
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Inilah yang membuatkan hubungan kasih sayang anak-anak dengan keluarga begitu rapat. Itulah gambaran kasih sayang seorang anak yang dipaparkan oleh seorang pengantin perempuan yang secara tiba menangis setelah selesai diijabkabul dengan suami yang mahu mengikut pulang bersama keluarganya.
“Pa, nak balik, jangan pergi dulu.”
Meruntun jiwa apabila melihat rakaman pengantin perempuan ini teresak-esak menangis memujuk bapanya jangan pulang lagi. Bapa pengantin perempuan sempat beri nasihat sebelum pulang meninggalkan pengantin.
“InsyaAllah dijaga dengan baik…”
Dimaklumkan pengantin perempuan dengan panggilan manja, ‘adik’, yang berusia 26 tahun itu tidak pernah berpisah dengan keluarganya berbuat demikian kerana mahu pulang mengikut bersama keluarganya.
Kejadian ini telah dirakamkan oleh abang pengantin yang telah memuat naik rakaman video ketika hendak pulang meninggalkan pengantin perempuan. Rakaman ini dipaparkan dilaman facebook abangnya Hazril Azam
Rakaman video ini telah mendapat lebih 11K share telah mendapat perhatian netizen yang beranggapan ia suatu situasi yang mencuit hati tetapi meruntun jiwa apabila pengantin meratapi dengan tangisan seakan anak kecil walaupun telah bergelar isteri.
___________________________________________________________________
Bila kau 26 tahun tak pernah keluar rumah tanpa mak & abah. lepas kahwin, tahu lah nasib kau.
Kena la tinggal dengan family lelaki. Nasib tak tercabut je baju pengantin tu kalau adik buat gila nak ikut kami balik.
bila kau 26 tahun tak pernah keluar rumah tanpa mak & abah. lepas kahwin, tahu lah nasib kau. kena la tinggal dengan…
Posted by Hazril Azam on Friday, 21 December 2018
Nasihat abang kepada adik
Pengantin dah tak kisah orang lalu lalang. yang dia tahu, family dia dah nak balik Kuala Kangsar & dia kena tinggal duduk rumah mentua kat Kuala Nerang ni.
ai maklumlah tak pernah berpisah selama 26 tahun dengan mak abah. keluar belajar pun kat Kuala Kangsar je. kerja pun jaga anak sedara je. hari hari jumpa mak abah. tup tup lepas kahwin, kena tinggal terus dengan family suami kat sini.
Dah dah adik Hazlyana Abdul Hamid, jangan nangis nangis ye. nanti suami kau dah start kerja nanti, kau kena jugak balik ke Sungai Siput. dekat je dengan mak abah kau ni.
Apa pun, kepada pengantin perempuan, selalulah buat facetime dengan ayah untuk hilangkan rindu. Moga anda menjadi isteri yang sempurna buat suami dan anak yang baik buat keluarga dan mertua anda. Selamat pengantin baru!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rindu Air Tangan Ibu, Anak Ozlynn Listkan Lima Lauk Kegemaran Nak Makan. ” Ada Rezeki, Mama Jumpa, Masakan Untuk Sayang Tau.”

Ramai yang mengetahui bahawa anak sulung Johan dan Ozlynn iaitu Ariq telah selamat berangkat ke luar negara bagi menyambung pengajian dipercayai dalam bidang perubatan di Dublin, Ireland.
Setelah beberapa bulan berada di sana, anak sulungnya itu mulai rindu air tangan ibunya. Ini diakui oleh Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail setelah memuat naik di status Instagram miliknya.
List 5 lauk rindu nak makan
Menurut Ozlynn, anaknya mula memberitahu ingin makan masakannya kegemarannya. Tambahnya lagi, jika ada rezeki dia akan ke sana untuk memasak makanan kegemarannya.
“Dia cakap rindu masak lemak cili api ikan pari, ayam kari, daging black pepper, sotong masak lemak kuning.. haihhhhh cemane eh? Rindu la.. InsyaAllah ye ada rezeki, mama jumpa awak mama masakkan utk awak tau sayang.”
Ozlyn juga memberi tahu rutin apabila menelefon anaknya, soalan-soalan wajib yang akan ditanya adalah solat, kelas, makan dan masak apa.
Dalam pada itu, di akhir kapsyen dia mendoakan anaknya sentiasa dilindungNYA
“Semoga abang Ariq sentiasa dalam peliharaan Allah S.W.T.. Aamiin YRA.”
Sumber: jozlynnhanania
Bacaan lanjut:
Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!
Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.


Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Suami Isteri Bahagia Bila 7 Perkara Ni Sama-sama Tak Buat. Deep Perkongsian Ni!

Meraih kebahagiaan dalam rumahtangga itu impian setiap kita. Pun begitu ketahui dahulu apa perlu kita suami isteri patut lakukan dan wajar juga ketahui ada perkara jangan dibuat agar impian menjadi nyata.
Atas sebab itu juga, penting untuk kita saling ingat mengingatkan antara satu sama lain, agar dapat menjaga hubungan dan kasih sayang suami isteri berkekalan dan harmoni sentiasa.
7 KESILAPAN BESAR DALAM HUBUNGAN SUAMI ISTERI
1. Jangan berlebih-lebih dalam memberi gambaran dan memuji orang lain. Bagi seorang isteri, janganlah terlalu memuji suami orang lain dihadapan suami sendiri.
Begitu juga dengan suami. Jangan sesekali memuji isteri orang lain berlebih-lebihan.Ia boleh menyebabkan isteri terasa hati dan berjauh diri.
Disamping itu, isteri juga janganlah terlalu memuji wanita lain dihadapan suaminya.
Jangan diceritakan semua perkara berkenaan wanita lain tambahan lagi sekiranya melibatkan aurat atau perkara sensitive.
2. Elakkan melontarkan kritikan pedas dan tidak menghargai pandangan pasangan masing-masing.
Memberikan komentar terhadap pasangan masing-masing adalah normal.Namun melontarkan kritikan yang pedas adalah sangat tidak wajar.
Kritikan yang boleh mencalar perasaan perlu dielakkan kerana ia menyebabkan berlakunya perbalahan diantara suami isteri.
Walau tidak sempurna mana sekalipun pasangan kita, pasti ada kelebihannya.
Maka, disebalik kelemahannya yang kita dapat lihat, maka lihatlah jua pada kelebihannya.
Cara ini dapat mengelakkan kita daripada memfokuskan kepada kelemahannya dan menjauhkan kita daripada mengkritiknya.
Kita boleh melihat diri kita dihadapan cermin. Kita boleh melihat kekurangan wajah kita melalui cermin.
Namun, apa aib kita dibelakang, kita tidak mampu untuk melihatnya.Orang yang nampak aib kita itu tidak lain tidak bukan adalah isteri atau suami kita.
Disebabkan itu, pasangan kita nampak apa yang kita tidak perasan.Maka apabila pasangan menegur kita, maka terimalah teguran berkenaan.
Perlu diingat, teguran yang diberikan kepada kita langsung tidak berniat buruk.Ia adalah dengan niat yang baik kerana sudah pasti pasangan kita mahukan yang terbaik untuk kita.

3. Jangan mengangkat suara dengan nada tinggi
Meninggikan suara kepada pasangan sama ada ketika dia berseorangan, atau ketika bersama-sama rakan-rakannya adalah satu tindakan yang silap.
Jika kita merasakan bahawa ia untuk menunjukkan ketegasan kita, itu tidak betul. Sebenarnya hanya menunjukkan keegoaan kita.Malah juga turut menjatuhkan air mukanya di hadapan ramai.
Sebaliknya, panggillah dengan sebaik-sebaik cara.Walau geram dan marah sekalipun, panggillah dengan penuh kelembutan.
Ingatlah, ia akan lebih menjaga maruah pasangan dan kita sendiri juga.
Malah pendekatan lembut dapat menjadikan hubungan yang tegang menjadi baik.Walaupun pasangan kita melakukan kesilapan sekalipun, carilah pendekatan terbaik untuk menegurnya.
Cara terbaik adalah menjadi kawan kepadanya.
Apabila wujud hubungan persahabatan antara dua pihak, maka nasihat senang untuk disampaikan.Malah pasangan kita juga mudah untuk menerimanya.
Ingat, untuk setiap perkara menjadi mudah, kita perlu rapat dengannya.
Apabila kita telah rapat dengannya, perkara yang kita tegur secara lembut pun mudah diikutinya.
Sebaliknya, jika kita menggunakan kaedah kekerasan, maka ia hanya mendatangkan kekasaran dan pasangan akan menjauhkan diri daripada kita.
4. Jangan sesekali menipu dalam hubungan suami isteri
Pantang bagi kaum wanita adalah orang yang suka menipu.Para suami, sekali kita menipu, ia akan meninggalkan sebuah lubang dalam hati isteri.
Jadi mengapa mesti kita berbohong?
Bukankah ia adalah tabiat yang tidak baik. Bahkan, ingatlah, orang yang bercakap bohong tiada tempat untuknya dalam syurga.
Suami yang suka berbohong tidak akan memperoleh kepercayaan isterinya.Keadaan ini tidak baik untuk hubungan suami isteri.
Ia boleh meruntuhkan rumah tangga berkenaan. Perbuatan berbohong tidak pernah ada dalam hidup kita. Maka mengapa perlu kita berbohong?
Begitu juga dengan isteri.Jangan sesekali membohongi suami kita.
Pembohongan terhadap suami boleh mengikis keyakinan dan kepercayaannya.Sentiasalah jujur dengan suami dalam apa juga perkara yang kita lakukan.Beranilah berkata benar kerana ia boleh menyelamatkan keadaan.
5. Elakkan berasa tidak bersalah dan diri sendiri selalu betul
Jika kita melakukan kesilapan, beranilah untuk mengakuinya.Jangan pula menjadi sebaliknya.
Hormatilah perasaan dan pandangan pasangan kita. Sebaik-baik diri kita, pasti akan ada jua kelemahannya. Ini tidak boleh dinafikan.
Tiada manusia yang sempurna, apatah lagi dalam hubungan suami isteri.
Namun apabila kita telah melakukan kesilapan, maka akuilah dan perbetulkan kesilapan berkenaan.
Jangan pula demi mempertahankan ego, kita berasakan diri kitalah yang sentiasa benar dan pasangan pula sentiasa salah.

6. Jangan selalu meninggalkan isteri di rumah. Ia selalu dipandang remeh oleh para suami.
Jangan selalu meninggalkan isteri kita tanpa sebab yang munasabah, ini kadangkala boleh mengguris perasaannya.
Ia boleh menyebabkan isteri berasa seolah-olah dirinya tidak dihargai.Malah jika terlalu kerap, ia boleh meninggalkan kesan yang tidak baik dihatinya.
Isteri kita penat berusaha untuk keluarga kita.
Maka perbuatan meninggalkan isteri tanpa sebab lama kelamaan akan menyebabkan rasa dia tidak wujud langsung dalam hidup kita.
Sedangkan isteri sebaliknya kerana perlu memikirkan banyak tanggungjawab yang digalas.
Oleh itu, cubalah bawanya dan berikan masa yang terbaik terhadapnya.
Tidak salah sekiranya sesekali kita membawa isteri bersiar-siar ke tempat-tempat yang menarik untuk bersamanya.
Isteri juga mahukan hiburan bersama kita.Dan apa yang lebih penting lagi adalah meluangkan masa bersama.
7. Jangan tidak bermesra ketika isteri sedang haid
Jangan kerana isteri sedang haid, suami pula menjauhkan diri.
Ingat, apa yang Islam tidak benarkan adalah melakukan persetubuhan sahaja. Bermesra tidak dilarang sama sekali.
Maka jangan kerana isteri sedang datang bulan, para suami sekalian menjauhkan diri daripadanya.
Bermesra dengan isteri adalah salah satu tanda suami yang penyayang. Tidak kira bagaimana keadaan isteri, jika bermesra dengannya boleh mendatangkan kebaikan dalam hubungan, maka lakukanlah.
Kemesraan sesama suami isteri adalah lambang kebahagiaan yang diharapkan.
Berbahagialah kepada pasangan suami isteri yang cuba membahagiakan sesama mereka. Kelak akan harmonilah rumah tangga mereka.
Sumber : Ana Sya
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah Curi Motorsikal, Pelajar Juvana Ni Tak Sangka Dapat 8A, Tekad Berubah Demi Keluarga

Pernah Curi Motorsikal, Pelajar Juvana Ni Tak Sangka Dapat 8A, Tekad Berubah Demi Keluarga
Memang benar kata perpatah, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.Jika kita ada kemahuan untuk berjaya kita pastinya akan melakukan yang terbaik apa jua susah macam mana pun.
Jiwa tetap bersemangat untuk mengorak langkah menuju kegemilang. Tidak kira siapa kita, sudah tentu semuanya inginkan kejayaan.
Bangkit daripada masa lampau yang ‘hitam’, siapa sangka pelajar juvana yang terkenal dengan keganasan akhirnya berubah menjadi seorang yang cemerlang dalam hidup.
Artikel popular: Remaja Ini Raih Perhatian Mahasiswa di Univesiti Malaya,Tak Sangka Rupanya Ini Sebabnya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini

Sebagaimana kisah kejayaan ini yang harus dijadikan teladan buat kita semua. Bahawa kejayaan itu perlukan kesungguhannya.
Bayangkan bagaimana pelajar juvana ini belajar dalam tahanan dalam keadaan ruang pembelajaran yang terhad.
Tiada suasana kasih sayang ibu bapa yang sentiasa memberi semangat dan pelukkan. Namun semangat wajar pelajar juvana ini yang mahu berubah mengatasi segalanya. Dirinya mahu membuktikan dia telah berubah dan mahu membina hidup baru dan menjana nama baik keluarga.
Sebagaimana laporan akhbar, majlis diadakan hasil kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meraikan seramai 60 orang pelajar yang telah berjaya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2013.
Kesemua pelajar dirai dalam enam kategori terpilih iaitu Anugerah Akademik Cemerlang (Sijil Pelajaran Malaysia dan Penilaian Menengah Rendah), Anugerah Ko-Kurikulum Cemerlang, Anugerah Sijil Kemahiran, Anugerah Lonjakan Saujana SPM 2013, Anugerah Khas Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Anugerah Akademik Terbaik Keseluruhan.
PERNAH CURI MOTOSIKAL PELAJAR INI TAK SANGKA DAPAT 8A!
Penerima Anugerah Akademik Terbaik Keseluruhan dari Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Afif, 20, memberitahu ini merupakan kali kedua dia mengambil peperiksaan itu dan akhirnya berjaya memperolehi 8A iaitu dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Perdagangan, Ekonomi, Agama Islam dan Sains dalam peperiksaan percubaan SPM yang lalu.
Dia sangat terkejut dan tidak menyangka memperolehi keputusan sebaik itu apatah lagi sebelum ini dia bukanlah seorang pelajar yang rajin ketika berada di sekolah.
Tambahnya lagi dia tidak pernah terfikir akan menerima anugerah ini yang merupakan satu penghargaan yang amat bermakna bagi dirinya serta sebagai pembakar semangat untuk berubah.
Afif merupakan anak kedua dalam keluarga dan disabit kesalahan mencuri motosikal ketika berusia 14 tahun.
Dia melakukan kegiatan berkenaan hanya untuk suka-suka berikutan berasa seronok kerana mendapat duit yang banyak dan boleh membelanja rakan-rakannya.
Walau bagaimanapun sebelum ditangkap pada tahun 2011, dia telah berniat untuk berubah dan setelah ditangkap ia menguatkan lagi hasratnya untuk berubah.
Perasaan untuk belajar memang tiada cuma minat naiki motor ronda-ronda pastu cari-cari motor baru. Dalam masa 6 bulan pertama kami banyak belajar pasal agama, cara disiplin kawal diri saya boleh pilih nak bengkel ke akademik ker tapi saya pilih akademik saya nak ulang SPM 2011. Cita-cita nak jadi akauntan. Saya dah tak nak buat dah benda-benda ni, nak pergi belajar sambung balik.”
IBU TERHARU
Ibunya, Saripah, 44, yang turut hadir di majlis berkenaan sangat terharu dengan pencapaian anaknya kerana selama ini dia tidak pernah berputus asa berdoa untuk melihat anak kesayangannya berubah dan menjadi insan yang berguna apabila keluar nanti.
Menurutnya, anaknya menjadi harapan kepada keluarga kelak agar dapat menjaga adiknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) serta ayahnya yang menghidapi penyakit saraf akibat kemalangan sejak 18 tahun lalu.
Seronok la, syukur sebab dia dah banyak berubah kan, untuk masa depan dia, masa dia panjang lagi kan tidak tahulah apa nak kata sebab ayah dia sakit dah lama harap-harap dia lah yang dapat teruskan. Harapkan boleh jaga adik dia yang ada OKU seorang. Kalau ada ibu bapa yang ada anak macam ni doakan lah untuk kejayaan mereka untuk masa depan mereka. Tidak payah lah duk hina-hina kan.”

Bagi pesalah juvana bagi kes membunuh, Duru, 20, muncul penerima Anugerah Sijil Kemahiran Malaysia berkata dia akan berusaha untuk merubah dirinya.
“Belajar di dalam penjara agak santai dengan cikgu-cikgu terlalu mengambil berat dan memberi ruang kepada kami untuk belajar. Mereka tidak terlalu menekankan mereka juga mengajar dan memberi motivasi kepada kami. Daripada situ belajar di dalam ada juga. Mereka tidak hanya mementingkan aspek pendidikan tetatpi jasmani, fizikal dan rohani.
“Saya harap-harap dengan usaha saya ini TYT Pulau Pinang dapat lihat bahawa saya sudah berubah dan memberi saya peluang dan memberi pengampunan kepada saya. Saya juga telah mempersiapkan diri saya supaya menjadi insan yang berguna.”
Sementara itu, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Sri Haji Zulkifli Omar berkata, usaha yang dilakukan adalah salah satu proses untuk memulihkan jati diri pesalah juvana semasa di dalam penjara agar dapat melahirkan insan berguna selain membuka peluang cerah kepada mereka khususnya dalam bidang akademik.
Tambah beliau bagi perancangan akan datang, pihak penjara Malaysia akan membuka sebuah sekolah integriti bertaraf universiti di Puncak Alam yang memfokuskan mata pelajaran Prinsip Akaun bermula pada 1 Januari tahun hadapan yang akan menempatkan 40 orang pertama.
sumber. Metro
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

