Malang tidak berbau, dalam satu kejadian baru-baru ini, seorang suri rumah mengalami kecederaan parah pada bahagian paha kiri, lengan serta kaki kanan selepas terkena serpihan jubin yang meletup akibat disambar petir. Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Kampung Kuala Rimau, Mukim Air Putih.
Dalam kejadian pukul 9.15 malam itu, mangsa, Maznah Awang Pa, 47, sedang memasak di bahagian dapur rumahnya untuk bersahur keesokan hari (hari ini).
Menurut suami mangsa, Azizan Mad Desa, 52, ketika isterinya berada berhampiran kabinet jubin, tiba-tiba berlaku panahan petir di bahagian belakang rumahnya lalu menyambar periuk nasi elektrik di atas kabinet jubin dan menyebabkan jubin itu meletup sehingga serpihannya mengenai isterinya.
“Ketika panahan petir itu, bekalan elektrik terputus, periuk nasi elektrik meletup dan keadaan tiba-tiba menjadi panik apabila terdengar suara isteri meminta tolong… selepas mencapai lampu suluh saya melihat dia sedang merangkak meminta tolong dan paha kirinya berlumuran darah.
“Panahan petir yang dipercayai memasuki dapur rumah turut menyebabkan sistem pendawaian elektrik keseluruhan rumahnya turut rosak dan terbakar,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Ads
Foto Kredit: Insurance Information Institute
Azizan berkata, kejadian ini menyebabkan dia kerugian hampir RM10,000 apabila peti sejuk dan televisyen yang baru dibeli bulan lepas serta beberapa perkakasan elektrik lain untuk menyambut perayaan Aidilfitri rosak.
Namun beliau bersyukur kerana dia dan empat lagi anggota keluarganya yang turut berada di dalam rumah termasuk seorang cucu berusia tujuh tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.
Ads
Isteri Azizan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Muhd Fairus Rosdi mengesahkan menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 9.46 malam tadi sebelum tiga anggotanya bergegas ke lokasi.
Ads
“Anggota yang tiba mendapati mangsa yang cedera berada di dalam rumah sebelum membawanya terus ke HSB untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Beliau turut menasihat orang ramai agar berwaspada ketika mengguna peralatan elektrik terutama ketika cuaca hujan dan ribut serta sentiasa menanggalkan palam dari soket elektrik bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Sumber: BERNAMA & Siraplimau
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ini namanya keluarga bahagia yang membawa ke syurga. Didikan ibu ayah itu mencerminkan anaknya.
Begitu juga dengan rakaman video tular yang menunjukkan rakaman video seorang anak lelaki yang cuak apabila ayahnya sedang membawa Al-Quran.
Namun siapa sangka, si anak sebenarnya siap sedia untuk menyambung bacaan surah Al-Quran. Lebih kagum, si anak gigih mencari di aplikasi telefon surah yang dibaca ayahnya.
Menerusi akaun TikTokSiti Suraayaaa atau nama sebenarnya Siti Suraya Mohd
Sulaimi, 21, video berdurasi 19 saat itu telah mendapat tontonan sehingga 3.1 juta telah meraih perhatian ramai.
Ramai wargamaya meluahkan kagum melihat cara hidup keluarga berkenaan. Biarpun di dalam kenderaan, keluarga ini tetap menghayati ayat-ayat Quran.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Kejadian tu berlaku masa kami dalam perjalanan nak ke Johor Bahru sebab ada kenduri.
“Sebelum kami bergerak dari Klang, ayah ada baca potongan surah dan doa memulakan perjalanan.
“Macam biasa, saya akan ajak adik ambil gambar selfie dalam kereta tapi dia tak hiraukan saya masa tu.
Menurutnya , adik lelakinya, Muhamad Zulhilmi yang berusia 17 ramai pada ketika kelihatan tekun melihat skrin telefon bimbitnya seolah-olah mengikut ‘rentak’ bacaan oleh bapanya.
Dia yang juga duduk di kerusi belakang kemudiannya cuba menjengahkan kepala untuk melihat apa yang dibaca oleh adiknya itu.
Ternyata, Zulhilmi sedang menggelabah mencari surah yang sedang dibacakan oleh bapa mereka.
“Dia tak pedulikan saya yang ajak selfie ni sebab tengah cari surah apa yang ayah baca.
“Adik saya sangka ayah nak suruh dia sambung ayat yang dibaca tetapi tidak pun. Cuma dia standby siap-siap cari surah tu dekat telefon.”
RUPANYA PELAJAR TAHFIZ
Kehebatan keluarga ini, rupanya lelaki berkenaan merupakan bekas pelajar sekolah agama tahfiz. Namun telah berhenti daripada belajar di sekolah tersebut dan kini sudah bekerja setelah menetap di Ipoh, Perak.
Menurut Siti Suraya yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik bahawsa sudah menjadi satu kemestian dalam keluarganya untuk sesi ‘tebuk’ al-Quran (uji bacaan surah secara rambang) dibuat antara anak-anak dan bapa setiap kali pulang ke rumah dari sekolah tahfiz.
Katanya lagi, Zulhilmi iaitu adik keduanya itu telah berjaya menghafal 10 juzuk manakala adik ketiga hafal dua juzuk. Hebatnya keluarga ini. Moga kisah inspirasi ini menjadikan kita muslim yang lebih sempurna.
Lazimnya bila anak selesema mulalah mereka buat perangai. Ada yang meragam, merengek malah hingga ada yang kurang selera makan akibat berasa tidak selesa.
Andai dibiarkan hingus yang keluar tanpa henti akan menyukarkan anak-anak untuk bernafas dan akhirnya membawa kepada sakit tekak, demam dan sebagainya.
Pun begitu lebih merisaukan, andai diberikan ubat batuk atau ubat selesema dan sebagainya akan mempunyai kesan sampingan seperti mengantuk dan secara tidak langsung juga boleh menyebabkan anak akan kurang menyusu atau tidak berselera untuk minum dan makan.
Rawatan Tanpa Ubat
Tahukah anda sebenarnya selesema ini boleh diredakan dan dihindarkan dengan rawatan tanpa menggunakan ubat dan sangat mudah untuk diamalkan. Apa yang penting ianya selamat untuk kita seisi keluarga.
Keperluan untuk minum air dengan kuantiti yang mencukupi adalah sangat penting bagi memastikan tubuh kekal sihat. Bahkan tidak dinafikan, bila amalkan minum air panas ketika menikmati sarapan memberikan rasa lebih kepuasan.
Apatah lagi jika sedang mengalami masalah selesema. Memegang secawan air panas dan menyedut wap pada air berkenaan sebelum minum sudah dapat membantu melegakan masalah hidung yang tersumbat.
Apa yang pasti, amalan minum air panas atau suam dapat membantu menghangatkan dan sekali gus dapat mencairkan pengumpulan lendir di dalam hidung dan memberi rasa kelegaan yang nyata.
2. Mandi air suam
Ada juga yang mengamalkan petua ala-ala mandi sauna di dalam bilik air. Caranya mudah, alirkan sahaja air panjuran bersuhu suam dan nikmati suasana panas tersebut. Setelah keadaan menjadi lebih selesa maka mandilah untuk menjadikan tubuh terasa segar dan sekali gus memudahkan hidung untuk bernafas dengan selesa.
Tidak kira apa sekali pun, badan kita sebenarnya amat memerlukan rehat yang cukup. Umum ketahui seseorang yang sihat biasanya memerlukan tidur sebanyak 7-8 jam setiap malam.
Pun begitu, jika mengalami masalah kesihatan seperti alahan, selesema dan sebagainya seseorang itu memerlukan lebih banyak masa tidur untuk pulih. Malah penting juga agar tidak melakukan aktiviti bersama ahli keluarga lain bagi mencegah jangkitan tersebar kepada keluarga tersayang.
Tahukah anda sekarang ini ada cara yang lebih mudah untuk melegakan hidung yang tersumbat atau selesema dengan berkesan bila menggunakan produk baharu daripada Bayer.
ClariCare® Daily Nasal Hygiene Spray dan Baby Nusal Hygiene Spray, produk yang mengandungi air laut semula jadi yang berfungsi untuk menjaga kebersihan hidung untuk orang dewasa dan bayi.
Istimewanya kedua-dua produk ini ia boleh digunakan secara harian dan sangat efektif untuk melegakan alahan pernafasan, melegakan hidung tersumbat dan sangat disarankan digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah hidung yang sensetif.
Selamat Untuk Bayi
Siapa sahaja yang rasa selesa jika hidung susah bernafas bukan? Lagi-lagi kalau anak-anak kecil mengalami masalah hidung berhingus. Memang kasihan kita melihat kepayahan mereka untuk bernafas.
Lantaran itu penggunaan ClariCare® Baby Nasal Hygiene Spray ini adalah penyelesaiannya. Ia selamat digunakan oleh bayi seawal usia 2 minggu manakala ClariCare® Daily Nasal Hygiene Spray untuk kegunaan harian bagi orang dewasa tanpa ada sebarang kesan sampingan.
Ini memandangkan produk ClariCare® ini dihasilkan dengan air laut dari Teluk Saint-Malo, Perancis. Bahan-bahan semulajadi ini membantu penghidap alahan menguruskan alahan secara optimum dan semula jadi.
Produk ini bebas daripada bahan terlarang, bebas daripada bahan pengawet dan ia selamat digunakan bersama ubat-ubatan seperti antihistamin oral. Malah ia disyorkan sebagai sebahagian daripada rawatan alternatif yang berkesan.
Dua Saiz Berbeza
Penggunaan pengairan garam hidung telah terbukti memberi manfaat dalam mengurangkan gejala dan meningkatkan kualiti hidup seseorang.
Lantaran itu untuk memberi keselesaan penggunaan pengairan garam ke dalam hidung, produk ini direka dengan dua saiz yang berbeza. Ini bertujuan untuk memberi keselesaan penggunaan pada peringkat bayi dan orang dewasa.
ClariCare® Baby Nasal Hygiene Spray (20ml) dirumus khas untuk bayi baru lahir dari 2 minggu ke atas. Pam direka dengan ciri-ciri ultra lembut dan bermeter untuk memudahkan pemberian kepada bayi. Tidak dengan itu turut menyediakan kawalan yang lebih baik dan saiz mudah alih untuk dibawa ke mana-mana, pada bila-bila masa.
Manakala ClariCare® Daily Nasal Hygiene Spray (100ml) pula adalah direka khas untuk kegunaan orang dewasa. Sesuai juga digunakan oleh ibu yang mengandung ataupun ibu yang sedang menyusukan bayi.
Apa yang pasti kedua-dua produk ini boleh didapati di farmasi utama di seluruh negara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Emas dan wanita ibarat irama dan lagu, tidak dapat dipisahkan. Waima sebentuk cincin sekali pun, pasti setiap wanita memilikinya.
Tetapi barang kemas yang dipakai semakin lama akan pudar dan tidak berkilat lagi seperti baru kan? Kalau begini jadinya, jangan bimbang, cuba petua mudah ini untuk mengilatkan kembali barang kemas anda seperti baru. Perkongsian dari Lyza Norliza ini mungkin boleh membantu ibu-ibu. Jom cuba!
Selain petua ini, anda juga boleh menggunakan asam jawa untuk mengilatkan barang kemas. Petua ini dikongsikan oleh Anis KakNik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.