Dapat membantu suami menambahkan pendapatan keluarga antara faktor kenapa wanita masa kini ramai yang memilih untuk bekerja.
Tidak kiralah apa jua pekerjaan, baik yang di pejabat mahupun bekerja sendiri. Janji dapat rezeki halal dan dapat meringankan beban suami.
Bagi pelawak dari Kumpulan Zero iaitu Atu, dia bangga dengan hasrat isterinya menjual kek lapis demi menambahkan pendapatan mereka sekeluarga.
Biarpun dia merupakan orang yang dikenali ramai, namun Atu sama sekali tidak malu dengan usaha isterinya itu. Bahkan sebagai suami dia bangga dan terharu kerana isterinya sanggup berpenat demi membantunya.
Ads
“Untuk pengetahuan mereka-mereka yang suka ‘membawang’ tu, isteri saya buat kek lapis sebab dia berbakat dan rajin.
“Sudah minat dia ke arah itu, saya tidak akan menghalang. Lagipun dia bukan buat perkara tidak berfaedah, selain mengisi masa lapang dapat juga tambah duit poket sendiri,” katanya lagi.
Tambah Atu, selain Kek Lapis Ozon, isterinya turut mempunya label pakaian kanak-kanak sendiri, iaitu Kids by Akueatu.
Ads
“Isteri saya ada kelulusan dalam bidang rekaan fesyen dan idea untuk mengeluarkan pakaian untuk bayi dan kanak-kanak mula timbul selepas melahirkan puteri sulung kami, Dayang Sumayyah.
Ads
“Baju-baju Kids by Akueatu, isteri ‘design’ dan jahit sendiri.
“Cuma sekarang ini isteri sedang hamil anak kedua, saya nampak dia lebih fokus kepada perniagaan Kek Lapis Ozon, mungkin kerana tidak larat,” katanya.
Sumber: Astro Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Makanan melekat pada kuali ketika menggoreng menyebabkan kita jadi geram kan. Lebih-lebih lagi apabila makanan tersebut contohnya ikan, habis hancur isinya. Walaupun minyak sudah betul-betul panas tetapi masih lagi melekat. Bukan itu sahaja, kesan tersebut agak sukar untuk dibersihkan.
Untuk menghasilkan gorengan yang cantik dan tidak melekat pada kuali, ikutilah petua-petua berikut yang dikongsikan oleh Pn. Norazmawati Md Yusof dari Terengganu.
Petua 1
Mula-mula masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan. Setelah minyak cukup panas, sebelum menggoreng sama ada ikan, ayam, daging, tauhu dan lain-lain, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut. Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng. InsyaAllah ayam/ikan/daging anda tidak akan melekat lagi di kuali.
Petua 2
Selain daripada garam, anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing dan enak sekali.
Petua 3
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa.
Petua 4
Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging, gerenti tidak melekat.
Petua 5
Perapkan dengan sedikit cuka atau asam limau nipis, insyaallah tidak lekat dan gorengannya lebih enak dan minyak pun tak terserap dalam masakan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap anak berbeza-berbeza perkembangannya termasuklah juga dalam bab pembelajaran. Ada yang cepat ‘tangkap’ ada pula yang sedikit ‘slow’. Namun percayalah setiap antara mereka memiliki kelebihan masing-masing.
Bercerita tentang masalah anak bongsunya yang sedikit ‘lambat’ termasuklah dalam bab menulis dan memegang pensel, puan Hajar Binti Md Said , yang juga seorang guru berkongsi kaedah yang digunakan kepada anaknya.
Kami sekeluarga memang sudah gazettekan Omar ni anak bongsu. Hehehe. Jadinya bila begitu, secara automatiknya, kami memang berlambat-lambat dengan perkembangan Omar.
Terlalu enjoy zaman toddler dia.
Antara kesannya ialah, diantara adik-beradik, Omar yang paling lambat potty train, paling lambat pandai pakai baju dan seluar sendiri (ni pakai baju sendiri pun belum lepas lagi, seluor je boleh), paling lambat tidur asing dan masih belum boleh suap makanan sendiri (kecuali finger food).
Oh ya, masih hisap susu dalam botol..haiyaaaa
Apa-apa sahaja perkara yang disuruh, kalau tiada kena mengena dengan bermain, Omar suka beri jawapan; “Omar tak retilah.” “Omar penat.” “Omar mengantuk”, walau hakikatnya tak pun.
Dan dalam kebanyakkan kes, kami semua akan mengalah dan mengikut kehendaknya. Adehai…
Sampailah dah masuk tadika ni. Omar memang sangat asing dengan alat tulis atau alat mewarna. Abang-abangnya dulu adalah juga suka mewarna sebelum tadika. Omar? Pegang pensel pun tak pernah oiii!
Hujung minggu ni tengok dalam beg sekolah, ada 2 lembaran kerja “pencil tracing” yang perlu disiapkan.
“Jom, Omar kita buat kerja ni nak?” “Omar penat.” Ok dah agak dah jawapan ni. “Jomlah..kejap je. Meh. Mak tolong.” Dia pun melangkahlah ke meja jepun tempat kami buat kerja.
“Omar tak reti..” Yup, memang sangat awkward Omar pegang pensel. Bila mata pensel kena kertas langsung tiada tekanan.
Cikgu pun buatlah the next best thing. Cikgu terangkan macam mana hendak pegang pensel. Cikgu masukkan pensel dalam genggamannya dan turut menulis bersama-sama.
Dua tiga kejap, genggamannya lari dan kembali kepada cara pegangan yang salah. Ha..mulalah dia bermalas-malas nak buat.
Ok, en Google mesti ada cara, atau tip untuk bantu anak biasa pegang pensel.
Cari punya cari, memang ada banyak. Tapi cikgu pilih ‘Teknik Setokin”. Sebab apa? Teknik ni memerlukan paling sedikit instructions kepada anak.
Macam ni; 1️⃣ Cari setokin lama (yang dah tak muat atau tak pakai). Kalau boleh yang getah masih elok. Jangan guna setokin bapak dia. Besor sangat.
2️⃣ Masukkan setokin ke tangan anak. Kenalpasti (agak-agak je) di mana ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu.
3️⃣ Buat 2 lubang dengan gunting. Satu untuk ibu jari, satu untuk jari telunjuk dan jari hantu.
4️⃣ Pakaikan setokin pada tangan anak. Yang keluar hanya 3 jari. Jari manis dan jari kelingking automatik akan bergulung di dalam setokin.
5️⃣ Buatlah apa-apa cerita tentang setokin tu. Cerita cikgu macam ni:
” Ada sekor dinasaur ni, gigi dia ada 3 je tau (sambil angkat tangan anak yang ada setokin). Dia ni dinosaur pelik. Dia ni tak macam dinosaur lain, makan daging ke, daun ke. Dia makan batang kayu. Kalau ada batang kayu, dia gigit kuat-kuat, tak bagi lepas.
Sambil-sambil cari batang kayu (baca pensel). Haaa….macam ni (tunjuk pensel). Kayu macam ni dia suka.
Hulur pensel ke tangan anak.
“Ha! Gigit kuat-kuat tau! Jangan lepas!”
Lepas tu, cubalah beberapa latihan tracing.
Hendak kata terus boleh tulis tu, memang tidaklah. Tetapi mood dia jadi lain sikit. Nak jugaklah menulis.
Tekanan pun kuat sikit. Jari-jari dia susah nak kembali ke pegangan yang salah. Dapatlah buat beberapa latihan.
Dapatlah juga siapkan homework.
Masih belum mahir lagi. Bak kata orang putih, practice makes perfect. Lama-lama buat, plus doa, Insya Allah boleh
Ps: bolehlah cuba kalau mahu. Kalau tahu ada yang nak cuba, boleh share.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.