Rumah ku syurga ku! Itulah perumpamaan apabila kita inginkan sebuah rumah yang tenang apabila kita melangkah masuk ke dalam rumah.
Rumah mewah tidak semestinya memberikan kebahagiaan. Sebaliknya rumah biasa-biasa dengan dekorasi minimalis memberikan aura luar biasa.
Ada orang suka rumah yang ringkas, ada juga yang suka dengan hiasan dengan tema tertentu. Ia bergantung kepada citarasa seseorang
Namun bagi mereka yang suka kepada kekemasan, masa yang terhad dengan kekangan masa atau anak yang ramai yang menguruskan rumah tanpa pembantu rumah lazimnya suka kepada susun atur rumah yang ringkas, mudah serta kemas. Dengan ini, rumah ‘maintain’ kemas tanpa perlu berkemas hari-hari.
Barangkali, bagi mereka yang superbusy, boleh cuba tip susun atur oleh puan, Siti Hafizah Yusop.
Inspirasi ideanya. Selamat mencuba!
P/S: Cuba LIHAT NI banyak lagi idea di sini tau!
KONSEP ONE STOP CENTRE
Rumah saya ada empat bilik dan satu airwell. Saya bahagikan ikut bilik utama, bilik anak, bilik baju, bilik buku dan ruang dobi.
Bilik tidur hanya ada katil sahaja. Tak ada barang lain. Almari baju pun tak ada. Baju semua di’one-stop-centre’kan di bilik baju. Side table juga tak ada.
Bilik anak-anak juga begitu. Hanya ada katil. Meja belajar, buku-buku semua di’one-stop-centre’kan di bilik buku. Kalau nak belajar, kami akan berkumpul setempat dan bawa semua keperluan belajar, dah sudah, letak balik di bilik buku.
RUANG BAJU
Bilik baju saya gunakan konsep baju tergantung. Dah bertahun guna konsep ni. Saya merasa lipat baju waktu travel je kot sebab kena masuk beg, kalau tak mungkin tak merasa lipat baju haha. Konsep ini sangat membantu menjimatkan masa para ibu dan isteri. Langkah dia semudah masuk baju dalam mesin, sidai guna hanger, angkut hanger ke tempat masing-masing di bilik baju, selesai! Pakaian kecil-kecil masuk je dalam kotak tapi pastikan satu jenis satu ‘rumah’. Kain pelikat, kain batik, tuala tu kena lipat tapi easy peasy ja tu. Kalau nak tanya tips urus baju, saya takmo cadang lain selain konsep ni hehe.
BILIK BUKU
Bilik buku pula ada rak buku dan meja belajar. Itu sahaja. Nak bagi kemas, tersusun, efektif, sentiasa gunakan konsep SETIAP BARANG ADA ‘RUMAH’ SENDIRI. Jangan sekali-kali campur aduk bila kemas. Memang awal nampak kemas tapi bila nak guna pakai, dia akan berterabur semula. Mak saya cakap saya kemas sekali nak pakai setahun. Masin mulut ibuku. Memang saya kemas supaya senang maintain. Takmau kemas benda sama banyak kali.
RUANG DOBI
Ruang dobi saya letakkan di airwell rumah. Developer buat ruang macam ni kat rumah. Dia sebenarnya langit terbuka tapi kami tutup dengan zink lutsinar supaya hujan tak masuk tapi cahaya matahari boleh masuk. Sidai baju boleh kering. Sidai orang pun boleh kering haha, betul panas. Di sini ada mesin basuh, ampaian, dan sedikit ruang untuk barang-barang stor contohnya cat, tangga dll.
RUANG DAPUR & MAKAN
Dapur, ruang tamu, ruang makan pun sama. Ada perabot asas sahaja dan memang digunakan seharian. Kalau yang tak ada function, saya tak akan beli. Kalau dah terbeli, saya akan let-go. Semua perabot tak bertukar selagi tak rosak. Sebab tu kalau mai dulu dengan sekarang, itu jugalah rupanya.
Dinding semua kosong. Tak ada sebarang deko kecuali jam dan cermin. Saya tak rajin nak lap habuk kat bingkai-bingkai tu semua. Dulu pernah cuba nak hias-hias tapi tak kena dengan jiwa. Cabut balik, let-go semua. Kat dapur je ada bingkai sebab nak tutup cela pada dinding (retak sikit sebab alih pintu toilet yang asal).
SUKA RUMAH KONSEP MINIMALIS
Rumah saya juga tak ada sebarang karpet kecuali satu pvc mat, meraikan tetamu yang lebih selesa duduk bawah.
Perjalanan minimalis saya ni entah bila mulanya. Tau-tau dah kosong je rumah. Adik saya cakap macam orang baru pindah. Haha.
Seronok. Lega. Tu perasaan saya dapat beritahu tentang journey ni. Banyak lagilah yang saya minimaliskan. Bukan rumah je, corak pemakanan, penjagaan seharian semua terkesan. Masih banyak perlu saya baiki. Masih banyak nak belajar. Kalau sempat saya kongsi di sini. Mana baik boleh jadikan tauladan.
Ps – Mak saya pun dah berjaya saya jebakkan penyakit minimalis ni. Rumah mak dulu banyakkkk barang tapi sekarang dah lapang.
P/S: Nak tahu aktiviti kekeluargaan yang menarik dan petua-petua JOM JOINT TELEGRAM KELUARGAGADER
Kredit: Susun Atur Sioca