Momen indah bergelar raja sehari adalah saat yang dinantikan bagi setiap pasangan yang bakal bergelar suami isteri. Termaktub sudah ikatan pernikahan antara lelaki dan wanita. Pasti debaran lebih kepada sang suami yang bakal berjabat tangan dengan tok kadi sebelum sang isteri menjadi miliknya yang sah.
Namun, bagi pasangan suami isteri istimewa ini cukup berbeza. Bila mana saat pengantin lelaki ‘melafazkan’ nikah dalam bahasa isyarat membuatkan tetamu hadir sebak dan terharu. Ini kerana majlis kad nikah itu membabitkan pasangan pengantin bisu.
Kisah pasangan pengantin ini dimuat naik menerusi satu rakaman video, si pengantin lelaki menyempurnakan akad nikah menggunakan bahasa isyarat sambil diiringi oleh guru sekolahnya untuk proses alih bahasa.
Itu perkongsian seorang pengguna Twitter bernama Erin Kahar apabila memuat naik satu rakaman video menunjukkan pengantin lelaki bernama Muhammad Faiz menggunakan bahasa isyarat ketika melafazkan akad nikah yang kemudian diterjemahkan oleh guru sekolahnya.
Ads
Atas bantuan guru itu, Muhammad Faiz dan pasangannya bernama Fara sah bergelar suami isteri.
Percintaan bermula di bangku sekolah itu membuatkan netizen berasa kagum dan sehingga kini video tular itu meraih lebih 500,000 tontonan.
Ads
Perkongsian video tersebut turut mengundang rasa sebak netizen kerana melihat kelancaran pengantin lelaki menggunakan bahasa isyarat terutama mengeja nama pengantin perempuan.
Kerja harian sebagai seorang ibu memang tak pernah habis, lagi-lagi kalau bab mengerjakan pakaian seisi sekeluarga, memang meletihkan! Daripada basuh, sidai, angkat pakaian, sampailah mengemas pakaian yang tak pernah habis.
semakin bertambah ahli keluarga, semakin bertambahlah ruang penyimpanan pakaian yang diperlukan. Seorang suami ini tidak mampu untuk membelikan almari untuk isterinya, namun apa yang mengejutkan, suami tersebut terus buatkan almari yang ‘grand’ terus untuk keluarganya.
Dipetik dari perkongsian Facebook Ezuan Bin Che Ibrahim yang merupakan sueorang suami dan ayah yang membuat posting proses pembuatana almari pakaian. Reka bentuk almari moden yang berkonsepkan ‘Hidden wardrobe’ ini sangat menarik dan begitu function.
Almari seperti ini menjadi antara almari idaman setiap wanita tau! kerana mempunyai ruang yang cukup besar, dan sangat menjimatkan ruang di rumah anda. Dalam satu ruang saja mampu memuatkan pakaian dan barangan seisi keluarga anda. Kalau malas nak lipat pun, boleh terus gantung saja. kemas pun kemas.
Seperti sedia maklum, harga untuk membuat almari seperti ini bukanlah murah, namun ia menjadi satu bonus untuk Encik Ezuan kerana ada kepakaran untuk menukang sendiri, malah dapat design sendiri mengikut citarasa dan keperluan sendiri. Dengan membuat sendiri, dapat banyak penjimatan daripada mengupah orang. kita pun puas hati!
Meninjau diruangan komen, ramai para isteri turut ‘cemburu’ mengidamkan almari sebegini dan ramai juga tag nama suami masing-masing untuk memeberikan hint termasuklah admin sendiri!
perkongsian beliau turut mendapat pujian dan menjadi sumber idea kepada orang ramai.
Vokalis kumpulan Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menerima pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk. Amy menjadi satu satunya pelaku seni yang menerima pingat tersebut sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang ke-73 hari ini.
Mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tun Mohd Ali Rustam, Amy, 64, yang turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka, Dato Sri Rauf Yusoh melahirkan rasa syukur di atas kurniaan yang diterimanya selepas 42 tahun menjadi anak seni.
“Syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan negeri Melaka, Yang di-Pertua Negeri, Tun Ali Rustam dan semua pihak yang terlibat.
“Pemberian pingat yang membawa gelaran Datuk kepada saya ini tidak akan merubah Amy Search yang semua kenali selama ini. Saya tetap Amy Search, penyanyi dan pemain industri muzik yang dikenali” ujar Amy.
Namun kata Amy, penganugerahan pingat Datuk yang dikurniakan kepadanya adalah sebuah tanggungjawab dan pengiktirafan buat seluruh karyawan hiburan
“Dengan dikurniai pingat ini, ia memberi saya lebih tanggungjawab demi menjadi teladan yang lebih baik dan pingat ini sebenarnya juga bukan untuk saya secara individu tetapi adalah mengiktiraf bahawa anak seni atau karyawan hiburan juga memainkan peranan penting dalam sosio ekonomi kita” katanya lagi.
Sangat menyukai seni bina Melaka, Amy menikah dengan Norhasliza Hassan yang dilahirkan di Melaka serta memiliki lima orang anak termasuk aktres dan hos, Nabila Huda.
Amy yang memulakan kariernya sekitar awal tahun 80-an sudah menerima banyak pengiktirafan dalam dunia muzik termasuk mencetus fenomena lewat lagu Isabella bersama kumpulan legenda, Search.
Pandemik Covid-19 menyaksikan pelbagai perubahan dalam hidup. Kalau dulu hidup bermewah-mewah, namun kini terpaksa melakukan pelbagai kerja demi mencari sesuap nasi.
Kalau dulu, segalanya di depan mata, namun kini terpaksa bekerja keras untuk mendapatkannya.
Kalau dulu hidup penuh glamor, anak seni yang mendapat jolokan Ratu Dangdut Malaysia ini terpaksa berniaga demi kelangsungan hidup. Bermula 29 Jun yang lalu, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin memberanikan diri memasak dan menjual nasi minyak dan nasi ayam berkenaan bagi menambah pendapatan keluarga.
ibu tunggal kepada enam cahaya mata dalam pada itu tidak menyangka percaturannya untuk berniaga makanan tersebut menampakkan hasil. Amelina mula aktif mengiklankan cabang rezeki baharunya menerusi Instagram, nasi minyak versinya terdiri daripada lauk ayam masak merah, salad dan pecal timun.
“Dulu setakat masak untuk makan sendiri dan anak. Tapi sekarang untuk memasak dan bagi orang lain merasainya ia satu nikmat berbeza.
“Pada mula berniaga saya akui dibayangi rasa takut. Bimbang tak menjadi atau tak ada sambutan. Kali pertama jual pun saya tak promosikan pun di media sosial. Saya cuba buka tempahan sebanyak 15 bekas. Tapi saya optimis rezeki manusia itu akan ada diiringi usaha.
“Malah mujur peminat saya membantu. Merekalah beri semangat. Mereka kata buat saja, nanti boleh ‘order’. Daripada situ mereka memuji kata sedap dan mula berkongsi dengan orang lain di media sosial. Sampai ada yang mengulangi tempahan banyak kali.
“Hari demi hari, tempahan mula meningkat. Daripada masak untuk 10 orang kebiasaannya, saya cabar diri untuk siapkan 50 bekas dalam satu hari. Tak hanya peminat dan pengikut di media sosial, rakan artis pun turut menyokong dengan membeli,” katanya.
Akui Amelina lagi, tidak pernah terlintas dalam fikirannya suatu hari dia akan berniaga makanan hasil air tangan sendiri.
“Satu perkara yang saya tak pernah fikir adalah nak berniaga daripada ‘air tangan’ sendiri. Dahulu memang tiada keyakinan sebab selalu pegang mikrofon sahaja takut kalau pegang sudip tak sedap. Tapi, Alhamdulillah kata pelanggan yang rasa sedap nasi minyak, sesedap suara saya,” ujarnya lagi.
Paling mengharukannya apabila ada individu termasuk peminat yang dari jauh tapi tetap berkeras nak membeli dan menyokong.
“Ada yang buat saya tersentuh hati biarpun jauh dari KL dan Selangor, tapi tetap nak beli dan menyokong. Saya pun suka cara begini, tak perlu beri bantuan wang. Tapi cukup dengan membeli makanan yang saya jual.
“Ada yang duduk di Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, dan Sarawak sanggup tempah tapi untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukan. Malah ada yang beli untuk disumbangkan kepada pekerja barisan hadapan,” katanya.
Amelina berkata, buat masa ini dia hanya menetapkan Selasa untuk tempahan nasi ayam, manakala Khamis dan Jumaat pula nasi minyak.
“Setakat ini jadilah buka tempahan dua hari dalam seminggu. Itupun, rezeki saya sampat tak menang tangan.
“Saya pun berserah dalam hal berniaga. Allah sudah tetapkan rezeki masing masing.
“Apa yang lebih utama biarpun pek pembungkusan kedua jenis nasi ini biasa, apa yang lebih utama adalah rasa. Biar berbaloi beli.
“Di saat ramai bergelut sekarang ini, bukan senang orang nak keluarkan duit beli itu ini. Jadi saya niat masak yang sehabis baik dan penuh kasih sayang. Kadang kadang, saya tak fikir pun bab terlebih termasuk kuantiti atau bahagian tertentu seperti ayam. Saya anggap itu cara bersedekah,” katanya.
Menamakan jenis menu makanannya daripada judul lagu dangdut pernah dipopularkannya, Amelina mendedahkan yang dia memasak pada mulanya atas dasar mencuba nasib.
“Macam resipi nasi minyak pun saya belajar daripada mak. Setiap tahu menu berkenaan hanya dibuat mak masa hari raya. Nak masak menu ini memang leceh.
“Jadi saya selama ini ambil kesempatan melihat cara mak memasaknya termasuk berkongsi resipi. Kalau nasi ayam pula, saya memang menyukainya. Kalau makan di restoran, saya banyak memerhati dan memantau dari kejauhan.
“Jadi apabila mula berniaga, saya akan olah ikut sedap dan rasa hati. Contohnya macam mana nak melembutkan ayam sampai tahan ke malam. Saban hari saya memperbaiki rasanya,” kata Amelina yang turut menghasilkan lagu popularnya, Memori Daun Pisang bertukar dalam bentuk motivasi kepada masyarakat diberi judul Memori Lockdown.
Amelina kini berjauhan dengan empat anaknya yang bersekolah dan tinggal bersama ibunya di Nilai, Negeri Sembilan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dikuatkuasakan. Hanya dua anak tinggal bersamanya saat ini.
Plasenta atau uri yang berada pada kedudukan tidak normal sememangnya mengundang bahaya kepada ibu hamil. Malah beberapa risiko lain turut memberi masalah kepada ibu. Kenal pasti risikonya.