“Tanpa disangka, musibah datang hingga habis rumah yang dibina menggunakan separuh batu dan separuh lagi kayu ‘lenyap’ dalam kejadian banjir, petang semalam. Inilah rumah impian saya sejak lebih 30 tahun berkecimpung dalam arena seni… Saya akur dengan ketentuan ini,” ujar pelawak Ebby Yus.

“Inilah Rumah Impian Sejak 30 Tahun… Saya Akur.” Ebby Yus Kongsi Berita Duka, Rumah Musnah Dihanyutkan Banjir

Demikian antara kata-kata pelawak tanah air, Ebby Yus apabila rumah dibina hasil titik peluhnya lebih tiga dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, musnah sekelip mata selepas dihanyutkan air deras dalam bencana banjir di Kuala Langat, Selangor.

Lebih memilukan, rumah dua tingkat tersebut hanya tinggal 10 peratus untuk disiapkan di tanah setengah ekar di Batu 23 kawasan penempatan itu. Ekoran kejadian tersebut, Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid kerugian hampir RM200,000.

“Inilah Rumah Impian Sejak 30 Tahun… Saya Akur.” Ebby Yus Kongsi Berita Duka, Rumah Musnah Dihanyutkan BanjirMenceritakan insiden itu, Ebby berkata, dia bersama pembantu peribadi pergi melihat kerja-kerja akhir pembinaan rumah dua tingkat itu termasuk proses memasang kertas hiasan dinding.

“Tanpa disangka, musibah datang hingga habis rumah yang dibina menggunakan separuh batu dan separuh lagi kayu ‘lenyap’ dalam kejadian banjir itu kira kira sebelum waktu Isyak.

“Inilah Rumah Impian Sejak 30 Tahun… Saya Akur.” Ebby Yus Kongsi Berita Duka, Rumah Musnah Dihanyutkan Banjir

“Inilah rumah impian saya sejak lebih 30 tahun berkecimpung dalam arena seni… Saya akur dengan ketentuan ini,” katanya kepada BH Online.

Ketika kejadian malang membabitkan rumahnya itu, Ebby sudah berada di Kapar, Klang.

IKLAN

Menurut Ebby lagi, sebelum masuk waktu Maghrib, ketika selesai makan dan kerja pemasangan kertas hiasan dinding siap, dia ada menerima WhatsApp daripada seorang ustaz yang menerajui misi bantuan kemanusiaan.

“Inilah Rumah Impian Sejak 30 Tahun… Saya Akur.” Ebby Yus Kongsi Berita Duka, Rumah Musnah Dihanyutkan Banjir

“Saya yang kebetulan berada di bawah pasukan misi kemanusiaan itu diundang ustaz untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Meru dan Bukit Kapar. Ketika sampai di lokasi bantuan, saya dapat panggilan daripada pekerja kontraktor memaklumkan rumah sudah dimasuki air akibat hujan lebat.

“Inilah Rumah Impian Sejak 30 Tahun… Saya Akur.” Ebby Yus Kongsi Berita Duka, Rumah Musnah Dihanyutkan Banjir

“Saya bagaimanapun cakap tak apalah esok saja balik ke rumah. Saya meneruskan kerja membungkus makanan untuk diagihkan. Saya dapat panggilan kali kedua memaklumkan kedudukan rumah sudah senget. Saya turut menghubungi polis berdekatan untuk memantau keadaan di rumah.

IKLAN

“Kemudian panggilan terakhir memaklumkan rumah sudah ‘tumbang’ ke tanah dan seterusnya hanyut di bawah arus air deras. Tapi saya bagaimanapun melunaskan misi bantuan dan kemudian baru menuju ke kawasan rumah,” katanya.

“Inilah Rumah Impian Sejak 30 Tahun… Saya Akur.” Ebby Yus Kongsi Berita Duka, Rumah Musnah Dihanyutkan BanjirEbby berkata, kerja pembinaan rumah itu dilakukan sedikit demi sedikit dan kerap terhenti kerana dia jatuh sakit selain sekatan akibat penularan pandemik COVID-19.

“Setiap kali dapat bayaran berlakon, saya peruntukkan untuk rumah itu. Kali terakhir selepas dapat bayaran daripada penerbit sitkom Jenaka Kampung Kalut ( JKK), saya lunaskan baki bayaran projek pembinaan rumah itu.

“Sebelum ini, projek pembinaan bertukar kontraktor kerana masalah tidak terduga… Biasalah, kerja bina rumah semuanya perlukan wang,” katanya.

“Inilah Rumah Impian Sejak 30 Tahun… Saya Akur.” Ebby Yus Kongsi Berita Duka, Rumah Musnah Dihanyutkan Banjir

IKLAN

Ebby yang berasal dari Negeri Sembilan berkata, dia menyewa di Kampung Baru di sini, sejak 20 tahun lalu.


Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI