Isteri Berkerusi Roda, Suami Ni Buatkan Kabinet Dapur Khas. Hasilnya Puas Hati & Praktikal!

Share

Memasak di dapur dengan berkerusi roda tentu sahaja bukanlah mudah apatah lagi bila keadaan tempat memasak mempunyai kabinet bahagian bawah.

Seakan sukar dan tidak mungkin untuk orang yang berkerusi roda dapat memasak di ruangan tersebut dengan selesa dan selamat.

Memahami situasi itu, seorang suami ini telah membuat sendiri kabinet dapur untuk isterinya dengan ciri-ciri keselesaan tanpa mengetepikan idea rekaan yang cantik dan bergaya dengan menggunakan modal yang rendah.

Menghargai usaha yang dilakukan oleh si suami, isteri ini telah berkongsi hasil pertukangan yang dibuat oleh  suaminya di group Tukang Apa Hari Ini.

Perkongsian tersebut telah mencuri tumpuan dan ramai memuji suaminya yang sanggup bertukang demi isteri tercinta.

Ujar pemilik akaun Maria Ariana  tujuannya berkongsi di media sosial adalah sekadar suka-suka untuk memberi inspirasi kepada yang lain.

“Saja nak berkongsi dgn kawan-kawan projek tukang dari suami saya. Dia buatkan kabinet dapur yang bersesuaian dengan saya yang berkerusi roda(wheelchair),” tulisnya di kapsyen perkongsiannya.

Oleh sebab bajet kami tak besar so suami cubalah untuk buat sendiri. Setakat mana yang dia mampu buat, semua belajar dari youtube.

Turut dikongsikan kabinet dapur yang digunakan sebelum ini yang dilihat tidak mesra digunakan oleh isterinya yang berkerusi roda.

Diharapkan perkongsian ini akan dapat memberi inspirasi untuk sesiapa yang memerlukan dapur yang lebih selesa bila menggunakan kerusi roda.

Bahan-bahan yang diperlukan 

Playwood  12mm
Besi inci x 1inci
Besi inci x 2inci

Untuk kaunter top, keluarga ini menggunakan material rubberwood dengan ketebalan 36mm. Beli dengan ukuran 3kaki X 6kaki dengan harga RM230.

Untuk proses menebuk lubang untuk singki dan dapur memasak, suaminya menggunakan mesin jigsaw.

Langkah seterusnya turut dilakukan proses mencantumkan besi untuk dijadikan kerangka kebinet dan seterusnya proses membuat drower kabinet mengikut keseuaian.

Beberapa sentuhan diberikan untuk mencantikkan lagi bahagian kabinet yang dihasilkan, contohnya pada bahagian pemegang laci perlu dispray dengan warna gold memandangkan ketika dibeli adalah berwarna hitam.

Begitu juga pada bahagian dalam laci atau drawer kabinet di balut dengan sticker agar lebih kemas dan menarik.

Dan akhirnya terhasilnya kabinet dapur yang cukup praktikal dan menarik digayakan di ruang dapur.

Sumber : Maria Ariana

ARTIKEL MENARIK : Cara Kurangkan Air Bah Masuk Rumah, Begini Lelaki Ni Buat Bila Tiap-Tiap Tahun Hadapi Banjir!

Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

 

 

 

IKLAN