Apabila bergelar suami isteri pastinya kehidupan berumahtangga harus saling melengkapi dan saling tolong menolong. Malah, kehadiran anak sebagai penyeri rumahtangga pastinya menuntut komitmen yang tinggi terutama bagi yang mempunyai anak yang ramai.
Jika hanya bersandarkan isteri sahaja untuk menguruskan anak-anak, tentunya ia amat sukar tanpa bantuan suami. Akibatnya, isteri yang memendam rasa, akan mengalami tekanan perasaan.
Jadi untuk mengelak situasi yang tidak dingini apa kata kita semak perkongsian oleh puan Masturah Abu Bakar. Beliau berpendapat bahawa setiap suami kena saling membantu isteri, tidak perlu diminta sebaliknya ia adalah tanggungjawab bersama. Deep perkongsian ini!
SUAMI BUKAN BABYSITTER. SUAMI BUKAN PEMBANTU RUMAH.HE IS A PARENT.
Saya suka tegaskan begini. Anda faham tak maksud saya? A parent. Ibu bapa. PUNYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA.
Orang lelaki perlu ada rasa tanggungjawab untuk jaga dan urus anak. Sebagaimana bebanan itu dipikul oleh perempuan.
Cara fikir sebegini sangat perlu dalam rumahtangga. Supaya bebanan dikongsi bersama.
Saya sangat kagum dengan lelaki yang SEDAR mereka juga perlu urus anak. Bukan sekadar “tolong isteri”.
Tak perlu isteri minta tolong, suami sendiri perlu sedar dia perlu urus anak.
.
Kalau anak bangun malam, dia pun bangun juga. Bukan ambil bantal tutup telinga. Bukan tunggu isteri kejut.
Kalau anak berak, dia bawak cuci. Bukan tunggu isteri minta tolong.
Kalau anak nak makan, dia uruskan. Bukan suap ke mulut sendiri je.
Kalau anak homeschool, dia plan sekali aktiviti. Bukan lepas tangan kat isteri sebab isteri surirumah.
Kalau anak nak ke sekolah, dia pandai siapkan. Bukan siapkan diri sendiri je.
Kalau anak-anak ada kerja sekolah, sendiri paham kena tengokkan. Bukan tengok henfon je.
Kalau anak nak tidur, dia tahu masanya untuk tidurkan anak. Bukan suruh anak masuk bilik, dia tengok tv.
Kalau suami ada program di luar waktu kerja atau pada waktu cuti, dia sukarela untuk bawa anak. Supaya isteri ada waktu bersendiri.
Tak susah sebenarnya.
Hanya perlu SEDAR bahawa suami juga perlu bertanggungjawab ke atas anak. Sama-sama hadap. Sama-sama pikul bebanan.
Itu belum lagi tanggungjawab domestik.
Kalau tengok sinki penuh pinggan, ruang tamu bersepah, kain baju menggunung, sarapan masih tak siap, bilik tunggang langgang.
Suami perlu sendiri sedar yang dia pun PERLU selesaikan apa yang patut, bukan tunggu isteri buat.
.
.
Macam tu la perkahwinan. Kahwin. Hidup berdua. Dua-dua ada tanggungjawab terhadap rumahtangga dan anak-anak. Tanggungjawab bersama.
Bukan isteri jadi hamba, suami bersenang lenang.
Bukan sorang buat, sorang hanya “tolong buat” sipi-sipi.
Dan orang lelaki, bukan setakat bertanggungjawab menderma benih je.
Sekian.
#diarymumpreneur
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap hari,ada sahaja video mahupun gambar mangsa terperangkap didalam banjir dikongsikan di media sosial.
Ini membuatkan warganet yang melihat berasa pilu dan sebak lebih-lebih lagi banyak video tular melibatkan anak-anak.
Salah satunya adalah perkongsian daripada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @tutynooamalina apabila memuat naik video keadaan mereka cuba membantu seorang wanita yang ingin bersalin dalam rumahnya yang ditenggelami air.
Dalam perkongsian video tersebut, dapat didengar bunyi suara bayi menangis dan jeritan meminta tolong seorang wanita.
Jiran tetangga yang berada berhampiran wanita tersebut juga segera memanjat tembok dan meredah banjir separas leher untuk menghulurkan bantuan.
Syukur, wanita tersebut akhirnya selamat melahirkan bayi walaupun dalam keadaan sangat tidak selesa.
Perkongsian yang dimuatnaik @tutynooramalina itu mendapat perhatian ramai. Rata-rata melahirkan rasa simpati dengan situasi yang dihadapi oleh ibu berkenaan.
Begitu pun video yang dikongsikan itu tidak sepenuhnya membuatkan ramai tidak berpuas hati. Ini penjelasan pemilik video berkenaan.
Hangat diperkataan kini dikalangan warganet mengenai produk memasak yang harganya mencecah hingga lebih RM7000. Menariknya produk ini boleh memasak dengan memaparkan lebih 57,000 menu pelbagai jenis resipi dengan mudah dan cepat. Bagaikan ‘periuk ajaib’ untuk para isteri menyediakan menu istimewa hidangan seisi keluarga.
Thermomix adalah produk canggih direkacipta dengan menggunakan teknologi Jerman. Nama seakan robot ini, kemunculannya ini dimedia sosial ketika PKP menjadi bualan hangat dikala ramai antara rakyat Malaysia menghadapi krisis kewangan akibat penularan wabak covid-19 sehingga kerajaan menyediakan bantuan kepada golongan B40 dan M40. Warganet berpendapat, produk ini tidak berbaloi untuk dimiliki, namun ada juga sebaliknya. Untuk rekod produk ini telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun lepas.
Tidak dinafikan produk canggih membuatkan ramai isteri-isteri teruja namun mimpi ngeri buat suami apabila harganya mahal.Ramai meluahkan rasa kecewa pada harga jualan produk itu.
Dalam pada itu, penjual produk ini, Mohd Yazid Ismail memohon maaf melalui facebooknya. Beliau menjelaskan produk itu disasarkan kepada golongan yang berpendapatan tinggi.
Saya minta maaf pada yang berkenaan. Yang kena tag oleh isteri masing-masing, yang gusar dan susah hati disebabkan oleh status saya yang viral pasal Thermomix tu.
Saya baca komen-komen dan hati saya tersentuh.
Malam tadi ada seorang lelaki call saya, dia kata isteri suruh. Dia tanya macam mana nak dapatkan Thermomix? Bila bagitahu harga, dia hampa dan kecewa. Isterinya nak sangat katanya. Bagus dia sayang isteri.
Tapi, itu lah, isteri kadang-kadang dia tahu tak mampu tapi dia hanya nyatakan impian je. Bukannya dia nak dapat terus. Kira macam window shopping je. Mereka faham kewangan keluarga.
Saya faham dapur robot ni memang mahal. Tapi untuk pengetahuan, ramai yang beli ialah golongan M40.
malah ada beberapa orang dari B40. Mereka beli selepas buat research betul-betul, bukan beli gitu je.
SESUAI UNTUK IBU MENGIDAP TEKANAN TERUK
Widyana Ali cerita kat saya, ada 3 orang kawannya yang beli Thermomix adalah ibu-ibu yang mengidap depression yang teruk, termasuk bipolar. Ini bukan penyakit biasa-biasa. Bila dah ada Thermomix di rumah mereka, tahap depression dapat dikurangkan secara berterusan.
Banyak kali mereka ucap terima kasih kepada Widyana sebab jual Thermomix kat diorang. Alhamdulillah. Urusan di dapur jadi sangat mudah dan tenang.
Dua tiga hari ni, ramai lelaki yang pm sebab nak belikan hadiah untuk isteri. Siap bayar cash on the spot. Alhamdulillah mereka ada duit. Tapi ada yang pm nak beli untuk isteri tapi tak mampu, saya faham, semoga niat murni mereka diberi ganjaran oleh Allah.
CANGGIH SETANDING HARGA
Kehebatan produk ini memang tidak dinafikan setelah mampu menyediakan beribu resipi. Memang superb!
Ini padangan menerusi FB seorang suami, Muhammad Yusoff Masing-masing punya pandanga tersendiri.
Jarang saya menulis pagi-pagi. Tapi oleh sebab tengah viral pasal Thermomix ni eloklah saya tulis sikit pasal benda alah ni.
Firstly, mahal weh RM7000 tu! Serius, main kutu pun rasa tak berbaloi RM7k ni. Kalau kita golongan T20 yang jenis duit tak tau nak buat apa, okay je boleh pejam mata beli tapi pada golongan M40, B40 yang dok terliur sama, pada saya elok simpan je duit RM7k tu.
Kenapa saya cakap better simpan duit? Tahukah anda, dengan RM7000 tu anda boleh beli 7 bijik periuk Noxxa, boleh beli berapa 7 vakuum takde wayar, boleh beli 4 iron Phillips, yang jadi wishlist kaum perempuan kat Malaysia. Ye, dengan RM7000 tu anda boleh berkongsi macam-macam peralatan wishlist kaum perempuan ni untuk kegunaan keluarga sendiri dan kegunaan keluarga mertua, betul tak?
Bahkan dengan RM7000 anda boleh beli completed set perkakas dan barang dapur yang lebih berbaloi berbanding RM7000 untuk satu thermomix sahaja. Silap-silap RM7000 tu siap pakej sekali table top dan kabinet simple + perkakas memasak.
Tapi itulah, kalau teringin jugak nak beli Thermomix ni, pada saya ada baiknya kalau duit tu anda pi beli emas. Sekurangnya ada la jugak gelang emas boleh menunjuk sap, sap angkat lengan baju macam Mami Jarum kan? Emas, kalau takde duit, time susah boleh pi Ar-Rahnu. Kalau beli Thermomix nak gadai macamana, kan?
Yang tak sabar nak beli tu boleh tak sabar sikit sebab benda elektronik ni dia kejap je akan ada pesaing syarikat lain yang akan bagi alternatif pada kita dengan harga yang lebih murah. Tak percaya cuba tengok periuk Noxxa kan berapa banyak syarikat yang dah tiru buat periuk dengan function macam tu. Sama jugak macam Iron Philips, banyak dah syarikat yang dah tiru buat iron dengan function macam tu. Dan paling penting, harganya lebih murah. Ya, yang periuk Thermomix ni pun saya tengok dia pun dah ada yang lebih murah, cer Google atau cari kat Lazada, Shoppe kalau tak percaya.
Dan, satu lagi benda paling penting Bila dah banyak sangat alat elektronik ni, antara kita sedar atau tak, ia dah menghilangkan sedikit demi sedikit nostalgia bunyi ketang-ketung kuali hitam yang mak-mak kita selalu pakai. Hilang dah nostalgia bunyi tumbuk bawang pakai lesung, sampai keluar air mata. Hilang dah nostalgia menguli, mengadun tepung guna tangan nak buat karipap. Hilang dah bunyi sreng, sreng bunyi minyak yang mak-mak tumis bawang yang baunya sampai ke ruang tamu. Then, hilang dah sikit keberkatan air tangan mak-mak sebab semua dah diganti dengan air tangan mesin, kan?
Saya ada tengok video ada orang guna Thermomix untuk masak, saya tengok hasilnya sama je macam kita guna dapur ketang, ketung. Takde beza. Kecualilah kalau Thermomix ni kita boh segala bahan lepas tu kita kata kat dia ‘weh aku nak ikan singgang’ tet, keluar ikan singgang. Kita kata kat dia ‘weh nak nasi goreng kampung’ tet, keluar nasi goreng kampung. Memang berbaloi la beli.
Tapi itulah, pada saya simple je.
Saya tak halang pun sape nak beli. Siapa yang banyak duit tu boleh je pi beli cuma kalau setakat kita yang beli penapis air dan penapis udara pun kadang terskip sebulan dua, pada saya elok kita guna je perkakas yang biasa-biasa je. Alah membeli, menang memakai, betul tak?
Saya tak kata mesin ni tak bagus sebab ia sangat funtional, cuma yang lebih penting time-time PKP ni kita fikir-fikirkanlah antara kehendak atau keperluan, mana satu yang lebih penting?
p/s: boleh share status ni, takdak masalah. Harap status ni boleh bagi pencerahan pada semua yang tengah ketaq tangan, ketaq lutut, ketaq pala-pala nak suruh suami beli benda alah ni. Boleh jugak follow pengulas runcit-runcit pinggan mangkuk dan perkakas dapur:
PILIH BARANG KEMAS
Dalam pada itu, seorang doktor yang sering berkongsi cerita tentang perubatan turut memberi pandangan mengenai alatan memasak ini.
Menerusi Facebook, Sakinah Sulong berpendapat bahawa lebih bermanfaat membeli barang kemas berbanding produk berkenaan.
RM7K utk Thermomix? Tidak, terima kasih Duit suami elok dia belikan saya emas. Pandora pun blh, upah saya masak hari2
Apa yang pasti, produk ini memang superb! Memang idaman ramai para isteri-isteri. Min pun ’mengidam ni. Apa pun, ada pro dan kontra. Yang jelas, kena tepuk dada tanpa poket.
Pemberian wang bantuan sumbangan atau Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) yang sudah mula diedarkan di seluruh negara membuatkan ibu bapa menarik nafas lega.
Ramai ibu bapa yang meluahkan rasa syukur mereka di media social, lebih-lebih kerana pemberian pada waktu yang bertepatan agar persiapan untuk perbelanjaan anak sekolah boleh dilakukan lebih awal.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai ia pastinya cukup melegakan.
Dengan perbelanjaan dan kelengkapan sekolah yang semakin meningkat harganya, ia pastinya amat membantu ibu bapa mempersiapkan segala kelengkapan.
“Macam ni barulah betul, bagi awal sebelum buka sekolah. Jadi mak ayah ada masa nak bawak anak-anak pergi beli keperluan sekolah apa semua.”
“Alhamdulillah 3 anak bersekolah. Dapat la beli pakaian sekolah masing-masing. Tinggal sediakan duit buku je nanti.”
“RM150 bolehlah membantu untuk membuat persiapan anak-anak.”
Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025 diteruskan dan kerajaan memperuntukkan lebih RM180 juta untuk memudahkan ibu bapa membuat persiapan awal.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di