Sejak akhir-akhir ini, kecoh tentang isu poligami apabila pengarah tersohor, Syamsul Yusof mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar yang sekaligus menjadikan wanita itu sebagai isteri keduanya selepas pelakon, Puteri Sarah Liyana.
Berita itu membuatkan ramai kecewa dan panas hati apabila pengarah berusia 38 tahun itu membelakangkan keluarganya termasuk mengecewakan hati seorang isteri.
Namun, para suami sedar atau tidak, ‘hukum’ bila berkahwin seorang lagi tanpa pengetahuan isterinya sehingga membuatkan hati wanita remuk dan kecewa? Di sini ada ada video penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus yang menjawab pertanyaan sama ada sah atau tidak seorang suami berkahwin seorang lagi tanpa pengetahuan isteri pertama.
“Hukumnya (poligami) sah tetapi perbuatan itu tak betul kerana perkahwinan ini adalah bergembira, bukan bersedih,” ujarnya.
Ads
Ustaz Azhar menjelaskan, hidup berpoligami bermaksud kesemua mereka terlibat iaitu suami, isteri pertama dan isteri kedua (serta seterusnya jika ada) perlulah bergembira tanpa ada salah seorang tercicir sehingga menanggung penderitaan sendirian.
Oleh itu, adalah penting seorang suami mendapatkan keizinan daripada isteri pertama bagi mengelakkan mereka rasa ditipu hidup-hidup.
“Minta izin, saya nak berkahwin seorang lagi. Inilah orangnya (sambil tunjuk gambar), awak berkenan atau tidak. Dia cakap tak suka, okey cari lain sampai mendapat restu dari isteri pertama,”ujar Ustaz Azhar Idrus.
Ads
Isteri tipu, suami marah. Kalau suami kahwin lain tanpa pengetahuan, ingat isteri tak marah ke?
Tambah Ustaz Azhar Idrus, tindakan seorang suami berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama seolah-olah mereka telah melakukan penipuan dan semestinya menimbulkan rasa marah.
Ads
“Kalau isteri tipu, kita marah tak? Sama jugalah dengan konsep kahwin tanpa pengetahuan isteri. Dia masih ingat kita tak beri dia ‘madu’. Betul tak? Jadi, isteri rasa tertipu. Jangan sebab jasa isteri sangat besar dengan kita (suami),”jelasnya lagi.
Adakah kita tahu bahawa anak lelaki kita yang sudah berkahwin melunaskan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka? Sebenarnya tanggungjawab bermula sejak mereka kecil lagi. Didik dan semai dalam diri mereka, anak lelaki bahawa tanggungjawab mereka sangat besar.
Jika anda seorang bapa, hulurkan wang nafkah pada isteri anda di hadapan anak-anak supaya mereka tahu dan nampak keperluan mereka dan ibunya sentiasa dijaga oleh anda sekaligus anak-anak akan faham erti tanggungjawab. Tunjukan yang baik-baik supaya mereka dapat contohi.
Wang Nafkah Bulanan Isteri: Duitmu buat dirimu, duitku duitmu jua ************************************* Sengaja aku menghulurkan duit nafkah bulanan buat isteriku di hadapan anak-anak kami. Tersengeh-sengeh KakLong & Nabila melihat wang yang bertukar tangan. Itu bukan pertama kali mereka melihat aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami itu.
“Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Hasif masih terlalu kecil untuk faham namun tahap curiosity beliau begitu tinggi. Dia akan sentiasa bertanya apa2 yang dia tidak faham.
“Suami memang WAJIB beri nafkah setiap bulan pada isteri tahu Hasif. Nanti Hasif dah jadi suami pun, Hasif pun kena beri duit kat isteri”. Isteriku mengajar ilmu kehidupan & kewajipan seorang suami. Hasif mengangguk faham.
“Best la jadi orang perempuan Mama. Gaji Papa dan Mama kan sama. Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Nabila pula bertanya.
“Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri dia pun, dia masih kena beri nafkah setiap bulan. Kena bagi, walaupun sedikit. WAJIB. Melainkan kalau isteri dia kata tak payah la…” Nabila sengeh. Puas hati dengan jawapan isteriku.
Ramai suami yang pandang remeh Nafkah Bulanan buat isteri masing-masing. Ada yang TIDAK TAHU & ada yang BUAT-BUAT TAK TAHU. Ada juga LANGSUNG TAK AMBIL TAHU.
Jangan terkejut kita seorang lelaki yang bergelar suami tidak tahu yang memberi nafkah buat isteri itu WAJIB.
Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan & menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan berdosa.
Berilah Duit Nafkah bulanan kepada isteri kita. Tak mampu banyak, beri sedikit. Tak mampu RM200, berilah RM100. Jika tak mampu juga, berilah RM50 atau RM10. Jika masih tidak mampu juga, suami perlu minta isteri halalkan perbelanjaan yang dibuat dengan menggunakan wang isterinya.
“Okay sayang, bulan ni, bil air sayang bayar, bil letrik abang bayar yer?”
“Loan kereta Myvi bulan ni Ayang bayar yer, Abang tak cukup la duit bulan ni sebab nak kena tukang baiki dapur tu”
Biasa dengar tak dialog kat atas? Atau biasa buat? Sebenarnya, kalau kita nak bahagi-bahagikan pembayaran bil letrik, air, pinjaman kereta atau rumah sekalipun, kita kena minta isteri halalkan.
“Sayang, sayang halalkan bil air yang sayang bayarkan bulan ni yer!” Cakap macam tu kat isteri anda. Kalau cakap baik-baik, pasti isteri kita gembira aje nak tolong kita dengan perbelanjaan rumahtangga.
Aku takut berdosa. Aku juga pernah TIDAK TAHU mengenai wang nafkah buat isteri dan urusan perbelanjaan keluarga.
Aku tidak malu mengakui yang kami sama2 tidak tahu perkara ini waktu mula-mula mendirikan rumahtangga 18 tahun dahulu. Masa tu student lagi. Kat luar negara pulak tu. Bila mula bekerja pada 2002, kami belanja sendiri-sendiri. Perbelanjaan dan bil pula dibahagi-bahagikan. Aku tidak beri duit nafkah kepada isteriku kerana waktu itu aku TIDAK TAHU mengenai perkara ini. Isteriku juga TIDAK TAHU. Lagi pun, sangkaku, gaji isteriku pun sama banyak dengan gaji aku. Kenapa nak kena beri lagi.
Tapi sangkaanku silap. Gaji aku hanya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan gaji habis. Pernah terjadi, duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk.
Perkara ini berubah lebih kurang 10 tahun yang lalu (aku tak ingat tarikh sebenar) apabila kami mula TAHU mengenai Duit Nafkah seorang isteri ini. Duit untuk isteri belanja beli apa sahaja yang dia mahu & bila sahaja dia mahu.
Duit ini tidak termasuk duit belanja dapur, ikan, ayam, sayur. Tidak termasuk baju kain isteri. Tidak termasuk syampu, ubat gigi & toiletries lain. Perbelanjaan ini semuanya mesti ditanggung oleh Suami. Tapi kalau isteri tersayang nak tolong, takde salahnya kan?
Aku mula memberi Duit Nafkah Bulanan buat isteriku & aku mohon beliau halalkan setiap sen yang aku tidak lunaskan sebelumnya. AlhamdulilLah isteriku halalkan. AlhamdulilLah leganya hati. Lapangnya dada.
Pasti ada suami yang merasakan ia seakan tidak adil. Namun percayalah, terdapat keberkatan dalam memberikan Duit Nafkah isteri kita. Islam itu Adil. Percayalah.
Sejak memberi wang nafkah bulanan buat isteri, rezekiku bertambah & mencurah-curah. Kehidupan menjadi lapang & mudah. Segala keperluan sentiasa dalam kecukupan. Isteri apatah lagi, gembira sokmo. Bibir sentiasa dihiasi Senyuman manis.
Ada keberkatan dalam pemberian Wang Nafkah Bulanan isteri kita.
A Happy Wife leads to a Happy Home & Happy Family. (A grumpy wife… Anda jawab sendiri…)
Jika anda belum lakukan, mulai dengan hari ini. Berilah Duit Nafkah belanja isteri anda. Anda akan lihat perubahan positif dalam kehidupan anda sekeluarga, InsyaAllah.
Kongsikan dengan suami2 diluar sana. Semoga beroleh keberkatan rezeki & kelapangan dalam kehidupan.
Pasangan suami isteri rentung dalam kebakaran rumah di Kota Belud. Sepasang suami isteri ditemukan rentung selepas kediaman mereka di Kampung Sangkir musnah dalam satu kejadian kebakaran awal pagi tadi.
Mangsa, Mamat @ Jamrin Sinti, 47, dan isteri beliau, Noorijah Rashid, 47, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam bilik mandi rumah mereka.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 2.52 pagi.
Susulan panggilan itu, seramai 10 anggota bomba bersama sebuah jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi.
“Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis kekal satu tingkat terbakar sepenuhnya. Turut terbakar, sebuah kereta Proton Saga.
“Sebaik api berjaya dikawal jam 3.22 pagi, terdapat dua mangsa ditemui rentung di bilik mandi rumah berkenaan,” katanya.
Mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.
“Operasi ditamatkan jam 4.55 pagi,” tambah beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, jenazah pasangan itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Belud bagi tujuan bedah siasat.
“Lelaki berkenaan bekerja sebagai penoreh getah dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya.
Bahang perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2018 semakin memuncak. Perhatian pastinya tertumpu kepada pemain yang bakal diturunkan oleh jurulatih selasa nanti.
Antara yang menjadi perhatian pastinya pemain nombor 8 iaitu Zaquan Adha Abdul Razak merupakan salah seorang pemain cemerlang dan membantu pasukan negara memenangi perlawanan.
Disebalik kesibukannya itu, namun status sebagai suami tidak diabaikan. Bahkan semalam dia sempat lagi mendedikasikan ucapan khas terhadap isteri kesayangannya Ayu Raudhah yang menyambut hari jadinya ke 34 tahun.
Menerusi perkongsian Zaquan di laman instagramnya, dia mengucapkan terima kasih kepada isterinya itu yang banyak menyokong dan menjadi tulang belakangnya selama ini.
“Happy birthday my lovely wife..Terima kasih kerana menjadi menjadi isteri yang baik dan sentiasa ada di belakang I.
“Susah senang I hanya you je tahu..I doakan semoga you dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan semoga you bahagia dunia akhirat..Love you sayang,” tulis Zaquan.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Januari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.
Biarpun bakal menghadapi perlawanan akhir pertama bertemu Vietnam selasa nanti, namun tanggung jawab sebagai suami tidak diabaikan. Bertuah Ayu dibawa suami tersayang meraikan hari jadi berdua di sebuah restoran.