Menjadi tetamu Allah tentunya menjadi impian buat kita semua. Peluang bermakna ini juga turut dikecapi oleh pelakon Beto Kusyairy dan diluahkan dengan rasa syukur melalui entri terbarunya.
Menerusi foto yang dikongsi dilaman instagramnya, Beto Kusyairy dan isteri telah berangkat untuk menyempurnakan ibadah umrah pada Isnin.
Kapsyen “Bismillahi Allahuakbar..HambaMu datang menyahut panggilanMu ya Allah”.
Sementara itu meninjau di ruangan komen, rakan artis menitipkan doa agar dipermudahkan segala urusan dalam menunaikan umrah buat pasangan suami isteri ini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ads
Begitu juga buat warganet, tak henti-henti menitipkan syukur dan mendoakan agar dipermudahkan urusan pelakon hebat ini dan isterinya ketika dibumi barakah.
Memang jika kita dapat tanam sayur-sayuran memang sejuk mata memandang. Halaman rumah akan menjadi hijau. Bukan itu aje kebaikkan, kita nak masak sayur pun mudah. Hanya petik sayur di halaman rumah, terus boleh masak. Tidak perlu pergi ke kedai.
Salah satu sayur yang menjadi kegemaran ramai adalah sayur kobis. Buat goreng sayur memang sedap.
Menerusi perkongsian ini, diberi tunjuk ajar bagaimana menanam sayur kobis dengan betul malah menjadikan tanaman ini tumbuh subur dan gemuk-gemuk. Siapa yang tak happy kan bila sayur tumbuh dengan subur di halaman rumah. Tanam dalam pasu pun boleh. Asalkan ikut step by step ni. Jom ikut cara ini.
Ramai yang bertanya cara tanam kobis.. Saya tunjuk cara saya tanam kobis ikut kaedah saya
Kaedah penanaman kobis Step 1: Sediakan biji benih kobis (boleh beli dari nursery/ online/pusat beli belah) Tabur biji benih kobis (kaedah semaian) dalam pasu besar dan tunggu sehingga bercambah dalam 1/2 minggu. Letak tempat teduh tapi masih dapat cahaya matahari…
Step 2: Penyediaan tanah pula mestilah menggunakan tanah cocopeat @ tanah polos tidak padat untuk menyemai biji benih. Boleh beli di nursery.
Step 3: Pindahkan anak semaian; Setelah semaian bercambah daun pucuk 3/4 helai baru pindahkan ke pasu besar yg bersesuaian dengan campuran tanah sawit(tanah hampas sawit) dan tanah organik(beli di nursery).
Step 4: Menanam; Jangan dedahkan pada matahari secara langsung selama 1 minggu dan siram secukupnya. Lepas seminggu baru slow2 dedahkan pada cahaya matahari.
Step 5: Kaedah menyiram; Jangan siram sehingga bertakung air dalam pasu. Elok sekadar biarkan tanah itu lembab sahaja.
Step 6: Baja; Baja yang sesuai mempengaruhi tumbesaran kobis. Baja ezigrow sangat sesuai utk proses pembesaran kobis sehingga boleh dituai. Siram baja seminggu sekali.
Step7: Tuaian kobis; Biasanya kobis boleh dituai sekitar 3/4 bulan selepas di tanam. Kalau lambat tuai kobis boleh pecah sendiri.
Dah petik,gemuk kan! Dah boleh buat goreng sayur!
Selamat mencuba.
kredit:.Nor hayati ismaill
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew mengenai kerinduannya terhadap arwah ibunya yang telah pergi cukup menyentuh hati. Bahkan pendekatan serta keikhlasan yang ditunjukkannya membuatkan sesiapa yang membaca pasti akan sebak.
Rindu pada mak. Dulukan, masa kecil..bila sedih kena kata, kena halau, kena pukul, diumpat, difitnah sebab dakwah. Dari 12 tahun lagi mak akan peluk saya. Cium saya. Mak kata, kita buat kebaikan untuk Allah sayang. Redha Allah…Redha Allah..Redha Allah
Rindu nak mak peluk. Mak dah berehat dekat sana. Rindu nak mak cium. Rindu nak mak tak berhenti cium Ebit, rindu dekat mak. Rindu mak masak. Rindu mak suap. Rindu nak balas ciuman mak. Tapi hari ebit cium, mak dah tak bergerak. Ebit peluk,mak dah tak peluk semula. Ebit genggam tangan mak. Mak tak genggam ebit. Maafkan ebit yer mak Ya Allah jagakan mak saya disana.
. Dulu masa mak sakit. Saya call mak. Mak cakap,kalau tak sempat jumpa didunia. Kita jumpa dalam syurga. Walau apapun jangan tinggalkan dakwah ini. Bukan sebab kita baik. Kita takde apa-apa. Tapi tanda syukur Allah kutip kita dan beri kita Islam. Kita kena kongsi Islam ini dengan semua manusia. Rasa sayang pada semua orang walau apapun. Semua orang baik. Yang tak baik tu kita.
Tambahnya lagi, ibunya sering berpesan supaya tidak membalas kembali perbuatan orang dan selalu memaafkan orang lain.
Mak saya selalu pesan, takper orang kata kita. Jangan kita balas. Jangan kita buat dekat orang. Sebab dunia akhirat ni Allah yang punya. Maafkan,maafkan..maafkan. terima kaseh pada semua orang. . Saya menyusun 10 jari dari hujung rambut sampai hujung kaki saya minta maaf pada semua yer. Maafkan saya yer. Saya pasti banyak buat salah pada semua.
Cerita Ebit Lew lagi, sebelum tidur arwah ibunya pasti akan berada di sisi setiap kali dia belajar pada waktu malam.
Mak saya selalu teman saya belajar malam-malam masa kecil. Tertidur-tidur sebelah saya. Jika pergi buat dakwah. Mak kadang puasa atau solat jer doa. Kami setiap hari buat Talim sama-sama dari saya 12 tahun. Mak peneman saya no 1. Betullah orang kata didunia anugerah terindah selepas iman Islam ialah kasih sayang seorang mak . Nabi saw dapat kasih sayang mak sampai umur 6tahun. Ya Allah…kuatnya Nabi saw. Allahuakbar. Rindu pada Nabi saw Adik-adik sahabatku. Jika ada mak jangan lupa peluk,cium,urut kaki mak,dengar cakap,solat doakan yer. Buat mak sentiasa senyum. Senyuman buat mak tu berharga. I love u mak. I miss u -ebitlew
Berita duka di pagi Jumaat. Seluruh warganet mendapat berita pemergian seorang bayi yang baru berusia sembilan bulan yang maut dipercayai lemas dalam baldi berisi air di dalam tandas sebuah taska di Jalan Kebun, Shah Alam, tengah hari semalam.
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat tubuh kecil anak yang selama ini lincah dan gelagat yang mencuit hati, tetapi sekelip mata, hilang padangan mata dan kaku tanpa nafas meninggalkan alam fana menuju ke alam abadi.
Menurut laporan, tragedi menyedihkan ini, berlaku apabila mangsa, Abdul Rayyan Mijan, ditemui dalam keadaan kebiruan dan tidak sedarkan diri dalam baldi berkenaan oleh penjaga taska berkenaan, selepas didapati tiada di dalam bilik.
Bayi berkenaan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Mangsa seterusnya dibawa ke Jabatan Forensik HTAR untuk dibedah siasat dan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun, petang semalam.
Ahli sukarelawan sebak menguruskan jenazah
Sementara itu, melalui perkongsian Unit Khas Van Jenazah menceritakan suasana pilu ketika jenazah dimandikan. Lebih meruntun jiwa melihat seorang ibu menangisi pemergian anak yang masih bayi.
Suasana suram menyelubungi semua unit sukarelawan ketika menguruskan jenazah bayi berusia 8 bulan tadi.Rasa sayu,sedih apabila melihat jenazah bayi itu didepan mata dengan kesan jahitan hasil dari proses bedah siasat.
Apabila jenazah dibuka untuk dimandi,unit sukarelawan masing masing tergamam melihat antara satu sama lain.ada yang menahan air mata kerana si ibu menangis sambil berulang kali menyebut ” rayyan tunggu ibu disyurga”,”tunggu ibu ye nak disyurga”.
“Tunggu ibu ye nak, disyurga”.
Ada diantara unit sukarelawan yang menekup muka seperti tidak sanggup melihat situasi antara si ibu dan anak.tiada ungkapan sesuai boleh diungkap melainkan SEBAK!
Kebumi jenazah secara percuma
Menurut perkongsian Unit Khas Van Jenazah ini lagi, urusan kebumi jenazah bayi berkeaan dilakukan secara percuma tanpa bayaran. Tambahan pula, ibu bayi adalah adalah ibu tunggal.
Pada masa yang sama, pihak mereka mengharapkan keadilan dengan kecuaian oleh pihak pengurusan taska.
Kes kematian bayi yang diuruskan oleh pihak unit khas van jenazah telah pun dalam siasatan pihak polis.kami sendiri berharap KEADILAN dapat ditegakkan jika berlaku faktor kecuaian dari pihak pusat penjagaan kanak kanak itu.
Tindakan paling tegas wajar dikenakan bukan sahaja kepada pengasuh tetapi kepada pemilik pusat penjagaan kanak kanak tempat bayi ini mati.”
Ini juga melibatkan NYAWA ANAK ANAK & KEPERCAYAAN ibu bapa lain yang mempunyai anak anak dipusat penjagaan itu.jangan hanya kerana memandang duit orang lain yang perlu menanggung kesedihan!
Oleh kerana si ibu adalah dari golongan ibu tunggal unit kami memikul segala amanah yang terletak diatas bahu untuk membantu.”
Amanah yang diberi kepada unit sukarelawan unit khas van jenazah telah ditunaikan sebaik mungkin.dari khidmat mandi,kafan,solat jenazah sehingga bacaan talqin dilaksanakan sendiri oleh unit sukarelawan tanpa sebarang bayaran!