Bukan mudah menguruskan anak tanpa isteri. Lebih-lebih anak-anak yang sedang membesar yang punya pelbagai karenah. Bagi Encik Khairul Abdullah yang kehilangan isteri tahun lepas, mengakui cabarannya memang ada bergelar bapa tunggal.
Melalui perkongsiannya di laman facebooknya baru-baru ini, Khairul Abdullah telah berkongsi cerita cabaran yang dihadapi apabila hanya seorang sahaja yang menguruskan anak-anak. Namun harus dilalui dengan tabah dan sabar demi anak-anak.
Cintanya hingga ke hujung nyawa. Sungguhpun kehilangan isteri tersayang akibat serangan kuman di paru-paru, Khairul Abdullah tabah menggalas dua tanggung jawab, iaitu sebagai bapa dan juga ibu. Dia tabah menempuh hari-harinya berbekalkan semangat yang ditinggalkan bidadarinya Marleena bersama anak-anak.
Saya tak pernah menyangka yang saya boleh tahan dalam menguruskan 3 orang anak kecil ini.
Dulu setiap kali arwah isteri out-station atau kerja overtime saya akan rasa stress gila dan asyik menunggu sahaja bila lah dia nak balik.
IKLAN
Bukan saya tak boleh buat atau uruskan.
Saya boleh buat semuanya, dari urusan pakaian ke makan minum dan sebagainya. Yang saya tak tahan adalah melayan kerenah budak-budak yang sedang membesar.
Saya mudah marah.
Yang si abang terjun sofa, yang si adik panjat meja, yang si baby sepahkan segala. Tadi baby panjat meja makan dan tuang bubur semangkuk habis ke lantai. Saya sedang di sinki baru basuh tangan nak suapkan dia makan.
Lantai habis melekit dengan segala sisa, sofa habis penuh dengan cap tangan, cap hidung dan cap kaki masing-masing. Habis diconteng segenap ceruk dinding, sofa, meja, tv, malahan di dalam kereta pun penuh contengan.
IKLAN
Stress, nak marah, nak tampar pun ada. Biasanya meninggikan suara namun tak jalan juga. Lalu beristighfar dan menahan sabar sahaja.
Kalau dulu bila dengar sahaja kereta isteri dah sampai, maka nafas panjang boleh dihela. Nampak sahaja dia buka pintu, anak-anak mula menerpa, maka terlepaslah segala beban di bahu.
Padahal dia pun penat juga, bekerja, tetapi tetap akan ambil-alih dari saya.
Demi anak
Kini, penat macamanapun, stress macam mana sekalipun saya tidak boleh menunggu pintu dibuka dan ada orang akan muncul membantu. Tiada lagi bunyi kereta, pintu dibuka, derap kaki atau kelibat dia.
IKLAN
Tiada.
Kadang-kadang hanya terlintas, ehh bila lah nak balik dia ni, lama dah out-station. Letih sangat dah rasanya. Tetapi tersentak dan tersedar kembali yang dia tak akan balik lagi.
Tak akan balik selamanya.
Jadi, kerahlah semua tenaga dan semangat yang ada, walau sakit kepala, walau selsema melanda, walaupun penat dan jerih tak terkata.
Bila mula terdetik minat berkebun dan diusahakan walau hanya dilaman rumah, pasti hasilnya luar biasa. Ini seperti mana yang dilakukan oleh Encik Jeffry, siapa sangka halaman kediaman semi D setingkat boleh berubah wajah menjadi taman herba yang cukup istimewa dan memukau pandangan.
Berkongsi penjagaan laman herba ini, Jeffry turut berkongsi info di laman sosial yang dimuat naik beberapa tahun lalu. Semoga berkongsian ini dapat memberi manfaat bersama untuk kita pula memulakan hobi menanam tanaman herba yang dapat dilakukan bersama-sama ahli keluarga yang lain.
“Memandangkan ramai sahabat yg bertanya bffrerkaitan penjagaan pokok2 herba. Saya repost semula beberapa pic yg lepas. Saya bukan org yg layak utk mengajar cuba berkongsi minat dan pengalaman sahaja. Maaf kalau ada x tak betul.”
“Untuk pokok herba ni agak susah sikit pejagaannyer. Setiap pokok berlainan sifat2nya.
Dari segi medium, pencahaya dan juga baja.”
“Utk rosemary hanya perlu siram air sekali sahaja pd waktu pagi. Berbanding dgn parsley dan oregano, thyme dan dill yg perlu siram dua kali sehari sama sifat seperti pokok daun sup”
“Sage, stevia, pudina dan lemon bulb pula saya guna air yg sederhana dan tahan panas kerana jenis yg pokok yg berkayu.”
“Dari segi pencahayaan semuanye saya pasang net hitam 50%. Net hitam bukan sekadar utk kawal cahaya dan haba sahaja dia juga berfungsi menahan air hujan yg berlebihan yg boleh merosakkan pokok terutama yg jenis lembut.”
“Dr segi baja saya menggunakan baja organik walaupun ada pilihan dr baja AB dan baja kopi. Saya pun masih baru belajar terutama dr sahabat2 yg pakar dlm group KBJTS ni yg banyak membantu saya”
sumber : Jeffry Jefisz via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Tandas yang harum dan bersih antara yang dititikberatkan kaum wanita terutama ibu-ibu di rumah.
Sebab tu macam-macam petua atau tip dicuba ketika membersikan tandas mahupun bilik mandi. Tetapi ada petua yang sesuai ada juga yang boleh mengundang masalah.
Gambar hiasan
Sepertimana yang dikongsikan oleh puan Syahirah Omar ini berkenaan tip untuk pastikan mangkuk tandas sentiasa wangi dan bersih dengan menggunakan Sabun buku.
Menurut puan Syahirah, tip berkenaan boleh menyebabkan masalah pada ekosistem air dan saliran.
Baru-baru ni viral satu perkongsian di Tiktok, dia ada bagi tip bagaimana nak toilet bowl sentiasa wangi, dan bersih. Caranya dengan dengan memasukkan sabun buku daia dalam tangki flush.
Dan hasilnya memang berbuih la mangkuk tandas.
Hakikatnya ramai tak tahu amatlah tak bagus buat begitu. Sangatlah tak baik untuk ekosistem air dan saliran.
Begini,
Bila terlalu banyak sabun dalam tangki flush tu, kesannya boleh membunuh mikroorganisma yang sepatutnya bertugas dalam proses penguraian dalam loji kumbahan. Maksudnya tak ada bakteria dan kulat baik yang boleh mereputkan najis.
Hasilnya najis kekal bentuk begitu.
Maaf sedikit jijik. Tapi saya nak cerita je apa kesannya.
Kemudian,
Saya terbaca juga kesan buruk lain. Antara sebab lain kenapa tak boleh buat begitu, rubber seal dalam tangki flush tu akan cepat rosak dan tidak dapat menjalankan fungsinya dengan berkesan.
Semuanya disebabkan tindakbalas kimia yg ada pada sabun tersebut menyebabkan air akan terus mengalir ke dalam tandas seterusnya bil air kalian akan tinggi.
Gambar hiasan
Terpaksalah kalian mengeluarkan kos nak repair pula.
Dulu saya cuci tandas seminggu sekali. Tapi sekarang saya biasakan diri cuci tandas setiap kali gunakan. Kalau mandi, terus disiplinkan diri sental tandas. Kalau jamban kalian asing, asal membuang, teruslah berus toilet bowl tu.
Gambar hiasan
Jadi bila kerap mencuci, tak la teruk berlendir berlumut lantai sampai licin bila pijak, kan? Tak payah spend masa yang lama pun sebenarnya. Sekejap je mencuci setiap kali penggunaan tandas.
Berat mata memandang berat lagi memikul. Begitulah yang dilalui oleh remaja perempuan ini yang terabai hidupnya selama setahun.
Kisah duka dalam hidunya bermula apabila kehilangan datuknya pada usia 12 tahun. Lanjutnya selama setahun hingga 13 tahun, remaja itu hidup bersendirian.
Waris yang sepatutnya yang menjaganya tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya sehingga dirinya di bawa ke sebuah tempat. Nasib baik cepat bertindak, remaja ini pergi membuat laporan di Balai Polis berdekatan.
Malah, paling mengejutkan rumah pusaka datuknya telah meletakkan namanya sebagai pewaris.
Ikuti perkongsian oleh puan Natipah Abu yang merupakan aktivis yang membantu anak remaja ini untuk menjalani kehidupan yang selesa.
Semalam … Kak Pah dihubungi oleh IPD Kuala Muda. Sarjan Puan Nora dan team hendak turun bertemu Kak Pah utk menyelesaikan masalah seorang remaja yatim piatu yang berusia 13 tahun.
Sejak kecil dia dijaga oleh datuk dan nenek. Nenek pergi terlebih dahulu dan sejak itu , dia dijaga datuk. Setelah kematian datuk .. dia tinggal sendirian di rumah pusaka itu. Selain arwah bapanya, datuk dan nenek mempunyai seorang lagi anak kandung lelaki dan seorang lagi anak angkat perempuan. Tapi … bapa saudara kandung tidak dpt menjaga dia . Jadi … setelah datuk pergi, dia tinggal sendirian.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Setahun lamanya dia hidup sendiri. Bayangkan … dlm usia 12 tahun .. dia hidup sendiri sehinggalah ke usia 13 thn. Sebulan yg lalu .. dia dibawa keluar oleh ibu saudara angkatnya dari Melaka dan dibawa ke sana.
Pada awalnya .. dia sangka ibu saudara angkat hendak menjaga dia tapi rupanya di dihantar ke satu tempat dan dia tidak disekolahkan spt yg dijanjikan. Sebulan di tempat tersebut .. dia keluar dan pergi ke balai polis.Polislah yang membeli tiket bas yg membawa dia pulang ke Sg Petani. Sebaik sampai di Sg Petani .. tentulah dia menuju ke rumah pusaka tinggalan datuknya.
Malangnya rumah tersebut telah disewakan kepada warga Indonesia. Dia memaklumkan tentang keadaan dia kepada bapa saudara kandungnya. Bapa saudara kandungnya mengurus dan menyewa sebuah homestay utk dia tinggal selama seminggu.
Bapa saudaranya tidak dpt datang bertemu dia kerana berada di Brunai. Seminggu di homestay … dia dihalau keluar kerana tempoh sewaan telah berkahir. Sekali lagi dia datang ke balai polis kerana tiada hala tuju dan tempat tinggal. Begitulah cerita yg dimaklumkan kepada Kak Pah …
“ Hairan .. mcm mana budak semuda dia boleh survive sendiri selama setahun. Boleh terfikir hendak ke balai utk meminta bantuan … “ Itu menjadi tanda tanya Kak Pah dan PDRM sendiri … “ Tok wan saya dulu pencen polis … “ Tercengang kami semua … “ Ooo patutlah … “
Setelah berkahir sessi soal jawab … dia membawa PDRM dan Kak Pah ke rumah pusakanya. Sangka kami … rumah kos rendah atau rumah kampung saja. Namun demi sampai saja ke rumah itu .. kami terkejut melihat rumah yg cantik itu dibiarkan terbuka pintunya manakala pagar pula berkunci. Barangkali .. penyewa telah berpindah sebaik dia menghubungi bapa saudaranya seminggu yg lalu.
Melihat ada polis di depan rumah .. jiran sebelah, seorang lelaki cina lanjut usia keluar dan mendatangi kami .. “ Uncle .. kenal dak dia ? “ “ Kenal laaa .. Dia duduk sini dulu sama dia punya datuk ! “ Setelah identiti pertamanya disahkan, seorang anggota memanjat pagar dan mengumpil mangga. Kami pun masuk ke dalam rumah yang dulunya cantik tapi kini terbiar usang. Rumah itu kosong tanpa sebarang perabot lagi. Hanya sampah-sampah tinggalan penyewa indonesia.
Kami menemui beberapa maklumat penting di sana … “ Ni gambar arwah tok wan saya ! “ Dia menghulurkan sebuah frem gambar. Dan saja menatap gambar tersebut .. maka terbongkarlah satu lagi pengesahan identitinya … “ Datuk dia bukan polis biasa ni …. “ Yaa .. menatap gambar itu, datuknya mmg bukan polis biasa. Lalu ..kami menemui satu lagi kunci tentang ttg identitinya… Dia juga menguasai lima bahasa. Cina, pakistan, india, melayu dan inggeris. Sayangnya .. hidupnya berubah setelah kematian datuk dan neneknya. Berdarah kacukan .. mungkin itu salah satu punca mengapa tiada yg menjaga dia. Kami temui juga paspot antarabangsanya yg mana dia pernah terbang ke India. Kesimpulannya .. anak ini asalnya dulu hidup senang. Datang dari keluarga yg berada. Tapi kematian datuk dan nenek menyebabkan dia sebatang kara. Buat sementara .. dia ditempatkan di bawah jagaan Kak Pah sementara menunggu kedatangan bapa saudaranya utk menjawab segala persoalan yg timbul ttg dia
UPDATE TERKINI: Kini ditempatkan di Tahfiz
“Hasil rundingan antara waris, PDRM dan Kak Pah sendiri … semua sepakat menempatkan dia di sebuah tahfiz.”
Kisah dia yang tular itu akhirnya membawa kepada satu penyelesaian yg baik kepada semua pihak. Hasil rundingan antara waris, PDRM dan Kak Pah sendiri … semua sepakat menempatkan dia di sebuah tahfiz.
Semua ini demi keselamatan dan masa depannya yg sudah ”biasa” menjalani hidup sbg org dewasa sendirian. Hakikatnya .. tiada siapa pun yg bersalah dalam hakiyat hidupnya terutamanya bapa saudara melainkan semuanya menjadi mangsa keadaan.
Kasih sayang yg berlebihan ketika kecil dan kehilangan kasih sayang dalam usia yg masih mentah meruapakan salah satu faktor utama mengapa ini semua terjadi. Alhamdulillah .. dia kini selamat di Tahfiz dan mula bergaul dgn rakan sebaya. Kata Ustaz.
“Allah telah susun dgn cantik. Allah hantar dia kepada kita sbg satu amanah utk memberi hidup baru buat dia. Dia masih mentah .. kalau sudah berumur, tambah susah utk dididik. Allah sayang dia … Allah uji kita .. “ Sama-samalah kita doakan agar dia menjadi insan yg cemerlang di dunia dan akhirat kelak .