genggam cili padi hijau
( untuk sambal rasa lebih kick)
Cara-cara:
1. Panaskan satu senduk minyak gorengan ikan tadi. (minyak sekali guna)
2. Tumis bahan kisar A sehingga wangi.
Kemudian masukkan pula bahan kisar B.
3. Biarkan cili masak sempurna. Masukkan sekeping asam. Barulah ditambahkan separuh kecil nisse atau gula melaka.
4. Masukkan sedikit air jika perlu. Perasakan dengan garam gula atau perasa mengikut citarasa sendiri.
5. Tutup api selepas semua rasa sebati dan sambal masak.
RESEPI AIR ASAM KETAGIH
1. Sediakan bahan-bahan berikut.
– 2 biji bawang merah
– 1 biji bawang besar Holland
– 1 biji tomato
– 3 ulas bawang putih
– 2 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
– 1 biji lemon dan sebiji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji. Ambil sekali sari buah.
– 3 tangkai cili padi hijau
– 3 tangkai cili padi merah
3. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar.
Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
* Ikut kepekatan yang diingini*
4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
– Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
* Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.
Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, kawan perlu terus menikmati air asam. Tak boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.
RESEPI SAMBAL CILI KERING LAKSO LEMOK KELATE
1. Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 8 tangkai lada kering besar ( direbus dan dibuang biji terlebih dahulu) cili kering ni tak pedas.
– 4 tangkai cili padi merah + 2 tangkai cili padi hijau
– 1 1/2 sudu besar gula
– 3/4 sudu besar garam ( atau masukkan sikit-sikit)
– 2 sudu besar cuka
– 1/2 cawan kecil air suam
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan sedia untuk dimakan.
RESEPI SAMBAL NASI KAK VOUGE
– segenggam kecil cili padi merah
– 5 tangkai cili kering ( dibuang biji dan direbus terlebih dahulu)
1. Kisar dua jenis cili di atas dengan :
– dua sudu cuka
– sedikit air kosong
– 1 sudu besar gula
– 1/2 sudu kecil garam
– 1/2 biji bawang merah, 1 ulas bawang putih, 1/4 bawang Holland (dibakar seketika)
2. Masukkan dalam mangkuk. Tambahkan hirisan bawang Holland dan bawang merah. Kacau sekata.
3. Tambahkan garam gula dan garam jika perlu disesuaikan.
4. Perah sebiji limau kasturi. Campurkan sekali kulit limau kasturi yang dihiris.
5. Sedia untuk dihidangkan.
RESEPI SAMBAL JANTAN
Sediakan bahan-bahan di bawah:
– segenggam cili padi merah
– 2 sudu besar gula
– 1/2 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
– 2 sudu besar cuka
– 1/2 cawan kecil air suam
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan sedia untuk dimakan.
Betul-betul sedap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kreativiti wanita ini dalam mendeko dan menghasilkan kek memang mengundang perhatian ramai. Apa tidaknya, hasil sentuhannya sebiji kek yang berlatar belakangkan sebuah cerita mengenai Senah dan Mamat membuatkan ramai terhibur.
Menurut puan Noormaziera Mohd Nor fondant kek yang dihasilkan tersebut asalnya terletak elok bersandar pada kek, namun entah bagaimana apabila sampai ke tangan pelanggannya, fondant tersebut berubah kedudukan dan tergolek di tengah-tengah dengan aksi yang melucukan.
Rupa-rupanya kek tersebut ditempah oleh pasangan suami isteri sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.
“Pelanggan yang request overload cake. Tapi minta tukar kartun ke orang.Contoh gambar tu pelanggan yang bagi. Dia ambil gambar dari google.
Ni Senah dengan Mamat. Tertido kekenyangan lepas balun kek anniversary orang. Si Mamat ni siap air liur basi lagi.
Masa masuk kotak elok lagi dorang tidur macam ni. Sampai kat customer dorang dah berubah kedudukan.
Awalnya, dia terkejut dan bimbang pelanggan marah kerana fondant cake berubah kedudukan, namun sebaliknya yang berlaku apabila pelanggan turut sama ketawa kelucuan.
Terkejut customer tengok aksi Senah tidur terkangkang ni. Adoi la. Nasib ku tak kena marah. Customer duk bantai gelak je. 😅😅
Terima kasih yang sudi singgah.
Chill ya 😘❤️🎈
Membaca komen yang dimuat naik warganet memang mengundang kelucuan. Rata-rata turut memuji hasil kek yang cukup comel dan kreatif.
Aduiiii laaa.. Maap sis.. Sy pun turut tergelak.. 2kali tengok gambar baru bace caption pastu tengok gambar.. Terus tergelak sakan.. Hahha sory3 pape pun kreatif tema kek sis ini.
Nice story senah n mamat..pandai buat kek terbaek.. citer pun best
Wahh..tahniah..kreatif sungguh!!
Orang kata….Kalo makan Manis sblm terlena mmg kuar air liur basi….betui la Tu..jalan citer nyer
Cantik pulak jln cite nye…biasa terlebih kenyang la tu tidur x sedar dah terkangkang…hai senah2…apa2 pun cantik kek..
Lama sampai kat cust.. senah n mamat da lena sgt sampai baring ke lantai.. hahahahha comel keknye..
Pasangan suami isteri ini memang sejiwa biarpun banyak perbezaan antara mereka. Ada sahaja gelagat mereka yang mencuit hati, kadang serius, namun tetap disulami dengan gurauan dan babak romantis.
Jika Dato Seri Aliff Syukri lebih suka menonjolkan diri, namun isterinya Datin Seri Shahida sebaliknya lebih suka low profile. Jika ada perbuatan atau cara Datuk Seri Aliff yang agak kurang disenangi, isteri kesayangannya ini pasti akan menegur.
Nampak lembut tapi berbisa juga ni. Sehinggakan Dato Seri Aliff hilang kata-kata untuk menjawabnya. Baru-baru ini, pengasas D’hERBS Terlajak Laris ini ingin menceburi bidang nyanyian pula.
Beliau yang akan ke Indonesia untuk tujuan tersebut bagaimanapun dinasihatkan oleh isterinya supaya menumpukan perrhatian kepada bisnes sahaja berbanding ingin menjadi penyanyi.
“Menyanyi tu kerja ke suka-suka,”tanya Datin Seri Shahida kepada suaminya. Lucu bila nampak riak wajah Dato Aliff yang ditegur isteri tentang hal tersebut.
Kata Dato Seri Aliff , dia mahu menunjukkan bakat menyanyi pula. Beliau yang meminta anak-anak mendoakannya menjadi penyanyi namun isteri kesayangannya itu membalas dengan berharap suaminya itu menjadi ustaz. Lagi elok jika banyakkan membaca al quran dari membuat buat lagu.
Perkongsian Dato Aliff Syukri ini mendapat reaksi dari pengikutnya di laman sosial. Ada yang mengakui kata-kata datin seri tak kurang yang memberi sokongan kepada Dato Seri Aliff.
nurul_azrina93Suka tgok keluarga dato aliff..♥️istri sgt2 sporting n baik ati..☺️
umisuhaimi68Teguran yg baik dari isteri,alhamdulillah, syukur Dato @aliffsyukriterlajaklaris dpt seorang isteri yg baik,setia,jujur,sabar..bukan senang nk menghadapi kerenah suami yg mcm2..semuga kekal hingga kejannah ..aminn
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...