Mendidik anak antara cabaran besar buat ibu bapa kerana tidaklah semudah yang disangka. Pelbagai dugaan dan cabaran harus ditempuhi dalam tempoh anak-anak membesar.

Disebabkan cabaran mendidik anak itulah ibu bapa harus tahu cara yang betul untuk mengelak anak buat perangai.

Ada anak yang berkelakuan baik dihadapan orang lain tetapi sebaliknya buat peel bila dengan ibu ayahnya. Inilah yang harus dibimbangkan. Anak tidak menghormati ibu bapa akan memberi kesan kepada tingkah lakunya.

Sebagaimana perkongsian puan  Adlil Rajiah yang terkenal dengan perkongsian parentingnya yang mendapat perhatian ramai. Kali ini dia mengupas hal tingkah laku anak.
Jom ikuti perkongsiannya.
“Kat Rumah, Perangai Anak Nauzubillahh…” Rupanya Ini Sebabnya Anak Bila Depan Orang Lain Elok Peelnya Tapi Depan Ibu Ayah Buat Perangai!
Kat rumah, perangai anak nauzubillahh. Tapi kat sekolah, cikgu puji “budak baik”.
Bila dgn kita, susahnyaa anak nak cakap elok2. Tapi bila dgn orang lain, bukan main sopan santun. 

Tapi cuba kita tanya diri sendiri—
perangai aku kat rumah depan anak2, sama tak dengan perangai aku bila anak2 takde?

Haa terdiam kan. Kenapa bila kat office, kita peramah, chill, mudah senyum, happy go lucky, tapi bila kat rumah—
terus jadi pontianak menghantui seluruh kampung. 

Kenapa bila bercakap dgn anak dan suami, suara kita kasar, kita cepat melenting, cepat marah. Tapi bila bercakap dgn anak orang lain atau suami orang lain, amboi bukan main baik, sopan santun, lemah gemalai hetikos endang.

Kenapa agaknya kita jadi macam tu?
Dan kenapa agaknya anak kita pun macam tu?

Ads
Jawapannya simple je—sebab OUR FAMILY IS OUR HOME.
Only with FAMILY, we can feel comfortable and safe to be authentic, to show our true colours. Kita boleh jadi diri sendiri, tanpa sebarang topeng.

So anak2 kita pun sama.
Kita parents ni lah “rumah” mereka.
The only “place” yang mereka selesa jadi diri sendiri— selesa buat silly jokes, funny faces,
selesa lepaskan segala big feelings, jadi vulnerable.
.
So remember this.
You are your kids’ HOME.
.
It’s okay sekali sekala anak buat perangai.
Itu bukti kita masih “rumah” mereka.
.
Dan tak semua “benda buruk” yang kita nampak pada anak itu benar2 buruk. Sometimes it’s something beautiful kalau kita lihat dengan ilmu dan kematangan emosi.
Tak perlu cepat sangat melatah atau label anak macam2.
.
Sebab tu penting join Masterclass Ibu Bapa Bijak Emosi tu. Supaya kita jadi emotionally matured parents yang mampu besarkan emotionally matured kids. Eh eh sempat promote. 
.
Home is not a place.
It’s a feeling.
Maka syukuri lah setiap orang yang memberi RASA itu.

Sumber: Adlil Rajiah
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Ads

 

Ads

“Kat Rumah, Perangai Anak Nauzubillahh…” Rupanya Ini Sebabnya Anak Bila Depan Orang Lain Elok Peelnya Tapi Depan Ibu Ayah Buat Perangai!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI