Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semua itu rahsia Allah. Akan datang bila-bila masa tanpa kita menduganya.
Beberapa hari lalu tular kisah 2 pengadil kejohanan ragbi di Keningau, Sabah terlibat dalam nahas jalan raya semasa pulang ke destinasi masing-masing.
Individu pertama yang dikenali sebagai Cikgu Zakwan telah sedarkan diri namun seorang lagi guru yang dikenali sebagai Cikgu Noraslina Lee yang merupakan tenaga pengajar di SK Belacon, Lahad Datu, telah meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Hal ini telah disahkan sendiri oleh suaminya Razvi Musily melalui hantaran Facebook dan mendapat respon rakan-rakan facebook yang terkejut dengan berita yang dikongsikannya itu. Rata-rata terasa kehilangan dan mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Live Location Isteri Share, Ended di Klinik Kesihatan Telupid
Razvi turut tidak menyangka mesej bersama isterinya melalui aplikasi WhatsApp Isnin lalu bakal menjadi perbualan terakhir antara mereka.
Ads
Difahamkan di dalam perjalan pulang, arwah sempat membeli beberapa makanan untuk suami dan anak.
Bahkan arwah juga sebelum bergerak dari Keningau turut berkongsi Live Location dengan suaminya. Namun malangnya, live location tersebut tiba-tiba terhenti di sebuah klinik kesihatan.
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Rafidah Ibrahim atau Fida yang kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan seorang bayi lelaki Rabu lalu.
Menerusi Instagram, suami Rafidah, Shahzemir Shahzulkarib, 39 berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua.
“Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan anak sulung kami, bayi lelaki tengahari semalam tanggal 6 Rejab 1445 bersamaan 17 Januari 2024,” tulisnya.
Dalam pada itu, baik Rafidah dan suami, sama-sama meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki itu selepas dua kali mengalami keguguran sebelum ini.
“Syukur dan terima kasih buat semua yang sentiasa mendoakan kebaikan buat kami sekeluarga,” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan pengikut Rafidah turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi comel yang ditunggu-tunggu itu.
Terdahulu pada awal November tahun lalu, Fida membuat perkongsian dia yang hamil kira-kira 25 minggu atau enam bulan di Instagram.
Fida dan suami, Shahzemir yang juga pengurusnya ketika aktif dalam karier seni mendirikan rumah tangga pada 6 Mei 2021 di Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur selepas 17 tahun berkenalan.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Ibu anak dua dinobat pelatih terbaik keseluruhan PLAK. Sarjan Siti Fairuz Abdullah, 32, yang dipilih sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Sarjan Percubaan di Pusat Latihan Polis (Pulapol).
Ibu Anak Dua Dinobat Pelatih Terbaik Keseluruhan PLAK
Anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu mengakui dia sejujurnya tidak meletakkan sasaran dipilih sebagai pelatih keseluruhan terbaik.
“Satu pencapaian membanggakan sebagai seorang wanita dan tidak menjangkakan dipilih sebagai pelatih terbaik keseluruhan,”katanya.
Beliau yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan Awam dari Politeknik Sultan Azlan Shah berkata, komitmen 100 peratus diberikan sepanjang sembilan bulan latihan di Pulapol.
“Saya kira ini satu pencapaian membanggakan kerana saya merupakan seorang pelatih wanita berjaya dipilih sebagai pelatih keseluruhan terbaik.
“Sememangnya saya telah tanam minat sejak dari kecil lagi untuk menjadi warga PDRM kerana ayah juga seorang pegawai polis,” katanya pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas tamat majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Sarjan Percubaan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.
Siti Fairuz berkata, dia bersyukur kerana mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga tercinta dan rakan-rakan.
Ibu kepada dua anak itu berkata, cabaran utama semasa menjalani latihan selama sembilan bulan di Pulapol adalah berjauhan daripada anak-anak tersayang.
Menurutnya, selama ini dia tidak pernah berjauhan begitu lama dengan anak-anak, namun semua itu berjaya ditempuhi dengan penuh kesabaran.
Ditanya mengenai tugas sebelum ini, katanya, dia menyertai PDRM pada 2018 dan menjalani latihan di Pulapol Langkawi sebelum ditugaskan di unit trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA.
Namanya meniti di bibir masyarakat dek caranya berdakwah lebih moden dan terbuka terutama dalam menangani isu sosial di kalangan masyarakat . Pencetus Ummah ( PU) Mohammad Amirul Amin Maula LokmanHakim.
Jujur mengakui sangat sibuk dengan aktiviti dakwahnya menyebabkan masanya agak terhad dengan anak-anak. Begitu pun, PU Amin bijak ‘mencuri’ masa supaya anak-anak dan isteri tidak terabai.
“Biasanya saya memang sangat menitikberatkan disiplin masa pada anak-anak. Awal pagi saya akan peruntukkan bersama anak-anak.
“Ada masa kami makan depan televisyen ramai-ramai sambil tengok kartun atau sebagainya, ada masa makan di meja. Tetapi satu yang saya amalkan adalah terapkan pada anak-anak, dahulukan orang tua untuk mengambil makanan dengan pelawa ibu bapa terlebih dahulu.
“Itu yang dipraktikan oleh ibu bapa saya dulu dan kini diturunkan pula pada anak-anak saya. itu cara kita mendahulukan orang lain.
“Kebiasaannya jika ada perkara yang mereka buat saya marah, saya akan denda mereka. manakala jika mereka berbuat baik saya akan bagi ganjaran dengan memberikan bintang.
“Selepas itu, saya berikan hadiah supaya ada sifat bersaing untuk membuat baik dan disiplin selain mereka rasa pendidikan itu saya benda yang membebankan,”jelas PU Amin sambil memberitahu peranan isteri sangat besar dalam mendidik anak selain ibu bapa yang menjadi mata dan telinga untuk anak-anaknya.
Mengakui pernah meninggalkan isteri dan anak-anak 2-3 bulan sewaktu melakukan penggambaran program, dia cukup berterima kasih dan bersyukur dengan peranan yang dimainkan oleh isterinya sewaktu ketiadaannya.
“Pernah dulu saya terbabit dengan penggambaran berbulan-bulan sehinggakan anak yang kedua dari kecil sudah besar, tetapi mereka berada dalam keadaan yang baik berkat asuhan isteri.
“Walaupun isteri sibuk dengan kerja, tetapi dia masih boleh memainkan peranan yang besar dan boleh dikatakan mampu menguruskan anak-anak.
“Walaupun bebanan kerja dan tanggung jawab yang besar, tapi anak-anak berada dalam kawalan dan jagaan yang baik. Dalam keluarga isteri juga bantu menjadi tulang belakang dalam membina anak-anak.
“Sesebuah keluarga tidak akan dibina dengan baik jika suami isteri tidak saling memainkan peranan masing-masing,” tegas PU Amin lagi sambil memberitahu dia dan isterinya berkahwin dalam usia yang masih muda dan ketika itu sedang menuntut di universiti.
Beliau yang bertemu jodoh ketika masih belajar mengakui berkahwin pada tahun 2012 dalam tahun kedua di Universiti Al-Azhar.
“Kami dikurniakan anak sulung ketika saya berada di tahun 4 dan menariknya sewaktu mengambil keputusan untuk berkahwin, keluarga tidak bersetuju.
“Mereka bimbang pengajian kami terabai sementelah waktu itu belum ada yang berkahwin ketika belajar. Jadi, kami buat satu janji akan dapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian. Kebetulan kami memperoleh biasiswa dari pihak zakat Selangor.
“Selepas berkahwin, kami tinggal dan belajar bersama-sama sehingga dapat mencapai kejayaan yang cemerlang. Itu menjadi motivasi kepada pelajar lain yang ingin mendirikan rumah tangga. Untuk pasangan lain, elakkan dari menggunakan alasan berkahwin kerana mahu menghalalkan pergaulan, seks dan sebagainya.
“Sebaliknya kenal pasti terlebih dahulu pasangan sebelum serius. Kena ada ilmu rumah tangga, disiplin diri, dan sahsiah diperelok terlebih dahulu. Bila kahwin wajib keluar nafkah. Justeru kena ada wang dan simpanan dan tidak menganiayai isteri mahupun keluarga kita.
“Itu benda yang wajib iaitu ilmu dan kewangan yang kukuh. Kena usaha untuk naik taraf kehidupan dengan memberi kesempurnaan dan kelengkapan yang membawa kita dekat dengan Allah. Jika kaya dan berjaya itu boleh dekatkan kita dengan Allah, maka kena berusaha ke arah tersebut.
“Jangan guna alasan elak maksiat sedangkan nafkah tidak diberi dan tidak pandai melayan pasangan dengan baik. Bebanan yang perlu ditanggung bukan sekadar menanggung masalah sebaliknya dia perlu menanggung ilmu yang banyak sebelum menanggung manusia.