Bagi kaum isteri yan demam, bukan makan ubat semata untuk kembali sembuh. Apa yang diharapkan kepada suami tersayang adalah mengambil berat atau paling sweet menghiburkan hati isteri. Begitulah yang dilakukan oleh pelawak, Achey Bocey kepada isteri tercinta, Nor Hasanah Yahaya. Sweet sangat!
Menerusi Instagram, Achey memuat naik video yang memaparkan gelagat lucunya bagi menghiburkan isterinya yang sedang demam. Telatah Achey mendapat komen dari netizen yang berpendapat gelagat Achey kongsikan video itu kepada umum dikatakan sangat menghiburkan dan melucukan. Memang betulah pasangan ni happy go lucky!
Antara kata-kata netizen ialah “pasangan loving couple + gila2 + selamber jer + funny”, “Aku tengah sedih pun gelak tengok video ni” , “Aku tengah sedih pun gelak tengok video ni , thank you sebab hiburkan” dan “hahahhahaha,terhibur aku tgok. sporthing btoi laki bini ni”
Bestnya kan suami lucu macam ni. Memang demam terus jadi baik. Selain hiburkan isteri ketika demam, berikut tip bagaimana nak happykan isteri ketika demam. Jom kita hadam jap. Encik Suami sila baca ye
4 TIP SUAMI KENA BUAT BILA ISTERI DEMAM
1.Urut isteri
Ads
Sentuhan kepada isteri akan memberikan aura postifnya. Gunakanlah masa ini untuk mengurut pasangan anda. Perhatian daripada suami ini akan membuatkan isteri rasa dirintya dihargai dan disayangi suami walaupun semasa dirinya sakit.
Membantu hal kerja rumah
Mengemas rumah, memasak, memandikan anak, membasuh pinggan adalah antara perkara yang anda boleh buat ketika isteri demam. Biarlah isteri rehat.
Ketika duduk di sebelahnya, bersembanglah dengan isteri. Banyakkan berbual tentang topik yang menarik dengannya.
Selalu mendoakan isteri
Dalam setiap tadahan doa anda selepas solat, jangan lupa untuk diselitkan nama isteri. Titipkan buatnya doa yang indah-indah termasuk doakan diberikan kesihatan yang baik untuk isteri. Mintalah pada Tuhan semoga isteri anda akan terus menjadi penyejuk mata, penenang hati, dan penguat iman anda.
Sumber: Istagram acheykintangkintung
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penghujung tahun lalu, tular satu kisah yang menimpa seorang rakyat Malaysia, Daniel Arif Ahmad Fuad.
Pemuda berusia 22 tahun ini terbabit dlaam kemalangan di tempat kerjanya. Akibat tragedi tersebut, separuh dari kakinya hancur ketika bekerja di sebuah kilang pengisar sampah di Samseong, Seoul Korea Selatan.
Baru-baru ini Danial Arief berkongsi kisah terbarunya selepas peristiwa tragik tersebut. Perkongsian danial arief dimuat naik olehnya melalui laman facebook.
PADA HARI KEJADIAN AKU….
Harini mood aku agak membosankan sebab tak pergi mana. Yelah cuaca sini kejap ok kejap tak kan. So aku harini rehat je dalam bilik aku. Ramai org yang baru follow aku nak tahu macam mana terjadi. Apa sebab terjadi. Ok. Ada sikit benda aku nak tulis cerita pada hari kejadian.
Isnin 19 Oktober 2018 Aku bangun pagi macam biasa pukul 6 pagi. Start keje pukul 7 pagi. Dah mandi apa semua pukul 6:40 aku turun ke bilik lepak hisap rokok. Yang anehnya, safety boot aku hilang pada hari tu. Dah mcm orang gila aku cari tak jumpa. Takpe la. Aku pinjam kasut member aku then terus pergi start mesin. Maklom la tu la keje aku. Start mesin recycle.
Pukul 9 pagi aku punya agen kesayangan aku datag. Aku panggil dia Omma sebab dia dah macam mak aku dan layan aku macam anak dia. Dia ambik aku sebab nk pegi klinik check kaki aku. Seminggu sebelum tu, kaki aku terkena pisau bahagian betis. Dalam dia punya luka beb. Settle je kt klinik dia tanya aku nak makan apa. Aku jawab je la tak kisah pun. Sekali bawak aku pegi Lotteria. Haaa makan burger bhai breakfast. Katanya pizza tak bukak lagi. Hahaa. Habis makan terus hantar aku balik kilang.
Pukul 3 petang mesin stop sebab jem tetiba. So aku as operator, technician, engineer apa semua aku pegi tolong tengok apa yang jadi. Mesin tu tak bergerak beb. Takleh jalan. Kitorang pon heran. Aku pon tanya la kat aku punya leader means orang lama, nak tak masuk dalam mesin. Dia kata ok jap nk stop mesin. Dia dah settle ok aku masuk. Tengah clearkan benda yg boleh punca sangkut tetiba aku terjunam dalam pengisar. Allahuakbar! Aku jerit! Aku mengucap! Aku fikir aku nk mati. Kaki aku kebas! Aku tengok peha aku isi terkeluar. Menitik air mata aku. Aku mengucap banyak kali. Sempat mesin tu member aku stopkan. Ya Allah member aku semua keliling aku menangis tengok aku. Sahabat aku nak pengsan. Menggigil aku tgk. Diorang bagi aku air. Time tu aku meraung sekuat hati!! Aku jerit Laillahaillallah.
Lepas 3 minit bomba dan medik datang. Dia tenangkan aku. Check tekanan aku mcm mana. Memang aku haus ya amat. Aku fikir ya Allah inikah sakaratul maut??? Aku rasa dahaga sangat-sangat. Sebelum diorang datang aku minum 2 botol air member aku bagi. Org medik tu tanya aku nama apa, duduk mana. Aku dah stress dah. Aku minta air dia kata tak boleh. Bahaya. Aku heran laa. Pastu dia bagi bantuan oksigen kat mulut aku. Boleh pulak dia ajak borak dengan aku. Ok kaki kanan aku memang hancur habis. Kaki kiri sangkut. So diorang decide untuk potong. Time dorang potong tu. Allahuakbar azab dia. Sakit yang tak pernah aku rasa. Lepas habis potong terus diorang angkat aku berjemaah masuk ambulans.
Dalam ambulans pulak aku minta air. Wehh memang aku rasa dahaga sangat2!!! Dia tetap tak nak bagi. Aku tak nak pandang langsung apa jadi kaki aku. Takut aku pengsan. Tetiba ambulans berhenti. Tudia helikopter mai. Aku naik helikopter pulak. Time tu aku dah nak pengsan dah. Ada sorang tu tah la aku tak tau dia tampar muka aku. Dia cakap wake up! Pastu dia tanya apa makanan kegemaran aku. Kenapa tak suka makanan korea? Aku time tu sabar je. Mengucap je kt hati ni. Masa sama aku nk melayang. Aku pening sangat. Lepas 5 minit aku sampai Hospital Ajoudae. Kelam kabut diorang bawak aku. Time tu aku nampak kabur dah. Pang kena tampar lagi kat muka. Masuk je dalam bilik bedah, aku tgk seramai tidak weh doktor sambil record aku ramai. Pastu dia letak anesthesia kat hidung aku terus pengsan…..
Lepas 3 hari aku pon sedar… Benda pertama aku cari air. Memang aku dahaga sgt2. Sakit betul tekak aku diorang letak apa benda tah. Esok hari pulak pukul 6 petang mak dan ayah aku masuk tengok aku. Ya Allah betapa sedihnya aku tengok diorang nangis. Sumpah aku tak kuat…
So pengajarannyaa lepas ni nak kerja safety utamakan ok. Fikir logik. Jangan jadi macam aku.
Di sini saya nak kongsikan beberapa langkah yang boleh kita usaha demi mendapatkan giliran haji ketika usia muda atau sekurang-kurangnya untuk “lajukan” giliran kita.
Ada 4 langkah semuanya;
1) Buka akaun Tabung Haji.
2) Daftar Haji. Untuk mendaftar, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM1300 di dalam akaun Tabung Haji. Kemudian anda akan diberi jangkaan tahun berapa anda bakal menunaikan haji. Lokasi untuk mendaftar: Di mana-mana cawangan TH, laman web TH, Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank, atau ATM BIMB
3) Kumpulkan duit sekurang-kurangnya RM10k. Mungkin part ni kita akan rasa susah sedikit. Tapi kalau kita memang betul-betul bersungguh nak capai RM10k tu, inshaAllah tempoh menunggu tu tidak lama jika kita konsisten menabung.
4)
a)Bila duit dalam akaun anda dah cukup RM10k, anda dah boleh mula buat rayuan. Kalau tak cukup RM10k pun sebenarnya boleh merayu, tapi kebiasaannya pihak Tabung Haji akan melihat adakah wang kita sudah mencukupi untuk membayar pembiayaan haji. Dikhuatiri jika rayuan diluluskan, tiba-tiba duit belum cukup, jadi tawaran perlu ditolak dan perlu diganti dengan orang baru. Jadi sebaiknya anda cukupkan dahulu RM10k tersebut di dalam akaun anda.
b) Setiap tahun, Tabung Haji akan membuka kaunter rayuan Haji. Anda perlu alert bilakah tarikh kaunter ini dibuka. Ia tidak dibuka sepanjang tahun. Ketika inilah ramai orang akan mula menulis surat rayuan dan menyatakan sebab-sebab kukuh mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan mereka. (untuk surat rayuan ini, cubalah beri alasan dan sebab yang kuat mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan anda).
c) Kalau anda nak tahu, untuk Haji tahun ini tahun 2016, ada sekitar 2500 orang sekitar Lembah Klang yang dijadualkan akan menunaikan haji, namun selepas ujian pemeriksaan kesihatan, 60% tidak lulus (atas faktor kesihatan) dan tidak dapat meneruskan proses seterusnya untuk menunaikan haji. Bermakna, ada banyak kuota baru yang kini kosong! Itu baru cerita di Lembah Klang, pastinya setiap negeri setiap daerah akan ada kuota kosong yang perlu diganti dengan orang lain. Mungkinkah anda orangnya? Tak mustahil.
d) Ada lagi kuota kosong pada setiap tahun akibat kematian. Iaitu apabila calon haji itu meninggal sebelum sempat menunaikan haji pada tahun tersebut. Jika yang meninggal itu lelaki, dan dia pada asalnya mahu menunaikan haji dengan isterinya, bermakna kuota isterinya juga perlu diganti dengan orang lain. Kerana wanita yang kematian suami, di dalam tempoh iddah, tidak boleh menunaikan ibadah haji.
e) Nak lagi kuota kosong? Yang ini mungkin tidak terlalu banyak, tetapi biasanya tetap ada, iaitu wanita yang hamil sebelum berangkat menunaikan haji. Jika dia sepatutnya menunaikan haji pada tahun sekian-sekian, tetapi ditakdirkan dia hamil sebelum berangkat, maka pihak Tabung Haji tidak akan membenarkannya menunaikan haji. Jadi akan ada lagi kuota kosong untuk anda.
Jadi jelaslah di sini bahawa sebenarnya ada sangat banyak peluang untuk anda mendapatkan kuota haji dan tidak perlu menunggu giliran tahun yang asalnya ditetapkan oleh pihak Tabung Haji untuk anda.
Tentang bilakah tahun yang anda akan dapat tu, ia bergantung kepada Allah, Allah melihat usaha kita, dan percayalah, Allah tidak akan mensia-siakan setiap usaha hambaNya.
Nota cara menabung secara ringkas:
1) Untuk menabung dalam tempoh 8 tahun: RM25 seminggu atau sehari RM3.60 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM25 x 52 minggu = RM1300. RM1300 x 8 tahun = RM10400). Atau, nak lagi cepat?
2) Untuk menabung dalam tempoh 4 tahun: RM50 seminggu atau sehari RM7.14 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM50 x 52 minggu = RM2600. RM2600 x 4 tahun = RM10400).
Kesimpulannya kalau sekarang umur anda masih di awal 20-an, tak mustahil sebelum umur 30 anda sudah boleh menunaikan haji, atau selewat-lewatnya sebelum anda mencecah 40 tahun, inshaAllah fizikal masih sihat ketika itu.
BAGAIMANA MAHU BUAT RAYUAN PERGI HAJI?
Untuk permohonan rayuan haji, sila kemukakan surat rayuan dalam format surat rasmi yang lengkap bertandatangan kepada:
Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.
Isi kandungan surat rayuan:
Nama penuh
Nombor akaun TH
iii. Nombor MyKad
Tujuan rayuan
Tandatangan
Bakal Haji juga boleh melampirkan dokumen berkaitan sebagai sokongan kepada rayuan tersebut. Dan ini Contoh Surat Rasmi Rayuan Haji 1437H.
Rogayah binti Mokhtar
Lot 1234, Jalan Sinar
Kampung Harapan
84000 Muar
Johor
18 Disember 2015
Kepada,
Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.
Tuan/Puan,
RAYUAN UNTUK MENDAPAT TEMPAT MENUNAIKAN HAJI PADA MUSIM 1437H/2016M
NAMA PENUH: ROGAYAH BINTI MOKHTAR
KAD PENGENALAN: 450101-01-0400
No AKAUN TH: 12345678
Saya memohon jasa baik dan budi bicara yang ikhlas daripada pihak tabung Haji agar dapat menawarkan tempat kepada saya untuk menunaikan Haji pada tahun 1437H atau 2016 Masihi.
Saya memohon dipercepatkan kerana usia yang telah lanjut (70 tahun) dan saya telah 5 kali menjalani Kursus Haji tetapi masih dalam senarai menunggu. Simpanan saya juga telah mencukupi untuk menunaikan haji dalam waktu terdekat ini.
Semoga pihak tabung haji dapat menunaikan rayuan saya yang tersebut di atas.
Sekian, terima kasih.
Yang Mengharap,
(ROGAYAH BINTI MOKHTAR)
No K/P: 450101-01-0400
sumber : Muhammad Yaakub Yusra
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sambutan menjelang Aidilfitri tahun ini digambarkan lebih meriah dan berseri apabila kerajaan dalam satu pengumuman bersetuju membenarkan operasi bazar Ramadan, bazar Aidilfitri dan solat tarawih di seluruh negara pada bulan Ramadan ini.
Operasi Bazar Ramadan dan Aidilfitri dibenarkan di seluruh negara sepanjang Ramadan ini dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat dan kemas.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, paling penting prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dan akan ditentukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri masing-masing.
Selain itu jelasnya, kerajaan turut membenarkan solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau di seluruh negara dengan jumlah kehadiran jemaah tertakluk kepada pihak berkuasa agama di setiap negeri.
“Apa yang penting adalah SOP perlu dipatuhi sepenuhnya, antaranya seperti lokasi di kawasan terbuka, menyediakan laluan sehala, pintu masuk dan keluar berbeza, pendaftaran MySejahtera di pintu masuk serta kawalan jumlah pengunjung.
“Selain itu waktu operasi bazar Ramadan dari jam 3 petang sehingga 8 malam dan bazar Aidilfitri dari jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam,” katanya semasa sidang media pada Selasa.
Dalam pada itu kata Ismail, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) merekodkan seramai 5.633 juta orang sudah mendaftar bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sehingga Isnin.
Katanya, bagi mudahkan cara, JKJAV telah memperkenalkan lima kaedah pendaftaran iaitu aplikasi MySejahtera, talian Hotline 1800-888-828, laman sesawang vaksincovid.gov.my; atau hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta.
Selain itu, aplikasi juga boleh dibuat melalui program bantuan bagi penduduk luar bandar dan pedalaman oleh agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan pergerakan merentas negeri masih kekal tidak dibenarkan. Walaupun begitu, rentas negeri hanya dibenarkan untuk aktiviti pelancongan sahaja.
Menurutnya, aktiviti pelancongan daripada negeri PKPP ke negeri PKPP melalui konsep gelembung pelancongan perjalanan pelancongan di dalam negara yang menggunakan syarikat dan agen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC sahaja dibenarkan.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.