Syarat wajib bagi wanita yang ingin mengerjakan haji  mestilah Islam, baligh, berakal, merdeka,  berkemampuan serta mendapat keizinan suami atau wali.

Mereka juga mestilah tidak berada dalam edah. Selain itu, seseorang wanita itu juga perlu ditemani suami atau mahram atau teman wanita yang dipercayai.

Namun baru-baru ini, jurucakap Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH) menyatakan, wanita yang berusia 25 tahun ke atas kini dibenarkan masuk ke Arab Saudi tanpa mahram. Sebaliknya, mereka boleh berbuat demikian dengan menggunakan visa pelancong .

Arab News di dalam laporannya ada menyebut, kebenaran tersebut tidak termasuk wanita berusia 25 tahun ke bawah kerana mereka perlu ditemani ahli keluarga atau mahram untuk ke negara itu.

Ketua Pengarah, Jabatan Pelesenan SCTH, Omar Al-Mubarak, berkata:  visa pelancong akan berfungsi sebagai dokumen masuk tunggal dan ia sah selama 30 hari.

IKLAN

“Visa ini merangkumi mereka yang sudah berada di Arab Saudi, termasuk yang bekerja, melancong, menunaikan haji dan umrah,” katanya.

SCTH berkata, peraturan membabitkan pengeluaran visa pelancong itu akan diumumkan sebelum berakhir suku pertama tahun ini.

IKLAN

“Peraturan eksekutif membabitkan pengeluaran visa itu sedang dimuktamadkan.

“Jabatan Teknologi Maklumat SCTH juga sedang membangunkan sistem elektronik bagi mengendalikan pengeluaran visa pelancong ini dengan kerjasama wakil Pusat Maklumat Kebangsaan dan Kementerian Luar,” kata Omar kepada Arab News.

IKLAN

Sementara itu, pelaksanaan sistem visa pelancong sepanjang 2008 hingga 2010, berjaya menarik lebih 32,000 pelancong mengunjungi Arab Saudi.

Ketika ini, prosedur pengeluaran visa itu dikendalikan beberapa syarikat pengendali pelancongan yang diberikan lesen oleh SCTH, ia bagi menaik taraf sistem visa pelancong sedia ada bagi membolehkan orang ramai meneroka destinasi baharu pelancongan di Arab Saudi.

sumber: Mstar

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI