Kekurangan diri bukan jadi penamat hidup. Tidak pernah menjadikannya sebagai alasan untuk terus berdiam diri dan lemah pada pandangan masyarakat. Ketidaksempurnaan dirinya bukan penghalang seseorang untuk berjaya.
Begitulah yang menjadi azimat dalam diri wanita ini, yang menghidap penyakit Mucopolysaccharidosis. Tidak menjadikan ia penghalangnya untuk berjaya.
Melalui perkongsian adik lelakinya, Ahmad Faiz di laman Twitter mengenai kegigihan dan semangat kakak kesayangannya,Nur Fariza meneruskan kehidupan tanpa mengharapkan bantuan semata.
Kakaknya yang berusaha menjana pendapatan dengan menjadikan bidang lukisan sebagai sumber ekonominya, sungguh inspirasi. Lebih kagum, perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai di media sosial dan mendapat lebih 32.5K retweets dan 17K likes.
Semoga kegigihan wanita ini menjadi teladan kepada kita untuk berusaha walau apa jua halangan mendatang.
Istimewa untuk kakak tersayang
Anugerah tuhan -Mucopolysaccharidosis
Kemahiran diri – keyboard
Ads
Belajar lukisan Folk Art
Ads
Kini melukis di kanvas pula
Kecekalan kakaknya jadi paparan di media massa
Ads
Cekal sungguh wanita ini. Nyata, terbukti, tanpa usaha, rezeki tidak akan datang mengolek. Kepada Nur Fariza, semoga kental setiap cabaran yang mendatang. Selamat berjaya!
Sumber: Instagram Ahmad Faiz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Antara impian yang ingin dicapai oleh setiap keluarga muslim pastinya menunaikan umrah atau haji bersama-sama.
Sudah pasti kenangan di Tanah Suci merupakan kenangan yang paling manis dan berharga untuk dikenang sampai bila-bila.
Namun lain pula dengan kisah satu keluarga ini yang mana momen yang mulanya bahagia apabila dapat menunaikan umrah bersama-sama bertukar duka setelah diuji oleh Allah SWT selepas ibu tercinta meninggal dunia semasa di sana.
Menerusi satu ciapan di laman Tiktok Ezzathur wanita berkenaan yang juga pemilik video dipercayai memuat naik beberapa rakaman perjalanan mereka sekeluarga semasa menunaikan umrah.
Ketika berada di sana, semua urusan perjalanan dengan lancar dan mereka sekeluarga kelihatan begitu ceria kerana dapat menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah dan melihat Kaabah buat kali pertama.
Kesihatan ibu merosot pada hari terakhir di Mekah
Bagaimanapun, di hari terakhir mereka sekeluarga di Mekah, ibu tersayang pula jatuh sakit hingga perlu dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas serta demam.
Lebih mengejutkan apabila wanita berkenaan dan ayahnya dikejutkan dengan berita ibunya terpaksa ditidurkan selepas doktor mengesahkan beberapa organ dalamnya tidak berfungsi dengan baik.
Ibu meninggal dunia selepas 10 hari di ICU
Keadaan menjadi semakin sedih dan pilu apabila ibu tersayang disahkan meninggal dunia setelah 10 hari bertarung nyawa di wad ICU.
Difahamkan, jenazah arwah ibunya diuruskan di Tanah Suci Mekah dan turut disolatkan di Masjidil Haram bersama jenazah umrah yang lain sebelum dikebumikan di tanah perkuburan As Sharaya Mekah.
‘Ya Allah jemput kami lagi ke tanah sucimu, tempat mama kami bersemadi.”
Peribahasa ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’ bermaksud jika kita hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya.
Begitu juga jika kita minat bercucuk tanam dan ingin memastikan ekonomi keluarga stabil, kita akan ikhtiar untuk menguruskan perbelanjaan rumahtangga dengan lebih baik.
Bayangkan jika bercucuk tanam, kita dapat mengurangkan kos membeli sayur di kedai. Malah, bukan sahaja jimatkan belanja, kita dapat menikmati sayur segar ‘fresh’ ditanam halaman rumah.
Selain, bayam brazil, tomato dan sawi, bahan masakan seperti kentang juga boleh ditanam dengan mudah. Sebagaimana perkongsian ini. Melihat cara tanam boleh kita praktik.
Ikuti perkongsian ini.
Saya saja nak share pengalaman saya tanam kentang tahun lepas…ni hasil selepas 2 bulan saya tanam. Sebaiknya tunggu lagi 2 bulan tapi saa bukan penyabar. Excited nak tengok isinya.
Lepas ni dah boleh makan kentang segar di halaman rumah. Senang rupanya cara tanam pokok kentang. Jom cuba
Pasti ada yang masih teringat kebaikan yang dilakukan oleh Instafamous Hafiz Mahamad kepada arwah sahabatnya Loh. Inilah dikatakan sahabat dunia dan akhirat, kebaikan yang diberikan kepada sahabat yang membesar bersama-sama hingga akhir hayat membuatkan ramai sebak dan menitiskan air mata.
Bahkan hingga kini walaupun sudah setahun arwah Loh meninggalkannya, pun begitu niat baiknya diteruskan untuk menyantuni ibu arwah dan keluarga.
Semoga kisah ini dapat memberi inspirasi untuk kita semua. Andai kita sayang pada orang yang telah meninggal, setelah ketiadaannya berbaktilah pula pada insan-insan yang pernah dikasihi dan disayangi oleh arwah.
Harini saya freekan masa untuk “mak arwah sahabat baik” saya.
Sedar tak sedar, setahun dah sahabat baik saya dah takda. Waktu saya tolong sahabat sakit hingga penghujung hidup dia & menguruskan jenazah sahabat Saya perasan, mak arwah ada masalah penglihatan.
Saya terus niat untuk bantu rawat mata mak arwah sahabat.
Alhamdulilah hospital Annur bantu untuk uruskan ini.
Seronok mak arwah sahabat, katanya dah bertahun tak dapat lihat. Tadi bawa dia naik kereta, dia cakap “baru nampak jelas rumah rumah tepi jalan tu”.
Dia cakap ni 1st time dapat tengok cucu dengan jelas. Sebelum ni tak dapat lihat dengan jelas
“Sahabat ku Loh”, aku harap mu tenang disana. Aku sentiasa pegang janji kita. Harini aku bawa ma mu ke office, dia nampak gambar mu dekat bilik office aku. Aku kata, mu adalah semangat aku untuk bekerja Loh, tadi aku belikan tudung ke ma.
Itu lah mu buat dulu kan.
Terkejut aku loh, ma cerita tadi Bila mu tak ada, dia dapat tengok duit mu ke mana ketika mu hidup
Terkejut aku, setiap bulan mu ada tolak gaji untuk sedekah dekat persatuan. Banyak pahala mu
Wahai sahabat ku, Mata ma dah okay, bulan depan ada buat untuk lagi sebelah mata. InsyaAllah happy dia wahai sahabatku. Walaupun mu dah takda, kebaikan mu selama hidup buat ramai sahabat sayang keluarga mu loh.
Terima Kasih banyak mengajar aku jadi sahabat yang baik loh “Kejayaan Demi Kebahagiaan” sentiasa bersama kita. Tarik aku ke syurga nanti ya sahabatku loh. Al Fatihah sahabatku.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.