Bila isteri merajuk, tentu suami pujuk. Betul tak? Benarlah dikata, kebahagiaan rumahtangga adalah terletak kepada hubungan suami isteri yang saling bertolak ansur. Jika tiada sikap sebegini, maka akan cetuskan pergolakan rumahtangga.

Biarpun usia perkahwinan sudah lama, jika pasangan saling memahami, kebahagiaan pastinya menjelma. Inspirasi sebuah perkongsian seorang suami Muhammad Yusof facebooknya yang mencoretkan kasih sayang pasangan suami isteri yang sudah berusia. Jom semak perkongsian sweet ni.


“Isteri, Nak Merajuk, Merajuklah. Confirm Suami Pujuk.” Sweetnya Perkongsian Suami Ni

Malam hari tu masa aku kat Vietnam, dekat-dekat pukul 10 malam aku turun temankan bini aku ke pasar malam kat bawah hotel tempat aku menginap.

Masa bini aku masuk sebuah kedai nak pilih tudung, aku pi beli kopi vietnam kat depan kedai tudung tu. Dah 12 cawan rasanya aku minum kopi Vietnam ni sejak aku menjejakkan kaki kat negara syurga tudung ni. Sedap betul aku rasa. Lepas tu aku lepak kat depan kedai sementara tunggu bini aku pilih tudung dia.

Suami geleng kepala tak berkenan

Then aku perasan ada seorang mak cik tengah pilih telekung sembahyang kat depan kedai tu. Tokey kedai ni ada bentang tikar depan kedai jual telekung dan tudung. Sebelah dia ada suami dia. Mak cik tu dok try pakai telekung, lepas tu dia tanya suami dia. Suami dia geleng kepala, tak berkenan. Then mak cik tu tukar warna lain. Suami dia geleng lagi. Mak cik tu tukar pulak warna lain. Suami dia geleng lagi. Last-last bini dia sarung telekung tu kat kepala suami dia. Nampak suami dia senyum tengok keletah bini dia yang seolah-olah merajuk sebab semua telekung asyik tak kena pada mata suami dia.

IKLAN

Isterinya merajuk

Lepas tu mak cik yang merajuk tadi pergi ke kedai sebelah. Aku tengok pak cik tadi terus amek telekung yang bini dia berkenan tadi dan bayar duit pada tokey tu. Terus dia kejar dan bagi bini yang dah ada kat kedai sebelah tu. Senyum bini dia aku tengok.

Alangkah indahnya kebahagiaan hidup pak cik dan mak cik ni, aku kata dalam hati. Terkesan dengan apa yang baru aku tengok depan mata ni, aku terus masuk pi cari bini aku dalam kedai tu. Alhamdulillah, bini aku masih tenang memilih tudung pilihan hatinya. Betullah pepatah pujangga ada mengatakan, perempuan dan shoping tidak boleh dipisahkan.

Penat shoping bini kata dia haus, so aku pun ajak dia pi kedai makan yang ada kat depan deret-deret kedai tudung tadi.

IKLAN

Masuk-masuk aku terperasan pak cik tadi ada dalam kedai tu. Kali ini ini dia tengah urut kaki bini dia sambil gurau-gurau dengan bini dia. Entah apa yang diguraukan agaknya, sampai mengekek-ngekek bini dia ketawa.

Aku belajar sesuatu malam ni.

Suami adalah pelengkap bagi isteri dan isteri adalah pelengkap bagi suami.

Kadang kadang kita rasa isteri kita banyak sangat karenah, ataupun suami kita pulak cerewet sangat tapi yakinlah itu semua adalah kitaran untuk melengkapkan fasa kebahagiaan sebagai suami dan isteri.

IKLAN

Suami nak bergurau, berguraulah. Isteri kalau suami bergurau tu ketawalah walaupun lawaknya hambar. Kadang-kadang ada suami sanggup tahan kentut semata-mata nak kentut kat bini dia. Ini kategori lawak kuangajo.

Isteri nak merajuk, merajuklah, sebab nanti confirm suami akan pujuk. Kadang-kadang dorang bukan pujuk kosong. Untung-untung dorang beli rantai emas atau beg LV sebab nak pujuk bini.

Sebab Tuhan memang anugerahkan seni memujuk ni pada suami.

Betul tak?

nota kaki: dengar cerita ada sis-sis yang buat-buat merajuk lepas tu share status ni, terus suami beli hadiah bagi kat depa, betul ka? 🙂

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI