Tiada angin, tiada ribut, aktres jelita Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini.
Difahamkan, permohonan itu dibuat atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan antara mereka.
Memetik laporan Utusan Online, pelakon filem Imaginur telah membuat permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini pada pagi tadi.
Ads
Ketika permohonan, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut terhadap isterinya. Difahamkan, pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.
Ads
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalini proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.
Ads
Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 6.
Kisah duka hari ni buat rakyat Malaysia. Sekitar 100 orang pengunjung dikhuatiri menjadi mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkemahan awam yang terletak berhampiran dengan Father Organic Farm, Batang Kali di sini, awal pagi Jumaat.
Terkini menurut laporan Astro Awani, Seramai 37 individu berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, pada awal pagi Jumaat.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, jumlah mangsa berkenaan merupakan anggaran awal daripada pihak polis dipercayai terbabit dalam kejadian sekitar jam 3 pagi itu.
“Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 39 meter dengan anggaran keluasan runtuhan seluas 1 ekar.
“Maklumat terkini sekitar jam 5 pagi, seramai 31 orang telah berjaya ditemui dan diselamatkan pasukan penyelamat,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Norazam berkata, sebanyak tiga buah jentera termasuk unit anjing pengesan (K9) dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, dan beberapa balai lain telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Katanya, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa terlibat sedang giat dijalankan.
Sabar itu indah, kesabaran itu membuatkan rumah tangga aman bahagia. Namun adakalanya terselit perselisihan faham. Itu lumrah dalam rumah tangga, sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi suami isteri.
Pasti akan timbul ketidakpuasan hati tentang sesuatu perkara. Namun bagaimana kita menangani dengan cara terbaik ibarat menarik ramabut di dalam tepung. Justeru, buat keputusan dengan matang dan hati yang tenang, bukannya terburu-buru ikut nafsu amarah. Kelak boleh mengundang bencana dalam rumah tangga.
Puan Intan Dzulkefl turut berkongsi pandangan tentang hal ini.
Rumah tangga ni sebenarnya adalah sangat ‘complicated’. Kita sendiri sahajalah, bila waktu marah, sakit hati dengan pasangan, nak lihat muka si dia pun kita tak sudi. Marah punya pasal.
‘Hei kenapalah aku kahwin dengan dia niiii…’ getus hati yang panas, tapi mampu terdetik sekejap sahajalah sebab takutkan dosa kufur nikmat.
Namun, mungkin setelah pasangan memujuk, diberi ruang untuk menerangkan apa yang sebenarnya yang membuat dia buat sesuatu itu, akhirnya rajuk kita pun hilang, senyum kita pun melebar. Syukur sangat… Allah jodohkan kita dengan pasangan.
Tengok? Sekejap sahaja persepsi 180 darjah berubah.
Sebab itu ramai orang ‘alim menegah kita untuk meluahkan perasaan, bercerita kisah rumahtangga, buka aib pasangan/bekas pasangan SEMASA SEDANG EMOSI di media sosial atau bercerita kepada orang luar yang tidak faqqih, kerana bimbang reputasi rumahtangga kita, pasangan kita, hatta diri sendiri jadi bualan dan fitnah kepada orang.
Sedangkan mungkin beberapa minit atau jam atau hari setelah kita bercerita itu, rumahtangga kita sudah pun kembali baik. Tetapi persepsi orang luar terhadap pasangan kita telah pun buruk.
Contohnya kalau suami ada masalah dengan isteri, dia balik cerita keburukan isteri pada mak dia, walhal selepas dia pulang semula ke rumah, dia berbaik dengan isteri, tetapi di mata dan hati mertua, sudah meluat dengan menantu perempuannya tadi.
Oleh itu, bila dilanda krisis dalam rumahtangga, SABAR DAN BERTENANG SERTA CARI ALLAH DAHULU.
Seperti kata ustazah Norhafizah Musa dalam satu ceramahnya dahulu.
Bila mana pasangan kita buat silap, anak kita buat silap, atau mereka lukakan hati kita. Hal pertama yang kita kena buat ialah, SOLAT TAUBAT. Sebab ada kemungkinan ada ‘bahagian’ silap dan salah kita pada kesilapan mereka itu.
Allahu… Cantik sangat pesanan ini.
Orang luar tidak faham 100% apa yang berlaku dalam sesebuah institusi rumahtangga. Oleh itu, sebagai orang luar pun, sekiranya ada yang mengadu hal rumahtangga atau terbaca kisah rumahtangga orang lain, jagalah tangan dan mulut dari komen sesuka hati berkaitan rumahtangga dan pasangan orang lain.
Jangan bongkak seolah kita takkan diuji. Boleh jadi kita cuma belum diuji dan juga bakal diuji selepas ini. Cukup penyataan ini sebagai peringatan.
Pasangan, anak-anak bukanlah hak mutlak kita. Mereka adalah milik Allah selamanya.
Jangan lupa untuk ingatkan diri, segala pengorbanan serta usaha untuk kita bahagiakan pasangan adalah semata-mata untuk mendapatkan redha Ilahi. InsyaAllah.
Ingatan untuk diri saya yang selalu lalai dan leka.
Ada segelintir mengatakan bahawa menabung ini amat sukar untuk bertahan lama. Namun ada juga yang berjaya.
Apa yang pasti menabung memerlukan sikap displin dan semangat yang tinggi. Sebagaimana cara wanita ini, Wan Nor Adilah boleh dijadikan inspirasi untuk menabung.
Beliau mengunakan konsep menabung mengikut harian, mingguan dan bulan berdasarkan nilai wang. Hasilnya telah berjaya menyimpan RM4074 dalam tempoh setahun.
Seterusnya ikuti perkongsiannya
Tu diaaa. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. Ummi start 01 jan-31 Disember 2018 kumpul duit ni. Tahun 2017 tak berjaya sebab bulan 5 ummi ambik. Tahun 2018 bertekad tak nak usik.
Disamping ummi main kutu duit. Simpan la juga sikit-sikit. Menabung untuk masa depan. Ummi ni bukan kerja makan gaji. Tiap-tiap bulan ummi main kutu.
Kalo tak niaga kek duit tak masuk. Jadi ade peluang simpan la duit. Sekarang ni keluar rumah pun semua guna duit. Alhamdulillah dah masuk bank. Ummi siap buat buku tanda-tanda.
RM5- Yang ni ummi simpan setiap minggu 2 keping total ummi genapkan 108 keping jadi RM540
RM10- Yang RM10 pula ummi simpan 2 keping setiap minggu dapat 110 keping total RM1100
RM20- Yang ni ummi simpan 2 keping setiap bulan jadi rm500 25 keping
RM50- Ummi simpan setiap bulan genap.. Feb,april, jun, ogos,oktober,disember total RM300
RM100- Yang ni pula setiap bulan ganjil.. Jun, mac, mei, julai, september, november.. Total RM600
Ini hasilnya
Duit syiling kalo ada ummi masuk tabung. Alhamdulillah duit kertas RM3440 dan duit syilling RM634.total semua RM4074…. Insyaallah sambung lagi 2019..semoga ummi bertekad macam tahun lepas jangan buat separuh jalan.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.