Baru sahaja melahirkan cahaya mata sulungnya pada 15 Disember yang lalu, pelakon cantik jelita Intan Najuwa tampil berkongsi momen bahagianya ketika mengadakan majlis tahnik anak sulungnya, Imane Lunara.
Menerusi TikTok, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkongsi beberapa momen sepanjang majlis tersebut berlangsung.
Dapat dilihat, Intan turut menjemput dan menjamu beberapa pelajar tahfiz sepanjang majlis berlangsung.
“Majlis bertahnik Imane Laura,” tulisnya.
Ads
Paling menarik perhatian pastinya gaya bersahaja dan sederhana Intan yang dipuji ramai. Malah pelakon berbakat ini tidak mengenakan solekan yang tebal kerana sedang berpantang.
Perkongsian yang kini meraih lebih 1,700,000 tontonan itu kemudiannya dihujani komen netizen yang risau melihat raut wajah Intan.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa wajah pelakon berusi 27 tahun itu kelihatan penat dan pucat.
Intan bagaimanapun memberitahu yang dirinya masih dalam berpantang dan keletihan serta menahan sakit.
Ads
“Saya masih dalam pantang. Penat menahan sakit dan masih lemau lagi,” kongsinya.
Rata-rata wargamaya turut mendoakan agar Intan dapat berehat sebaiknya ketika berpantang dan cepat sembuh.
Terdahulu Intan bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023. Pasangan ini menyambut kelahiran anak pertamanya, Imane Lunara pada 15 Disember lalu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak adalah anugerah terindah buat ibu bapa. Kegembiraan anak adalah segalanya buat mereka. Segala kasih sayang diberikan sepenuhnya tanpa batas agar dapat menjalani kehidupan dengan sempurna.
Namun siapa sangka, kegembiraan memiliki anak juga ada dugaannya yang mengajar diri menjadi ibu bapa yang sabar dan tabah.
Bukan calang-calang ‘dipilih’ untuk menghadapi dugaan hidup apabila memiliki anak istimewa. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima.
Begitu yang dihadapi oleh penyanyi Fynn Jamal apabila menghadapi cabaran dalam membesarkan anak sulungnya sejak disahkan autisme.
Menerusi entri terbaharu beliau berkongsi rakaman anak angkatnya, Bakti Arjuna Fitri, 9 tahun sebagai dokumentari pertumbesaran anaknya itu.
Fynn atau nama sebenar Nur Affina Yanti Jamalludin berbuat demikian sebagai rekod rujukan doktor apabila anaknya mula meltdown.
Sorry, we have loads of videos like this. doctor suruh rekod everytime juna meltdown. utk cari common factors to why, what triggers etc.
Walau tak dapat rekod setiap kali, mana2 sempat— dah macam homework dah kumpul data Juna ni. haha.
truly, aku tak suka tgk balik. mmg lepas rekod, biar je dlm folder. tak gamak nak relive the moment hadap ni semua. tp yelah. sesekala, terrrlayan juga haha.
Juna skrg on anti-psychotic meds. dia autism dlm spektrum severe. self harm. meltdown. hearing things. seeing things. kesian dia. tapi alhamdulillah. rezeki dia.
KUAT SEMANGAT
Kadang-kadang kesian suami aku. Dia sendiri on the verge of psychosis, lawankan juga demi anak dia. alhamdulillah sbb dia akur je dgn cikgu disiplin bab ubat ni haha. aku selalu pesan, aku ni kecik. kalau both daddy dan juna mental collapse; sakti kecik lagi, aku tak tau nak dukung heret yang mana haha.
JARANG DI SOSIA MEDIA FOKUS PADA JUNA
You see, this video is but a simple reminder to why i am now distant on sosmed. Aku selalu bagitau; my family comes first.
Aku tak effort habis2an melainkan utk memampukan aku jadi bebas nak prioritikan suami dan anak2 aku. aku jadi boss sbb nak jadi surirumah. itu objektif aku.
Segala selainnya adalah hal2 senggang yg ada ada, takde takpe. i dont HAVE to listen to your stories, but i like to. i may show indifference to your problem, but know— caring unnecessarily is what i do.
cumanya—all in good times. itu sahaja.
So kindly,kalau nak sgt layanan tiptop kelas pertama—go to psychiatrist, get to therapy.
Good pay, good service. Aku ni buat percuma. Sambil-sambil mendahulukan anak2 dan suami. Pastinya servis aku paling corot dlm dunia.
Sorry, but not sorry i place everyone and everything AFTER my family.
WARGANET TITIP DOA
Dalam pada itu meninjau diruangan komen rata-rata warganet melahirkan rasa sebak dan mendoakan agar Fyn Jamal tabah menhadapi cabaran membesarkan anak istimewanya. Antaranya
“Allahuakbar. Saya doakan semoga Allah berikan kekuatan yang luar biasa buat Kak Fynn.”
“Allahuakbar.. Sedihnya tengok. Apa lagi yang melalui. Moga diberi kekuatan untuk keluarga ini. In Shaa Allah ganjaran dan hikmah Allah pasti ada.”
“Bila tengok juna faham, dia sakitkan mummy tanpa dia boleh kawal perasaan dia… Terus luruh airmata ni.”
“Saya tgh jaga exam dlm kelas pn nangis tgk..sya mmg selalu tgk ketabahan Pn Fynn & Pn Zarina Zainuddin. Semoga Allah permudahkan urusan anda2 semua..aamin yarabbal alamin. Sya sgt tersentuh hati sbb ada di kalangan kita yg tak faham keadaan mcm ni.”
Usahawan dan pelawak, Amir Raja Lawak mendedahkan amalan solat dan sedekah pada waktu Subuh merupakan rutin hariannya sebagai pembuka rezeki sebelum menjalankan aktiviti perniagaan.
Bagaimanapun, menurut laporan Berita Harian, Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi berserah kepada rezeki yang diberikan oleh Allah dalam kehidupannya sebagai hamba yang tak pernah berputus asa untuk meneruskan pernigaan air jagungnya.
Permulaan hidup setiap hari pada waktu pagi. Memang betul apabila orang dahulu kata bangun pagi atau subuh, rezeki akan dimurahkan.
“Mungkin ini adalah apa yang saya boleh kongsikan kepada orang ramai. Saya ada juga amalkan membaca doa supaya dimurahkan rezeki. Selain itu, sedekah subuh saya juga diamalkan.
“Selepas solat subuh, saya akan sedekah ke mana-mana tabung atau mereka yang memerlukan. Kalau solat di masjid, saya akan sedekah dalam tabung masjid.
“Sedekah sahaja seberapa banyak yang kita mampu dan niatkan baik-baik,” katanya.
Bukan itu sahaja, pelawak yang berusia 34 tahun itu tidak pernah lupa untuk menghulurkan sedekah kepada pusat pendidikan atau tahfiz yang berdekatan.
“Selain masjid, saya juga sedekah ke rumah tahfiz berdekatan termasuk memberikan air jagung untuk pelajar kerana mereka memang sukakannya.
“Cuma, apa saya boleh katakan solat pada pagi setiap hari adalah kuncinya. Mungkin amalan dan doa orang ramai juga menjadi pembuka laluan untuk Allah berikan rezeki kepada saya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Amir mengakui lebih selesa dan tenang dengan perniagaan yang diusahakan dan bersyukur kian mendapat sambutan daripada orang ramai.
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak dinafikan, adakalanya ketika bersolat pun kita masih memikirkan soal duniawi. Soal kerja yang tak habis-habis kita fikirkan, saban hari malah saban waktu. Itulah kesilapan yang kita lakukan. Gagal untuk kusyuk.
Perlu muhasabah diri untuk lebih khusyuk dalam solat. Bila solat khusyuk barulah semua perkara dapat diperbetulkan. Pakar otak, Dr Rizal Abu Bakar berkongsi 13 cara untuk mengawal otak dan selebihnya khusyuk dalam solat.
Katanya khusyuk dalam solat itu satu REZEKI.
Salah satu tanda betapa dekatnya kita dengan kiamat ialah Allah SWT tarik nikmat khusyuk ini. Dan kiamat kecil ialah kematian kita.Apabila tiada juga khusyuk mungkin itu tanda kiamat kecil makin menghampiri kita.
Solat itu tuntutan. Suruhan dari Tuhan. Hadiah untuk insan.
Solat bukan sekadar rutin. Bukan juga aktiviti berdiri, rukuk dan duduk.
Ia aktiviti libatkan otak. Lebih menarik ada beza antara solat kusyuk dan tidak. Keduanya terpamir pada otak manusia.
Apabila kita solat dengan khusyuk, aktiviti OTAK bernama Parietal Lobe menjadi kurang aktif.
Fokus hanya pada yang satu. Bukan lagi terkenang kunci yang hilang atau apa yang perlu dibuat selepas ini. Apabila OTAK masih sibuk fikir hal dunia, tandanya Parietal Lobe masih aktif.
Soalnya bagaimana mahu kurangkan aktiviti Parietal Lobe supaya solat lebih kusyuk?
13 cara tenteramkan Pariental Lobe
Untuk tenteramkan bahagian ini perlu PRAKTIS. Setiap hari.
Sama seperti orang berlatih sukan. Tanpa latihan tiada pencapaian. Caranya MUDAH. Perlu PRAKTIS dahulu.
1. Cari tempat yang tiada gangguan.
Boleh jadi bilik tidur atau mana-mana tempat yang sesuai. Jauh dari gangguan untuk 5 minit sebagai permulaan.
2. Duduk dalam keadaan selesa.
Cara duduk terpulang. Asal SELESA. Pejamkan mata atau buka bergantung pada tahap SELESA.
3. Bernafas melalui hidung.
Rasakan udara yang masuk. Sejuk @ panas. Hembus nafas melalui mulut. Rasakan udara yang keluar.
4. Teruskan bernafas.
Fokuskan pada bahagian dada yang turun naik apabila bernafas. Teruskan bernafas. Rasakan pergerakan itu.
5. Teruskan bernafas.
Alihkan fokus pada pergerakan di perut. Turun naik perut. Rasakan.
6. Mungkin fikiran akan melayang.
Biarkan. Kembalikan fokus pada rasa udara keluar masuk, gerakan di dada dan diperut.
7. Selepas dua minit, boleh mulakan zikir.
Ambil perkataan dua suku kata. Contohnya Allah. Ini akan aktifkan Frontal Lobe.
8. PRAKTIS 5 minit dahulu.
Buat untuk 12 hari. Tujuan utama untuk belajar tenteramkan PARIETAL LOBE.
9. Dapatkan Rentak.
Apabila sudah dapat rentak ini, setiap kali sebelum solat, lakukan aktiviti ini. Bernafas dan berzikir.
10. Perlu rancang waktu mahu solat. Beri lebih masa. Perlu ruang bertenang.
11. Bernafas dengan Tenang.
Selepas zikir dan sebelum mulakan solat bernafas dengan tenang. Berdiri dan bernafas dengan relaks.
12. Semasa solat nafas perlu dijaga.
Ritma nafas perlu selari dengan bacaan. Contohnya, tarik nafas dan baca ayat. Berhenti dan tarik nafas untuk ayat berikutnya. Kaedah ini akan tenteramkan parietal lobe.
13. Fokus pada sebutan bacaan.
Apabila fikiran melayang, tarik nafas, lepas. Sambung semula apabila dapat fokus kembali.
Perlu PRAKTIS. Tenang tidak bertandang tanpa diundang. Khusyuk itu REZEKI.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.