Bila bercakap tentang duit belanja dalam rumah tangga, tentunya encik suami selayaknya memberi kepada isteri dan anak-anak.
Pun begitu, bila isteri bekerja dan punya duit sendiri jangan pula ada isteri merasakan tidak perlu pula meminta duit suami bahkan ada pula yang malu untuk meminta sedangkan ada hak isteri pada duit suami.
Jadi apa kata kita baca perkongsian daripada isteri ini bagaimana dia dan suami mengurus perbelanjaan walaupun dirinya merupakan wanita berkerjaya. Jom semak.
GAJI BINI KAN ADA?
15 tahun lepas…
Akak bersuamikan seorang Technician sahaja. Dan akak? Level-level officer cuma bergaji RM1,500.
Akak tak biasakan midset emosi dan simpati dalam pengurusan wang keluarga. Tak pe la.. sian laki aku gaji kecik. So tak payah bagi duit kat aku. NO! This is big no!
Gaji suami kecik atau besar, sejak bulan pertama berkahwin akak pegang 100% gaji suami. Uruskan dari A hingga Z.
Bila tak cukup kami sama-sama buat kerja kedua ketiga. Kami beli kereta proton saga cash sahaja janji hujan anak tak basah. Akak akan forecast berapa kenaikan perbelanjaan tahun seterusnya agar suami akak bersedia untuk menjana pendapatan tambahan.
Ads
Bila dua cabang pendapatan (gaji akak + suami) dijaga akak seorang, kebocoran amat minima. Wang bocor RM1 pun akak selidik pegi ke mana?
Bila gaji suami kecik, kami belanja cara kecik. Gaji akak fokus simpanan persaraan dan pendidikan anak. Tak apa hidup tak bergaya asalkan usia 24 tahun dah bayar deposit rumah pertama.
Berkat nafkah yang walaupun kecil tapi sempurna inilah rezeki suami akak tak pernah sempit. Dari Technician hingga menjadi Senior Engineer dan wujud beberapa cabang pendapatan juga perniagaan.
Ramai yang lupa tempat tinggal, makanan dua kali sehari, kesihatan, mandian, pakaian isteri adalah tanggungjawab suami. So, apa nak malunya bila isteri guna wang suami?
Isteri bekerja supaya dapat lebihan gaji. Boleh invest beli beberapa rumah, simpanan emas dan menabung minima 50% setiap bulan.
Ads
Isteri bekerja adalah sebagai proses training menjana wang. Supaya andai suami meninggal dulu isteri punya kemampuan berbelanja untuk keluarga.
PERLU JELAS INI!
Ramai isteri yang kesian pada suami akhirnya guna gaji sendiri untuk berbelanja. End up suami jadi pemalas lemak berkrim. Buat apa suami nak buat dua tiga kerja? Kalau tak cukup belanja GAJI BINI KAN ADA? #apeni?
Islam itu bukan setakat solat, puasa dan bayar zakat. Islam itu cara hidup. Dok pung pang pung pang soal poligami tapi nafkah isteri pun tak lepas lagi. Pigidaaa masuk gua…
Ads
Kemain kereta besar, sportrim mahal padahal bini sara diri sendiri. Pastu nak sembang soal isteri tidak taat, nusyuz dan derhaka. Nafkah tak usaha bagi lagi mau sembang ketaatan dan keluhuran.
Ya… sejak gaji akak officer RM1,500 hingga hari ni gaji HR Manager yang memiliki pendapatan beberapa rumah sewa juga pendapatan saudagar emas – akak masih tak malu berbelanja duit suami.
Gaji sendiri akak simpan dan labur untuk pendidikan juga persaraan keluarga. Akak plan agar diri sendiri dan suami capai tahap hampir mustahil untuk bersara miskin menyusahkan sesiapa.
Cara begini memotivasikan dan meningkatkan kreativiti suami untuk buat business dan tingkatkan pendapatan. Sebab suami ada anak isteri perlu diberi makan. Kalau dia tak rajin usaha, bagaimana anak isteri nak makan pula?
Buat semua isteri di luar sana tak kira bekerjaya atau surirumah jangan malu guna wang suami. Dalam wang suami ada hak anda setiap bulan dan saban tahun. Gunakan hak anda sepenuh dan sebaiknya untuk kebaikan seisi keluarga.
Hak nafkah isteri ni bukan akak yang cakap tapi Allah yang cakap. Sembang pusing camne pun tak kan nak nafi apa yang Allah perintah?
Salam sayang dan ya… Marlia Ramli tak penah malu guna wang suami.
Jodoh di tanah perkuburan, Marinah dan Norhisham bina rumah tangga bersama selepas ‘hilang’ pasangan. Siapa sangka lelaki dan wanita ini bertemu jodoh semula ketika menziarahi pusara pasangan masing-masing di tanah perkuburan.
Jodoh Di Tanah Perkuburan
Marinah Mohd Beseri, 48, kehilangan suami pada Mei tahun lalu. Isteri kepada Norhisham Mohd Nor, 64 pula meninggal dunia pada April tahun sama. Kedua-duanya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Negeri Sembilan.
Marinah berkata, sejak arwah suaminya meninggal dunia, boleh dikatakan setiap hari dia menziarahi pusara itu sebelum wujudnya komuniti dalam kalangan waris.
“Kebetulan suami baharu saya (Norhisham) juga baru kehilangan isteri dan dia juga kerap menziarahi kubur isterinya. Apabila kerap berjumpa di tanah perkuburan, beberapa waris mewujudkan kumpulan WhatsApp.
Marinah & Norhisham Bina Rumah Tangga Bersama Selepas ‘Hilang’ Pasangan
“Daripada situ saya mula kenal waris lain termasuk Norhisham. Selain kerap ziarah kubur, kami turut mengadakan gotong-royong dan tahlil bersama dan semua mulai saling mengenali dan rapat,” katanya.
Marinah yang kehilangan suami akibat kanser pankreas berkata, sepanjang mengenali dan berurusan dengan Norhisham dia mendapati lelaki itu mempunyai persamaan dengan arwah suaminya.
“Selepas enam bulan kenal, Norhisham menyatakan hasratnya dan kami melangsungkan perkahwinan pada November tahun lalu,” kata usahawan produk kecantikan dan kesihatan itu.
Mengulas mengenai pertanyaan beberapa rakan dan saudara mara bahawa dia seolah mencari pengganti terlalu cepat, Marinah berkata, sebenarnya dia mengalami kemurungan lebih sebulan selepas kematian suami.
“Itu antara sebab saya ke kubur suami setiap hari dan kehadiran Norhisham sedikit sebanyak mengubati kehilangan ini. Malah sehingga kini kami masih lagi sama-sama menziarahi kubur pasangan masing-masing.
“Orang boleh cakap apa sahaja, tetapi kena ingat, ini juga aturan Allah, sudah jodoh kami bertemu dengan cara ini, kami terima,” katanya.
Sementara itu, bagi Norhisham pula, matanya mula terpaut pada Marinah ketika kali pertama melihat wanita itu di tanah perkuburan berkenaan.
“Pada waktu itu mungkin dia dalam kesedihan dan sebagainya jadi saya hanya pendam perasaan itu. Selepas beberapa bulan, saya berbincang dengan lima anak dan adik-beradik mengenai hasrat saya.
“Mereka bersetuju dan anak-anak saya rupanya saling kenal dengan anak Marinah. Difahamkan juga saya dapati Marinah juga mempunyai pertalian dengan arwah isteri.
“Bergelar ibu tunggal satu cabaran bagi wanita dalam berhadapan dengan masyarakat dan kehidupan. Dengan adanya lelaki disampingnya, sekurang-kurangnya ada yang membimbing dan melindunginya,” katanya.
Setiap pasangan perlu menjiwai tujuan perkahwinan jika ingin kekal bahagia. Amat penting untuk kita mengetahui cara rumah tangga bahagia agar yang terbina kekal hingga akhir hayat.
Pasangan yang saling melengkapi akan memiliki rasa dimana kehadiran satu sama lain sudahlah cukup. Hidup cara sederhana sudah memadai untuk rasa bahagia.
Malah ada isteri bersikap tidak meminta dengan suami bila sedar suami kurang berkemampuan. Begitu juga dengan barang kemas yang kini harganya agak mahal di pasaran.
Barangkali bukan rezeki untuk memiliki perhiasan itu, namun baginya cukup sekadar membantu suami untuk mencukupi keperluan harian dan keperluan anak-anak.
Sebagaimana perkongsian ini bahawa emas permata bukan keutamaan tetapi keluarga itu lebih penting.
Tahu tak, masih ramai isteri2 yang tak pernah pakai barang kemas selama bertahun2 perkahwinan sebab tak pernah cukup duit nak beli walau sebentuk cincin pun? Masih ramai ya. Bukan kerana suami tak mahu belikan, bukan kerana tak mahu ada aset atau menyimpan emas. Tapi wang digunakan utk banyak keperluan yg lain. Untuk anak2 dan keluarga. Untuk sesuatu yg lebih penting kepada mereka.
Dan istri2 ni tak pernah meminta, tak pula merungut atau tk puas hati. Kalau ada yg sebegini sebagai pasangan hidup, hargailah. Walau emas sekarang menjadi trend, mereka tetap bersyukur walau tak ada perhiasan diri.
Sebab mereka tahu, yg utama adalah memahami suami dan tidak membebankannya. Hargailah pasangan sebegini, yang sanggup susah senang bersama. Masih ramai isteri yang merasakan tidak perlu pun bersaing walau terpaksa hidup dalam kekurangan. Bersyukurlah, kalau kalian salah satu dari mereka. Moga Allah swt melimpahkan rahmat dalam rumahtangga yang penuh kesyukuran.
Masih ada, isteri yang hidup apa adanya. Walau org lain dan jauh kehadapan, mereka tetap setia utuh bersama. Walau terpaksa duduk di rumah, berpenat lelah menjaga anak dan mengurus hal rumahnya. Walau tak pernah disajikan kemewahan dan tak pernah dibawa bercuti kerana kurang kemampuan pasangannya. Dia tetap bahagia. Kerana bahagia itu milik Allah dan kurniaan Allah swt kepada hambaNya.
Rumahtangga yang bahagia bukanlah harta, bukan rupa dan bukan juga kedudukan. Tapi keikhlasan menerima segala kekurangan pasangan dan bersyukur sentiasa. InshaaAllah.
Desas-desus mengenai kemelut rumah tangga pasangan ini berakhir apabila pelakon dan usahawan Fizo Omar melafazkan cerai terhadap isterinya, Mawar Abdul Karim.
Ikatan perkahwinan selama enam tahun pasangan itu terlerai apabila Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 34, melafazkan talak satu terhadap Mawar, 30, pada pukul 10.55 pagi.
Lafaz cerai Fizo dibuat di hadapan Hakim Syarie, Che Abdullah Che Hassan.
“Ini bukan satu pengakhiran, tapi permulaan yang baru bagi saya dan Mawar untuk menjalankan tanggung jawab dan amanah dalam membesarkan anak kami.
“Kami berdua baik-baik sahaja, dan saya percaya hubungan kami akan lebih rapat untuk sama-sama membesarkan anak kami.
“Sehingga hari ini kami masih baik. Penceraian bukan satu benda baik, tapi sekiranya takdir Allah pada kita bergantung pada tindakan kita untuk mendapat hasil,”ujar Fizo yang tidak menolak andai ditakdirkan berjodoh kembali.
Dalam pada itu Mawar menafikan wujud ego, harta mahupun orang ketiga dalam tercetusnya penceraian.
“Ini adalah pengorbanan yang paling besar untuk hidup saya buat hidup Fizo sekeluarga. Saya korbankan kasih sayang saya untuk Fizo sekeluarga. Tidak timbul soal ego atau harta tetapi saya reda dan pasrah. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
“Sebagai wanita pasti semua sayangkan rumah tangga dan cuba selamatkannya. Tetapi sepanjang 6 tahun mencuba saya pasrah dan reda. Mungkin sampai sini sahaja untuk saya mencari ‘chemistry’ dengan Fizo sekeluarga.
“Fizo seorang yang bertanggung jawab, anak, abang dan adik yang baik terhadap keluarganya,” ujar Mawar yang mendapat hak penjagaan anak tunggal mereka, Wan Maryam.
Mawar sebelum ini memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Julai lalu.
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di