Setiap bahagian pada kenderaan mempunyai fungsi masing-masing. Cuma mungkin kita yang tidak tahu. Sebagai contohnya sesetengah kereta mempunyai jalur pada bahagian cermin belakang. Jalur ini dipanggil sebagai ‘defoggers’, ia dikatakan mempunyai fungsi yang penting untuk memudahkan pemandu kereta.
Bagi yang masih tidak tahu, ‘defoggers’ merupakan jalur filamen elektrik yang boleh menghasilkan haba sekiranya cermin belakang kereta anda mula kelihatan kabur kerana kelembapan.
Ads
Menurut Top Gear Philippines, jalur tersebut kebiasaannya sangat berfungsi bagi kenderaan yang berada di iklim sejuk berbanding kawasan tropika.
Ads
Satu butang khas perlu ditekan bagi mengaktifkan dan mematikan elemen pemanasan tersebut iaitu dengan ikon segi empat tepat dan tiga anak panah yang beralun.
Ads
Menariknya, cermin depan kereta juga sebenarnya dilengkapi dengan ‘defoggers’ namun ia ditukar dalam bentuk lubang pada bahagian bawah cermin kerana jalur tersebut akan menghalang pandangan semasa memandu.
Sudah tersebar luas di media sosial, hari ini beberapa gambar pengacara dan pelakon popular, Neelofa mengenakan purdah atau berniqab sekaligus mengundang tanda tanya ramai mengenai penampilan terbaharunya itu.
Meskipun belum mendapatkan kepastian dari tuan empunya badan, namun menerusi perkongsian ibunya, Noor Kartini di Instagram seolah-olah memberi bayangan Neelofa kini sudah berpurdah.
Noor Kartini menerusi Instagram berkata, dia bersyukur apabila bidadari tercinta diberikan hidayah daripada Ilahi.
“Masya-Allah. Ya Allah, tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan kurniaan-Mu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku.
“Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurniakan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku. Seluruh keluargaku dan seluruh umat manusia. Love you bidadariku @neelofa,” tulisnya menerusi satu perkongsian video terbaharu yang dimuat naik di Instagram, hari ini.
Menerusi video itu, Noor Kartini dan Neelofa yang tampil dengan purdah dilihat saling berpelukan dengan erat sekali gus menimbulkan teka-teki ramai di ruangan komen terbabit.
Dalam pada itu, menerusi kiriman di IG story Neelofa sebentar tadi, beliau meminta semua untuk mendoakan agar beliau terus istiqamah dalam perjalanan baharu beliau ini.
Rata-rata peminat yang membanjiri ruangan komen di Instagram Neelofa bukan sahaja terharu akan penghijrahan besar yang dibuat oleh beliau, malah turut memberikan sokongan dengan keputusan tersebut.
Kami doakan Neelofa terus berjaya dan istiqamah dalam menempuh perjalanan baharu. All the best!
”Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datang harinya.
”Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan redha Ilahi,” tulisnya.
Rata-rata peminat yang membanjiri ruangan komen di Instagram Neelofa dan ibunya bukan sahaja terharu akan penghijrahan besar yang dibuat oleh beliau, malah turut memberikan sokongan dengan keputusan tersebut.
Kami doakan Neelofa terus berjaya dan istiqamah dalam menempuh perjalanan baharu. All the best!
Foto Farid Kamil & Acha Septriasa sebagai Anwar & Wan Azizah Tular, Peminat Teruja Nak Tonton!
Ketika negara kita di sana sini hangat memperkatakan hal politik bersempena kempen PRU 15, tular pula di media sosial foto Farid Kamil dan Acha Septriasa yang sedang menjalani pengambaran filem; Farid memegang watak Anwar Ibrahim, manakala Acha pula menggalas watak sebagai Wan Azizah.
“Tidak sabar nak tonton kisah perjuangan penuh liku dan derita yang berlaku di Malaysia yang dicintai”
“Terbaik Farid, utara dia lebih tulen, memang sesuai bawa watak Datuk Seri Anwar Ibrahim”
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Filem mampu buat kesan begitu mendalam serta emosional. Saya harap filim biografi Anwar ini tidak hanya buat kita menangis tetapi ia akan jadi fenomena,” antara komen netizen di media sosial.
Memetik berita di Malaysiakini difahamkan juga bintang Indonesia Acha Septriasa menyifatkan peluang melakonkan watak bekas timbalan perdana menteri Malaysia Wan Azizah Ismail sebagai satu penghormatan.
Malah, katanya, dia kini dapat merasai kasih sayang Azizah dan suaminya Anwar Ibrahim.
“Kedua-dua Anwar dan Azizah adalah pasangan yang secocok.
“Kasih sayang mereka sebagai suami isteri dan bagaimana mereka tunaikan tanggungjawab kepada negara amat memberikan inspirasi,” katanya melalui kenyataan kepada Malaysiakini.
Acha, yang terkenal dengan filem Heart terlibat dalam filem mengisahkan perjuangan Anwar di tahun-tahun terakhir sebelum dipecat daripada kerajaan oleh perdana menteri ketika Mahathir Mohamad.
Acha akan bergandingan dengan Farid Kamil yang melakonkan watak Anwar dalam filem arahan Viva Westi, sutradara terbaik dalam Festival Filem Indonesia pada 2008.
Filem itu dijadual ditayangkan pada awal tahun depan dan berkemungkinan besar memasuki pasaran Malaysia.
Sementara itu, Acha, 33, berkata filem itu mengingatkan dia pada pengalamannya sebagai pelajar kewartawanan ketika berkuliah di Malaysia sebelum ini.
Ketika itu, katanya dia pernah membuat liputan berita berkaitan Anwar.
Sementara itu, dia juga mendedahkan terdapat “kisah tidak terungkap” dimuatkan dalam skrip tulisan Viva.
“Saya mahu jadi yang pertama tahu apa yang sebenarnya berlaku ketika itu,” katanya.
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jarang kita dapat lihat silaturahim yang harmoni di kalangan anak-anak yang bermadu. Biasanya kita hanya fokus kepada hubungan antara isteri-isteri sahaja.
Berbeza dengan keluarga besar Datuk Dr Zulkefli Mohamad yang cukup bahagia dan harmoni. Malah, ada keakraban antara anak-anak menyebabkan ada orang luar beranggapan mereka adalah kembar.
Namun, didikan yang baik oleh Datuk Dr Zulkifli serta isteri- isterinya membolehkan anak-anak sepakat dan sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain.
Malah, mereka yang menjadikan bapa sebagai pakar rujuk turut mencipta kejayaan dalam pelajaran. Tidak hairanlah tunjuk ajar dan bimbingan si ayah antara kunci kejayaan kepada empat adik beradik daripada empat emak berbeza pada Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kali ke-89 baru-baru ini.
Lebih manis apabila keempat-empat mereka iaitu, Juliana Aziera Zulkepli, 21, serta adik-adiknya, Ayu Shaheera, Zul Azril dan Zul Azrul merekodkan kejayaan yang cemerlang dengan menerima anugerah naib canselor dan diploma kelas pertama.
Juliana Aziera berkata, sekalipun tidak tinggal sebumbung namun mereka mempunyai hubungan yang rapat sama seperti adik beradik yang lain malah sering disalahanggap sebagai kembar kerana mereka seusia.
Katanya, sejak kecil, selain belajar di sekolah, mereka juga belajar di rumah bersama-sama dengan tunjuk ajar bapa mereka, Datuk Dr Zulkepli Mohamad.
“Kami berempat macam belangkas sejak kecil, belajar bersama-sama dan banyak menghabiskan masa bersama memandangkan kami sebaya dan banyak benda boleh dikongsi.
“Selain guru, papa yang banyak membantu kami dalam pelajaran. Dia yang jadi guru dan bantu kami di rumah malah sanggup pergi kelas semata-mata untuk bantu kami mengulangkaji pelajaran.
“Keadaan itu tetap sama sehinggalah kami menamatkan diploma perakaunan ini,” katanya.
Juliana Aziera dan Ayu Shaheera memilih untuk berehat seketika sambil bekerja di firma akauntan milik bapa mereka manakala Zul Azril dan Zul Azrul menyambung pengajian di peringkat ijazah.
Sementara itu, Zulkepli, 54 yang pernah menjadi tukang karut dikir barat dan dikenali sebagai Zul Wisma berkata, kejayaan anak-anaknya itu cukup bermakna buat keluarga besarnya dan berharap mereka akan menjadi contoh kepada adik beradik yang lain.
Menurut Pengerusi Eksekutif Zulkepli & Co. itu, selain hasil didikan guru di sekolah, kecemerlangan anak-anaknya turut didorong oleh kebahagiaan yang dipupuk dalam rumah tangga beliau.
Katanya, empat isterinya, Datin Hasnah Mat Ya, 59; Rafizah Senawi, 51; Nurida Razali, 51, serta Norreha Abdul Rahman, 48, amat rapat dan memahami antara satu sama lain.
Tambahnya, keakraban isteri-isterinya itu membolehkan kesemua 11 anak mereka turut membesar sebagai satu keluarga dalam suasana harmoni.
“Selain ilmu dunia, saya juga menekankan ilmu akhirat kepada anak-anak dan seluruh keluarga agar mereka berjaya dalam kedua-dua bidang dan sentiasa dekat dengan ALLAH.
“Sekalipun sibuk dengan tugas harian, saya akan pastikan anak-anak sentiasa dekat dengan saya.
“Anak-anak tidak pernah hadiri kelas tambahan di luar sebaliknya saya berusaha ajar mereka sendiri di rumah.
“Ia bukan sahaja membantu mereka cemerlang dalam pelajaran tetapi lebih penting mengeratkan hubungan antara kami semua,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...