Baru-baru ini, isteri kepada pelakon hindustan popular, Shah Rukh Khan dijemput menjadi tetamu dalam rancangan talkshow ‘Koffee with Karan Season 7’. Gauri Khan dalam program tersebut telah memberikan sedikit ‘nasihat cinta’ buat anak bujangnya, Aryan Khan yang kini sudah pun dewasa.
Merujuk kepada laporan dari The Indian Express, Gauri mengatakan bahawa Aryan bebas untuk keluar dating dengan sebanyak mana wanita sehingga dia membuat keputusan untuk bernikah.
Jadi, selepas dia mengambil keputusan tersebut, dia harus berhenti dari menjalinkan sebarang cinta dengan mana-mana wanita lagi.
“Keluarlah dengan seberapa banyak gadis yang kamu mahu, sampai kamu mengambil keputusan untuk bernikah, tolong berhenti dari melakukan itu semua lagi,” kata Gauri.
Walau bagaimanapun, ditanya tentang anak gadisnya pula, Suhana Khan, Gauri mengatakan yang dia berharap anak keduanya itu setia dengan satu pasangan sahaja.
Ads
“Jangan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan dua lelaki sekali gus,” tegas wanita tersebut.
Selain daripada memberikan nasihat kepada anak-anak, wanita berusia 51 tahun itu turut menitipkan pesan buat suami tercinta, Shah Rukh Khan dalam talkshow tersebut.
Ads
Katanya, dia berharap aktor hebat itu terus memberi perhatian kepadanya setiap kali mereka perlu berbincang untuk sesuatu hal dalam keluarga mereka.
“Saya ingin merasa dia selalu memberikan saya perhatian setiap kali dia bercakap dengan saya,” mintanya.
Untuk rekod, Shah Rukh Khan dan Gauri Khan telah mendirikan rumah tangga pada 1991 dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Aryan Khan, Suhana Khan dan Abram Khan.
Isteri kepada Shaheizy Sam, Syatilla Melvin atau lebih mesra dengan panggilan Tilla ini cukup sinonim dengan gelagat selambanya ketika melakukan live bersama adik-beradiknya yang lain.
Umum sedia tahu, Syatilla Melvin dan adik-beradiknya memiliki perniagaan kosmetik bersama dengan nama Kekasih. Seringkali menghasilkan video bersama adik-beradiknya, kemunculan mereka dengan gelagat masing-masing membuatkan peminat terhibur.
Terbaharu gelagat pelakon ini yang memperkenalkan anak kedua Tilla Melvin dan Shaheizy Sam telah membuatkan ramai tertawa. Manakan tidak, anak kedua Tilla Melvin sama betul dengan suaminya, Shaheizy Sam.
Bukan sekadar berwajah seiras malah perangai pun hampir sama! Berikut adalah perkongsian rakaman Syatilla Melvin perkenalkan anak keduanya itu yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna Tiktok.
meninjau di ruangan komen, rata-rata akui terhibur dengan gelagat anak kedua Shaheizy Sam yang memiliki wajah seiras dengannya ini.
“Serupa aku la weyy..3 ketoi tak dak sorang pun muka mak oii.. Dah la boleh dapat 3 tu ja..Mak stress gila weyyy”
“Noh sejibik. Tak kan nak suruh doktor sumbat balik”
“Sam versi perempuan”
“Tak yah buat test DNA. 10km jauh pon da tau tu anak Sam..Betul la. Sebijik muka pak dia”
Setiap pasangan yang berkahwin mendambakan kehadiran si kecil dalam rumah tangga mereka. Namun, hanya Allah sahaja yang tahu kesakitan yang terpaksa dilalui oleh bakal ibu ketika fasa kehamilan sehinggalah melahirkan. Pengorbanan seorang isteri dan ibu yang tidak mampu dibayar dengan harta dan wang ringgit.
Perkongsian saudara Azlan Noor cukup menyentuh hati.
Dulu bila tahu berita nak dapat baby baru, saya happy teruk. Terbayang-bayang timang dia, cium pipi pau dia, siap pakej bau syurga yang…fuhh, Tuhan saja yang tahu perasaannya.
Tapi saya lupa untuk dapat semua tu, isteri terpaksa lalui satu fasa SENGSARA terlebih dahulu. Saya sedar semuanya bila ada satu malam, Surihati saya panggil.
"Pa, cuba tengok perut mama ni? Ada merekah tak?"
Saya mendekati. Duduk di sebelah dia. Saya tundukkan dan rapatkan muka ke perutnya. Dari tepi rusuk sampai ke tengah, jelas terlihat garis-garis rekahan. Kiri kanan sama.
Saya letakkan tapak tangan dan gerakkan perlahan-lahan mengikut garis itu. Kali ini saya dapat rasa betapa panjang, dalam dan berbekasnya parut tersebut.
Ya, parut tulah yang menjadi saksi dari perut ni lah datangnya zuriat saya.
Sungguh, bila isteri sendiri mengandung, baru saya sedar besar sekali pengorbanan seorang isteri.
Mula-mula rasa mual tekak. Pastu pening muntah sampai lembik. Tambah parah hidung mula jadi sensitif pada bau tertentu. Banyak bau jadi busuk. Ada kes yang tak boleh hidu bau badan suami. Sebab bau macam longkang.
Bayangkan dengan perut makin memboyot, tidur malam memang kacau. Pusing kiri, pusing kana. Tak selesa. Mula la tak cukup tidur, siang hari cepat penat. Ini yang buat ibu mengandung stress.
Sakit pinggang, lenguh kaki, betis tarik mengkarung tak payah cerita. Saya ingat lagi, beberapa kali jugak la dalam mengandung baby ketiga ni, tengah sedap membuta tiba-tiba dengar orang mengaduh,
"Papa! Papa! Tolong kaki cramp. Aduh.."
Berdesup macam lipas kudung aku bangkit pegang kaki dia. Sapu minyak, urut-urut. Regangkan otot dia. Dah macam main bola dah gayanya.
Senang cerita, jadi serba tak kena. Duduk sakit. Berdiri sakit. Baring sakit. Mengiring sakit.
Belum cerita baby dalam perut mula menendang dan mengeras. Mau senak pundi kencing mamanya. Nasib tak terkucil je.
Bab, sakit contraction, bab nak lahirkan baby tu pulak, saya rasa saya tak layak untuk ceritakan. Hanya Allah dan ibu ibu yang pernah lalui saja yang tahu. ( Siyesly, air mata saya keluar bila ingat saat ni. )
Bayangkan, semua kesengsaraan ni akan dilalui oleh ibu mengandung selama sembilan bulan. Non stop. Tanpa rehat atau cuti.
Allahu, saya tak mampu nak gambarkan semua keadaan yang dilalui seorang isteri. Cerita selepas bersalin, berpantang, menyusu anak, berjaga malam, sungguh saya tak mampu.
Tapi percayalah wahai ibu-ibu, anda sentiasa dalam peliharaan dan rahmat kasih sayang Allah.
Kerana,
Setiap urat yang putus,
Setiap otot yang sakit,
Setiap bahagian tubuh yang menderita,
Ada ganjaran besar yang telah Allah sediakan buat kalian.
Percayalah, kalian memang KUAT DAN GAGAH.
Kalau tanya saya mampu tak nak gantikan tempat isteri untuk ambil tugas mengandung dan melahirkan, awal-awal lagi saya dah serender.
Tanyalah pada lelaki paling gagah dalam dunia ni pun. Aci kerat jari, dia pun tak sanggup.
Sebab apa?
Sebab Allah dah bagi kepada orang perempuan, mengandung ni adalah keistimewaan mutlak kalian.
Kepada suami,
Ingat kembali semua pengorbanan yang telah mereka lalui untuk kandungkan dan lahirkan zuriat kalian.
Hargailah mereka.
Kerana hanya itu yang mereka perlukan dari seorang teman sesyurga idaman.
Sila FOLLOW & SEE FIRST –> Azlan Noor kerana saya akan kongsikan lagi kisah-kisah inspirasi keluarga seperti ini kepada anda.
Alhamdulillah, raya tahun ini terkandung 1001 hikmah dan kisahnya yang tersendiri. Malah jika ingin diceritakan, mungkin bab ramai kaum adam telah berpeluang menjadi imam untuk solat aidilfitri di rumah, menjadi satu perkara dan pengalaman istimewa dan tersendiri untuk dikenang.
Pun begitu, membaca laporan daripada Bernama tentang gelagat segelintir individu yang telah menjadikan tongkat khutbah sebagai bahan lawak dan diviralkan, itu suatu yang amat mengecewakan.
Dan ini dikongsikan petikan penuh maklum balas daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama), Senator Daruk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilaporkan Bernama.
Ini petikan akhbarnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini menasihati umat Islam supaya tidak menjadikan tongkat khutbah sebagai satu bahan lawak, sebagaimana yang tular di media sosial.
Beliau mengulas gelagat segelintir individu yang menggunakan pelbagai barang termasuk kayu golf, tukul ‘Thor’ watak dalam sebuah filem antarabangsa, kayu mop serta pedang ‘gergasi’ mainan ketika membaca khutbah di kediaman masing-masing selepas solat sunat Aidilfitri semalam.
“Mengenai gambar yang tular itu, tiada masalah ke atas solat sunat Aidilfitri dan khutbah yang dibacakan.
“Khutbah yang disampaikan adalah baik namun kalau boleh, apa yang hendak dipegang sebagai tongkat atau lain-lain, biarlah melambangkan keseriusan dan bukan menjadi bahan lawak. Justeru, carilah tongkat walaupun hukumnya sunat memegang sesuatu ketika berkhutbah,” katanya kepada Bernama hari ini.
Menurut beliau, solat hari raya serta bacaan khutbah yang dilakukan di rumah adalah jawapan untuk penyelesaian bagi mereka yang tidak mampu solat di masjid atau surau sebagaimana ia mula menjadi kebiasaan baharu dalam beribadah dan kehidupan, dalam usaha mengekang wabak COVID-19.
Berdasarkan rujukan yang dilakukan di laman web rasmi pejabat mufti Wilayah Persekutuan, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakam bin Hazan menyatakan selain daripada beberapa syarat yang perlu dipatuhi bagi pembacaan khutbah, para ulama juga menetapkan beberapa perkara sunat lain yang boleh diikuti, antaranya memegang tongkat, pedang, atau busur anak panah.
Sementara itu, bagi pembacaan khutbah pula, disunatkan bagi mereka yang melakukan solat hari raya secara berjemaah di rumah, untuk imam mereka membaca khutbah raya selepas solat hari raya selesai dilakukan manakala ia tidak dituntut bagi yang melaksanakannya secara bersendirian kerana tidak ada faedah padanya.
Sementara itu, Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil menjelaskan pemakaian tongkat hanya sunat dan tidak menjejaskan solat.
— BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.