Sebut sahaja prosperity burger McDonald’s pasti ramai yang terbayang rasanya yang enak dan menyelerakan. Sekarang ini, di McD tengah rancak jual kan. Tapi kalau anak ramai macam tak cukup pulak kan. Apa kata ibu-ibu cuba buat resepi ini. Saudara Ritzuwan Sydemenerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) berkongsi resepi prosperity burger homemade yang super sedap ala-ala McDonald’s. Jom cuba!
Salam semua. Apa khabar?
Hari ni saya buatkan beef prosperity burger ala ritz the baker. Terinspirasi daripada burger McDonalds tu.
Ada 3 bahagian. Roti burger, patty dan sos lada hitam.
.
Part 1: roti burger
200g tepung protin tinggi (japanese flour)
16g gula
3g garam
4g susu tepung
2g yis
16g shortening
110g air
Cara-cara
1. Masukkan bahan kering dan gaul selama 2
minit (mixer)
2. Masukkan air dan shortening dan uli
sehingga doh elastik
3. Bahagikan doh kepada 6 bahagian dan
Ads
bulatkan. Anggaran 60g sebiji
4. Rehatkan doh selama 10 minit
5. Leperkan dan gulung doh dengan kemas
6. Letakkan doh dlm acu dan biarkan doh
kembang sehingga double size. Lebih
kurang 1 jam tempoh proofing
7. Bakar pada suhu 190 darjah celcius selama 13 minit
atau sehingga kuning keemasan
.
.
.
Part 2: patty daging
Ads
Saya gunakan burger lembu oblong klasik brand ramly. Mudah dan sedap. Boleh dapatkan di mana-mana pasaraya ataupun ramly halal mart berhampiran
Part 3: sos lada hitam
Ada macam-macam versi sos lada hitam. Yang biasa, saya letakkan beberapa herbs; thyme, oregano, bay leaf dan seangkatan dengannya. Tapi hari ni saya tak gunakan semua tu. ambil apa yg ada shj di dapur.
20g mentega
40g bawang besar (potong kiub)
10g lada hitam
50g tepung gandum
10g chicken powder
50g serbuk perang demi glace ( brand knorr)
150g sos honey hickory bbq sauce (hunt)
800g air
Ads
4g garam
20g gula
Cara-cara
1. Panaskan mentega dan tumis bawang
2. Masukkan tepung, chicken powder dan
serbuk stock perang (roux)
3. Masukkan air dan kacau
4. Masukkan sos honey hickory bbq dan lada
hitam (cracked).
5. Perasakan garam dan gula secukupnya.
.
.
.
Penyediaan Prosperity burger
Belah roti burger kepada dua. Masak daging di atas pan dan celup dengan sos lada hitam sebelum diletakkan diatas roti burger. Taburkan bawang holland yang sudah dihiris.
.
.
Selamat mencuba
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap antara kita yang bergelar ibu dan ayah tentu mahukan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik. Maka perkara pertama yang diberi perhatian adalah dalam membuat pilihan sama ada ingin menghantar anak di Sekolah Kebangsaan biasa, bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau sebagainya.
Berpandukan keputusan yang dibuat, ia akan menentukan langkah seterusnya yang perlu diambil oleh ibu dan ayah bagi mempersiapkan anak-anak. Tidak dinafikan juga, pasti akan timbul delima dan keraguan di hati, ada pro dan kontra dan hal ini telah dikongsikan oleh seorang ibu bernama Puan Farawahida Dzulkifli yang telah pun tiga tahun menghantar anaknya bersekolah di SJKC.
Jom semak apa katanya.
Ibubapa yang mempunyai anak yang bersekolah di Sekolah Cina or SJKC mesti korang rasa apa yang Sis Fa rasa kan?
First thing first. Kenapa Sis Fa nak hantar anak ke sekolah Cina ya?
Zaman Sis Fa muda dahulu Sis Fa lebih ramai kawan yang berbangsa Cina. Oleh itu Sis Fa memang bertekad untuk menghantar anak Sis Fa untuk mempelajari bahasa Cina. Sis Fa memang tidak tahu berbahasa Cina langsung.
Dari pengalaman Sis Fa lah lagi banyak pertuturan bahasa yang kita kuasai, lebih cerah dan lebih mudah untuk kita di masa hadapan.
Hebat bukan jika anak kita boleh berkomunikasi/ menguasai Bahasa Cina dengan fasih?
Bermula seawal umur anak Sis Fa empat tahun Sis Fa menghantar anak Sis Fa ke tadika Cina sehinggalah umurnya 6 tahun.
Tahun 2017 adalah tahun pertama anak Sis Fa menjejakkan kaki ke Tahun Satu. Nervous dan macam- macam perasaan ada tapi Sis Fa memang dah tekad untuk meneruskan pengajian anak Sis Fa ke sekolah Cina.
Tahun 2018 ini adalah tahun kedua. Alhamdulillah Sis Fa tetap teruskan. So far semua nya ok cuma biasalah kita sebagai ibu mesti risau kan jika anak kita susah dan masih tak dapat menguasai Bahasa Cina dengan baik.
Berikut adalah 9 dilema yang Sis Fa hadapi sepanjang dua tahun menghantar anak Sis Fa ke sekolah Cina / SJKC:
1) Bahasa/ Pertuturan
Bahasa dan Pertuturan mereka di sekolah semestinya Bahasa Cina sahaja. Risau juga nanti kalau anak Sis Fa terlupa pula bahasa Ibunda dia…KihKihKih
2)Pembelajaran
Semua subjek Pembelajaran mereka adalah dalam bahasa Cina kecuali BM, BI dan Agama. Pening juga tengok buku-buku sekolah anak Sis Fa.
3)Makanan/ Minuman
Sis Fa tidak menggalakkan anak Sis Fa untuk membeli di kantin sekolah. Lagi pun katanya tidak sempat sebab kena beratur panjang. Waktu rehat pula singkat kerana masa inilah mereka hendak makan lah, hendak ke tandas lah. Mesti bawa bekal setiap hari dari rumah.
4) Kawan/ Pergaulan
Anak Sis Fa lebih cenderung berkawan dengan murid Cina. Ada juga kawan lain yang berbangsa Melayu dan India. Biasalah anak Sis Fa suka berkawan dengan semua orang… Macam Sis Fa juga!
5) Belajar Agama
Setiap hari ada pelajaran agama tetapi result tidak memberangsangkan. Oleh sebab itu Sis Fa menghantar anak Sis Fa ke kelas KAFA setiap hari kecuali Hari Rabu.
6) Kelas Tambahan
Sangat perlu sebab tidak ada seorang pun di rumah yang boleh mengajar dalam bahasa Cina. Kalau ada kerja rumah yang tidak sempat buat atau terlupa bawa, biasanya Sis Fa akan cuba bantu dengan menggunakan ‘Google Translator’ atau pun meminta tolong kawan-kawan Sis Fa yang berbangsa Cina.
7) Mengaji
Belajar mengaji di rumah sahaja buat sementara waktu. Kadang sempat kadang tidak sempat pun.
Owh, Sis Fa dah dapat cari tempat mengaji dah… Kelas mengaji setiap hari selepas kelas KAFA dengan ustazah yang sama. Bila weekend Sis Fa akan ulangkaji Iqra dengan anak Sis Fa pula.
8 ) Hari Sukan /Mesyuarat PIBG
Biasanya mereka berkomunikasi dalam Bahasa Cina. Sepatah pun Sis Fa tidak faham. Biasanya orang sebelah akan jadi ‘translator’ lah.
9) Buku
Masalah buku banyak dan beg berat… Kadang-kadang kesiankan… Tapi hendak buat macamana.. Anak Sis Fa pun suka bawa semua buku ke sekolah…Hahaha..
Ini adalah apa yang dikongsikan oleh Puan farawahida setahun yang lalu di akaun fbnya. Bagi mengetahui cerita terkini, kami hubunginya untuk mengetahui cerita terkini pada tahun ini dan ini katanya.
“Alhamdulillah untuk tahun 2019, tahun ke – 3 anak saya di SJKC. Tahun ini jadual agak padat sikit. Ada kelas Wushu, ada Kokurikulum… Baru je minggu lepas pergi Mesyuarat PIBG, jumpa cikgu-cikgu setiap pelajaran tanya perkembangan dia. So far semua positive, ada peningkatan cikgu cakap dia ni smart, independent, sangat talkative.
“Bila cikgu – cikgu bagitau anak saya suka bercakap, talkative sangat dalam kelas. Bagus jugalah kan, boleh ada peningkatan Bahasa Mandarin dia tapi itulah kena pesan kat dia juga, masa cikgu mengajar jangan main- main, jangan berbual. Dalam hal pembelajaran, semua ok. Ada peningkatan, walaupun jadual setiap hari amat padat. Sabtu dan Ahad saya bagi dia rehat. Hanya ulangkaji sendiri di rumah.
“Bab makan dan minum, saya masih pastikan anak akan bawa makanan dan minuman dari rumah. Belajar Agama/ Mengaji: Kelas kafa selepas waktu sekolah dari jam 2.45pm-5.45pm. Lepas tu sambung belajar mengaji dengan ustazah kafa yang sama. Manakala kelas tambahan, tahun 2019 so far belum ke kelas tambahan. Ulangkaji sendiri dari rumah.
“Saya juga ingin berpesan kepada ibu ayah yang menghantar anak-anak di sekolah SJKC ini, pada Hari Sukan/ Mesyuarat PIBG Wajib hadirkan diri setiap tahun. Sebab masa ini lah kita jumpa cikgu – cikgu, ibu bapa dan kawan-kawan anak kita. Masa ni juga jumpa setiap cikgu untuk tahu perkembangan anak kita di sekolah.”
Jika ingin dingat-ingat, bila ye kali terkahir anda menghadiri majlis perkahwinan? Mungkin ada antaranya sudah setahun lebih tidak menerima undangan dek kerana SOP larangan mengadakan majlis perkahwinan bagi menyekat penularan Covid-19.
Sungguh lama rasanya bukan? Jadi tidak hairanlah hingga ada yang berasa teringin hendak merasai keenakan nasi kenduri.
Kalaulah dapat makan nasi minyak bergandingan pula dengan menu daging masak hitam, ayam masak merah, dalca dan acar. Kemudian ada pula air sirap ros sunquick yang sejuk sebagai pelengkap set hidangan di meja makan. Memang puas hatilah menu lauk kenduri kita. dapat makan di rumah sendiri, boleh makan bertambah ikut suka hati!
Oleh itu, apa kata hari ini anda sediakan sendiri menu istimewa nasi dan lauk pauk kenduri untuk dihidang kepada seisi keluarga. Menyediakan sendiri pastinya lebih puas hati, selain dapat tunaikan keinginan bolehlah juga kita anak beranak makan bertambah.
Resipi lengkapnya bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Nik Hanani ini.
Resipi Nasi Orang Kahwin
Daging masak hitam
Bahan-bahan:
– Daging 1 kilo
– 10 biji bawang merah + 3 biji bawang putih + 1 inci halia (blend)
– 2 batang serai (hiris)
– 4 sekawan
– lada hitam (tumbuk)
– jintan manis + jintan putih (tumbuk)
– kicap cair
– kicap pekat (yang saya buat ni tak letak sebab takde kicap pekat..tapi rasa tetap sama
– lada kering (blend)
Cara-cara:
– perap daging dengan kicap cair dan kicap pekat (kalau ada) serta lada kering. Perap 1 – 2 jam
– tumis bahan blend
– masuk 4 sekawan, serai,jintan manis, jintan putih, lada hitam. Tumis hingga pecah minyak
– masuk perapan daging. Tambah kicap cair + tambah sedikit air.
– masuk garam, gula, asam keping
– masak sehingga daging jadi lembut & kuah jadi pekat
Dalca
– rebus kacang dal hingga empuk
-potong terung, kacang panjang, carot, ubi kentang
– 10 biji bwg merah + 3 biji bwg putih + 1 inci halia (blend)
– 1 biji bwg merah besar hiris
– 1/2 inci halia hiris
– 4 sekawan
– daun kari (kalau ada)
– rempah kari daging (sy guna babas)
– santan
Cara-cara :
– Tumis bahan blend + bwg merah (hiris) + halia (hiris) + 4 sekawan + daun kari hingga naik bau..nak nampak kuah cantik, guna minyak lebih sikit masa menumis.
– masuk rempah kari + semangkuk air..tumis sehingga pecah minyak
– masuk santan..masak sehingga kuah menggelegak
– masuk carrot, kacang panjang, ubi kentang , terung
– masuk garam + gula + asam keping
– masuk kacang dal
– dah masak tutup api
Ayam masak merah
– ayam (letak kunyit garam goreng)
– 10 biji bwg merah +3 biji bwg putih + 1 inci halia (blend)
– bwg merah hiris
– lada kering (blend)
– sos cili
– sos tiram
– kicap
Cara-cara:
– tumis bahan blend + bwg merah hiris
– masuk lada kering..tumis hingga naik minyak
– masuk kicap + sos cili + sos tiram
– garam + gula
– masuk ayam & gaul
Nasi minyak
Bahan-bahan:
– 3 cawan beras basmati panjang (rendam 15 minit
– 6 biji bawang merah (hiris) + 3 biji bawang putih (hiris) + halia (hiris)
– 4 sekawan
– 2 sudu besar minyak sapi + 2 sudu besar minyak masak
– 1/2 cawan susu cair
– 3 cawan air biasa
– daun ketumbar
– kiub pati ayam
– kismis
– badam
Cara-cara
– tumis bawang merah, bawang putih, halia, 4 sekawan dengan minyak sapi
– masuk badam dan kismis
– tuang bahan tumis ke dalam beras yang di toskan
– masuk 3 cawan air + 1/2 cawan susu cair
– masuk 1 kiub pati ayam + sedikit garam
(nasik tak nak pecah, jgn kerap kacau)
– masak nasi macam biasa
– dah separuh masak masuk daun ketumbar
– dah masak nasi boleh tabur daun bawang
Acar
– timun barang (buang tengah potong panjang)
– carrot (potong panjang)
– bawang merah (hiris)
– cili merah/hijau besar (potong bulat)
– cuka
– garam gula
Cara-cara:
– gaul sebati semua bahan kat atas
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Selain ayam goreng yang sentiasa jadi pujaan anak-anak, ikan goreng juga tak kurang hebatnya. Ikan kalau dimasak dengan cukup garing dan rasanya, apa lagi makan ketika masih panas, memang bangkit seleranya.
Selain hanya goreng dengan garam dan kunyit seperti biasa, menambah beberapa bahan juga buat ikan jadi lebih mantap dan terlajak sedap. Bagaimana?
Cuba 5 Cara Ni
Tak hanya sedap malah ikan gerenti lebih rangup!
Kisar Bawang
Ini resipi istimewa untuk anak-anak. Kisarkan sedikit bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam ikan yang sudah di ratakan garam dan kunyit. Gaulkan rata dan biarkan diperap seketika. Gorengkan ikan hingga garing dan makanlah ketika panas. Kena cuba! Ikan yang sangat disyorkan untuk teknik ini adalah ikan selayang.
Guna Bawang Putih
Bawang putih memang hebat rasanya. Tumbuk sedikit bawang putih dan lumurkan bersama garam dan kunyit. Gorenglah hingga masak. Hasilnya rasa ikan bukan hanya lebih sedap tetapi enak.
Minyak Banyak
Untuk menjadikan ikan lebih rangup, minyak hendaklah betul-betul panas dan kuantitinya jugalah haruslah banyak. Jangan hanya cukup-cukup ikan sahaja. Biarkan digoreng lama dan hasilnya pasti lebih rangup.
Guna Kunyit Hidup
Untuk mendapatkan ikan goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan sedikit kunyit hidup kemudian digaulkan bersama sedikit garam. Kunyit hidup sememangnya buat ikan lebih rangup dan rasanya juga lebih enak.
Ikan Yang Sesuai
Tahukah anda bahawa bukan semua ikan sedap untuk digoreng. Ikan besar seperti siakap, tenggiri dan sebagainya sebenarnya kurang enak apabila hanya digoreng sahaja. Untuk mendapatkan ikan yang lebih rangup dan enak, pilihlah jenis ikan kecil seperti ikan
selayang, ikan kembung, ikan selar mahupun ikan bawal kecil. Fuhh sedap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...