Apabila seorang lelaki yang bertanggungjawab berkahwin. Keutamaan dirinya telah jauh ditolak ke belakang. Apa yang ada pada dirinya menjadi kurang penting. Lebih-lebih lagi apabila insan tersayang bernama isteri menderita sakit.
Pengorbanan seorang suami yang sanggup melakukan apa saja demi isterinya benar-benar meyentuh hati. Inilah yang ditunjukkan oleh seorang lelaki yang beraksi seperti seorang ‘Spiderman’.
Dia dilihat menolak kerusi roda wanita berstatus orang kurang upaya (OKU) di sekitar Georgetown, menarik perhatian orang ramai terutama kanak-kanak. Ada minta mahu bergambar dan tidak kurang menghulurkan sumbangan ikhlas kepada penghibur jalanan itu. Spiderman terbabit, Ahmad Shakirin Mohd Zain, 50, yang juga pelukis jalanan, berkata dia sudah lebih setahun menjadikan kerjaya itu sebagai pekerjaan sambilan meraih pendapatan dan mencari dana bagi merawat isteri, Nur Aznita Mohd Ismail, 37. Sebelum ini, Ahmad Shakirin bekerja sebagai pelukis di Pasar Seni, Kuala Lumpur manakala isterinya adalah tukang masak di restoran terkenal di ibu kota. “Isteri saya pernah terjatuh di bilik air menyebabkan dia mengalami serangan angin ahmar dan kerana menghidap kencing manis, kaki kanannya terpaksa dipotong daripada lutut ke bawah. “Selepas itu, kami berpindah ke Pulau Pinang dan mencuba nasib mencari rezeki di sini dengan cara ini,” katanya yang menjadikan bilik tumpangan dengan kadar sewa RM55 sehari di tengah bandar raya sebagai tempat berteduh. Ahmad Shakirin berkata, sebelum ini pendapatannya bergantung kepada hasil upah melukis dan menjual lukisan di beberapa lokasi tumpuan pengunjung sekitar ibu kota. Katanya, melihatkan ramai kenalannya mampu meraih wang dengan berpakaian adiwira, dia membeli sut pakaian itu menerusi dalam talian dengan harga RM180. “Sebenarnya kami suka kanak-kanak namun belum mempunyai rezeki cahaya mata dan dengan cara ini dapatlah kami menghiburkan kanak-kanak itu. “Selain sebagai terapi diri, kami berasa gembira apabila dapat berdamping dengan kanak-kanak dan berharap orang ramai mendoakan kesejahteraan saya serta isteri,” katanya. Ahmad Shakirin berkata, bukanlah maksudnya untuk meminta-minta, tetapi mereka pernah menerima sumbangan sebanyak 20 sen selepas diminta beraksi Spiderman dan bergambar dan dia tetap menerima sumbangan itu kerana paling penting ialah keikhlasan si pemberi. Katanya, mujurlah pemilik bilik tumpangan disewa mereka memahami keadaan suami isteri berkenaan. “Selepas isteri sembuh nanti, dia bercadang mahu menjana pendapatan dengan menjual makanan berikutan kepakarannya dalam menyediakan pelbagai jenis masakan,” katanya.
Santan kotak antara yang menjadi pilihan ibu-ibu terutama jika last minute tiada santan segar di rumah. Memandangkan santan kotak boleh dibeli dan disimpan dalam tempoh yang lama, jadi tiada masalah berbanding santan segar.
Ada yang suka membeli dalam pek yang besar, ada juga yang gemarkan pek kecil. Jika membeli pek besar, lebihannya terpaksalah kita simpan di dalam peti ais. Kadangkala kalau tak sempat masak, santan yang kita simpan basi begitu sahaja. Sudahnya terpaksa dibuang dan membazir.
Perkongsian cara penyimpanan santan yang dilakukan oleh Hafizah Hayat menerusi facebooknya ini boleh kita contohi. Paling penting dapat elakkan pembaziran. Asingkan awal-awal dan guna hanya yang perlu sahaja. Jom kita ikut langkahnya.
Ya Allah , kenapa la boleh tak terfikir . Packing kecik-kecik , letak kat tempat beku.
Nak pakai nati defrost danblend guna air panas. Santan pon tak ketul -ketul .
Terima kasihlah owner gambar , share ilmu ni . Kalau tidak sampai kesudah takut beli santan kotak besar .Yela takut tak habis dan basikan.
Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi tip apabila menggunakan santan kotak besar. Menurut Saudari Diana Afiqah, selepas menggunakan santak kotak, kelepet kan atas dan boleh digunakan lagi santan tu jika diperlukan.
Selain wajib mengambil ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor ketika sakit, tak salah jika anda mencuba cara tradisional pula untuk lebih mempercepatkan dan meredakan masalah yang anda hadapi.
Limau kasturi antara salah satu bahan utama yang sangat membantu dalam beberapa masalah. Antaranya seperti masalah batuk, demam serta beberapa masalah sampingan lain yang berjaya dipulihkan dengan bahan yang satu ini. Jom cuba.
1. Batuk
Ambil limau, kicap dan garam. Minum setiap pagi dan malam secara teratur. Lama-kelamaan batuk akan beransur pulih.
2 . Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan basahkan kain pada air rebusan lalu ditempelkan pada dahi pesakit.
3 . Pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
4 . Lelah
Ambil sesudu madu, kemudian campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Amalkan cara ini seminggu sekali.
5. Kegemukan
Perahan limau kasturi yang di campur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
6. Kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau kasturi. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
7 . Kepala Berbau
Ambil beberapa biji limau kasturi dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kulit kepala.
Sumber : Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lumrah berumahtangga apabila dugaan dan cabaran sentiasa datang dan pergi, pasang dan surut tidak mengenal masa dan ketika. Pastinya banyak yang perlu ditangani bersama agar rumahtangga dapat diuruskan dengan sempurna.
Begitu yang dialami oleh wanita ini melalui perkongsiannya di laman facebooknya Siti Zakirah Ghazali mengenai keperitan hidupnya menjadi pencetus kepadanya untuk melepaskan jawatan sebagai penjawat awam dan memilih bergelar ahli perniagaan.
Dalam tempoh peralihan itu, pelbagai pengalaman pahit dilalui termasuk suami kemalangan’, ditipu ketika berurusan perniagaan dan masalah kewangan. Namun ia tidak mematahkan semangatnya. Tetap berusaha tanpa menoleh kebelakang. Kini, jauh disudut hati, ibu kepada tiga orang anak ini bersyukur setelah impiannya tercapai dengan mampu membina empayar sendiri.
Ikuti sebuah perkongsian yang sungguh inspirasi bahawa jangan putus asa untuk mencuba sehingga berjaya.
Sejak akhir-akhir ni hangat isu BERHENTI KERJA/RESIGN. Berbaloikah❓
Salam perkenalan dari BEKAS PENJAWAT AWAM PPKP GRED U29 . Atau lebih dikenali dengan jawatan INSPEKTOR KESIHATAN.
Ramai yang berhenti kerja hidup senang-lenang, berjaya dan mewah. Tak kurang juga yang merempat, menyesal dan mengais pagi makan pagi demi sesuap nasi.
Genap 3tahun berkhidmat sebagai penjawat awam, suami pula genap 1tahun. Masa ni aku partime buat kuih tapi penat sangat sebab anak dua2 kecik. Dua2 masih tak reti bertatih. Fuhh. Kehidupan bertambah berat apabila suami terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa pulang dari kerja. Cuti sakit selama 400hari. Disini bermulanya keperitan hidupku. Dirumah akulah ibu akulah bapa, akulah isteri akulah suami. Dulu masa suami sihat ada juga duit lebih sebab dia partime buruh kasar. Sekarang memang zero lah. Harapkan separuh dari gaji U11 memang tak tertanggung. Pagi2 sebelum kerja, aku hantar anak ke taska. Kemudian aku akan ke tempat kerja punch card dan minta kebenaran bos keluar urus suami. Aku akan balik siapkan suami untuk dibawa ke klinik terdekat bersihkan luka. Siap dia makan minum aku akan masuk kerja semula. Petang2 balik kerja, selepas amik anak aku akan bawa mereka pusing2 dengan kerusi roda. Kesian juga suami bosan terperuk dirumah. Keadaan ini sukar kerana kami tinggal jauh dari kampung dan keluarga. Minta tukar balik kampung tapi xada rezeki.
Apabila keadaan suami beransur pulih. Aku tekad nak ubah nasib keluarga, aku mohon sambung pengajian supaya boleh naik pangkat atau mohon pekerjaan lain. Harapan aku, boleh la hidup senang sikit gaji besar. Suami dengan patah kaki sanggup hantar aku sampai depan asrama di USM p.pinang. Tapi aku lupa, jika kau tak berduit, secomel mana pun anak kau, sebagus mana pun anak kau, xkan ada orang yang sudi jaga mereka dalam tempoh masa yang lama walaupun saudara mara. Aku betul betul terkesan dengan isu ini. Aku sempat belajar 6bulan sahaja. Kemudian aku terminate walaupun ia sebuah impian besar. Dahla time tu suami terpaksa pinjam duit RM1k untuk bayar yuran pendaftaran pengajian aku. Maafkan aku.
Beli barang niaga di Vietnam
Aku kembali bekerja seperti biasa dan uruskan anak2 serta suami yang masih bersimen kaki nya. Aku pinjam duit tabung di pejabat sebanyak RM2,000, campur duit gaji kami, campur simpanan dalam tabung haji dan aku ajak suami ke vietnam untuk beli barang niaga. Jenuh jugak bawak dia dengan berkerusi roda, imegresen tanya macam2 hihi. Aku bagi alasan bawak suami sakit ke sana untuk berubat haha. Suami boleh berdiri dan berjalan dengan kaki simen tp xboleh lama nanti sakit. Sukar jugak nak kemana2 sebab kami tambang taxi motor je. Nak naik yang kereta takut lari bajet.
Walaupun sukar giler kat sana, kene tipu hidup2, dibawa lari oleh taxi moto tu. maklumlah first time sampai sana. Tapi akhirnya kami boleh juga beli tudung dan kasut untuk dibawa balik malaysia. Aku jual online dan offline. Pukul 8pg-5ptg kerja seperti biasa. Rehat pukul 1-2ptg orang lain pergi makan, aku pulak sibuk cod dan pos barang. Bonet kereta lah kedai aku. Hehe. Malam jual secara online dan packing barang. Kadang suami lah yang tolong tulis borang dan packing dirumah. Hujung minggu aku berniaga dipasar malam. Alhamdulilah rezeki sentiasa ada.
Dari order barang dengan supplier 2 kotak je, dah jadi berkotak kotak. Dari 2-5 parcel dah jadi 10-20 parcel sehari. Dari simpan stock atas katil, dah boleh order rak buat mini stor. Syukrann. Order tak putus2, online offline sama2 ligat. Tak kurang yang nak jadi ejen. Dari buat sorang2 dah ada 20 orang ejen. Kemudin aku tak dapat nak tumpukan perhatian pada kerja hakiki. Setelah buat keputusan dan sediakan payung sebelum hujan, aku pun buat keputusan berhenti kerja. Apa yang paling buat keluarga dan orang sekeliling terkejut adalah, kami suami isteri resign serentak bersama pada hari dan tarikh yang sama.
Apa kata keluarga? Fuhh memang krisis betul. Dalam 7 beradik, aku sorang je yang keje makan gaji. Bak kata pepatah, akulah harapan keluarga. Memang mak aku merajuk tak mau bercakap dengan aku. Marah. Ayah pula redha. Tapi muka dia kesal. Keluarga sebelah Suami? Sama juga weh. Ayah dia, Abang adik dia semua kerja makan gaji, takkan nak pecahkan tradisi keluarga kenn. Huhu
Aku cakap dengan suami, xpe kita sama2 bangkit dan buktikan yang kita boleh. Kami berdua buat bisnes masing2. Suami buruh kasar, dia dah mula masuk kursus, pergi kelas, buat lesen pembinaan. Aku juga sama, ke majlis2 ilmu, bina team luaskan rangkaian marketing. Sebulan selepas resign, aku pregnant anak ketiga, tapi aku tetap gigih ulang alik ke kilang di vietnam untuk shipping barang.
Berjaya miliki syarikat
Alhamdulillah sekarang genap 1 tahun kami berhenti kerja dan selamat menimang cahaya mata ketiga. Suami dari gali lubang sendiri, pasang paip sendiri, sekarang dah punya sebuah syarikat construction dan team bernama #tz9088construction. Pelbagai job kerajaan dan swasta suami aku dapat. Syukur. Aku juga sama, dah punya office sendiri, gudang sendiri, pekerja tetap dan sambilan, hampir 700 orang ejen dibawah naungan #9088legacySDNBHD dan 5 transport hasil jualan online. Dari zero emas sekarang kumpul 1kg lebih dah.
Allahuakhbar.. aku sangat gembira walaupun aku tak sehebat dan semewah orang lain tapi aku lebih hebat dari aku yang dulu. Terlalu cepat dan singkat masanya. Segalanya untuk sebuah kehidupan yang sempurna. PTPTN aku dah bayar cash lega didada. Nampak simple tapi aku sangat struggle untuk buktikan segalanya.
Apa aku buat SEBELUM BERHENTI KERJA? ?aku pastikan bisnesku stabil selama 6bulan. ?gigih simpan 6bulan gaji. ?ada bisnes planner.
Apa yang aku buat supaya aku boleh sustain dalam bisnes selepas resign? ❤️jaga hubungan dengan Allah, ibubapa, keluarga. ❤️aku hadir majlis ilmu. ❤️aku tidak membuat pinjaman bank dalam perniagaan. ❤️aku melibatkan diri dalam kebajikan sukarela. ❤️zakat dan cukai wajib bayar. ❤️gigih marketing. ❤️realisasikan impian orang tersayang. ❤️abaikan cakap cakap orang sesungguhnya ia akan membuat kita rasa down. ❤️sentiasa berfikiran positif, bersangka baik dengan Allah dan tidak putus asa.
Pilihan ditangan kita sendiri. Harus seiring dengan usaha dan semangat kental. Allah sentiasa ada bersama kita, kita sahaja sering kali melupakannya. MasyaAllah. Janganlah kita cemburu dengan rezeki orang lain. Sesungguhnya kau tidak akan pernah rasa kesukaran yang mereka hadapi. Keperitan yang mereka alamai. Kesakitan yang mereka rasai. Bebanan yang mereka tanggung.
PASTI AKAN HADIR PELANGI SESUDAH HUJAN.
Keluarga: Tahniah! Anda wanita yang hebat dan sungguh inspirasi!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.