Dalam keriangan untuk menunaikan umrah bersama keluarga, terselit kisah duka. Namun itulah kehidupan, yang hidup pasti akan mati. Tidak kita usia kita, jika sudah sampai ajal, pasti akan meninggalkan dunia yang fana ini.
Beberapa hari yang lalu, seorang jemaah cilik dari Malaysia yang pergi menunaikan umrah bersama keluarga tercinta. Keringannya untuk menunaikan ibadah ini sangat jelas kelihatan setibanya di Mekah.
Namun, Nur Alesha Ammara binti Mohammad Amirul dilaporkan kurang sihat semasa mereka sekeluarga tiba di Kota Madinah sehingga menyebabkan kanak-kanak ini terpaksa dimasukkan ke unit ICU di salah satu pusat perubatan di sana.
Ibunya sempat memuatnaik status kesihatan anaknya itu di media sosial agar lebih ramai mendoakan kesihatan anaknya itu.
Meskipun ramai jemaah yang turut mendoakan kesihatannya, namun Allah lebih menyayangi adik Nur Alesha Ammara apabila dia disahkan meninggal dunia pada hari Selasa lalu kerana menghidap demam panas dan jangkitan kuman.
Jenazah Nur Alesha Ammara yang baru berusia 4 tahun itu telah disemadikan di tanah perkuburan Jannatul Baqi’, yang juga merupakan maqam bagi 10 000 sahabat Rasullulah SAW.
Ads
Walaupun sedih dengan pemergian cahaya mata keduanya itu, ibu kepada kanak-kanak ini mengganggap ia merupakan ‘hadiah’ istimewa daripada Allah SWT.
Dalam masa yang sama, dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan bagi tujuan menguruskan Alesha Almmara di sana.
Supaya rumahtangga bahagia dan disayangi, hubungan suami isteri dan mertua perlu dijaga dengan harmoni. Dalam kehidupan berumah tangga penting menjaga aib pasangannya terutama dihadapan mertua.
Sikap menghormati pasangan, memuji dan tidak memburukkan pasangan adalah salah satu cara yang dapat menjamin keharmonian rumahtangga. Pasangan anda akan berasa dihargai jika dirinya dipuji dihadapan mertua. Moga kita muhasabah diri untuk menjadi pasangan yang terbaik dalam menjalani bahtera bersama orang yang tersayang.Barulah sweet!
Begitulah dengan perkongsian Puan Intan Dzulkefli di laman facebooknya mengenai hubungan suami isteri dan mertua begitu manfaat untuk dijadikan panduan bersama.
Berikut perkongsiannya:
Saya teringat ibrah dari video Prof Muhaya & beberapa talk Baitul Muslim. Ada share tips bahagia rumahtangga untuk suami isteri & mertua.
Antaranya,
1) Pasangan perlu rajin puji pasangannya di hadapan ibubapanya.
Maksud saya, bila depan mak ayah kita, puji suami. Yang suami pula balik jumpa mak dia, puji isteri.
Sebagai contoh,
– Suami puji isteri pandai masak, sabar jaga anak-anak di depan ibu bapanya. – Isteri puji suami rajin mengasuh anak, masak, kemas dapur di depan ibubapanya.
Hal ini untuk menimbulkan persepsi positif mertua terhadap menantu. Walau kadang ibubapa taklah tunjuk reaksi obvious, tetapi kalau setiap kali balik kampung kita cerita yang baik, asyik puji pasangan, mestilah lama-lama ibubapa kita pun makin hormat & sayang pasangan kita. Sebaiknya dilakukan semasa pasangan tiada. Niatkan untuk memperbaiki hubungan antara mereka.
2) Begitu juga, di depan pasangan kita rajin puji ibubapa.
Puji kebaikan ibubapa kita, contohnya kisah-kisah kenapa membuatkan orang kampung respect kepadanya, atau ramai orang kampung puji mutu masakannya, jahitannya atau apa-apa.
Hal ini untuk membuatkan pasangan kita menjadi hormat kepada ibubapa kita.
BIG NO : Jangan sesekali cerita masalah rumahtangga ibubapa yang sudah terkubur menjadi sejarah. Bimbang pelbagai persepsi timbul dalam fikiran pasangan tentang keluarga kita & diri kita sendiri.
3) Sebaiknya jangan sesekali bercerita keburukan pasangan kepada ibubapa, juga sebaliknya.
Untuk mengelakkan persepsi buruk kepada mereka. Anggaplah kita sebagai orang tengah yang menjadi pendamai.
Jika ada masalah dengan pasangan, jangan kita pergi buka aibnya kepada ibubapa.
“Mak tahu, isteri saya tu bangun lambat, pemalas masak, kerja rumah tak buat, baju tak lipat, keja ngadap fon je.”
Mak mesti berapi dengar anak lelaki kesayangannya mengadu sebegitu. Lalu, hilanglah rasa kasih & hormat kepada menantu. Walaupun mungkin sebenarnya menantu tu seller online, duit hasil bisnes tulah yang beli barang dapur & pampers anak-anak.
Kita ketua keluarga, aib isteri aib kita juga. Masalah akan berlalu, kita akan berbaik dengan pasangan, tetapi aib yang kita buka tetap terkesan di minda ibubapa kita.
Aib itu mungkin akan disebut, atau diungkit pada kemudian hari. & apabila ia disebut semula, pasti akan melukakan hati pasangan kita.
4) Kalau pun nak menjaga hati, jangan sesekali condemn pasangan di depan keluarga.
“Ni sayang tengok kari mak ni, punyalah sedap. Macam ni baru kari, bukan macam yang sayang buat tu, kucing pun tak selera nak makan.”
Ada ramai suami cenderung condemn isteri depan-depan keluarga, depan mak ayahnya. Mungkin niat kita nak bagi pasangan improve, atau nak jaga hati mak, tapi maaf, cara ni tak berapa santun, tuan-tuan.
Nak puji masakan mak depan isteri boleh, silakan. Tetapi jangan condemn & banding dengan masakan isteri pula. Pandai-pandailah tackle hati kedua-dua wanita ini. Jangan sampai silap pilih kata.
Isteri kalian dibesarkan oleh ibunya, diajar cara masak oleh ibunya. Tentu caranya sedikit berlainan. Bukan tak boleh diperbaiki, insyaAllah boleh. Berilah masa & sokongan.
Perkahwinan yang sukses bukan hanya melibatkan suami & isteri sahaja, namun ia juga melibatkan ibubapa & keluarga dua belah pihak.
Hubungan yang harmoni antara kedua buah keluarga & antara anak menantu akan menautkan kasih sayang kerana Allah, tidak dibuat-buat.
Semoga kita sentiasa dapat memperbaiki hubungan sedia ada & berbahagia hingga ke syurga sana. Amiin.
Tidak ada hari tanpa diuji, begitulah lumrah hidup kita sebagai manusia. Pun begitu perkongsian kisah tentang derita menghidap 3 jenis kanser yang dialami oleh seorang ibu lima orang anak ini, cukup menyentuh hati.
My mom suffered with stage 1 colon cancer on 2014, stage 2 breast cancer on last year and today doctor made a statement which my mom is having stage 4 bone cancer. Regardless all these pain, she never forget to smile and stand still rocking the world! Love of my life
Begitulah perkongsian anak lelaki wanita ini yang bernama Safwan Shariff di Twitter tentang ibunya yang cukup tabah. Walau diuji dengan 3 jenis kanser, di mana pada 2014 menghidap kanser kolon, 2018 kanser payudara dan baru-baru ini disahkan pula menghidapi kanser tulang. Pun begitu diwajahnya tetap mampu mengukir senyuman .
Perkongsian ini juga telah mendapat perhatian di Mstar, dan telah mendedahkan bahawa ibu tabah ini sebenarnya telah menghidap kanser kolun tahap satu semenjak tahun 2014 lagi, kemudian pada tahun 2018 diuji dengan penyakit kanser payudara dan baru-baru ini didiagnos kanser tulang tahap empat pula.
“Makcik dari awal lagi dah banyak penyakit. Pada 1983 makcik pernah jalani pembedahan akibat penyakit dalam perut, seterusnya 1993 dan 1999 pula pembedahan untuk masalah tiroid, lepas tu bedah kanser kolon pada 2013 dan 2015.
“Tahun lepas pula makcik kena bedah sebab kanser payudara. Kali ni, kanser tulang pula.”
Menurut Saemah, biar apapun yang berlaku, dia bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas.
Malah sokongan suami dan lima anaknya turut menjadi pendorong untuk dia terus kuat melawan penyakit yang dihidapinya.
“Syukur Allah pilih makcik, syukur juga masih lagi boleh bernafas. Makcik tabah, mungkin ini boleh buat lagi deka dengan Allah.
“Apa yang Allah bagi ada hikmah, kita kena kuat. Allah dah pilih, jadi kita kena terima,”ujarnya lagi.
Selain anak dan suami, Saemah berkata kehadiran dua cucu yang berusia tiga tahun dan setahun turut menambah keceriaan hidupnya.
Selepas selamat disatukan pada tanggal 13 Oktober lalu, pasangan selebriti Sabri Yunos dan isterinya, Ardini Angeline Tan terus diraikan dalam majlis resepsi perkahwinan mereka.
Siapa menyangka rezeki yang datang bukan biasa-biasa malah rupanya pasangan ini menerima lebih tujuh tajaan untuk meraikan hari bahagia mereka meskipun hampir sebulan mendirikan rumahtangga.
Sabri berkata dia amat bersyukur dan tidak menyangka apabila dapat bersanding lagi dan kesemua majlis tersebut ditaja sepenuhnya.
“Saya tak pernah terfikir untuk buat majlis ni kan sebab kami sudah tua dan kedua kami tiada duit jadi bila ada pula majlis resepsi bersiri ni jadi kami sangat bersyukur sebenarnya.
“Saya rasa selain Allah sayang saya tapi rupanya baru tahu ramai yang sayang saya, terima kasih sangat kepada semua yang taja kami,” katanya yang turut bersyukur dengan rezeki yang diterima.
Tidak hanya dua persandingan sebelum ini, bahkan pengantin baru ini turut sama bakal diraikan dalam beberapa majlis lagi dalam masa terdekat ini termasuk di negeri kelahirannya, Kelantan.
Malah tambah Sabri lagi, ada tiga lagi majlis yang belum diberi kata putus lagi dan ada satu lagi majlis resepsi besar di Kelantan.
“Ada lagi majlis lusa kemudian di KL ada tiga lagi dan saya belum comfirm. Kelantan ada satu lagi, itu resepsi besar,” katanya.
Dalam pada itu, Angeline turut terharu apabila majlis perkahwinan mereka diraikan dengan baik oleh penaja dan penganjur.
“Total semuanya tujuh majlis. Kami hanya fikir orang meraikan untuk kita dan kita sangat hargai dan terharu,” katanya bersyukur.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.