Sudah pastinya semua pengantin baru ingin mempunyai ibu mertua yang baik dan menerima diri seadanya.
Sebagaimana yang kita dengar ada ibu mertua tidak sebulu dengan menantu.
Bagaimana pun mudah aje nak jadi ibu mertua yang baik untuk menantu. Sikap sebegini lah yang harus ada pada diri anda.
Ikuti perkongsian ini.
Kita semua nanti akan dapat rezeki jadi mak mertua. Moga Allah mudahkan.
Ads
Bila dah jadi mak mertua nanti, bacalah post ni balik.
1. Kalau anak perempuan, minta ajelah menantu bg mas kahwin semampunya. Tak payah mintak hantaran bagai. Kahwinkan anak dengan simple sekali. Kalau menantu tu anak Sultan Brunei, tak apa. Buatlah kenduri 40 hari 40 malam. Tak ada siapa kisah. Jgn lupa jemput saya.
2. Jangan bagi anak dan menantu tinggal kat rumah lebih dari 2 bulan. Bulan ketiga kahwin, suruh aje dia orang keluar rumah dan cari tempat lain.
3. Tak payahlah masuk campur hal anak menantu. Sukahati dia oranglah nak susun perabot macamana, nak potong sayur style apa, nak masak nasi pakai dapur apa! Lantaklah dia orang
Ads
4. Menantu kalau perempuan, biarlah dia nak buat apa kat rumah dia. Nak mandikan anak ke atau mandikan anak 2 hari sekali ke. Biarlah. Kalau cucu tu masam sangat, mandikan sendiri.
5. Biar anak kita hidup dengan orang yang dia sayang cara dia. Kalau anak lelaki kita nak tolong isteri dia masak dan mengemas, biarkan. Dia kan dah besar, taulah dia nak hidup
6. Tak payah gosip ngan anak2 lain pasal menantu. Ingat! Anak kita pun menantu orang gak
7. Kalau anak ngan menantu bergaduh, bgtau anak, tak payah mengadu. Selesaikan sendiri.
8. Kalau menantu tu jenis orang susah tak berduit, jangan dibezakan dia. Mana tahu masa depan nanti dialah yang basuhkan berak kencing kita dalam seluar sebab dia yang paling free sekali. Menantu yang kaya tu busy kerja. Jangan menyesal pulak.
9. Jadilah mertua yang waras dan beriman.
10. Jangan buat tak tentu ngan anak orang. Allah tu tak lupa.
Kredit: Normaliza Mahadi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian cemas seorang wanita dalam farmasi direntap rantai leher emas serta di tumbuk di bahagian muka ketika penjenayah merampas barang kemasnya.
Siapa sangka, dalam kedai yang kita rasakan selamat tetap berlaku kejadian yang tidak dingini. Justeru, jadikan berita sebagai iktibar untuk kita berhati-hati semasa memakai barang kemas. Malang tidak berbau, jadi elakkan memakai barangan kemas yang boleh menarik perhatian penjenayah.
Menurut laporan Berita Harian, kejadian itu berlaku di Setapak Kuala Lumpur pada 8.47 malam itu yang melibatkan dua individu yang menyaksikan suspek berbaju hitam mencederakan mangsa ketika di kaunter pembayaran.
Antara rakaman CCTV
Suspek telah di tangkap
Bagaimanapun sekitar jam dua pagi, mereka telah ditangkap oleh pihak berkuasa di sebuah hotel di Jalan Pudu. Bagaimanapun, didapati barangan kemas sudah djual kepada pihak ketiga. Suspek yang berusia 31 dan 40 tahun didapati mempunyai banyak rekod jenayah termasuk penggunaan bahan larangan.
Apa yang pasti, jaga keselamatan diri ketika keluar, jika perlu elak memakai barang kemas sehingga menarik perhatian peragut atau penjenayah.
Melihatkan perwatakannya Didie Alias yang bersuara lantang, tidak hairanlah jika ada yang menggelar dirinya artis yang ‘mulut laser’.
Bahkan, empunya diri juga tidak menafikan pernah bersikap sedemikian.
“Macam saya sendiri, kalau nak ikutkan fasal mulut ‘laser’ ni memang sudah dari azali orang tahu mulut Didie Alias ni memang puaka.
“Tapi ‘laser’ nya kena lah bertempat dan saya seorang yang jenis berterus-terang. Kalau saya kata tak boleh, maknanya tak boleh. Boleh kata saya ni bersikap tegas dengan menantu saya,” katanya.
Begitupun akuinya, hubungan antara mentua dan menantu, perlu ada sifat tolak ansur dan sentiasa berfikiran positif.
“Sebenarnya, hal ini sememangnya pernah berlaku dalam hidup saya dan sudah terjadi pada perkahwinan pertama saya sebelum ini.
“Masa tu saya sedang bercuti lama dalam industri, saya duduk bersama dengan bekas ibu mentua saya.
“Bagi saya, ibu mentua saya bukan seorang yang ‘laser’ sebab bila dia bercakap sangat lembut.
“Tapi kadang-kadang tu ada benda negatif datang kepada kita dan saya biarkan sahaja sebab pada saya ini adalah pilihan yang saya buat.
“Kalau saya bertindak secara meronta-ronta pada ketika itu, mungkin kita akan bergaduh dengan ibu mentua dan suami kita.
“Oleh itu, nasihat saya buat ibu mentua mahupun menantu kalau boleh sentiasa lah berfikiran positif dan fikir yang baik-baik sehingga ke akhir hayat,” katanya lagi.
Dia yang mengulas isu berkenaa ketika dijemput dalam temu bual bersama program Wanita Hari Ini bagi membincangkan topik ‘Mak Mentuaku Laser’, baru-baru ini.
Untuk rekod, Didie pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon popular era 90-an, Ridzuan Hashim sekitar tahun 1991 namun berpisah pada tahun 2000.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana.
Didie kemudiannya berkahwin buat kali kedua bersama Norisham Ismail. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Dayyan, 6 tahun.
Bukan mudah menjadi ibu bapa yang penyabar dan sentiasa tenang saat berdepan dengan kerenah dan ragam anak-anak. Mungkin masa kecil masih boleh dikawal dengan mudah, namun bila anak-anak melangkah ke alam remaja, lain pula cabarannya. Kadang-kadang seakan ada sahaja tindak tanduk yang mereka dilakukan tidak berkenan di hati kita.
Jadi apa perlu buat untuk mendepani masalah ini?
Ayuh kita ikuti saranan yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew ini untuk menjadikan kita ibu ayah yang terbaik dalam menangani saat anak-anak membuat perkara yang tidak berkenan di hati kita dengan lebih berhemah.
Saat anak-anak membuat perkara yang tidak berkenan di hati kita..
1.Pandanglah mereka dengan rasa sayang. Syukur Allah beri kita anak. Sakit sangat untuk dapat seorang anak. Ramai orang yang Allah sayang diuji tanpa anak.
2. Ingatlah satu masa nanti anak-anak itu tiada di rumah dan pasti kita akan berpisah dengannya walaupun masih hidup lagi.
3. Syukur pasti Allah tambah nikmat. Jangan pandang rendah pada mereka. Cari emas dalam diri mereka.
4. Hargai mereka insyaAllah satu masa mereka belajar menghargai manusia…menghargai nikmat Allah. Jika kita seolah-olah tidak hargai anak. Siapa lagi yang nak hargai mereka. Kasihan mereka kecil-kecil lagi kita nak mereka seperti kita ‘sempurna’.
5. Memegang tangan anak rahmat Allah. Dukung peluk anak menyebabkan saat itu kita dihujani dengan rahmat kerana saat kita sayang anak, Allah sayang kita.
6. Dukung, peluk, bergurau dengan anak-anak. Indahnya bila hati kenal Allah dan bersyukur dengan amanah anak. Anak ialah saham akhirat kita.
7. Bila anak sedih. Pagang mereka. Pujuk mereka. Wahai anak jangan sedih kita ada Allah. Allah sayang kamu wahai anakku…Allah jaga kita bila kita jaga perintah Allah..
8. Bila anak mendapat nikmat. Best tak aiskrim ini. Siapa beli. Ayah. Siapa bagi kamu wahai anakku. Allah yang bagi. Baik tak Allah. Baik Allah. Sedapnya. Siapa bagi sedap. Allah bagi sedap..terima kasih Allah.
9. Bila anak menangis takut hantu. Wahai anakku ,Allah jaga kamu wahai anakku..hantu semua tak boleh buat apa. Jin, syaitan, pocong, hantu gigi, hantu durian tiada kuasa
ALLAH Maha kuasa. Kita ada Allah.
10. Masa keluar rumah ajar anak doa. Ya Allah saya serahkan segala urusan kepadamu. Saya tak boleh buat apa-apa melainkan dengan kuasa kau Ya Allah.
11. Bila anak nak bertengkar dengan adik beradik atau kawan-kawan. Wahai anakku bila kita memberi, Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik…
12. Anak nak jadi princess..jadi super power.. wahai anakku, nak terbang dalam syurga tak..nak terbang kena pakai tudung macam umi..cantik. dalam syurga leh jadi princess…nanti kita sekeluarga ,masuk syurga.
13. Wahai anakku, ayah dan umi sangat sayang kamu kerana Allah.
Sangat sayang kamu. Allah sayang kamu lebih dari segalanya.
14. Wahai anakku kamu kena kenal Nabi saw. Dia sangat sayang pada kita..Dia sayang kita. Hanya dengan sunnah kita berjaya dunia dan akhirat.
15. Bila anak nak sesuatu ajar minta pada Allah. Ayah, saya anak mainan. Minta dengan Allah wahai anakku.Nanti Allah bagi insyaAllah. Atau Allah beri dalam syurga.
16. Ya Allah nak mainan..ya Allah..sukanya anak kecil berdoa. Mereka tiada dosa. Ajar mereka juga doa ya Allah hidayat. Ya Allah beri kami dan 7 bilion manusia hidayat.
17. Jika anak buat salah. Tegurlah dengan kasih sayang dan hikmah walaupun tegas. Kerana ketika Musa as kalimullah berjumpa Firaun. Allah perintahkan supaya berlemah lembut dengan firaun. Kita tidak wara’ macam Nabi Musa. Dan anak kita tidaklah seperti firaun..Insya Allah anak kita jadi orang paling mulia dan percakapannya jadi lunak didengari. Kerana dengan menjaga lidah dan banyak sujud kepada Allah, seseorang itu dimuliakan oleh Allah
18. Nabi saw manusia terbaik dan sempurna tetapi tidak pernah mengherdik anak-anak yang dekat dengannya. Semuanya dibesarkan dengan suasana kasih sayang. Sehingga bila mereka remaja dan dewasa mereka telah bawa kebaikan pada dunia.
19. Minta maaflah pada anak-anak jika kita salah. Anak-anak akan mudah dapat sifat Nabi saw. Orang lain buat salah, tapi Nabi saw rasa bertanggungjawab. Mudah mengaku salah dan membetulkan kesilapannya.
20. Ya Allah sayangilah kami suami isteri, ibubapa dan anak-anak kami. Jadikan anak kami Daie, hafiz, alim, orang yang kau sayangi dan jaga solat…Orang yang hidupkan sunnah Nabi saw dengan ikhlas…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari telah meninggal dunia pada Khamis di Hospital Ampang,...