Bila sebut tentang kumpulan Spring, pasti ramai imbau kembali zaman cintan cintun dahulu kala ditemani lagu yang penuh syahdu dari kumpulan tersebut. Selaku vokalis kumpulan Spring, nama Ameng Spring tidak asing lagi dan cukup popular di era 1990-an terutamanya popular dengan lagu Bourgenvilla pada ketika itu.

Namanya terus menjadi perhatian ramai selepas dipenjarakan atas kesalahan pengambilan dadah. Bagaimanapun Ameng sudah pun dibebaskan kini dan kembali aktif dalam industri hiburan tanah air.

Baru-baru ini, isteri kepada Ameng Spring, Sabariah Zakariah ada memuat naik video di laman Tiktoknya yang memaparkan suaminya itu sedang mengaji. Malah, menurutnya ia sudah menjadi rutin sang suami membaca al-Quran setiap pagi dan maghrib.

“Rutin setiap pagi & maghrib Mr Hubby. Ni pagi tadi sempat record utk mereka di TT yg minta video Abg Ameng mengaji.Utk tgk Abg Ameng mengaji boleh ke YouTube AmengSpringOfficial..byk video dia dh upload kat YT. Semoga bmanfaat utk semua”, tulisnya di ruangan kapsyen.

@sabameng Rutin setiap pagi & maghrib Mr Hubby. Ni pagi tadi sempat record utk mereka di TT yg minta video Abg Ameng mengaji.Utk tgk Abg Ameng mengaji boleh ke YouTube AmengSpringOfficial..byk video dia dh upload kat YT. Semoga bmanfaat utk semua #amengspring #amengspringmengaji #amengspringofficial #artismalaysiaofficial #fyp #fypシ #fypage #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Sabariah Zakariah

IKLAN

Malah tambah Sabariah di ruangan komen, Ameng belajar mengenal huruf ketika dia di penjara dan bermula dari situ dia belajar mengaji dari Iqra’ Alif Ba Ta..

IKLAN

Meninjau ruangan komen, rata-rata memuji suara penyanyi ini. Malah ada juga yang menyifatkan supaya bacaan Al-Quran ini menjadi asbab untuk orang ramai terus menanam kecintaan pada Qalam Allah.

Isteri Kongsi Video Ameng Spring Mengaji, Warganet – “Sama Macam Dengar Orang Ngaji Dalam Radio”Isteri Kongsi Video Ameng Spring Mengaji, Warganet – “Sama Macam Dengar Orang Ngaji Dalam Radio”

IKLAN

Sumber : @sabameng

https://youtu.be/dUpt50y0xaQ

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI