Rumahtangga ni jika pasangan saling membantu dan menghargai pastinya ia akan bahagia.

Namun jika suami menganggapn isteri sebagai bebanan kepada suami ia pasti akan menjadikan rumahtangga itu pincang. Akan ada pelbagai masalah yang ada.

Begitu juga dengan perkongsian oleh Firdaus Shakirin. 

Moga pasangan muhasabah diri.

Isteri Bukan Bebanan Suami. Tapi Tanggungjawab Suami. Deep.

IKLAN

Jika kita anggap isteri tu bebanan, maka kita akan terbeban…

Sebenarnya isteri bukan bebanan suami, isteri adalah tanggungjawab suami…bila kita berkahwin, Allah bukan membebankan kita org lelaki yg jadi suami ni utk menanggung isteri dari segi tempat tinggal, makan minum, pakaian, perubatan serta perlindungan…

IKLAN

Allah meletakkan isteri dibawah tanggungjawab seorang suami…Allah amanahkan isteri utk suami jaga…

Isteri Bukan Bebanan Suami. Tapi Tanggungjawab Suami. Deep.

IKLAN

Jika kita menganggap isteri itu hak kita dan kita boleh buat apa saja terhadapnya seperti mengabaikan dirinya, tidak bertanggungjawab terhadapnya, melukakan hati dan perasaannya, menganiayai dan memukul dirinya, maka disitu kita silap…

Perbuatan kita terhadap isteri itu boleh menyebabkan kita ke neraka…

Sbb Allah tidak mengamanahkan seorang isteri kpd seorang suami utk didera, dianiaya, dizalimi dan dideritakan…itu bukan tujuan sesebuah perkahwinan dibenarkan, sesebuah hubungan dihalalkan dan sesebuah rumahtangga didirikan…

Kena ingat, isteri tu amanah…bila amanah, maka kita kena jaga dgn baik2, bagi perlindungan, bagi kasih sayang, bg segala kewajipan yg kita patut bagi kpdnya…baru amanah itu kita pegang dgn sebaiknya dan baru kita boleh masuk syurga…

Jgn sesekali pernah rasa terbeban dgn adanya isteri…isteri bukan bebanan dan jika isteri itu satu bebanan, maka hiduplah sendirian.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI